Ahad, 13 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gerombolan songkok tinggi buat konspirasi bodoh!

Posted: 12 Feb 2011 11:15 PM PST

Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.

Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.

Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.

Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agar merampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untuk melarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.

Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan.

Di bawah ini rakaman video sewaktu ketua gerombolan songkok tinggi itu membuat sidang media. Ketua gerombolan dengan bangganya merepek dan merapu semasa azan sedang dilaungkan sila klik untuk menonton video.



Selepas sidang media dan laporan Polis tentang dokumen bukti ini dibuat, tiba-tiba para blogger penyokong songkok tinggi secara berjamaah bagai gerombolan monyet-monyet pencuri pisang orang kampung, telah menyiarkan berita yang konon-konon menggemparkan.

Para blogger gerombolan monyet ini menyiarkan cerita kononnya seorang exco Perkasa bernama Farid telah hilang dicolek. Blogger-blogger gerombolan monyet ini berpura-pura sangat risau kerana dokumen bukti Anwar ingin melarikan diri dan membuat konspirasi kemalangan ada di tangan si botak ini. Si botak bernama Farid ini keluar tak sampai 24 jam, tapi geng gerombolan buat-buat gelisah dan risau mengalahkan hilangnya kanak-kanak umur 3 tahun.

Namun begitu, tak sampai sehari selepas gerombolan monyet-monyet ini membuat konspirasi bodoh mereka, keluar pula berita di akhbar pencacai, kononnya si botak yang membawa dokumen ini telah ditemui dalam keadaan kebingungan. Malah dokumen di tangannya dipercayai sudah hilang.



Wow hebat gila konspirasi puak gerombolan monyet ini. Macam cerita konspirasi dalam filem tamil. Diorang yang buat konspirasi, diorang juga yang menjawab persoalan konspirasi. Akhirnya gerombolan monyet ini hanya mampu membodohkan diri mereka sendiri kah kah kah. Bayi yang baru dilahirkan sejam tadi pun akan tergelak bila dengar cerita bangang puak gerombolan monyet ini kah kah kah.

Cubaan memperbodohkan rakyat ternyata gagal, sebaliknya gerombolan monyet ini yang menunjukkan kebodohan.


ReJaM© "Pssst... gerombolan monyet dan songkok tinggi ni lupa ada pembelot yang telah mendedahkan konspirasi bodoh ini kah kah kah kantoi!"

Solat dua imam, bongkar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 12 Feb 2011 08:34 PM PST

Laporan berita di mStar hari jumaat lalu menyiarkan kenyataan murka Sultan Johor terhadap insiden solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di DUN Tenang. Di bawah ini screenshot yang dipetik dari potal tersebut [mStar].


Berikutan dengan tersiarnya berita kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, gerombolan blogger, facebooker dan penyokong UMNO Barisan Nasional mengambil peluang untuk menaburkan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz di blog-blog dan di facebook. Mereka memaparkan sebuah gambar kononnya Tuan Guru Nik Aziz terlibat di dalam hal ini. Rujuk link-link ini [Facebook], [Facebook]



Gerombolan blogger, facebooker dan penyokong kumpulan songkok tinggi menaburkan fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat sebelum sebuah lagi jemaah di hadapan beliau selesai mengerjakan solat, tujuan fitnah ini untuk menggambarkan kononnya Tuan Guru membawakan ajaran sesat bersolat dua imam.

Namun begitu seperti biasa, fitnah mereka terbongkar lagi. Ternyata tiada pun jemaah lain yang bersolat ketika itu. Gambar seseorang yang dikatakan imam di depan jemaah Tuan Guru, sebenarnya melakukan solat sendirian, dan bukanlah meimamkan solat lebih awal seperti yang didakwa oleh gerombolan songkok tinggi.

Di bawah ini sekeping gambar semasa jemaah Tuan Guru sedang memulakan solat berjamaah sebelum itu. Ternyata tiada jemaah lain yang sudah mula bersolat



Satu perkara lagi, semua orang tahu bahawa PRK Tenang berlaku di Negeri Johor. Tuan Guru Nik Aziz pula diketahui oleh semua adalah seorang penduduk Kelantan yang tinggal di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Maka sewajarnya beliau meimamkan solat Jamak Qasar bersama-sama dengan jemaah lain dari luar negeri Johor. Tidak menjadi masaalah melakukan jemaah lain ketika bersolat kerana mereka di dalam keadaan musafir.

ReJaM© "Bila bercakap tiada fakta, bila menyampaikan berita mereka memfitnah, inilah gerombolan songkok tinggi yang mengaku mereka sebagai pejuang Islam sebenar..."

ADUN BN Kerdau meninggal dunia, PRK 16 menyusul

Posted: 12 Feb 2011 07:15 AM PST

Berita yang dipetik daripada Malaysian Insider, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi. [Msian Insider]

"Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh," kata kenalan rapat beliau.





Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

"Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya," kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.




ReJaM© "Al-Fatihah"

Tun Mahathir terus minta pemimpin UMNO menekan Najib

Posted: 12 Feb 2011 02:12 AM PST

Sebelum ini Tun Mahathir telah memujuk pimpinan UMNO Johor untuk menekan kerajaan pusat agar meneruskan projek yang diilhamkannya, iaitu Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura. Malah Tun Mahathir juga sudah memulakan serangan amaran kepada Najib sekiranya tidak mahu meneruskan projek itu. [Tun Mahathir]

Idea pembinaan jambatan bengkok ternyata akan memberikan faedah yang banyak kepada Rakyat Johor khasnya, serta Malaysia secara amnya, kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat selain memadamkan keangkuhan Singapura yang selama ini begitu sombong kepada Malaysia. [Jambatan bengkok]. Tun Mahathir juga sebelum ini telah mendedahkan bagaimana rakyat Johor diperbodohkan berpuluh tahun oleh Singapura dalam isu air [Isu air Johor]

Dalam laporan Malaysian Insider hari ini, Tun Mahathir meneruskan gesaannya agar semua pemimpin UMNO dari peringkat akar umbi terutama pemimpin-pemimpin Johor agar memberi tekanan kepada Najib agar projek Jambatan Bengkok yang ditamatkan oleh Pak Lah dapat diteruskan [M'sia Insider].



Nampaknya tidak ada sebab untuk Najib menolak bagi meneruskan pembinaan jambatan Bengkok ini. Projek jambatan bengkok ini memang satu keperluan kepada rakyat Johor. Projek berfaedah seperti ini tentu sekali akan mendapat sokongan penuh rakyat. Najib harus melupakan projek menara gilanya, "Warisan Merdeka" yang dilihat hanya menguntungkan cukong yang mendapat kontrak serta memerlukan masa yang lama untuk pulang modal.

ReJaM© "Mengapa Najib masih berdiam diri? Takut dengan singapore ke?"

Tiada ulasan: