Isnin, 7 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Menteri jamin harga minyak RON95 terus kekal tahun ini

Posted: 06 Feb 2011 11:15 AM PST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Seri Ismail Sabri berjanji dan memberi jaminan bahawa harga minyak RON95 akan kekal pada tahun ini 2011. Di bawah ini keratan akhbar tentang kenyataan itu. Terima kasih kepada pembaca yang menghantar email gambar ini kepada MiLo SuaM untuk dikongsikan bersama.



Janji-janji manis sebelum ini tentang tiada kenaikkan harga minyak dan barang-barang keperluan harian sudah dimungkiri sewenang-wenangnya. Adakah rakyat boleh percaya dengan satu lagi janji manis ini?

Dalam keadaan kerajaan yang sedang "menggila" menaikkan harga barang, rasanya ini hanyalah sekadar janji-janji kosong bagi meraih sokongan rakyat untuk pilihanraya ke 13 yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Apa pun kita tunggu dan lihat, walaupun hati ini meronta-ronta untuk tidak mahu menerima janji-janji manis menteri setelah janji-janji yang lalu dimungkiri sewenang-wenangnya.

Di bawah ini pula laporan yang dipetik dari portal berita BERNAMA, sila klik untuk membesarkan image.




[Sumber: Bernama]

ReJaM© "Semua orang ingat baik-baik janji ini! Jangan lupa pulak!"

Bagaimana buat duit dengan ChurpChurp?

Posted: 06 Feb 2011 08:38 AM PST

Ada pembaca blog MiLo SuaM yang tanya kepada ReJaM© melalui email, tentang bagaimana nak buat duit di internet tanpa perlukan modal? Sebenarnya ada banyak cara, salah satu dengan memasang iklan di blog dan sebagainya. Walaupun tak banyak tapi oklah buat beli gula-gula seposen dua posen. Mungkin ramai yang dah kena tipu dengan program-program merapu kat internet, yang menjanjikan untung lumayan tapi bohong, biasalah tu.

Hari ni ReJaM© nak kongsi dengan korang salah satu cara buat duit yang baru sahaja ReJaM© dapat (benda ni dah lama kot tapi ReJaM© baru tahu haha). Jangan risau, sebab syarikat ni memang betul-betul bayar. Korang yang selalu online kat facebook dan twitter, memang digalakkan sangat untuk join program ni. Sahabat blogger pun boleh gak join.

Pernah tak nampak gambar burung comel kat bawah ni? Inilah program yang dimaksudkan tu nama dia pun comel ChurpChurp. Korang hanya perlu daftar untuk membuka akaun, kemudian ikut arahan dalam tu (explorelah sendiri). Macam-macam kempen beserta hadiah (duit) yang disediakan. Korang akan dapat satu link unik, bila orang klik, satu klik dapat Rm 0.20 (bergantung kepada terma dan syarat) dan sebagainya.



Korang paham ke apa yang ReJaM tulis panjang-panjang kat atas tu? Tak payah pening-pening kalau tak paham, apa-apa hal daftar dulu kat sini, sila klik [Churpchurp] Lepas tu korang boleh baca sendiri dan pahamkan, semua ada di terangkan dalam tu.

Politik-politik gak, bila ada peluang buat duit sikit-sikit macam ni ReJaM share dengan korang. Inilah saja tanda penghargaan yang ReJaM boleh bagi kat korang yang setia menyokong Blog jalanan ni setiap hari. Lain kali kalau ada lagi peluang buat duit cara lain, ReJaM akan kongsi lagi. Sekian.



ReJaM© "Kalau dah kaya tu jangan lupa hulur-hulur sikit kat ReJaM ha ha ha..."

Video harta berdarah Hosni Mubarak di Sarawak

Posted: 06 Feb 2011 04:53 AM PST


Kalau di Mesir, Hosni Mubarak adalah pemerintah zalim yang sudah merompak harta rakyat Mesir sejak lebih 30 tahun dahulu melalui pelbagai cara termasuk mengamalkan rasuah dan kontrak-kontrak kerajaan serta pelaburan hasil rompakannya di luar negara sila rujuk link ini [Hosni Mubarak terkaya di dunia]

Namun begitu, untuk pengetahuan semua sahabat pembaca dari Negeri Sarawak, di negeri anda sendiri ada seorang individu yang saling tak tumpah seperti Hosni Mubarak merompak harta rakyat Sarawak sejak 30 tahun yang lalu. Mungkin juga anda sendiri sudah lama menyedari hal ini. Hosni Mubarak Sarawak, @ Abdul Taib Mahmud, harus digulingkan kerana sudah terlalu lama bermewah-mewahan dari hasil rompakan harta rakyat Sarawak.



Video di bawah ini yang bertajuk Harta berdarah / bloody wealth Taib Mahmud, menjelaskan serba sedikit tentang hal tersebut. Sila klik untuk menonton video di bawah.





ReJaM© "Rakyat Sarawak, sedarlah, Negeri Sarawak bukan Taib Mahmud yang punya, tetapi hak seluruh rakyat Sarawak "

Pemimpin pembangkang mula lompat parti tanpa sebab

Posted: 06 Feb 2011 03:13 AM PST

Pemimpin pembangkang sudah mula melompat parti secara beramai-ramai dengan alasan yang serupa seperti pemimpin-pemimpin katak yang lalu, iaitu "hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti".

Kalau dilihat, sepuluh orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, terlalu hanyir "fishy" apabila memberikan alasan, "hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.".

Malah katak-katak ini mendakwa, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. [Malaysiakini]



Tengok baik-baik, pemimpin DAP mana yang keluar parti ini? Ini semua pemimpin DAP Tawau, Tawau terletak di mana? Bukan di semenanjung, tapi di Sabah. Negeri Sabah yang dahulu merupakan Negeri kedua terkaya di Malaysia (1972) kini bertukar menjadi paling miskin di Malaysia selepas diambil alih oleh Barisan Nasional rujuk sini [Sabah negeri paling miskin].

Sudah jadi Negeri paling miskin, paling mundur, paling corot di Malaysia selama diperintah oleh Barisan Nasional, masih ada lagi pemimpin DAP yang yakin hanya BN yang mampu membawa pembangunan ke Sabah? Nampak sangat cina-cina bukit ni tak paham pun apa yang dia cakapkan kah kah kah.


Sudahlah begitu, cina-cina bukit ni memilih untuk menyertai parti Gerakan yang sememangnya duduk di tangga tercorot masakini dalam carta parti terlungkup di belakang MCA yang turut sama ditolak oleh rakyat Malaysia pada PRU 12.

Sifirnya mudah, "nak tunggu jadi menteri lambat lagi, apa yang ada aku sapulah, yang penting hidup aku senang, boleh buat rumah di luar negara".




ReJaM© "Selepas ini, semua katak-katak negeri China ini akan menghilangkan diri menetap di luar negara ha ha ha"

Tiada ulasan: