Jumaat, 25 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PERAK - `JANGKA HAYAT' ZAMBRY SEMAKIN HAMPIR

Posted: 24 Feb 2011 10:05 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEKAS Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda yang dikatakan oleh Adun PAS Titi Serong, YB Idham Lim adalah sebagai orang yang pernah membuat akuan sumpah dan melapor kepada SPRM bahawa beliau (Fauzi) pernah mahu dibeli oleh Umno dengan harga RM 50 juta sewaktu beliau berada di dalam PKR. Fauzi ini lah yang kini mendakwa terdapat jutawan segera di kalangan pemimpin PR sewaktu PR memerintah Perak.

Adakah tuduhan orang seperti ini boleh dipercayai? Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar beliau agar membuktikan tuduhan tersebut dengan menamakan jutawan segera seperti dakwaannya itu. Nampaknya mereka masih tidak puas hati dengan PR walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak itu. Ini lah gangguan mental di kalangan mereka yang Allah tidak akan memberikan ketenangan di jiwa mereka setelah merampas kerajaan pilihan rakyat dengan mendirikan kerajaan melalui proses mahkamah.

Bagaimana mungkin wujudnya jutawan segera sepanjang PR memerintah di Perak, sedangkan tiada satu kes pun yang melibatkan rasuah ketika itu. Tuduhan bahawa semua MP dan Adun PR menerima balak ketika Nizar menjadi MB Perak adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal samasekali. Mereka sengaja untuk memberikan imej yang tidak baik kepada PR kerana mereka sedar bahawa di dalam PRU Ke 13 nanti, jangka hayat Umno/Bn di Perak pasti berkubur. Rakyat di Perak tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa kepada PR. Justeru itu, walaupun dicabar banyak kali Zambry masih enggan membubarkan Dun Perak untuk menyerahkan semula kepada rakyat kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Fauzi mendakwa terdapat 8 pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan PR memerintah Perak. Lantaran itu, 8 NGO telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi. Kita akan menanti apakah hasil siasatan itu nanti. Di samping itu, kita jangan lupa bahawa PR juga telah membuat laporan kepada SPRM sebelum ini tentang 4 Adun dari PR yang telah keluar parti menjadi Adun Bebas yang didakwa menerima wang. SPRM mesti menyiasat kesemua aduan tersebut dengan adil dan telus.

Percayalah, tempoh hayat kerajaan yang dibenarkan oleh mahkamah ini akan tumbang selepas PRU Ke 13 nanti dan Perak akan kembali berada di bawah kerajaan baru yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Mereka tidak boleh selamanya berada di kerusi `haram' tersebut kerana bahangnya teramat panas. Jika tidak, masakan sampai sekarang mereka masih takut kepada bayang-bayang mereka sendiri./wfauzdin.blogspot.com

HUJAH TV 9 - SANUSI IBARAT ` PADI DI ATAS BUMBUNG YANG TIDAK BERBUAH'

Posted: 24 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJURUS selesai menonton siaran langsung Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik di antara pasukan Malaysia bertemu dengan Pakistan malam tadi di siaran Astro, saya sempat mengikuti rancangan Hujah di TV 9 yang menampilkan bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas MB Kedah iaitu Tan Sri Sanusi Junid. Di penghujung rancangan tersebut, saya sempat mengikuti pandangannya tentang parti PAS.

Sanusi masih tetap menunjukkan kesetiaannya terhadap Umno dan tetap meragui PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Bekas MB Kedah yang terkenal dengan idea lucu `menanam padi di atas bumbung' ini turut menyentuh tentang kemasukan beberapa artis ke dalam PAS dan yang terkini adalah pelakun dan pencipta lagu Sdr Bob Lokman.

Beliau memberikan pandangan bahawa kemasukan beberapa artis ke dalam PAS menunjukkan bahawa PAS `berpolitik' dan bukan kerana agama. Apabila Sanusi berkata demikian, ternyata beliau setaraf jahilnya dengan idola beliau iaitu Mahathir kerana masih menganggap bahawa politik itu terpisah dari agama.

Sanusi sepatutnya bertanya sendiri kepada semua artis yang telah menjadi ahli atau penyokong PAS, mengapa mereka menyokong PAS. Tanya juga mereka, adakah selama ini PAS yang melutut dan menyembah para artis untuk menyokong parti tersebut? PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam, dan Islam itu adalah hak semua bukan untuk Melayu sahaja, bukan hanya untuk rakyat biasa sahaja, bahkan Islam itu hak para artis yang beriman dengan agama yang Maha suci ini. Pendek kata, Islam itu diturunkan untuk semua manusia tidak kira apa jua latar belakang mereka hatta Raja sekali pun.

Justeru itu, terpulanglah kepada sesiapa samada dia artis atau tidak untuk memilih mana-mana wadah yang diyakini memperjuangkan Islam. Walaupun sudah ramai para artis yang menjadi ahli PAS atau menyokong parti tersebut, namun PAS tidak mudah untuk mengambil kesempatan atas populariti artis berkenaan untuk dijadikan calon pilihanraya mewakili PAS. Ini adalah kerana PAS tidak memandang kepada populariti sedemikian rupa.

Sekiranya hujah Sanusi Junid diterima pakai, maka sudah tentu banyak calon PAS boleh diambil dari golongan artis. PAS sentiasa mengalu-alukan artis untuk menyertai parti tersebut kerana dengan menyertai parti ini mereka akan lebih faham dan dekat dengan perjuangan Islam. Secara lojiknya, jika artis yang sering dikatakan bergelumang dengan nilai-nilai yang tidak baik itu boleh menyokong PAS, mengapa ada di kalangan ilmuan agama dari Umno yang masih tidak boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS?

Rancangan Hujah TV 9 malam tadi jelas memperlihatkan ketumpulan pemikiran Tan Sri Sanusi Junid. Malang sekali tiada wakil dari pihak PAS yang dijemput bersama di dalam rancangan tersebut agar PAS dapat memberikan sedikit ilmu buat pemimpin veteren Umno tersebut. Kita kesihan melihat tokoh seperti Sanusi dan Mahathir yang sehingga ke penghujung usia masih berada di dalam gelap gelita.

Sayang sekali, ketokohan kedua-dua bekas pemimpin Umno tersebut tiada nilainya jika kejahilan tentang agama masih menghantui hidupnya. Mereka ibarat seperti `Padi Di Atas Bumbung Yang Tidak Berbuah'. /wfauzdin.blogspot.com

PEDULI APA KALAU MELAYU TIDAK MAHU SOKONG PAS?

Posted: 24 Feb 2011 09:24 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK juga aku bila ada yang risau bila mana orang-orang Melayu tidak lagi menyokong PAS. Persetankan Melayu yang tidak mahu kepada PAS, kerana PAS bukan mahu orang-orang Melayu di dalam memperkuatkan Islam. PAS mahukan orang-orang Islam yang boleh berjuang bersama dengannya untuk menegakkan Islam di negara ini.

Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS itu sudah cukup baik. Bahkan, jika Presiden PAS pun dipilih dari kaum Cina Islam yang cukup syaratnya, apa masalah? Biarlah Melayu dengan Umnonya beserta sekutu Apconya itu.

Cuma, apa yang PAS mahu lakukan sekarang adalah cuba untuk selamatkan Melayu Jahiliyyah ini agar kembali kepada Islam. Jika mereka merasa lebih selesa dengan Jahiliyyah, apa yang PAS boleh buat lagi? Memang lazimnya Jahiliyyah menawarkan kenikmatan duniawi. Orang yang minum arak, berjudi dan berzina itu semua hanya ingin menikmati kenikmatan duniawi. Itulah tawaran buat mereka yang memilih untuk menjadi golongan Jahiliyyah.

Kekuatan Islam bukan terletak pada Melayu. Memang di negara ini Melayu dikatakan penganut asal Islam, tetapi sejarah juga menunjukkan Melayu juga penentang Islam. Justeru itu, PAS jangan terlalu bersedih atau berdukacita jika Melayu tolak parti Islam ini. PAS mesti terus mendekati semua kaum untuk terangkan Islam. Tidak rugi satu sen pun jika Melayu tolak PAS kerana kekuatan Islam bukan terletak di tangan Melayu. Jika Raja-Raja Melayu pun orang Melayu tidak boleh pertahankan, kita mahu mereka pertahankan Islam?

Aku tidak sebut kesemua Melayu bersikap begitu. Tetapi sudah semakin ramai Melayu yang ingin terus berada di zaman Jahilliyyah di mana mereka pentingkan habuan dunia. Mengapa mereka menjadi sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin Melayu mereka yang ajar mereka begitu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: