Sabtu, 12 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Mubarak tumbang, rakyat sangsi tentera tetap kuasai Mesir

Posted: 12 Feb 2011 01:21 AM PST

ANALISIS, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak sudah pergi! Kebangkitan rakyat sudah mencapai matlamat pertama mereka. Sejak kebangkitan rakyat 25 Januari, mereka menamakan tanggal 4 Februari lalu sebagai "Jumaat, Hari Berundur". Ia hanya menjadi kenyataan semalam - mereka menamakan sebagai "Jumaat, Selamat Tinggal (buat Hosni)".

Mesir dengan 80 juta penduduk masih berada dalam gelombang kejutan dan kegembiraan dengan perkembangan yang tidak diduga sama sekali .Hosni akan berundur secara tiba-tiba sedangkan sehari sebelum itu mengulangi ketegasan akan kekal berkuasa sehingga September ini.

Persoalan susulan — sama ada majlis tertinggi dipimpin tentera boleh menunaikan harapan kedua rakyat — membawa peralihan kuasa ke arah sistem kerajaan yang lebih bersifat demokrasi. Ataupun kembali ke rejim lama - kerajaan dipimpin oleh pemimpin tentera.

Hosni yang mengambil alih jawatan presiden 1981 merupakan seorang komander tentera. Tiga dekad yang lalu, Hosni menggantikan Anwar Sadat yang mati ditembak ketika menyaksikan perarakan sambutan kemerdekaan. Hosni duduk bersebelahan dengan Anwar.

Hosni selaku komander Tentera Udara Mesir dan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah memainkan peranan yang penting dalam soal perancangan mengadakan serangan mengejut ke atas tentera Israel yang menduduki semenanjung Sinai, yang membawa kepada Perang Yom Kippur pada 1973.

"Semua ini adalah pengikut rejim (Hosni), kesemua mereka dipilih sendiri oleh Hosni," kata Nader Hashemi, profesor madya dari Universiti Denver, merujuk kepada majlis tertinggi tentera kini mengetuai Mesir.

"Mereka ini ada kaitan dengan kesetiaan kepada Hosni Mubarak," kata beliau dipetik msnbc semalam.

Pun begitu tentera Mesir lazimnya memiliki keyakinan rakyat negara itu, berbeza dengan pasukan keselamatan lain dan polis negara itu.

Bagaimanapun mereka masih khuatir sama ada kepimpinan kanan tentera benar-benar akan menerima desakan diadakan perubahan politik.

Badan mentadbir baru negara - Majlis Tertinggi Tentera Udara Mesir - Jeneral Omar Suleiman yang dilantik sebagai naib presiden Mesir akhir bulan lalu ketika kebangkitan rakyat dan beliau juga bekas ketua risikan; Menteri Pertahanan Mohammed Hussein Tantawi, ketua staf tentera Mesir Lt Jen Sami Anan dan Menteri Penerbangan Awam Ahmed Shafiq.

Turut dilaporkan menghadiri mesyuarat tergempar majlis itu semalam ialah ketua komander tentera laut Laksamana Muda Mohab Mamish, komander Tentera Udara Marsyal Udara Reda Mahmoud Hafez Mohamed, dan komander pertahanan udara Lt. Jen Abd El Aziz Seif-Eldeen.

Status Omar, yang mengumumkan keputusan Hosni meletakkan jawatan semalam masih belum jelas.

Strarfor, firma risikan global Amerika Syarikat dalam satu e-mel kepada pelanggan-pelangganya mengingatkan bahawa "kenyataan Omar adalah petunjuk jelas bahawa tentera pimpinan Menteri Pertahanan telah mengadakan rampasan kuasa.

"Tidak jelas sama ada Omar akan kekal mengetuai kepimpinan awam dalam kerajaan diterajui tentera," katanya.

Seorang pegawai Amerika Syarikat dipetik NBC News percaya bahawa Omar, 74, akan hilang daripada radar politik semasa negara itu.

Sumber itu berkata, pegawai-pegawai tentera menemui Obama malam kelmarin selepas Hosni menyampaikan ucapan menerusi TV kerajaan bahawa tidak akan meletakkan jawatan.

Matthew Axelrod, bekas pengarah Mesir di Pentagon dan sarjana Fulbright berkata, nasib Omar akan menggambarkan kesediaan majlis tentera untuk menerima pembaharuan politik.

Jika Omar meninggalkan pentadbiran Mesir, katanya, muka baru akan datang dan sekali gus akan membuka kepada arah aliran kepimpinan.

Pengaruh Menteri Pertahanan dalam majlis tentera dilihat sebagai petunjuk arah aliran badan itu.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat menggambarkan Mohammed Hussein, 75, sebagai seorang "keberatan untuk melakukan perubahan."

Menurut maklumat Jabatan Negara 2008 yang didedahkan oleh WikiLeaks, Mohammed Hussein "membantah kedua-dua pembaharuan ekonomi dan politik yang menurutnya akan menghakis kuasa kerajaan pusat."

Sama ada peranannya akan bergerak ke depan ataupun sebaliknya, kata Nader iaitu ahli panel pakar msnbc, anggota-anggota majlis tertinggi menganggap mempunyai kedudukan besar dalam mempertahankan status quo politik dan ekonomi.

"Dalam mana-mana sistem autoritarian, satu cara untuk memantapkan kuasa politik dan mewujudkan kesetiaan ialah memberi bahagian ekonomi kepada tentera, agar mereka ada pelaburan yang lebih besar dalam sistem politik sebagaimana wujud," katanya.

Majlis tentera telah menjanjikan pemilihan presiden yang bebas dan adil pada September ini.

Kenyataan dibacakan oleh wakil majlis tentera semalam berkata tidak akan bertindak sebagai pengganti kepada kerajaan yang sah.

"Kami tahu graviti dan keseriusan isu ini dan tuntutan-tuntutan rakyat bagi menggerakkan perubahan yang radikal," kata kenyataan itu.

"Majlis tertinggi tentera sedang mengkaji isu ini untuk mencapai harapan rakyat kita," kata kenyataan itu.

Mengambil kira kepimpinan tentera di Mesir selama ini, setiap tiga daripada empat presiden sejak republik Mesir dibentuk pada 1953, merupakan pegawai tentera, ramai pemerhati masih skeptikal bahawa majlis terbaru ini akan membawa perubahan sebagaimana diharapkan rakyat jelata.

Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi

Posted: 12 Feb 2011 12:19 AM PST





Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.

PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA

Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Putih atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun 2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.

Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:

- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media

Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut


AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....

Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa...



OLEH ITU MARI KITA RAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI RAKYAT JUMAAT INI!!!!!!!

Jumaaat: 18.02.2011
Tempat: sekitar masjid KLCC
bila: jam 2.00 tengahari(Lepas Solat Jumaat)

Israel antara yang pasti menangisi kejayaan REVOLUSI MESIR

Posted: 11 Feb 2011 11:05 PM PST



Lebih 30 tahun Isreal membela Mubarak, sama juga kisahnya Israel membela United Malays National Organisation dan baru hari ini kita akan lihat dalam akhbar rasmi israel iaitu Haaretz sudahtiada kelihatan kata - kata pujian buat mubarak.

hanya tinggal hanya kecaman yang tiada henti terhadap mubarak kerana gagal menyekat revolusi,kini ikhwanul muslimin dan gerakan HAMAS sudah pasti lebih kuat dan lebih hebat.Sudah pastinya gaza juga akan meningkatkan serangan yang bertubi - tubi.

Pintu masuk Gaza dari mesir bukan sahaja akan di buka buat para aktivis dan pasukan sukarelawan untuk membawa bantuan kemanusian,malah pintu masuk Gaza dari mesir akan di gunakan oleh sebilangan pejuang revolusi untuk melancarkan serangan termasuk memusnah kan kubu kuat Zionis di Tel Aviv.

Dalam keangkuhan Zionis menyembunyikan kesedihannya Isreal terus sedaya upaya untuk mengekalkan barua - baruanya,El Baradei kononya berjuang untuk Rakyat mesir,kemunculan nya di tengah - tengah Revolusi Rakyat di lihat cukup meragukan.

El-Baradei juga adalah penyebab mengapa Iraq berjaya dihancur lumatkan oleh Amerika,El-Baradei juga termasuk dalam Konspirasi CFR.

Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.


Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?


Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.


Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir




Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi 'sintetik' sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

Kalau ini yang terjadi maka yang paling bersedih dan pasti menangisi kejayaan paling hebat di muka bumi ini ialah Netanyahu,ehud barak dan penzalim - penzalim Zionis yang termasuk barua - baruanya seperti United Malays National Organisation.

Lihatlah hari TV3,RTM semuanya senyap dengan kejayaan kebangkitaan rakyat mesir,apakah mereka sedang berkabong dan juga turut bersedih?

Sudah pasti Israel adalah antara negara yang paling bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir kerana regim Hosni Mubarak merupakan sekutu terkuat Israel di Timur Tengah.
Regim Mubarak telah menutup internet daripada digunakan di negara tersebut. Akan tetapi maklumat tentang perkembangan terkini di Mesir tetap dapat di kongsi di seluruh dunia. Solidariti masyarakat antarabangsa merealisasikan perkara ini.

NONELaman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.

Selain daripada menutup penggunaan internet di Mesir, regim Mubarak turut menahan wartawan antarabangsa. Berberapa orang wartawan Al-Jazeera antara yang ditahan. Kamera video mereka turut di rampas.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difahami oleh rejim - rejim zalim dan menipu.Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.


SEJARAH MANUSIA SESUDAH FIRAUN


Perhimpunan 18 hari di Dataran Tahrir adalah perhimpunan yang terbesar dalam sejarah dunia.
Belum pernah satu revolusi menjatuhkan seorang ditaktor diasak oleh sebagini ramai rakyat.

Belum pernah rakyat bangun dengan marah dan mendobrak rejim yang zalim.

AWAS DAN WASPADA


Awas ! Tel Aviv sedang merancang.Persoalan? Apakah pejanjian damai Mesir/Israel akan dilupuskan.Perjanjian inilah yang menjadi kunci yang telah memandulkan Mesirdari menjalan dirinya sebagai pemimpioan negara Arab.

Oleh Itu Atas Airmata Zionis Israel yang berlinangan menangisi kejayaan REVOLUSI RAKYAT MESIR maka apa kata Selepas Solat Jumaat Ini;

Jumaaat: 18.02.2011
Tempat: sekitar masjid KLCC
bila: jam 2.00 tengahari(Lepas Solat Jumaat)

Semua dijemput beramai-ramai untuk MERAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI !

Revolusi akhirnya mencipta kejayaan :Mari Kita Raikannya Jumaat Ini

Posted: 11 Feb 2011 10:14 PM PST


KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.


"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.


"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.



Hosni Mubarak letak jawatan Presiden
KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.


Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.


Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.


Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi

Jangan Lupa!

jumaaat: 18.02.2011
tempat: sekitar masjid klcc
bila: jam 2.00 tengahari (Lepas Solat Jumaat)
...
semua beramai-ramai dijemput untuk MERAIKAN KEJAYAAN REVOLUSI !

Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi
Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.

tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.

Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.

Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.

Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut,
OLEH ITU JUMAAT INI BERAMAI - RAMAI KITA MENGUCAPKAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI SERTA MERAIKAN SEJARAH KEJAYAAN KEBANGKITAAN RAKYAT YANG TELAH TERLAKAR SEBARIS DENGAN REVOLUSI RAKYAT CHINA,BOLSHEVIKS,REVOLUSI ISLAM IRAN,KEBANGKITAN RAKYAT CUBA DAN REVOLUSI JASMIN TUNISIA!

Tiada ulasan: