Isnin, 7 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Tak Bertanding Di Merlimau? Karut!

Posted: 07 Feb 2011 01:00 AM PST

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

"Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum," kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

"Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding," kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

"Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding," katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.

PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul. -TMI


Petikan dari:

Melawat medan tempur politik di Merlimau
Oleh Zulkifli Sulong

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya. -petikan dari harakahdaily


Ulasan GB

Jika benar seperti dilaporkan ada pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di Merlimau, ia adalah sesuatu yang karut.

Pertama, tugas PAS selain dari untuk bertanding di dalam pilihanraya, ada tugas yang lebih penting dari itu iaitu menyampaikan mesej dakwah.

Kedua, Merlimau kubu kuat BN? Tidak ada pun di Malaysia ini yang boleh menjadi kubu kuat BN yang tidak boleh ditembusi oleh parti lain. Johor satu ketika dianggapkan kubu kuat UMNO BN sehingga ridak ada satu parti lain selain UMNO BN yang boleh memenanginya. Tetapi senario kini sudah menamatkan khurafat itu.

Ketiga, perbelanjaan besar untuk pilihanraya? Ia bukan ditanggung oleh pimpinan semata-mata tetapi oleh ahli-ahli akar umbi PAS yang selama ini menegakkan parti melalui sumbangan-sumbangan dan derma-derma. Bukan datang dari kocek pimpinan kanan seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi PAS adalah milik jemaah.

Keempat, hanya yang bermentaliti lemah seperti Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily yang meletakkan "tidak bertanding" sebagai satu alternatif yang ada bagi PAS. Bagi yang berjiwa besar, sekalipun penuh onak dan ranjau, katakan kepada mereka "PAS BOLEH"!

Kelima, tidak ada umat Islam di zaman Rasulullah menyatakan tidak mahu ke medan perang apabila diseru berbuat demikian. Berjuang atau mati syahid. Anihnya seorang ketua media PAS sendiri tergamak mengutarakan alternatif-alternatif yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan roh Islami.

Keenam, Bukit Talam? Keadaannya berbeza kerana kita itu, Pakatan Rakyat belum terbentuk. Barisan Alternatif ketika itu belum mantap untuk berdepan dengan jentera BN.

Banyak lagi hujjah yang boleh GB kemukakan. Tetapi GB yakin tulisan yang keluar di dalam TheMalaysian Insider di atas hanya rekaan penulisnya dan bukan zahir dari mulut pemimpin kanan parti seperti yang didakwa.

Biar sekalipun PAS tewas, dakwah MESTI dilaksanakan dan PAS perlu bertanding DEMI Islam. Berjuang dan berusaha dengan sehabis-habisnya, kalah menang di tangan Tuhan! Itu semboyan kita.



Calon-calon Wanita Berentap Di PRK Merlimau?

Posted: 07 Feb 2011 12:10 AM PST

Pergerakan Wanita UMNO, minggu lepas telah meminta agar BN meletakkan calon wanita di Merlimau dan daripada tujuh nama untuk dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada PRK itu ialah Ketua Wanita UMNO Bhgn Jasin, Zaleha Bujang. Beliau ialah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Gambar: Hajjah Zaleha Bujang - UMNO (kiri) dan Hajjah Kintan Osman - PAS (kanan)

Berita Harian pula melaporkan PAS mungkin pertaruhkan calon wanita di Merlimau jika keputusan mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang hari ini memihak kepada PAS, parti itu tidak menolak kemungkinan meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac depan.

Dewan Muslimat PAS sepastinya sudah bersedia jika calon muslimat terpilih lagi untuk pilihanraya kecil sekalipun calon muslimat di Tenang, Normala Sudirman tewas di tangan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Jika benar PAS menurunkan calon muslimat di Merlimau, diantara nama muslimat yang popular di kawasan Merlimau ialah Hajjah Kintan Osman, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat pendidikan dari UPM dalam bidang Sains Pendidikan.

Hajah Kintan adalah seorang yang mempunyai ramai saudara-mara dan sahabat di Merlimau kerana beliau dahulu bmendapat pendidikan meengahnya di Sek Men Dang Anum Merlimau dan merupakan Ketua Pengawas Perempuan di sekolah tersebut.

Beliau juga pernah aktif di dalam Persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, dilaporkan berkata tidak menjadi masalah kepada parti itu untuk meletakkan calon wanita kerana keputusan mengenainya tidak ditentukan faktor jantina, sebaliknya kelayakan dan kepemimpinan calon pada peringkat kawasan ditandingi.

Parti juga katanya, tidak pernah menetapkan sebarang kuota untuk calon lelaki dan wanita, sebaliknya keputusan terbaik adalah selepas mengambil kira pandangan kepemimpinan parti peringkat negeri yang memilih berdasarkan potensi calon untuk menang dan persetujuan Majlis Syura Ulama.

Beliau berkata, PAS tidak pernah serik untuk meletakkan calon wanita walaupun pilihan raya kecil DUN Tenang tidak memihak kepada parti itu apabila calon mereka, Normala Sudirman tewas kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707.

UMNO Berusaha Untuk Gugurkan Status ADUN Sri Muda?

Posted: 06 Feb 2011 10:15 PM PST

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959". Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon. Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini. Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Ulasan GB

Jika dilihat hari ini, apa yang nyata ialah UMNO sedang berusaha untuk mempastikan kerusi Sri Muda dikosongkan.

Tindakan mengheret ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei dengan tuduhan "menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya" tidak mempunyai asas kekuatan untuk sebarang hukuman dikenakan.

Tetapi hakim mahkamah hari ini menetapkan Shuhaimi diikat jamim RM8,000 dan seorang penjamin. Satu jumlah yang agak besar, lebih besar dari hukuman denda tidak melebihi RM5,000 jika sekalipun disabitkan kesalahan nanti.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa BN ingin menguji sokongan rakyat Selangor terhadapnya dengan menggunakan mahkamah bagi mengosongkan kerusi dimana PKR adalah wakilnya supaya BN dapat merebut kerusi tersebut di dalam usaha untuk merampas DUN Selangor.

Kita tunggu 28 Mac nanti dimana kes akan disebutkan.

[Bergambar] 1Dunia Sokong Demo Di Mesir, Di Malaysia Najib Resah Apa Pasal?

Posted: 06 Feb 2011 09:40 PM PST

Usah kaitkan suasana negara lain

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada pihak tertentu di negara ini supaya tidak cuba mengaitkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, sebagai sesuatu yang patut dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah satu keluarga besar yang cintakan keamanan dan berpaut kepada gagasan 1Malaysia.

"Mengapa rakyat pilih kita dalam keadaan berlaku tunjuk perasaan serta usaha mengguling kerajaan di negara lain? Alhamdulillah dalam pilihan raya kecil (Tenang) baru-baru ini, majoriti Barisan Nasional (BN) terus bertambah.

"Apakah maksudnya ini? Ia bermaksud jangan ada percubaan oleh mana-mana pihak nak kaitkan apa yang berlaku di negara lain itu sebagai seolah-olah sesuatu yang patut dilakukan di bumi bertuah ini.

"Kita menolak sebarang usaha seolah-olah kita perlu lakukan perkara itu di Malaysia atau di Sarawak. Sebenarnya kita tak perlu membuat perkara seperti itu sebab kita berpegang kepada semangat satu keluarga, yang kita pupuk selama ini, " katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Dataran Kipas di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah, menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata, sambutan perayaan Rumah Terbuka Malaysia seperti itu adalah bukti kebersamaan semua kaum di negara ini dalam menyambut perayaan mana-mana kaum.

Sehubungan itu, katanya, kepelbagaian kaum di negara ini harus dilihat sebagai satu kekuatan dan aset yang tidak terdapat di negara lain, dengan perayaan seperti itu disambut oleh semua kaum, apa lagi ia dianjurkan di Miri yang didiami 27 suku etnik.

"Saya pernah sebut, walaupun gagasan 1Malaysia belum menjadi falsafah dan gagasan peringkat nasional, sebenarnya Miri khususnya dan Sarawak pada keseluruhannya, sudah mencermin konsep 1Malaysia selama ini, " katanya.

Beliau berkata, apa yang rakyat Malaysia kecapi pada hari ini adalah sesuatu yang besar nilainya, yang harus dipertahankan menerusi usaha kebersamaan dalam satu keluarga, 1Malaysia.

Sementara itu, sebelum ke Dataran Kipas, Perdana Menteri dan isteri sempat mengadakan tinjauan di Seaworld Seafood Restoran, kedai kasut Bata dan Restoran Muara, yang ketiga-tiganya terletak di Jalan Yu Seng Utara di sini.

Ulasan GB

Kerajaan Malaysia bi bawah pimpinan DS Najib pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Al- Qaradhawi menyatakan: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Mungkin DS Najib akan tarik balik gelaran Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepada tokoh ulamak itu?

Untuk makluman PM, rakyat seluruh dunia menyokong demonstrasi menjatuhkan Presiden Mubarak itu, bukan sekadar di Malaysia. Hanya UMNO yang menjadikan APCO perundingnya yang tidak menyokong. Buktinya rakyat seluruh dunia menyokong perjuangan rakyat Mesir:

Kanada:




Amerika Syarikat




Brazil




Venuezela




Indonesia



Pembantu Am Rendah Berlagak Pensyarah Bedal Isteri Orang

Posted: 06 Feb 2011 08:30 PM PST

Rupa-rupanya berita yang tersiar di Harian metro yang GB siarkan di blog ini pagi ini ada kaitannya dengan laporan blog-blog yang tersiar satu-hari lalu.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah Universiti Malaya mengaku dirinya pensyarah adalah seorang Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana ditangkap ketika sedang melakukan adegan seks gila bersama isteri orang. Lebih mengejutkan beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru lebih awal pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Menurut berita yang tersiar di sebuah blog (rubbertapperz), lelaki itu bernama Rosli Bin Alias, berumur 49 tahun, mempunyai 2 orang anak.

Menjelekkan lagi, beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa" di hadapan suami wanita berkenaan.

Sementara pasangan yang ditangkap ialah Salina Bt Abd Malik berumur 39 tahun, mempunyai 5 orang anak, berumur dari 19 tahun hingga 9 tahun adalah setiausaha Rukun Tetangga yang Rosli adalah ketuanya.

Salina bekerja sebagai pembantu Hotel Habiscus Bunga Raya, Jalan Pudu.

Suami Salina membuat laporan kepada pihak berkenaan di universiti di mana Rosli bekerja agar pihak tersebut mengambil tindakan terhadap Rosli kerana tindakannya yang memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.


Berikut ialah surat suami Salina kepada pihak berkenaan di universiti

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham
- alangazizsham@yahoo.com

Ulasan GB

Perangai orang UMNO ni suka letak pangkat tinggi-tinggi. Pembantu Am Rendah berlagak pensyarah. Mentaliti zero pulak tu.

Semalam GB tertanya-tanya Mohd Nor Deris tu Professorkah? Sebab GB pertikaikan ialah perwatakannya tidak melambangkan status seorang professor.

Di dalam ulasan itu GB katakan juga:

Serupalah Ketua Pembangkang kat Selangor, Wak Satim Diman, tiba-tiba ada PhD. jadi Dr. Satim.

Kes menantu Rosmah yang bernama Fazley pun pakai PhD. Kantoi juga.




[Bergambar] Kesudahan Protes Mesir. Islam Dan Kristian Bersatu Desak Mubarak Turun

Posted: 06 Feb 2011 06:21 PM PST

Walaupun Yaumal Raahil (hari pemergian) berakhir Jumaat lalu dan Hosni Mubarak masih berada di atas takhta, penunjuk perasaan di dataran Tahrir di sini tidak hampa, malah lebih yakin perjuangan mereka akan berjaya.

Minggu yang baru berlepas menyaksikan mereka berjaya menepis serangan balas penyokong presiden Mubarak, selain melihat keseluruhan anggota majlis tertinggi parti pemerintah dipimpin Mubarak, meletak jawatan termasuk anaknya Gamal yang sebelum ini bercita-cita menggantikan bapanya.

Washington yang menjadi sekutu rapat Mubarak kini pula dilihat lebih cenderung mahu naib presiden Omar Suleiman mengetuai proses peralihan kerajaan di negara itu.

Kumpulan pembangkang terbesar Mesir pula, Ikhwanul Muslimin selepas diharamkan sekian lama semalam terbabit dalam dialog politik dengan Omar, bersama-sama kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan yang lain bagi mengakhiri bantahan yang sudah berlarutan dua minggu itu.

Mubarak yang memerintah Mesir sejak hampir 30 tahun lalu selama ini tidak pernah bertolak ansur dengan Ikhwan, malah secara keras menentang kumpulan yang mempunyai banyak pengaruh itu.

Berikutan itu keputusan mempelawa Ikhwan terbabit sama dalam rundingan dilihat rejim Mubarak semakin terdesak.
Sementara itu, suasana di ibu negara dengan 18 juta penduduk ini yang ditutup sejak tunjuk perasaan bermula 25 Januari lalu, semakin pulih.

Semalam, menyaksikan bank membuka pintunya untuk tiga jam, pertama kali dalam seminggu.

Beberapa restoran termasuk francais asing seperti Kentucky Fried Chicken turut membuka semula perniagaan masing-masing.

Keadaan lalu-lintas juga kembali seperti biasa dan kedai termasuk di jalan yang menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula.

Kumpulan penunjuk perasaan yang masih berhimpun di dataran yang sudah menjadi medan utama bantahan menghadiahkan bunga kepada pekedai sebagai 'pampasan' terhadap kerugian yang dialami mereka.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan masih berada di dataran itu bagi meneruskan bantahan mereka.

"Kami bertekad untuk mengadakan bantahan ini sehingga tuntutan nombor satu kami dicapai," kata Khaled Abdul-Hameed, seorang wakil penunjuk perasaan itu. – AP/Agensi

















Isteri Curang Dicekup JAWI, Suami Dan Anak

Posted: 06 Feb 2011 05:14 PM PST

Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

"Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya," katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

"Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

"Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya," katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. "Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

"Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

"Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

"Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. "Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan," katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. -hm

Ulasan GB

Dunia semakin buas. Yang lemah mudah dibaham oleh harimau. Satu cara yang dapat mendindingi diri dan keluarga dari diterjah dengan gejala kurang sihat ialah "mengikatkan diri" dengan usrah.... dimana anggota kalangan usrah akan sentiasa hidup di bawah imbauan "ingat-memperingatkan" antara stu sama lain.

p/s
Diberitakan bahawa berita tersiar di atas adalah skandal orang umno berkhalwat dengan bini orang seperti dihebahkan oleh beberapa blog satu hari lepas. Wallahu alam.

Sekeping Gambar Palsu!

Posted: 06 Feb 2011 02:53 PM PST

Pagi tadi sewaktu tersebar berita mengenai seorang simbol seks bernama Paris Hilton telah memeluk Islam, GB telah menyiarkan satu tulisan menafikan berita itu dan menyatakan bahawa berita itu palsu. Baca SINI.

Gambar Paris Hilton yang memakai tudung lengkap persis seorang muallaf juga GB katakan adalah satu imej yang telah diberikan sentuhan perisian seperti Photoshop - ertinya gambar itu pun ternyata palsu.

Seorang pengunjung tanpa nama meminta GB untuk membuat penjelasan lebih lanjut terhadap foto yang dikatakan palsu itu.

Anonymous said...

GB patut huraikan kenapa GB kata gambar itu gambar palsu supaya kita tambah jelas dan yakin.


Justeru itu di sini GB akan buktikan bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah palsu.

Pada mulanya GB ingat sulit juga untuk membuktikan kerana gambarnya nampak seperti real, tetapi apabila diperbesarkan sekitar 200-400% gambar berkenaan terpampang jelas ianya begitu cacat.

Cuba lihat analisis ini.



Di sekeliling wajah Paris Hilton yang memakai tudung itu terdapat petak-petak pixel yang tidak sekata dan ternyata ianya ton warnanya tidak licin. Lihat gambar di bawah ini. Perhatikan petak-petak pixel di kawasan tudung yang menyentuh pipi. Pixel sebegini tidak wujud di foto asli.



Tinjauan yang lebih tepat jika kita tumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu wajahnya:

Bahagian A:



GB mulakan dengan sebelah kiri wajahnya. Amat ketara ianya telah pun mengalami sentuhan perisian komputer. Wajah Paris Hilton dilekapkan ke atas wajah sebenar orang yang memakai tudung, kemudian cuba diperbaiki tepi-tepi tudung yang menyentuh pipi Paris Hilton di dalam gambar di atas.

Bahagian B



Apa pulak ada warna kotak yang lebih merah dengan warna yang lebih gelap di bahagian bibir? Tak ada kamera yang melakukan demikian kecuali ia sentuhan dari perisian komputer.

Bahagian C



Pipi di sebelah kanan. Ternyata ia menggunakan carikan warna dari pallete untuk mamadam pixel yang tak seimbang.

Dan untuk merumuskannya, GB menguji ia di satu perisian untuk menyemak "metadata exif" foto berkenaan.



SAHIH! Menurutnya, foto asalnya telah diubah dan diedit menggunakan Adobe Photoshop.

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited

Keaslian foto yang tinggal hanyalah sekitar 10% sahaja.

Ternyata, pembuatnya masih amatur lagi. Dan semuga GB telah memenuhi permintaan pengunjung tanpa nama tersebut.

Kubica, Pemandu Lotus Renault Cedera Parah

Posted: 06 Feb 2011 07:09 AM PST

Pelumba Formula 1 Robert Kubica yang bakal memandu kereta Lotus Renault GP menderita "cedera parah" ketika mengikuti rally Andorra, Itali.

Mengikut beberapa laporan, pelumba berusia 26 tahun itu melanggar dinding litar dan terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter untuk dirawat di hospital terdekat.

Jurucakap pasukan Renault di Britain mengatakan kepada pejabat berita Reuters bahawa pelumba itu sadar saat kecelakaan dan kenyataan penuh mengenai Kubica akan segera dikeluarkan.

Dia telah mempersiapkan diri untuk musim perlumbaan Formula 1 2011 ini yang akan dimulakan pada 13 Mac nanti.

Kubica telah menutup pandu-uji pramusim gelaran Formula One (F1) 2011 di Valencia, Sepanyol, pada minggu lepas, dimana beliau berjaya menduduki tempat pertama di Litar Ricardo Tormo.

Seperti disiarkan crash.net, Kubica mencatatkan waktu tercepat dengan menduduki tempat pertama yakni 1 minit 13.144 saat, setelah tamat di tempat kelima pada sesi ujicoba kedua.

Pada musim perlumbaan lalu dia muncul dan menduduki tempat ke lapan diantara daftar para pelumba dengan menempati tempat kedua di Melbourne dan ketiga di Monaco dan Belgium.

Di Litar Sepang, tahun lepas, Kubica menduduki tempat yang keempat di belakang Vettel, Webber dan Rosberg.

Dia Tu Professorkah?

Posted: 06 Feb 2011 06:30 AM PST

Hanya mahu debat dengan orang yang bertauliah: Nik Aziz

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat mengenai Islam dengan sesiapa saja tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibiliti Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

"Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At'am, di Dataran Pasir Pekan, dekat sini hari ini.

Katanya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

"Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka...bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya. - BERNAMA


Tidak timbul sedia debat dengan Mohd Nor

KOTA BHARU, 6 Feb: Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini.

Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."

Bagi Fadli, laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru.

"Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali," katanya. -harakahdaily


Ulasan GB

Bila masa Mohd Noor Deris tu jadi Professor?

Media UMNO seperti Bernama ni asalkan boleh jer. Asalkan sesiapa saja asalkan orang UMNO, agaknya orang terencat akal pun akan dilambungnya tinggi-tinggi diletakkan pangkat professor.

Serupalah Ketua Pembangkang kat Selangor, Wak Satim Diman, tiba-tiba ada PhD. jadi Dr. Satim.

Kes menantu Rosmah yang bernama Fazley pun pakai PhD. Kantoi juga.


Analisa PRK Tenang: Masalah Kepimpinan PKR Beri Kesan Negatif Kepada Pakatan Rakyat

Posted: 06 Feb 2011 04:24 AM PST

PRK Tenang: Mengapa Pakatan gagal? Oleh Mazlan Mutallib

PETALING JAYA: Pilihanraya kecil kawasan DUN Tenang pada 30 Januari telah berakhir dengan kemenangan calon BN ke atas calon PAS, seperti yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.

Ini adalah berasaskan hakikat bahawa kawasan tersebut memang telah sebegitu lama asyik memilih wakil dari Umno/BN ke DUN Johor dan juga terdapat tiga penempatan Felda yang merupakan kubu kuat Umno di dalam kawasan tersebut.

Bagaimanapun, memandangkan penurunan mendadak majoriti kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008, iaitu lebih kurang 2,500 undi daripada lebih 5,000 semasa pilihan raya 2004, maka Pakatan Rakyat (PR), yang diwakili oleh calon dari PAS, beranggapan bahawa terdapat peluang untuk membuat kejutan.

Ini pula berdasarkan faktor terdapatnya peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi iaitu 52%, berbanding pengundi Melayu sebanyak 48%. Walaupun kawasan tersebut secara tradisinya mempunyai ahli parlimen MCA dan mempunyai reputasi sebagai kubu MCA, PRU 12 telah melihat ramai pengundi Cina dan India memberi undi kepada calon PAS.

Peratusan pengundi Cina yang berbuat demikian adalah 64% manakala bagi pengundi India peratusan mengundi PAS adalah 50%.

Faktor tambahan yang menambahkan harapan PAS untuk menang adalah calon parti itu seorang anak tempatan yang pernah bekerja sebagai guru di kawasan tersebut dan sudah dikenali dan disenangi ramai.

Walau tidak menang sekalipun, adalah juga harapan PAS dan PR untuk sekurang-kurangnya terus menguncupkan lagi majoriti kemenangan BN dari 2,500 undi yang diraih semasa PRU 12.

Keputusan pilihan raya kecil Tenang setelah diumumkan secara rasmi amat mengecewakan bagi PAS.

Undi PAS telah mendadak turun dari 2,992 berbanding 3,875 yang didapati dalam PRU 12. Ini adalah penurunan 883 undi atau sebanyak 23% dari pilihan raya sebelumnya.

Peralihan sokongan besar-besaran pengundi Cina dari BN ke PAS telah tidak menjadi kenyataan.

Peralihan inilah yang diharap-harapkan sangat oleh PAS dan PR bagi menembus kubu BN tersebut. Peratusan pengundi Cina yang mengundi PAS adalah dianggar 64%, sama seperti yang berlaku semasa PRU 12.

Manakala bagi pengundi Melayu, peratusan yang memberi sokongan kepada BN naik sebanyak 4% kepada 83.3% berbanding PRU 12. Pengundi India juga naik peratusannya yang mengundi BN iaitu lebih 80% berbanding hanya 50% semasa PRU 12.

Penurunan sokongan kepada PAS secara drastik ini tidak diramal langsung sebelum pilihan raya kecil ini.

Kelemahan Pakatan

Satu-satunya kesimpulan yang mungkin boleh dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Tenang ini ialah sokongan kepada pembangkang sebelum ini bukanlah bersifat tegar.

Berpunca dari ketidakpuasan hati dan marah yang amat sangat di kalangan para pengundi terhadap kerajaan BN yang diterajui oleh Abdullah Ahmad Badawi, 'tsunami' PRU 12 telah berlaku di mana ramai calon parti pembangkang telah meraih banyak undi dari orang yang sebelum itu tidak pernah mengundi parti pembangkang.

Ini juga telah terjadi di Tenang pada Mac 2008, walaupun calon pembangkang tidak menang.

Pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, pengundi mungkin telah melihat dan sedar bahawa Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS adalah satu pakatan politik yang serba lemah dan kurang mantap.

Statistik kawasan peti undi menunjukkan 11 dari 12 kawasan peti undi telah dimenangi oleh BN berbanding hanya 9 dari 12 semasa PRU 12.

Pengundi yang dahulunya mengundi PAS memilih untuk tidak memberi sokongan kepada parti itu lagi.

Kelemahan yang terdapat di dalam PR dan kurang mantapnya pakatan itu sebagai satu gabungan politik pada dasarnya adalah berpunca dari kelemahan pimpinan di dalam PKR.

Pucuk pimpinan parti itulah yang yang sering disebut-sebut sebagai faktor penggandingan kesefahaman dan halatuju di antara parti-parti lain yakni PAS dan DAP yang menganggotai pakatan tersebut.

Pimpinan PKR yang lemah dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menangani permasalahan dan percanggahan yang telah timbul dan mungkin akan terus timbul di dalam permuafakatan politik itu memberi kesan negatif kepada PR.

Juga masalah dalaman PKR dan dalam negeri Selangor yang diperintahnya memberi gambaran negatif kepada umum.

Para pengundi mungkin telah melihat akan kelemahan ini dan di Tenang, PASlah yang telah menerima penangan dan tempiasnya.


Tiada formula penyelesaian

Sekiranya dilihat 'trend' di kalangan pengundi muda pula, penunjuk dari Tenang juga pasti tidak menggembirakan PAS dan PR.

Pengundi muda kerap dilaung-laungkan sebagai segmen pengundi yang lazimnya menerima dan menyokong mesej perubahan yang dibawa oleh PR.

Bagaimanapun, di Tenang, analisa saluran undi di kawasan-kawasan peti undi menunjukkan sokongan terhadap PR di kalangan pengundi muda telah jatuh mendadak dan bertambah pula untuk BN.

Ini adalah sesuatu yang PAS dan PR perlu beri perhatian serius oleh sebab perubahan selera pengundi muda ini adalah tidak dijangka dan mungkin diulangi di kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

Majoriti kemenangan BN sebanyak 3,707 undi, 63% darinya telah didapati dari tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat yang rata-rata adalah kawasan pengundi Melayu.

Mengambilkira keseluruhan 83.3% undi Melayu yang diraih BN, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Melayu tidak ada ataupun telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap PR dan kepimpinannya yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tidak menganggap PR sebagai satu alternatif yang mantap dan berupaya untuk memerintah negara oleh sebab kelemahan kepimpinannya dan ketiadaan kesungguhan di kalangan pemimpinnya untuk memantapkan pakatan itu untuk menjadi satu gabungan politik yang tulin dalam erti katanya yang sepenuhnya.

Satu gabungan politik yang benar sekurang-kurangnya akan mempunyai satu formula atau jalan penyelesaian yang boleh diterima sesama sendiri untuk menetapkan calon parti manakah yang wajar bertanding di sesuatu kawasan bagi memaksimumkan peluang untuk gabungan itu menang.

Sama-samalah kita saksikan sama ada di Merlimau, di mana pilihan raya kecil seterusnya akan diadakan, PAS dan PKR akan mencapai satu persetujuan calon siapakah yang wajar bertanding berdasarkan sebab-sebab yang rasional dan munasabah dan yang boleh mencerahkan harapan untuk Merlimau dirampas dari BN. -FMT

Esok Kerja, Hari Ini Lebuhraya PLUS Sesak

Posted: 06 Feb 2011 03:00 AM PST

Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) daripada arah Utara menghala Selatan dan arah Selatan ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baru Cina.

Jurucakap Plusline Juhaimy Harun berkata keadaan trafik adalah perlahan di kawasan Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di Pulau Pinang, Plaza Tol Simpang Pulai hingga Plaza Tol Slim River di Perak.

"Manakala bagi aliran Selatan ke Kuala Lumpur, laluan yang dikesan mengalami kesesakan adalah di kawasan Plaza Tol Pedas Linggi hingga ke kawasan rehat dan rawat Seremban dan laluan Nilai ke Seremban," katanya kepada Bernama di sini.

Turut mengalami kesesakan ialah laluan dari Plaza Tol Machap, Melaka ke Plaza Tol Sedenak yang menghala ke Johor Baharu, katanya.

Beliau berkata kesesakan yang berlaku sejak pukul 10 pagi itu adalah disebabkan pengguna jalan raya keluar serentak dan keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga malam.

Bagaimanapun, katanya polis dengan bantuan PLUSRONDA membuka laluan kecemasan di KM291 hingga KM294 kawasan Simpang Pulai-Gopeng bagi mengurangkan kesesakan. -- BERNAMA

Ditangkap Berkhalwat Sempena Cuti Tahun Baru Cina

Posted: 06 Feb 2011 02:37 AM PST

Batu Pahat – 12 pasangan dicekup khalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam satu operasi yang dilakukan sempena Tahun Baru Cina, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, 12 pasangan ini berusia antara 20 sehingga 40 tahun termasuk lima lelaki warga Bangladesh yang dicekup bersama pasangannya warga Kemboja yang bukan beragama Islam.

"Daripada tangkapan yang dilakukan, sembilan pasangan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

"Manakala tiga lagi pasangan akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan jika bersalah akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya kepada Sinar Harian.

Operasi itu juga melibatkan beberapa agensi lain seperti anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat, Cawangan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kluang, dan beberapa pegawai Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya serta Pontian

Dalam operasi itu juga, seorang ditahan SPRM kerana cuba merasuah pegawai penguta kuasa bagi mengelakkan dirinya didakwa.

Menurut Anuar, tujuan utama operasi ini dilakukan ialah untuk membendung masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing sekarang ini terutamanya yang melibatkan golongan remaja.

"Bagi operasi pencegahan ini, tumpuan dilakukan di kawasan terutamanya hotel-hotel dan taman rekreasi yang berkeadaan gelap.

"Jika orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian Hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141," katanya. -SH

Tiada ulasan: