Selasa, 8 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Say 'Thank You'

Posted: 07 Feb 2011 07:30 PM PST

Kredit gambar:Sun2Surf

Najib bertegas mengatakan Ops Piramid tidak ada motif politik. Itu untuk kepentingan negara. Itu jer nawaitunya. Aha...itu kata dia ler.

Emmm.... bagusler tu. Yang tersurat nampak macam tu ler. Tapi... itu tanggung jawab kamu. Keselamatan rakyat Malaysia di sana... tanggung jawab kerajaan. Mau tak mau, kerajaan kena pikul jugak. Kalau tak buat... kerajaan akan jadi lagi 'haru'. Oooo... simpang malaikat 44, kerajaan, tak mahu 1Malaysia jadi macam negeri firaun tu.

Walau bagaimana pun, ramai yang nampak Ops Piramid ini, selain mempunyai strategi tersurat, ia juga ada yang tersirat. Tersuratnya.... kerajaan mahu dilihat, yang mereka prihatin akan nasib rakyatnya di sana. Jadi.... ini memberikan persepsi yang positif kepada imej kerajaan 1Malaysia.

Namun... yang tersiratnya, kerajaan tak mahu rakyat Malaysia di sana, terdedah kepada budaya revolusi yang boleh menimbulkan kesedaran tentang keburukan pemerintahan diktator. Kerajaan tak mahu mereka terpengaruh dengan budaya ini, kerana ia boleh memdatangkan kesan negatif kepada pemerintahannya. Sebabnya.... 1Malaysia lebih kurang 2X5, ala-ala pemerintahan diktator, si penjilat Zionis-Yahudi laknatullah di Mesir.

Gelagat First Lady di sana, sudah ditiru, oleh yang mengaku FLOM di sini. Demokrasi di sini, dah jadi macam demokrasi di sana. Layu dan tak bermaya. Kadar kemiskinan di sana tinggi, di sini apa kurangnya. Para pemimpin di sana, kaya ya amat raya.... di sini tak der bezanya. Cuma, kita kena bukak mata..... dan pasti nampakler segala-gala persamaannya.

Maka... apabila para penuntut dan rakyat Malaysia tiba jer di KLIA, maka berbondong-bondongler para pemimpin negara menyambut kepulangan mereka..... termasukler Piemnya, bininyer dan lelain para menterinya.

Fuuhh... siap puji bertapa patriotiknya rakyat Malaysia di sana. Ha... ha... ha... patriotik kerana dapat pulang ke Malaysia?? Apa-apa pun mesejnya jelas.... I help you keluar dari sana, you jangan tiru apa yang mereka buat di sana. You must always be thankful, tau?? No matter what we do to you.... just say thank you.

We ketuk kepala 'you'.... Thank you!!
We tipu dan kunta-kinte you..... Thank you!!
We gasak duit 'you'..... Thank you!!
We rosak dan musnahkan negara.....Thank you!!
Ingat..We dah selamatkan you!! So... be patriotik and thankful!!

Ha... ha... ha... Nak tergelak aku!!

Apa-apa pun, rakyat Malaysia masih bergantung harap kepada saki baki sistem demokrasi yang masih bernyawa, hidup segan mati tak mahu di sini. Kita tak mahu, apa yang berlaku di Mesir, berlaku di sini. Nauzubillah....

Sebab itu, akal waras kita, masih pilih cara demokrasi. Kita masih ada pilihan raya, walau pun tindak tanduk 'pengelolanya' menimbulkan banyak tanda tanya, tetapi... itu saja ler pilihan yang kita ada setakat ini.

Kita... mahukan adakan reformasi dan relolusi secara DEMOKRASI. Sebab itu, jangan 'bunuh' demokrasi di sini. Sekiranya demokrasi 'mati' dibunuh di sini, maka akan punahlah harapan rakyat.

Jam tu nanti... apa akan terjadi??

Apakah ombak akan jadi tsunami gergasi??
Apakah ribut akan jadi taufan gilerr babi??

Wallahu a'lam bish shawab....

[sumber]

N 27 Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:30 PM PST


Khabar angin kata... PAS/Pakatan Rakyat takkan bertanding di PRK DUN Merlimau. Nak kasi 'walk over' kepada UMNO. Nah... ambik ler. Kita kasi free jer.

Uisy... betul ke?? Macam nak percaya, tak percaya jer. Kalau PAS tak sudi, PKR kan ade?? Sam Ketua AMK, bukan ke dah bersedia?? Dia.... ever ready beb!!

Tup-tup.... Pakatan Rakyat, buat kenyataan rasmi yang mereka akan bertanding di Merlimau. No free kerusi for UMNO. No walk over. Lawan tetap lawan!!

Sah kini... yang akan lawan UMNO ialah PAS. Aha... PAS yang akan menjadi calon, mewakili Pakatan Rakyat di DUN Merlimau. Siapa calonnya, entah?? Tunggu jer ler.

As for Sam Ketua AMK... sorry, ya?? Kerusi itu, PAS yang akan cuba merampasnya. Mungkin PRU 13, nanti, adaler kerusi untuk you, insyaAllah.

Ramai orang bertanya, PAS boleh menang ke?? Entah ler... Berdoa jer ler. Kita merancang, Allah SWT menentukan. Hopefully ler.

Well, macam Tenang.... Merlimau juga ialah kubu kuat UMNO. Nak menang susah sikit kot. Tetapi, ada orang kata... bukan sikit tetapi banyak ooooo....

La.... apa hal ni?? Weh... optimistik ler sikit!! Awal-awal lagi dah cuak, apa hal??

Bukan cuak..... but being realistik. Apa-apa pun, asalkan kita dapat kurangkan majoriti mereka pun, kira sudah cukup baik. Tapi.... kalau boleh rampas kerusi tu, kira melotopler!!

Since, keputusan telah dibuat, yang PAS/Pakatan akan bertanding, maka gerak kerja mesti disegerakan. Atur strategi serta gerak kerja. Nak berperang mesti ada senjata beb. Senjata pulak mesti power. barulah ada makna. Kalau tak.... sia-sia jer.

PAS, PKR dan DAP mesti perkukuh permuafakatan dan kerja sama. Jangan ada yang merajuk dan buat kerja nak tak nak saja.

Ingat..... kita berjuang dan bertarung untuk satu tujuan yang sama. UMNO/BN..... sasaran yang mesti cuba kita jatuhkan. Kalau tak dapat jatuhkan.... kita bagi dia sakit.

Amacam?? Setuju tak??

[sumber]

Tiada ulasan: