Jumaat, 25 Februari 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


1Malaysia VS Ubah sekarang,selamatkan Malaysia

Posted: 24 Feb 2011 04:11 PM PST

Memang pemimpin umno tak pandang serius langsung ancaman Anwar Ibrahim dan PR. Hasrat Anwar mahu tawan Putrajaya bukan lah omong kosong, atau rancangan main-main atau semata-mata rancangan mahu gempaq. Gabungan PKR bersama DAP dan PAS memang ampuh biarpun mereka selalu digemparkan oleh juak-juak umno/BN menerusi jentera penerangan mereka yang terdiri dari media-media cetak dan media-media elektronik.

Kalau tak boleh berlari mereka akan berjalan, kalau tak boleh berjalan mereka akan merangkak, pokoknya gabungan Pakatan Rakyat ini tidak pernah kecewa, mereka tetap berusaha walaupun dalam keadaan yang sakit dan tempang. Kegigihan mereka itulah yang menyebabkan rakyat terpesona, terpengaruh dan berjaya mendapat simpati dari rakyat. Apa lagi dengan janji-janji yang sering dilemparkan untuk rakyat menikmatinya.

Hadi dan Nik Aziz, tugas mereka meng'saiko'kan kepala otak orang-orang melayu yang berpegang teguh kepada ajaran islam. Anwar pula, satu dunia tahu bagaimana kepetahannya berhujah telah cukup-cukup memikat hati orang-orang melayu, sementara Kit Siang dan Guan Eng tugas mereka pula ialah mengumpul pengaruh orang-orang cina.

Memang buah ini satu pukulan K.O buat BN/umno.

Walaupun Pakatan Rakyat sentiasa di gemparkan dengan dengan berbagai masalah yang di'jolok' dan dicipta olih BN/umno tetapi jentera mereka tidak langsung terjejas. Malah mereka langkah mereka semakin laju dan tangkas bergerak. Jentera penerangan dan gerak gempur propaganda Pakatan Rakyat ini sentiasa mendahului BN/umno.

Bayangkan gabungan padu dan mantap tenaga Anwar,Lim Kit Siang bersama Hj.Hadi dan TG Nik Aziz, satu penyatuan tenaga dan fikrah yang sangat mantap dan begitu berpengaruh. Sejujurnya kita boleh kata yang pada masa ini BN/umno sudah separuh tumbang.

PR memiliki ramai gurkah-gurkah. Mereka lengkap dengan gurkah yang boleh membuat karut, gurkah-gurkah yang kerjanya membelasah, gurkah-gurkah yang akan mereka-reka. Ceramah mereka?? Tak usah cakap lah, kalau tanya yang jual air tebu semasa ada majlis-majlis ceramah-ceramah politik PR, keuntungannya berkali-kali ganda. CD dan kaset ceramah politik pemimpin-pemimpin PR pula laku macam goreng pisang panas. Bila kita tengok ceramah yang ada Anwar, Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu, Kit Siang ... berpuluh ribu orang yang akan datang berasak-asak.

Tapi BN/umno ada siapa yang boleh bijak dan pandai bercakap?? Balik-balik Ezam 'katak', pi mai-pi mai panggil Mat Ezam 'kotak', Ezam saja yang ke-hulu dan ke-hilir. Sekarang ini pula baru rekrut sorang lagi iaitu Umi Hafilda Ali. Gurkah-gurkah politik di'port' percaya yang kalau dapat upah untuk mendengar Umi Hafilda bercakap dan merepet, mungkin lah kot ada juga dua tiga puluh orang yang nak datang dengar.

Bukanlah BN/umno langsung tiada orang yang baik yang boleh berkempen dan bercakap, ada... macam KJ, tapi kalau KJ lah yang bercakap, siapalah yang seronok yang nak dengar ya??

'UBAH SEKARANG dan SELAMATKAN MALAYSIA'...mula-mula pemimpin-pemimpin BN/umno ni semua hanya pandang sebelah mata dengan cita-cita Anwar dan PR, malah ada yang ketawa akan hasrat Anwar dan PR itu, paling ramai yang perli. Tetapi selepas mendapat tahu bahawa rakyat bawahan sudah mula memandang serius dan mula terpengaruh dengan slogan 'Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia' daripada slogan 1malaysia, maka barulah mereka (BN/umno) terhegeh-hegeh kata Anwar hanya menanam tebu di-bibir, sebabnya mereka mula mengingatkan diri mereka yang tidak ada yang mustahil dalam politik dan dalam politik semua boleh, tidak ada yang mustahil.

PR bukan lah bangangnya sampai dua tiga kati, mereka ada ramai cerdik pandai dan profesional. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan dan ketika mana detik paling baik untuk mereka bertindak.

Tiada ulasan: