Ahad, 6 Februari 2011

Anak Bapa

Anak Bapa


Tahun Nyahkan Para Diktator

Posted: 06 Feb 2011 03:00 AM PST


Jika ada tahun kebangkitan rakyat menyahkan pemimpin mereka yang zalim, Anak Bapa yakin tahun 2011 adalah tahunnya. Apa taknya, baru-baru ini rakyat Tunisia berarak beramai-ramai menghalau diktator Ben Ali keluar jauh daripada tanah air selepas memerintah cara kuku besi selama lebih 30 tahun.

Kini kita lihat Hosni Mubarak, Presiden Mesir, pula sedang bergelut untuk kekal memerintah walaupun hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Jutaan rakyatnya bangun berarak di jalan-jalan raya seluruh Mesir saban hari sejak 12 hari lalu sehingga lumpuh segala aktiviti lain.

Anak Bapa yakin semua diktator yang ada terutama di Timur Tengah sedang kecut perut memikirkan nasib mereka selepas ini. Dengar cerita di Yaman, Jordan dan Syria pun dah mula ada demonstrasi membantah pemerintahan kuku besi di negara masing-masing.

Jika "momentum" ni dah ada elok kita teruskan dengan "bertakbiratul ihram di Tunisia, rukuk di Mesir, dan beri salam di Saudi". Puak-puak pemerintah mereka dah memerintah terlalu lama, buat negara macam mak bapa mereka punya, rakus dan kejam dengan rakyat, demokrasi di"pimpin" untuk sesuaikan dengan selera mereka, dan rela terus menerus menjadi boneka Amerika.

Rata-rata pemimpin ini sudah memerintah lebih 3 dekad. Jika mereka mati atas singgahsana sekali pun maka anak cucu mereka akan dipastikan mewarisi pemerintahan dan kekayaan yang tak masuk akal nilainya. Hosni Mubarak dikatakan berhasrat melantik anaknya Gamal menggantikan beliau kelak. Dengan kekayaan dianggarkan sekitar US$70 bilion (RM213 bilion), beliau jauh mengatasi Bill Gates.

Menurut seorang profesor sains politik Universiti Princeton, Amaney Jamal, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 bilion (RM122 bilion) atau lebih besar.

Satu yang pasti ialah ciri-ciri pemerintahan para diktator ini hampir sama. Pertama, mereka ini anak kesayangan Amerika dan dibenci rakyat. Kedua, pemerintahan mereka zalim dan tidak demokratik. Jika pun ada pilihanraya (seperti Mesir) ia umpama sandiwara kerana natijahnya semua dah maklum sapa akan menang. Seperkara lagi mereka ini tahi rasuah, mengumpul harta secara haram sehingga mencapai jumlah nilai yang hampir tak masuk akal.

Cuma satu harapan Anak Bapa supaya rakyat yang berkaitan jangan berhenti membantah selagi tidak betul-betul wujud kerajaan yang bersih dan demokratik di negara masing-masing. Amerika akan cuba mensabotaj dengan mengenengahkan pemimpin yang "sederhana" supaya rakyat akan sejuk sedangkan itu hanyalah langkah menganti seorang diktator dengan bakal diktator yang lain.

Anak Bapa: Jika diamati ciri-ciri diktator di atas, banyak yang ada pada UMNO dan BN. Kecut perut juga nanti ……….

Tiada ulasan: