Jumaat, 25 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malaysia akan jadi serupa Mesir jika PAS berkuasa - Ali Rooster

Posted: 25 Feb 2011 05:03 AM PST

Kenyataan bodoh dari Ali Rooster.. Dia ingat pemimpin PAS tu jenis buat harta macam pemimpin UMNO kot?

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.


"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi... demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap...tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini.

Beliau turut berharap pengundi di DUN Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizad Abdullah yang menurutnya tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri BN lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

"PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak...kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

"Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar," katanya.


- Bernama

Mak Aih!! Kayanya Polis ni..

Posted: 25 Feb 2011 03:02 AM PST



Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).


Maklumat ini boleh dirujuk dalam lampiran yang saya berikan. Dia memperolehi lesen-lesen tersebut adalah daripada adanya "connection" dia dengan salah seorang panel/orang kanan yang meluluskan lesen kawalan keselamatan selain daripada kerani yang bekerja di KDN.

Memang diketahui umum di KDN dan dipercayai dia ada membayar (memberi rasuah) secara bulanan kepada mereka-mereka tersebut. Bukti tidak dapat diberikan kerana dia dipercayai memberikan mereka secara tunai.

Ramai yang beranggapan bahawa modal awalan untuk kesemua syarikat beliau datang dari duit rasuah yang mana mudah diperolehi daripada tugas hakikinya kerana dia bukan datang dari keturunan yang kaya atau berada.




Suatu ketika dahulu dia pernah ditahan oleh BPR (SPRM) untuk siasatan dan kemudian pengadu telah menarik balik laporan atas rasa kasihan terhadap dia. Kerana dia pernah berjanji tidak akan menganiaya sesiapa lagi selepas itu.

Hasil daripada tahanan terhadap dia oleh BPR dahulu, kini dia sudah mempunyai kenalan (pegawai penyiasat) yang rapat dimana setiap bulan dia akan membayar sekurang-kurangnya RM1000 kepada pegawai penyiasat tersebut.

Saya tidak ada masalah untuk tampil apabila PDRM, SPRM atau apa-apa badan yang ingin menyiasat malah saya tidak keberatan untuk memberikan maklumat yang saya ada. Tujuan saya mengedarkan maklumat ini kepada media adalah kerana tidak mahu nanti jika maklumat ini diadukan pada SPRM @ PDRM, mereka hanya akan simpan atau buang kes sahaja.

Ini adalah kerana dipercayai dia mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah-pengarah atasan PDRM & SPRM. Kerana pada tahun lalu ada individu yang telah membuat laporan terhadap dia dan ada surat telah dihantarkan kepada Ketua Polis Negara akan tetapi ia hanya sampai ditangan P.A KPN kemudian tiada apa-apa tindakan diambil. Laporan/surat yang telah dihantar akan didedahkan jika ada keperluan nanti.

Yang benar,


Mohammad Fahmy


NAMA-NAMA SYARIKAT MENGGUNAKAN ISTERI (GURU), ADIK BERADIK, IPAR DUAI, ANAK-ANAK SAUDARA DAN PEKERJA-PEKERJA YANG DIJADIKAN PROKSI DI DALAM SETIAP SYARIKAT YANG DIMILIKI.

SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545)
KETUA JABATAN NARKOTIK, IPK MELAKA.
LOT 8701, JLN NAKHODA DALAM, KG.NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.

1) JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
2) BERTAM SECURITY SERTVICES SDN BHD
3) JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
4) PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
5) JW KAWALAN SDN BHD
6) TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD
7) IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
8) ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD
9) SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
10)QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
11)INLAND SECURITY SERVICES SDN BHD
12)JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
13)AYU EDISI SDN BHD
14)EXCELLENT SECURITY NETWORK SDN BHD
15)PRIMA PLATINUM SDN BHD
16)SPLENDID TACTIC SDN BHD



ASET-ASET YANG DIMILIKI ATAS NAMA SENDIRI, ISTERI, IPAR DUAI DAN JUGA ANAK-ANAK SAUDARA.

Sila lihat di SINI

Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Kerdau oleh TG Nik Aziz

Posted: 25 Feb 2011 12:11 AM PST

Video diakhir entry..

TEMERLOH, 25 Feb: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau, Hassanuddin Salim menyeru seluruh petugas parti itu dan Pakatan Rakyat bekerja keras untuk membuktikan kemenangan mampu diraih pada 6 Mac nanti.

Beliau yang merupakan seorang usahawan berkata, walaupun menyedari bahawa PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi jentera kerajaan Malaysia, bukannya BN pada PRK itu tetapi kejayaan boleh dicapai jika usaha yang bersungguh-sungguh dilaksanakan oleh jentera Pakatan Rakyat.

"Insya Allah, dengan dokongan dan sokongan semua pemimpin Pakatan Rakyat, muslimin dan muslimat yang berusaha bertungkus-lumus, kita buktikan Dun Kerdau ini boleh dirampas oleh PAS dalam pilihan raya kecil ini," ujarnya .


Ketua Penerangan PAS Pahang itu menganggap pemilihannya sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kerdau ini adalah satu amanah yang cukup berat.

Begitupun, beliau amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti yang telah memberikan amanah yang berat itu kepadanya untuk bertanding pada PRK Kerdau.- Harakahdaily



Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Merlimau

Posted: 25 Feb 2011 12:06 AM PST

Video diakhir entry..

JASIN, 25 Feb: Calon PAS di Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah menyifatkan pemilihan beliau untuk mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan sebagai penghargaan kepada sumbangan golongan muda.

Yuhaizad, 38 berkata, pemilihan berkenaan menunjukkan kesungguhan PAS mengiktiraf golongan muda sebagai penyumbang dalam perubahan lanskap politik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Pengisytiharan calon ini bukan milik saya tapi satu manifestasi keprihatinan PAS yang mengiktiraf sumbangan semua pihak baik lelaki mahupun perempuan dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna bagi pemuda di seluruh Malaysia.


"Ini juga kemuncak kepada keadilan dan pembelaan tanpa mengira usia selari dengan tuntutan Islam terhadap pemuda serta generasi muda selaku rakan kongsi dalam pembanguanan politik serta pentadbiran negara yang sangat berpengaruh," katanya dalam ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon di Markas Solihin, dekat sini malam tadi.

Justeru, beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk bersama-samanya membawa perubahan dalam poltik Melaka yang masih terkongkong di bawah Umno BN.

"Selaku insan yang diamanahkan menjadi calon saya dengan penuh rendah diri merakam rasa terharu seterusnya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat membawa perubahan politik di Melak," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya juga, PRK Merlimau ini merupakan ujian besar bagi menguji tahap pencapaian PAS di negeri itu sebelum menghadapi pilihan raya umum.

"PRK Merlimau ini ujian yang sangat getir bagi PAS negeri Melaka dan Pakatan Rakyat kerana ini merupakan PRK pertama di Melaka dalam tempoh 15 tahun selepas PRK Bukit Asahan pada tahun 1996 yang ditandingi PAS," katanya. - Harakahdaily


PRK Kerdau : Depa buat dah...

Posted: 24 Feb 2011 10:31 PM PST



TEMERLOH, 25 Feb: PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyebaran risalah itu jelas menunjukkan bahawa pihak lawan amat takut dengan program 100 Hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.


Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung hasutan melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam risalah yang mengandungi beberapa helaian itu.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau, dekat sini, pagi ini.

Gambar : Semalam di Kerdau..

Posted: 24 Feb 2011 08:19 PM PST



Gambar-gambar di sekitar pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS yang telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.







Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.















Sumber Gambar Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Lagi gambar sila lihat di SINI

Tuduhan Liwat : Pakar kimia akui ‘cantikkan’ resume

Posted: 24 Feb 2011 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah 'mencantikkan' resume beliau di dalam mahkamah hari ini.

Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.

"Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?" tanya Ram Karpal.


"Saya ada sedikit pengetahuan tapi…" balas Aidora.

"Bagaimana anda boleh ada cuma sedikit pengetahuan sedangkan anda mengadakan kursus tersebut?" tanya Ram Karpal lagi.

"Saya 'conduct' tapi bukan saya yang beri ceramah, tetapi dua orang pegawai polis dari Australia," kata Aidora.

"CV anda menyatakan anda 'conduct' kursus tersebut tetapi anda tidak memberi ceramah. Jadi anda terlibat dengan perkara seperti penyediaan kopi, langsir yang sesuai, meja…begitu?" tanya Ram Karpal.

"Anda boleh katakannya lebih kurang begitu," kata Aidora.

Aidora merupakan pakar kimia kedua dari Jabatan Kimia dan beliau kali pertama dioal balas pada Rabu lalu.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Namun, disebabkan beliau mengemukakan dokumen kompilasi statistik populasi di Malaysia sebanyak tiga muka surat yang sebelum ini tidak pernah dikemukakan di mahkamah, pasukan peguam Anwar memohon sedikit masa daripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.

Semalam pasukan peguam Anwar berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA yang digunakan Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana tiga peralatan tersebut, Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 9700, diselenggara pada kali terakhir sekitar Mei 2008. Semenjak tarikh itu, ia tidak pernah lagi diselenggara.

Demikian dinyatakan Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang kepada mahkamah semalam. Alan adalah individu yang bertanggungjawab menyelenggara peralatan tersebut.

Lebih menghairankan, selenggaraan yang dilakukan Alan tidak pernah diiktiraf oleh Applied Biosystem Sdn Bhd, syarikat berpengkalan di Amerika yang berhenti beroperasi sejak tahun 2005.

Satu-satunya 'kelayakan' Alan adalah beliau pernah berkhidmat dengan Applied Biosystem.

Namun, beliau tidak pernah diberikan tauliah oleh syarikat tersebut untuk menyelenggara peralatan itu selepas mereka menghentikan operasi pada 2005.

Beliau memberitahu mahkamah selenggaraan yang dilakukan menerusi ATP Service adalah berdasarkan 'pengalaman' dan 'kepakaran' sahaja.

Mahkamah semalam juga ditunjukkan rakaman CCTV tempat yang didakwa berlakunya Fitnah II tersebut.

Laporan langsung

11.00 am – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di galeri awam.

10.53 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir di galeri awam.

11.30 am – Nurul Izzah beredar meninggalkan galeri awam.

10.52 am – Mahkamah bersidang semula.

10.25 am – Mahkamah berehat sebentar.

10.10 am – Aidora meminta Ram Karpal bercakap dengan nada sederhana dan tidak meninggikan suara kerana beliau (Aidora) hadir ke mahkamah untuk membantu mahkamah.
"Bolehkah anda tidak menjerit? Kehadiran saya di sini adalah untuk membantu mahkamah," kata Aidora.

Pada waktu inilah mahkamah mendapat tahu Aidora 'mencantikkan' resume beliau apabila menyatakan dirinya terlibat dalam 'menjalankan' kursus analisa helaian rambut tetapi tidak menyampaikan syarahan dalam kursus tersebut sebaliknya terlibat dalam pengurusan logistik.

9.45 am- Aidora memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kimia untuk menjalankan analisis ke atas sampel tersebut yang diterima selepas waktu pejabat pada 17 Julai 2008.

9.35 am – Menurut Aidora, kebiasaannya polis akan menyerahkan Borang POL 31 di kaunter Jabatan Kimia Malaysia sebelum kes-kes berkenaan diagihkan kepada Ketua Jabatan, Lim Keng Boon, kepada ahli kimia di Jabatan Kimia.

9.30 am – Hadirin ketawa apabila Ram Karpal berkata beliau terganggu dengan celahan DPP Yusoff dan terpaksa 'berfikir semula' untuk menyambung soal balas. Hadirin sekali lagi tergelak kecil apabila Aidora cuba menenangkan Ram Karpal.

9.01 am – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di galeri awam dan mengambil tempat duduk di barisan paling belakang.

8.55 am – Mahkamah mula bersidang. Menurut Aidora, beliau pernah memberi keterangan dalam kes mahkamah sivil dan syariah. Keterangannya di mahkamah syariah melibatkan kes berkaitan paterniti.

8.39 am – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7575

Revolusi Libya : Tentera Gaddafi bedil Masjid

Posted: 24 Feb 2011 07:07 PM PST



BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.


Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar 'membebaskan' Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.

Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya 'pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.'

"Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan," katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

"Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

"Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini," katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

"Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik," katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

"Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain," katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi

Revolusi Libya : Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

Posted: 24 Feb 2011 06:43 PM PST

Photobucket

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita. "Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun," kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.


Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.

Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan 'lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya' namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.

"Keadaan ini amat serius, rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun. Ini adalah kebangkitan menamatkan pemerintahan Gaddafi. Malah, sokongan kepada Gaddafi tidak sampai lima peratus," kata Mismari.

Anggota puak yang menyokongnya tidak 'berjuang untuk Gaddafi tetapi untuk diri mereka,' tambahnya.

Mismari juga mendakwa, askar upahan yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Libya secara besar-besaran.

"Mereka tembak membabi buta sementara tentera udara tidak akan menembak rakyat," katanya lagi.

"Gaddafi amat bertuah jika mati. Jika tidak, rakyat mahukan beliau dibicarakan seperti Saddam Hussein."

Rejim Gaddafi kehilangan kawasan meluas di timur Libya terhadap pemberontakan itu, ia muncul kelmarin ketika Barat bersiap sedia untuk mengeluarkan rakyatnya secara besar-besaran daripada 'pertumpahan darah' di negara Afrika Utara itu.

Katanya, Gaddafi memakai baju kalis peluru di sebalik pakaiannya dan alat perlindungan di bawah serbannya ketika berucap di televisyen Selasa lalu apabila beliau mengarahkan pasukan keselamatan menyuraikan pemberontakan.


Agensi

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 06:25 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.


Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua AMK dan Dapsy Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Loke Siew Fook serta Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Tiada ulasan: