Jumaat, 25 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Blogger UMNO dedah Menteri Kabinet Gay dari Johor

Posted: 24 Feb 2011 05:19 PM PST

Sebuah blog pro Gerombolan songkok tinggi mendakwa memperolehi maklumat sahih bahawa seorang Menteri Kabinet yang berasal dari Johor merupakan seorang gay. Blog tersebut turut mempersoalkan sama ada Najib sanggup untuk memecat Menteri ini seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.



Blog tersebut anotherbrickinwall.blogspot.com mendakwa menerima maklumat yang boleh dipercayai dari UMNO bahagian bahawa menteri kabinet tersebut memiliki seorang "jambu" yang sebelum ini bekerja di sebuah Jabatan Hal Ehwal korporat di sebuah bank utama di Kuala lumpur. "jambu" tersebut kini bekerja di sebuah syarikat pelaburan antarabangsa.

Menteri tersebut dikatakan selalu bertemu dengan "jambu" itu di Nikko Hotel. Malah didakwa begitu rapat sehingga boleh meminta wang dengan mudah sebanyak RM20,000 dari menteri berkenaan.



Meskipun blogger pro songkok tinggi tersebut cuba menyembunyikan wajah menteri tersebut, namun hasil pencarian ReJaM© di google, wajah menteri yang dimaksudkan telah terdedah. Jelas sekali disebalik objek hitam yang menutupi wajah menteri tersebut adalah wajah lelaki yang serupa dengan Hishammuddin Tun Hussin Onn. Di bawah ini wajah menteri yang dimaksudkan.



Blog tersebut mendakwa Menteri yang dimaksudkan bukan Hisyamuddin, tetapi menggunakan gambar Hisyamuddin yang dihitamkan. Apakah muslihat di sebalik cerita ini? Hanya blogger tersebut yang tahu.


ReJaM© "No komen..."

Video menarik, kucing tunjuk isyarat bagus! "Thumbs up"

Posted: 24 Feb 2011 03:01 PM PST



Seekor kucing hitam mendapat sambutan hangat di internet apabila videonya tersebar luas di Youtube memaparkan kebolehannya untuk menunjukkan isyarat bagus "thumbs up".

Kucing tersebut turut dimuatkan di dalam laporan berita The Sun Daily sebagai kucing yang hebat kerana didakwa boleh menunjukkan isyarat bagus dengan kaki kirinya apabila diminta berbuat demikian oleh tuannya.

Saksikan video kucing tersebut di bawah ini.



ReJaM© "Isyarat bagus ini ditujukan khas untuk pemimpin yang mengikut suruhan Allah... "

Protes anti Taib Mahmud di Kanada dan United Kingdom

Posted: 24 Feb 2011 02:20 PM PST

Kempen bagi menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin mendapat momentum menjelang pilihan raya negeri itu dengan dua demonstrasi dirancang di Ottawa dan London Isnin depan.

Protes itu adalah anjuran Dana Bruno Manser Fund (BMF), sebuah kumpulan pejuang hak pribumi yang berpangkalan di Switzerland, dengan kerjasama pertubuhan alam sekitar antarabangsa, termasuk adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown.

Rewcastle Brown adalah pengasas laman sesawang Sarawak Report, yang sebelum ini seringkali mendedahkan dakwaan salah-laku dan rasuah Taib serta empayar perniagaannya.

Menurut kenyataan BMF, protes di Kanada dan United Kingdom itu akan diketuai oleh pemimpin pribumi dari Malaysia dan akan diadakan di luar dua syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib di Ottawa dan London.

Kedua-dua syarikat itu - Sakto Corporation di Kanada dan Ridgeford Properties Ltd di London adalah 49 syarikat yang telah disenarai-hitamkan oleh BMF baru-baru ini.

Pemimpin dalam buangan

Protes di Ottawa, dijadualkan pada jam 12pm (Eastern Time, GMT-5), akan diketuai oleh Mutang Urud, seorang pemimpin pribumi dari Sarawak yang tinggal dalam buangan di Kanada sejak awal 1990an.

Mutang pada Februari 1992 telah ditangkap dan dikenakan hukuman kurungan berasingan oleh kerajaan Taib kerana mengendalikan Persatuan Penduduk Pribumi Sarawak (SIPA).

Beliau pernah berucap pada Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-47 di New York pada 10 Disember 1992 berhubung nasib pribumi Sarawak yang ditindas.

Protes di London yang dijadualkan pada jam 9.30am (GMT) akan diketuai oleh Rewcastle Brown dan Peter John Jaban.

Peter, seorang penduduk pribumi Sarawak adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio bebas gelombang pendek yang bersiaran dari London. Ia memfokus pada cerita-cerita aktivis Sarawak dan perjuangan masyarakat pribumi mempertahankan hak tanah mereka dan juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Taib.

Pilihan raya Sarawak disebut-sebut akan diadakan pada April ini kerana hayat dewan undangan negeri itu akan berakhir Julai depan.


ReJaM© "Ayuh Rakyat Sarawak Ayuh Bangkit!"

Sekolah cina tolak tawaran akhbar Utusan percuma

Posted: 24 Feb 2011 01:52 AM PST

Pada mulanya sebuah sekolah cina di Kuantan sudah bersetuju untuk menerima Akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang disedekahkan oleh sebuah syarikat swasta bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu bagi para pelajar di sekolah berkenaan. Namun hasil perbincangan dan juga akibat bangkangan, Lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam membatalkan keputusan itu [Malaysiakini]



Pihak pentadbiran sekolah cina sudah membuat langkah bijak syabas!

Pelajar datang ke sekolah untuk belajar dan menjadi bijak bukan untuk menjadi bangang!

Semua unsur-unsur yang boleh membangangkan pelajar harus dibuang harus dihapuskan!

Orang-orang tua dah lama dibangangkan oleh Utusan Merapu biarkan orang-orang tua terus jadi bangang kah kah kah...

Orang tua bangang tak apa sebab orang tua tak lama lagi dah nak mati kah kah kah!

Budak-budak harus jadi bijak jangan ikut orang tua yang bangang kah kah kah!

Pelajar-pelajar cina akan jadi bijak sebab tak baca Utusan Merapu. Pelajar Melayu bila nak jadi bijak?

Lebih baik pelajar Melayu cepat bertindak untuk jadi bijak sebelum kena pijak!

RentaP© "Akhbar yang membangangkan orang tua, orang muda, orang cacat, orang sihat, tenuk, penyu, kambing, tikus, cacing semua jadi bangang sebab baca akhbar yang bangang lagi membangangkan kah kah kah"

Tiada ulasan: