Anak Sungai Derhaka |
- PERKASA/UMNO, jangan perbodohkan Rakyat!
- ADUN Kerdau pula meninggal dunia.. Satu lari PRK!!
- Malaysia dan Mesir ada persamaan
- Malaysia tak sama dengan Mesir.. kata Najib
- PANAS!! Hosni Tumbang, Anwar Ibrahim nak lari keluar negara.. (Video Inside)
- Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada Rakyat
- Mubarak lari dari Mesir
| PERKASA/UMNO, jangan perbodohkan Rakyat! Posted: 12 Feb 2011 07:38 AM PST PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa parti itu sedang merancang satu komplot supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melarikan diri ke luar negara dan memperoleh suaka politik. Semalam, Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi mendakwa mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengatur rancangan termasuk cubaan membangkitkan kemarahan rakyat 'ala Mesir' sekaligus dapat mengelakkan daripada menghadiri prosoding tuduhan Liwat II yang sedang dihadapinya. Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu. "Anwar akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan 'Baju Merah' di Bangkok," kata Armand semalam. Sehingga hari ini, Anwar masih dalam lawatannya ke Amerika Syarikat dan dijangka pulang ke tanah air esok. Mengulas laporan polis itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata PKR tidak pernah membincangkan isu sedemikian dan mendakwa ia hanya sebagai satu lagi fitnah yang ditaburkan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR). "Itu hak mereka untuk buat laporan polis. Ini fitnah orang hilang akal termasuk menggelarkan Anwar sebagai pengganas dan ejen Yahudi namun sampai sekarang tiada bukti kukuh. "PR nak maju kehadapan untuk fikir cara nak selamatkan ekonomi ekonomi dan membincangkan soal prinsip. "Jadi saya tak perlu nak jawab isu remeh dan beri perhatian kepada Umno kerana kita tahu rakyat tidak mahu lagi dengar fitnah dan kerja kotor yang dibawa Umno," katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) di sini hari ini. Isu perlantikan setiausaha Azmin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor turut memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya tidak memperkecilkan pemikiran politik rakyat Selangor dengan memanipulasi isu Selangor termasuk kuasa Sultan dan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi. Serangan BN untuk merampas pentadbiran Selangor daripada PR dilihat semakin ketara apabila BN dalam Kempen Selamat Selangor Darul Ehsan (SSDE) mennampilkan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohamad Rahimi Osman, bekas setiausaha politik Anwar Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda untuk melakukan 'serangan peribadi'. "Jangan perlekehkan rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang berhak, apa yang dusta dan keji. "Kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca, teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Jangan ingat rakyat bodoh seperti mereka. "Malah saya yakin rakyat Selangor hari ini sudah dapat melihat kemampuan PR memimpin Selangor dengan efektif untuk kesejahteraan mereka," katanya. Janji PR dilaksana BN Selain itu, Azmin turut mengulas pengumuman pemberian insentif sebanyak RM7,500 seorang kepada 924 guru besar di seluruh negara yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Ba`iah) oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dalam responnya turut menyambut baik langkah seperti yang dicadangkan oleh PR dalam Buku Jingga. Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sebelum ini pernah berpendapat bahawa negara akan muflis jika elaun guru dinaikkan sebanyak RM500, mengikut cadangan 100 hari janji PR. "Najib kata kalau laksanakan cadangan dalam Buku Jingga negara akan muflis tetapi dalam senyap-senyap dia laksanakan apa yang ada dalam buku itu. "Bagi saya tak mengapa kerana sekurang-kurangnya Najib laksanakan apa yang kita rancangkan dan rakyat dapat manfaat. "Ini juga bermakna bahawa PR mempunyai keupayaan mentadbir negara dan ekonomi. Kalau begitu bagi saja PR pimpin Putrajaya daripada membenarkan pemimpin Umno yang sudah hilang wawasan untuk memajukan negara," katanya. Free Malaysia Today |
| ADUN Kerdau pula meninggal dunia.. Satu lari PRK!! Posted: 12 Feb 2011 05:43 AM PST ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada jam 6.30 petang. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu. Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus. "Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air," kata Supt Zundin. Pilihan raya kecil ke-16 Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. 12 wakil rakyat meninggal dunia Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru. Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau. Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Malaysiakini |
| Malaysia dan Mesir ada persamaan Posted: 12 Feb 2011 04:46 AM PST Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata,terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing. Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik danmelaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir. "Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak. "Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam. Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja. |
| Malaysia tak sama dengan Mesir.. kata Najib Posted: 12 Feb 2011 04:14 AM PST Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan."Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara," katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu. Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. "Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat. "Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya. BN memahami permasalahan rakyat Najib berkata kerajaan memberi penekanan dengan memahami permasalahan rakyat dan menyelesaikan permasalah tersebut mengikut kehendak mereka. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno di ibu negara petang ini. Najib sebelum ini pernah memberi amran terhadap mana-mana pihak yang cuba merampas kuasa di negara ini menggunakan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir. "Jangan beranggapan apa yang berlaku di sana mesti juga berlaku di Malaysia. Kita tidak akan benarkannya berlaku di sini," katanya kepada akhbar The Star awal minggu ini. Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional. Majoriti BN di Tenang bertambah "Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak. "Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti BN bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik," katanya. Lewat malam semalam, berbekalkan semangat revolusi di Tunisia pada awal tahun ini, jutaan rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran Mubarak yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat sehingga beliau melarikan diri ke luar negara. Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan Mubarak. Faktor media sosial Mengulas perkara berkenaan, Najib berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial. "Ini memang dijangkakan. Ia sebahagian daridapa fenomena global. Jadi kita ada dua pilihan - kita boleh tutup Malaysia kepada fenomena global menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) atau menjadi sebahagian daripadanya. Dan kita memilih menjadi sebahagian daripadanya. "Jadi kita mesti menguruskannya (fenomena ini) dan sebab itu kita mempunyai masyarkat yang berpendidikan dan mahir dengan teknologi. "Justeru, cabaran adalah bagi kerajaan menguruskan persekitaran politik yang baru ini. Ia tidak mudah kerana kita tidak mempunyai monopoli ke atas maklumat mahupun penyebaran maklumat berkenaan. "Malah, melalui rangkaian sosial, maklumat boleh disebarkan melaui masa sebenar (real time), walaupun pandangan itu mungkin tidak benar. Tetapi ia boleh dilakukan segera," katanya. Namun, Najib dengan cepat menjelaskan apa yang diperkatakannya itu bukan merujuk kepada tapisan di internet. |
| PANAS!! Hosni Tumbang, Anwar Ibrahim nak lari keluar negara.. (Video Inside) Posted: 11 Feb 2011 06:08 PM PST Video diakhir entry.. Fuh!! Nasib baik ada si Arman ni yang mendapat mimpi, kalau tidak habis UMNO/BN pasal Anwar rancang nak buat demo besar-besaran macam kat Mesir tu rupanya.. jahat sungguh Anwar Ibraihm ni rupanya..Malaysia memang bertuah kerana memiliki rakyat seperti Arman ini yang boleh mendapat maklumat jauh lebih cepat dari perisik PDRM mahupun perisik ATM.. Dengan adanya Manusia seperti Arman ini Malaysia juga tidak perlu memiliki satelit pengintip rasanya.. Menurut Ketua Wira PERKASA, Arman Arza Abu Hanifa mengatakan beliau telah mendapat maklumatpada malam tadi dipercayai melalui mimpi dan maklumat tersebut telah diserah kepada polis. Dari maklumat tersebut dikatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan bertindak melarikan diri dari Malaysia samada ke Australia ke UK atau ke USA jikalau didapati bersalah dalam perbicaraan yang sedang berlangsunu ini. DS Anwar Ibrahim juga menurut Arman dikatakan akan mengadakan satu demonstrasi besar-besaran sepertimana yang telah dilakukan dahulu oleh bekas Perdana Menteri Thailand dan apa yang telah berlaku di Mesir. Oleh itu PERKASA mendesak pihak peguam Negara atau Menteri Dalam Negeri supaya mengambil kembali passport DS Anwar Ibrahim supaya beliau tidak melakukan perancangan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Negara ini.. |
| Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada Rakyat Posted: 11 Feb 2011 10:38 AM PST Buat para pemimpin di Malaysia tak kiralah samada yang sedang berkuasa atau yang dijangka berkuasa.. jadikanlah ini sebagai panduan atau peringatan bahawa kuasa rakyat itu kuasa keramat, tak kira berapa besar kuasa yang anda miliki bila rakyat menolak anda akan tersungkur.. Dan ingat juga... RAKYAT HIRED.. RAKYAT FIRED!!! KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan. Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang. Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh. Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza. Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu. |
| Posted: 11 Feb 2011 10:26 AM PST KAHERAH, 11 Feb — Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang. Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh. Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini. Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut. Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza. Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu. Laporan itu tidak dapat disahkan lagi. Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini. Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera. Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan "Mesir meledak." Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: "Pergi, pergi. pergi." Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu. Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan "Mesir akan meletup" kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat. Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan