Jumaat, 25 Februari 2011

Era Pasca

Era Pasca


BRITAIN JUAL SENAPANG UNTUK BUNUH RAKYAT LIBYA!

Posted: 25 Feb 2011 02:27 AM PST

Britain meluluskan eksport senjata penembak tepat ke Libya hanya beberapa bulan sebelum penembak tepat mula membunuh protes-ers di Tripoli.

Eksport lesen diberikan untuk membiarkan "sejumlah kecil" senjata jarak jauh dihantar pada bulan November untuk pameran atau ujian. Empat lesen telah diluluskan untuk senjata tersebut, bersama-sama dengan senapang tempur dan pistol semi-automatik, bersama kit pembersihan.[ lagi ]
(baca selanjutnya...)
Read more »

SUDAH2lah JADIK BARUA UMNO.. TAUBATLAH!!

Posted: 25 Feb 2011 12:07 AM PST

Kerdau-Sewaktu berceramah dalam sessi penamaan calon DUN Kerdau semalam, Sdr Mat Sabu menjelaskan bahawa kejatuhan regim-regim di Arab sekarang adalah kerana kebebalan pemerintah yang bukan sahaja tidak menghormati demokrasi , malahan mereka telah tidak mehjlankan amanah dan tangung jawab yang di harapkan rakyat.
(baca selanjutnya....)
Read more »

INI BUKAN UMNO TAPI PAS!!

Posted: 24 Feb 2011 06:33 PM PST

PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Merlimau sebentar tadi.

Yuhaizad berumur 37 tahun, berasal dari Kg. Chinchin, Jasin dan merupakan anak jati DUN Merlimau. Isterinya bernama Shakila Mohd dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Chinchin, kemudian Sek Men Tok Bendahara dan menyambung pelajarannya di IKM dengan memperolehi Diploma Tasawwur Islam.
(baca selanjutnya...)
Read more »

PANEH MIANG! ANWAR SAHKAN BERSAMA SAYFOOL DI CONDO 26HB!

Posted: 24 Feb 2011 10:41 AM PST

Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut. Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.
Read more »

Pecah Berita dari Yemen!

Posted: 24 Feb 2011 04:40 AM PST

baru terima sms dari yemen yg mengatakan bahawa 8 gabenor yemen meletakkan jawatan lebih sejam yang lalu.......allahuakbar...!!!!!

-mungkin takut orang Yemen bangkit so sedar2lah diri untuk letak jawatan... Malaysia bila lagi?
-Libya awat taknak letak jawatan President nye? Sanggup berperang dengan rakyat lak tu....

Tiada ulasan: