Jumaat, 25 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


NAJIB TAKUT ANAK MUDA BANGUN MENUMBANGKAN KERAJAANNYA?

Posted: 25 Feb 2011 08:47 AM PST

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mengakui peranan anak muda dalam menjalankan penentangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Namun, keadaan di negara berkenaan tidak sama dengan situasi di Malaysia, katanya.

"Jadi yang nak buat persamaan tu adalah tidak tepat sama sekali," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.

Jelasnya, walau negara Arab itu dilanda pergolakan politik, BN masih mampu meningkatkan majoriti dalam pilihan raya kecil.

Katanya lagi, trend kini juga menunjukkan sokongan lebih memihak kepada BN.

Beliau memberi contoh keputusan pilihan raya kecil Tenang sebelum ini di mana BN berjaya meningkatkan majoritinya.

Sekiranya tidak berlaku banjir mengejut ketika pilihan raya itu, BN pasti akan menang lebih besar lagi, katanya.

Tambahnya, beliau mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku di negara-negara bergolak itu.

"Satu lagi yang perlu disedari yang tenaga punca yang mencetuskan adalah orang muda. Jadi perhatian kepada orang muda ini tak boleh kita pandang ringan.

"Kalau rasa tidak puas hati itu membara di kalangan orang muda, mereka akan bertindak kerana mereka mempunyai tenaga untuk menuntut kepada perubahan," katanya lagi.

BN UMNO PILIH HARI ISNIN ISTIHAR DUN SARAWAK KOSONG?

Posted: 25 Feb 2011 06:25 AM PST

Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
"Sudah.. sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.
Dipetik Bernama, Abdul Taib (gambar) yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.
Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.
Katanya, BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga  berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.
"Sekarang kita bukan sahaja perlu kerja kuat, malah perlu meningkatkan lagi pengetahuan untuk lebih maju selain perlu merancang untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang bijak dan faham apa kemahuan rakyat di peringkat bawahan," katanya.
Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk melawan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.

ADAKAH NAJIB TERINSPIRASI DENGAN LIBIYA DALAM MENGHADAPI DEMO AHAD INI?

Posted: 25 Feb 2011 05:27 AM PST


KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
"Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pertubuhan itu untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit di ibu negara, Ahad ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit. — Bernama

UMNO BERSIAP HADAPI PRU MENGEJUT

Posted: 25 Feb 2011 03:23 AM PST

Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul mengingatkan kakitangan jabatan itu menggandakan gerak kerja sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Banyak pihak mengandaikan PRU-13 akan diadakan pada masaterdekat. Oleh itu Jabatan Penerangan sepatutnya sudah menekan butang kecemasan, melihat kepada prestasi PRU-12 lalu secara keseluruhannya," katanya pada perhimpunan bulanan jabatan itu di sini hari ini.
Almain berkata jika diimbas kembali, Jabatan Penerangan sememangnya cukup disegani pada masa lalu, berkat dedikasi dan kecekalan pegawai dan anggotanya dalam memberi khidmat yang amat tinggi.
"Kepentingan perjuangan jabatan ini pada era membanteras komunis misalnya akan kekal dalam lakaran sejarah negara manakala bagi kita di negeri ini, era konfrontasi dengan negara jiran juga tidak lengkap butiran sejarahnya bagi negeri ini tanpa mengaitkan perjuangan pegawai dan anggota jabatan kita," katanya.
Pada zaman itu anggota jabatan hanya bekerja berbekalkan semangat waja dan ada kalanya perlu menghadapi ancaman seperti lanun jika bertugas di pulau-pulau tetapi jika dilihat hari ini pula, anggota jabatan hampir tidak mampu menyempurnakan tugas dan peranan jika tidak bergantung kepada teknologi yang ada manakala ada pula yang mahu memilih untuk bertugas di kampung sendiri atau tempat asal untuk lebih selesa sedangkan khidmat mereka mungkin diperlukan di tempat lain, kata Almain.
"Natijahnya, kemajuan yang kita kecapi dalam pelbagai aspek pada hari ini, telah menenggelamkan sedikit demi sedikit peranan kita di mata masyarakat sekeliling.
"Saya membawa saudara saudari mengimbas kembali kisah lama tentang perjuangan dan cabaran jabatan kita, dengan harapan kita akan menjadi lebih kuat selepas ini nanti, kerana peranan saudara-saudari di pelbagai peringkat dalam menyebarkan dasar kerajaan, sememangnya amat penting," katanya. — Bernama

MALAYSIA MENUNGGU MASA UNTUK MENCONTOHI MESIR DAN TUNISIA?

Posted: 25 Feb 2011 02:36 AM PST

Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan.  Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta.  Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka.  Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.  Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!
"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara.  Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte.  Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com.  Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti.  Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.
Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya.  Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu?  Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik.  Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.
Telahan Anwar Ibrahim (gambar kiri, tengah) bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan.  Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi.  Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya.  Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian.  Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia.  Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

ATAKUT RAHASIA TERBONGKAR MAHASISWI BUANG BAYINYA DALAM TANDAS?

Posted: 25 Feb 2011 12:11 AM PST

Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.

"Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan," katanya, semalam.


Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

"Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.

ARAHAN KETUA RUPANYA..

Posted: 24 Feb 2011 11:09 PM PST

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 25 Feb — Seorang ahli kimia memberitahu mahkamah dia menerima arahan terus daripada ketua pengarahnya agar menjalankan ujian DNA terhadap sampel membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Arahan itu diterima daripada ketua pengarahnya ketika itu N. Hithiya Jeeva pada 3 Julai 2008, meminta agar mengendalikan kes "berprofil tinggi."
Saksi pendakwa Nor Aidora Saedon, dalam keterangannya hari ini, mengakui panggilan daripada ketua pengarah sendiri adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan lazimnya hanya menerima arahan daripada ketua unit Lim Kong Boon.
"Saya tidak tahu sama ada ketua pengarah ada berbincang perkara ini dengan ketua bahagian forensik dan ketua unitnya. Mereka memutuskan untuk memberikan kes berprofil tinggi ini kepada saya.
"Saya tidak tahu apa sampelnya tetapi diminta tunggu untuk mendapatkannya.
"Beliau berkata saya orang yang sesuai untuk kendalikan kes ini, memandangkan Dr Seah Lay Hong tidak ada (ketika itu)," Aidora memberitahu mahkamah hari ini.
Katanya, Hithiya telah bersara daripada perkhidmatan awam selepas itu.

Tiada ulasan: