MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- ANTARA MERLIMAU DAN KERDAU, SIAPA LEBIH BIJAK?
- PKR BERKUBUR HUJUNG TAHUN INI ATAU ZAHRAIN JADI `BANGKAI' DAHULU?
- SUA PKR MAHU BAYAR GAJI WARTAWAN UTUSAN MELOYA?
- PERKASA AKA PERKASAM BUAT FITNAH TATKALA AZAN BERKUMANDANG
| ANTARA MERLIMAU DAN KERDAU, SIAPA LEBIH BIJAK? Posted: 13 Feb 2011 01:19 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS ENTAH mengapa nasib di zaman Najib. Itulah ketentuan Allah, mana yang boleh disekat mungkin dapat disekat dan yang tiada upaya untuk disekat terpaksa hadapi jua. Terdapat beberapa kes yang masih tergantung samada perlu ada Pilihanraya Kecil atau tidak, sehingga dibawa ke mahkamah. Cuma soal ajal sudah sampai, tiada lagi upaya untuk mengelak. Terbaru, ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ini memberi erti satu lagi PRK terpaksa diadakan. Membawa erti juga `bulan akan jatuh ke riba' buat penduduk di kawasan Dun Kerdau. Mulai sekarang mereka boleh berkira-kira untuk meminta apa jua dan permintaan akan dikabulkkan serta merta. Bahkan, benda yang mereka tidak minta pun puak-puak ini akan bawakan ke Kerdau.
Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Sekali lagi kerusi ini bakal ditandingi oleh PAS seandainya `status quo' diambil kira. Melihat situasi di sini, memang PAS sesuai untuk bertanding cuma diharapkan kali ini biarlah calon yang lebih berwibawa dan rapat dengan pengundi-pengundi di Kerdau ini. Jangan bertanya samada PAS boleh menang atau tidak. Apa yang perlu ditanya terlebih dahulu adalah adakah SPR sudah membuang `tali' pada hidungnya? Adakah Umno berani bertarung secara jantan? ![]() Berapa banyak pula peruntukan akan dicurahkan di Kerdau? Adakah rakyat Pahang terutamanya di kawasan Kerdau tidak berani melakukan perubahan? Sama-sama kita tunggu. Biarlah kita selesaikan dulu di PRK Dun Merlimau. Samada orang Merlimau lebih cerdik dari orang Kerdau atau sebaliknya. Atau, kedua-duanya sanggup jadi `hamba' dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com |
| PKR BERKUBUR HUJUNG TAHUN INI ATAU ZAHRAIN JADI `BANGKAI' DAHULU? Posted: 12 Feb 2011 11:55 PM PST Oleh: WFAUZDIN NSSEEKOR lagi `katak' bernama Zahrain meramalkan PKR akan berkubur hujung tahun ini. Sebelum ini banyak kali `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru menyebut PKR akan berkubur sebulan dua lagi. Begitulah perjuangan dua tiga ekor Wakil Rakyat yang menjadi `katak', mereka tidak memikirkan nasib masyarakat di kawasannya, yang dilakukan oleh mereka setiap hari ialah menjadi `bomoh' meramalkan kejatuhan PKR. Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung. Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk. Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah. Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com |
| SUA PKR MAHU BAYAR GAJI WARTAWAN UTUSAN MELOYA? Posted: 12 Feb 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MEMALUKAN !! Wartawan Utusan Meloya `terkena' dengan YB Saifuddin. Cubaan untuk memerangkap YB Saifuddin memakan diri, di mana YB Saifuddin mencabar wartawan Utusan Meloya untuk `membayar gaji' wartawan tersebut dengan sebulan gaji Ahli Parlimen jika wartawan tersebut sanggup siarkan kenyataannya dalam akhbar. Terkedu wartawan tersebut. Berdagang dengan Israel. YB Saifuddin tanya, adakah wartawan utusan tersebut bersetuju? Wartawan Utusan menjawab, tidak setuju. YB Saifuddin berkata, inilah yang dilakukan. Dan, adakah Utusan boleh siarkan berita tersebut? Ikuti sepenuhnya video di atas, menggambarkan betapa rendahnya standard wartawan utusan..../wfauzdin.blogspot.com |
| PERKASA AKA PERKASAM BUAT FITNAH TATKALA AZAN BERKUMANDANG Posted: 12 Feb 2011 08:43 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS HEBAT. Pemimpin PERKASA pun ada `kasyaf'. Aku ingatkan Mat Noor Deris dari Kelantan tu je yang ada `kasyaf' dapat tengok `syaitan'. Hahaha..... "Errr..errr...saya dapat maklumat malam tadi (mimpi atau kasyaf?) ...errr..errr...bahawa DS Anwar nak lari keluar negara...err..err...maklumat yang saya dapat DS Anwar akan buat kekacauan....errr...errr...sama seperti di Thailand dan di Mesir...errr...errr... Hahahaha...... Errr...errr...jadi, saya minta Peguam Negara tarik balik Passport DS Anwar...errr...errr...maklumat yang saya dapat beliau akan gunakan negara luar untuk membantunya....errr...errr... Hahahahaaa..... Mana dapat maklumat tu? "Errr..errrr....saya dapat pesanan daripada pihak Polis, jangan serahkan maklumat yang saya ada kepada sesiapa....errrr...errrr.... Hahahaha...... Adoiiii....Polis kata jangan serahkan maklumat, abis yang ko bangang sangat dok cerita kat Wartawan tu apsal? Nak cerita....ceritalah abis wahai geng songkok tingi.....hahahaha.... Lain kali kalau nak cipta fitnah....kurangkan sikit bunyi errrr...errrr....hahahaha.... Tengah-tengah dok buat fitnah....terdengar suara azan berkumandang.....langsung tak hormat....terus gak buat fitnah....Cuba la hormat azan tu dulu. Berhenti la sekejap....pastu, sambung la balik cerita bangang ko tuh..../wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan