Rabu, 16 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Doktor akui tiada bukti klinikal dubur saiful ditembusi

Posted: 15 Feb 2011 10:44 PM PST



Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaimana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?" soal Karpal.

Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral? Menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh.. Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah. [Malaysiakini]



ReJaM© "Kah kah kah... doktor pun tak pasti budak Saiful ni kena liwat ke tak... "

Penduduk Tawau harus doakan ADUN meninggal dunia

Posted: 15 Feb 2011 10:46 AM PST

Suasana sekolah yang usang, buruk mengalahkan pondok buruk, malah boleh dikategorikan sebagai sekolah paling buruk di Malaysia, mungkin bakal mendapat tempat yang baik di dunia sebagai sekolah paling hodoh dan buruk tahap reban. Ini bukan fitnah pembangkang, ini bukan cerita bohong tapi ini fakta!

Sekolah buruk ini barangkali boleh dimasukkan di dalam rekod Malaysia's Guinness Book of Record, sebagai sekolah paling buruk dan tak selamat di Malaysia. Sekolah ini bukan sahaja buruk, malah sangat berbahaya kepada lebih 1000 murid-murid dan guru yang saban hari menggunakannya kerana tiada pilihan.



Seorang ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah mendedahkan di dalam akhbar The Star milik MCA, tentang perihal bangunan-bangunan sekolah yang usang dan berbahaya kepada lebih 1000 guru dan pelajar sekolah berkenaan. Hal ini sudah diutarakan kepada Menteri Pelajaran, namun tiada tindakan yang diambil.

Ahli Parlimen itu juga telah melaporkan hal ini kepada Timbalan Perdana Menteri Pak Din anak Yassin tetapi tidak diendahkan nampaknya Pak Din hanya berminat untuk mengumumkan projek-projek kebetulan sekiranya ada Pilihanraya kecil sahaja. [The Star]



Nampaknya penduduk di Tawau perlu mengadakan solat hajat agar ADUN kawasan anda meninggal dunia untuk menyelamatkan nyawa 1000 lebih guru-guru dan murid-murid yang menanggung risiko setiap hari di sekolah buruk ini.

Inilah kerajaan yang mendakwa mereka sahajalah yang pandai memerintah, mereka sahajalah yang mengutamakan rakyat! Hasilnya, Negeri Sabah dilaporkan oleh bank dunia sebagai Negeri paling miskin di dunia, meskipun sebelum ini pernah dinobatkan negeri terkaya di Malaysia (1970) [Negeri paling miskin]

ReJaM© "Mungkin Pak Din nak tunggu ada orang mati kat sekolah tu baru nak selesaikan masaalah ni..."

Pak Din buat lawatan kebetulan ke Merlimau

Posted: 15 Feb 2011 04:23 AM PST

Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke DUN Merlimau untuk beramah mesra dengan rakyat Merlimau. Ini buktinya pemimpin Barisan Nasional sentiasa mengutamakan rakyat. Ini bukti pemimpin Barisan Nasional mesra dengan rakyat. [Utusan]



Semua orang tengok baik-baik! Ini bukan lawatan untuk membodek penduduk Merlimau agar mengundi BN. Ini adalah lawatan kebetulan yang sudah lama dirancang oleh Timbalan PM Pak Din bin Yassin.

Jadual lawatan Pak Din bin Yassin memang sudah ditetapkan sejak lama dahulu, selepas melawat DUN Galas, Pak Din bin Yassin akan melawat DUN Tenang, kemudian Merlimau dan selepas ini DUN Kerdau Pahang. Ini semua tiada kaitan dengan Pilihanraya Kecil. Ini semua kebetulan!


RentaP© "Secara kebetulan juga semua ADUN di kawasan yang bakal dilawat oleh Pak Din anak Yassin akan mati secara mengejut. Itu semua kuasa tuhan!"

Tiada ulasan: