Selasa, 8 Februari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MASA DEPAN YANG KELAM BUAT ANAK CUCU MALAYSIA?

Posted: 08 Feb 2011 08:43 AM PST

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

siri koreksi:PAS BODOH SOMBONG DAN BERPUAK PUAK?

Posted: 08 Feb 2011 06:59 AM PST

PAS jangan terlalu mengambil mudah dengan "Gelombang Merah" ini. Menganggap ia sebagai "angan-angan Mat Jenin" sebagai mana yang disebut oleh Ketua Penerangan PAS bagi saya amat keterlaluan. Kenyataan itu jelas menampakkan kesombongan PAS dalam menonjolkkan kehebatannya.

Kenyataan Ustaz Idris Ahmad itu seolah-olah kita tidak berlajar dari Gelombang Biru di Trengganu pada tahun 2004. Kalau diteliti kembali apa yang berlaku di Trengganu pada tahun tersebut, antara faktor kekalahan PAS adalah kesombongan pemimpin-pemimpin PAS dalam kenyataan dan tindakan. Sikap over confident, merendahkan keupayaan lawan dan memperlekeh pandangan orang bawahan adalah punca sebenar kekalahan PAS.

Hari ini pun, setelah 20 tahun PAS memerintah Kelantan, PAS di negeri-negeri yang baru mendapat kuasa sering tak dapat yang terbaik untuk diikuti dari PAS Kelantan. Terlalu banyak contoh yang jelek di Kelantan menjadi beban kepada PAS negeri-negeri lain untuk berhadapan dengan ahli-ahli bawahan dan rakyat. Bagi yang mengikuti perkembangan PAS dan sayang kepada PAS, semua tahu apa yang berlaku di Kelantan, pulau-memulau, berpuak-puak dan bodoh sombong beberapa pemimpin jelas menimbulkan masalah kepada PAS.

Dua contoh terdekat yang menggambarkan PAS Kelantan bukan dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan Negeri Kelantan adalah keputusan Pilihanraya Mani Urai dan keputusan Muktamar di Shah Alam. Dalam Pru Mani Urai PAS yang diterima hebat di negeri lain hanya menang di Kelantan (Mani Urai) dengan sekitar 60 undi. Manakala dalam muktamar di Shah Alam, buat pertama kali rasanya dalam sejarah PAS Orang-orang dari PAS Kelantan gagal duduk di kerusi tertinggi parti. Apakah ini menggambarkan sudah sampai masanya kehebatan PAS Kelantan akan berpindah ke negeri-negeri lain dan kalau ini berlaku puncanya adalah dari PAS Kelantan sendiri. Kalau dalam PAS pun keadaannya begitu, maka tak mustahil gelombang merah akan menjadi igauan ngeri buat PAS Kelantan dan PAS Malaysia.

Oleh itu, PAS Kelantan amat perlu bermuhasabah diri agar gelombang merah mampu dikembalikan ke lautan Cina Selatan dan kehebatan PAS Kelantan tidak diambil alaih oleh negeri lain seumpama Selangor.

ADUN BN MENIPU NAJIB? ADUN INI PULA MENGAMPU NAJIB

Posted: 08 Feb 2011 06:23 AM PST

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

NONEDr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.NONEBeliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

NONEDaud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.

Apabila Anwar Ibrahim Menyanyi

Posted: 08 Feb 2011 02:38 AM PST

Anwar Ibrahim ketika majlis pelancaran album Teratak
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali menyumbangkan suara dalam sebuah lagu berjudul Teratak yang merupakan sebuah projek amal Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.
Menurut Anwar, walaupun hanya memainkan peranan kecil dalam projek itu, beliau amat gembira kerana ia merupakan inisiatif untuk menarik minat golongan muda.
"Saya melakukannya sebab Gwo-Burne desak. Saya sangat tidak selesa tetapi cuba berlatih di kamar mandi. Memang saya gemarkan muzik seperti Elvis Presley dan sebagainya, tetapi ini serius.
"Apabila Gwo-Burne bawa saya ke studio, saya mendapati bahagian saya paling susah! Tetapi saya enjoy dan cuba menjiwai lirik sebaik mungkin. Ada sedikit perubahan dibuat agar lebih sesuai dengan saya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran album Teratak di Subang Jaya, Selasa lalu.
Album Teratak merupakan sebuah projek amal bagi mengumpulkan dana membantu meningkatkan prasarana di kawasan penempatan pengundi berpendapatan rendah.
Sementara itu, Gwo-Burne berkata, apabila pertama kali mendengar suara Anwar, dia hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan nyanyian beliau yang bernada sayu.
Peminat cilik Datuk seri Anwar Ibrahim
Katanya, menulis lirik untuk Ketua Pembangkang itu adalah satu cabaran baginya terutama apabila Anwar mengakui lebih gemarkan lagu berentak rancak.
"Idea selalunya datang apabila saya berada dalam keadaan murung, suatu masa dahulu saya meluahkan emosi menerusi lagu. Sekarang, saya menggunakan 'kelebihan' itu untuk mendekati masyarakat dengan cara baru," kata Gwo-Burne yang menyasarkan kutipan RM200,000 hingga RM300,000 untuk jualan amal Teratak.
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu projek Teratak ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pakatan Rakyat.
"Semua orang mengadakan majlis makan malam atau majlis amal dengan menjual meja untuk mengumpulkan dana. Ini dipanggil 'politik baru' tetapi sejak dahulu lagi sudah ramai orang buat, akhirnya saya jual meja pada dia, dia jual meja pada saya.
"Disebabkan saya masih baru (dalam politik) saya mahu cuba sesuatu yang lain untuk menjana lebih dana sumbangan kepada golongan miskin dalam kawasan Parlimen kami," jelasnya yang menulis gubahan solo istimewa untuk Anwar.
Album mini tersebut merupakan cetusan idea beliau yang terbabit dalam hampir keseluruhan projek termasuk perancangan dan fotografi istimewa sebagai penghias album Teratak.
Manankala, adiknya, Gwo-Tynde Loh pula bertanggung jawab ke atas arahan seni termasuk rekaan penghias album, laman web dan bahan-bahan lain.
Empat lagu dimuatkan dalam album mini tersebut antaranya Teratak yang menampilkan The Wayfarers dengan lagu istimewa dari Anwar dan Elizabeth menerusi Feeling Funselain Jia (Teratak dalam versi Mandarin) dan We Are All The Same.
Kesemua lagu diterbitkan oleh DJ Hope dengan lagu ditulis oleh Danny Tan, lirik oleh Faisal Mustafa, Ivone Tjuatja Dharma (Teratak) dan Gwo-Burne (Teratak dan Feeling Fun) serta disusun oleh James & Co.
Cakera padat edisi terhad Teratak tidak dijual, sebaliknya merupakan 'cenderahati' percuma apabila anda menyumbang minimum RM25 kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai cakera padat terhad Teratak, layari www.kelanajayamp.com atau www.uni-tee.org untuk memuat turun trek pilihan anda.

PEMANDU TERAJU PASTU BOLOT SEMUA BUAT HARU IRU...?

Posted: 08 Feb 2011 02:01 AM PST

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), tetapi berharap agensi itu mempunyai kuasa seperti Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

"PERKASA berharap TERAJU akan dipimpin oleh Melayu yang bersemangat Melayu tulen, bersih dan telus serta ada kuasa seperti PEMANDU," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan melancarkan TERAJU bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana menteri berkata agensi yang dipimpin Husni Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif itu akan berfungsi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim juga berkata, tindakan kerajaan itu selaras Dengan resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputra sebelum ini yang mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa penyelaras seakan PEMANDU.

"PERKASA menegaskan sekali lagi agenda ekonomi bumiputera hendaklah menjadi agenda ekonomi negara kerana ia kepentingan nasional.

"Yang dituntut oleh umat Melayu dan Bumiputera ialah kesaksamaan stake ekonomi negara yang adil untuk semua kaum," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

KEJAM:KOMA KARENA DIROGOL DENGAN KEJAM

Posted: 07 Feb 2011 11:59 PM PST

Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya," katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

"Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.

PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.
PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.

PANAS:GAMBAR BOGEL PERDANA MENTERI AKAN DIDEDAHKAN

Posted: 07 Feb 2011 04:01 PM PST

Penyelidikan terhadap kasus dugaan hubungan seks Perdana Menteri (PM) Italia Silvio Berlusconi dengan pelacur di bawah umur terus berlangsung. Kabarnya dalam penyelidikan tersebut ditemukan foto-foto Berlusconi dalam keadaan bugil bersama wanita-wanita muda.

Foto-foto tersebut diduga diambil oleh satu atau lebih pelacur yang menghadiri pesta seks yang digelar Berlusconi di kediamannya di Milan. Demikian seperti diberitakan harian Telegraph, Senin (7/2/2011).


Karima El Marough (news.com.au)


Kabarnya keberadaan foto-foto tersebut telah memicu perang harga antara majalah-majalah dan agensi-agensi foto, dengan harga awal 1 juta Euro.

Tim hukum Berlusconi menyatakan, gambar-gambar itu, jika pun ada, berarti palsu, merupakan foto-foto yang direkayasa. Meski begitu kuasa hukum Berlusconi telah mengajukan komplain ke otoritas kehakiman dan badan pengawas privasi Italia guna mencegah publikasi foto-foto tersebut.

Para penuntut di Milan menuduh Berlusconi telah membayar untuk berhubungan seks dengan Karima El-Mahroug, seorang pelacur di bawah umur yang dikenal sebagai "Ruby si pencuri hati".

Di Italia, pelacuran dinyatakan legal, namun tidak dengan perempuan di bawah usia 18 tahun.

Ruby yang berkebangsaan Maroko, masih berusia 17 tahun ketika mengunjungi vila Berlusconi di Milan beberapa kali pada 2010. Ruby membantah telah berhubungan seks dengan Berlusconi. Meski Ruby mengaku telah menerima lebih dari US$ 9.000 setelah hadir dalam pesta di rumah Berlusconi.

Berlusconi pun membantah tuduhan berhubungan seks tersebut. Menurut milyuner berumur 74 tahun itu, dirinya tidak pernah membayar sebagai imbalan untuk memperoleh pelayanan seks. Tuduhan tersebut, menurutnya sarat dengan motif politik.

Tiada ulasan: