Ahad, 6 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Berdebat bukan budaya Islam kata mufti Pahang

Posted: 05 Feb 2011 11:13 PM PST

Mengulas berhubung isu cabaran debat Ulama UMNO kelantan Ustaz Mad Noor Deris yang mencabar Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdebat, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menolak sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah kerana ia bukan budaya dalam Islam.

Di dalam laporan Sinar Harian, menurutnya, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau bermesyuarat kerana ia lebih baik daripada berdebat sehingga mengaibkan pihak yang kalah. [Sinar Harian]


Apa pun, debat yang dimaksudkan oleh mufti Pahang di sini adalah berkenaan isu akidah dan Islam, dan ia jelas sekali berbeza dengan pelawaan atau cabaran debat kepada Najib tentang isu ekonomni yang dilihat begitu penting untuk penilaian rakyat terhadap perancangan ekonomi kedua-dua tokoh pemimpin itu.

Hassan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir juga meninggalkan wasiat kepada umat Islam, antaranya janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna [Muslim Portal].

Sebelum ini akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang kurang tepat berhubung isu ini, dengan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz sedia berdebat dengan Ulama UMNO Mad Noor Deris, sebaliknya pejabat Menteri Besar sendiri menafikan dakwaan itu, melalui akhbar rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Tuan Guru Nik Aziz bagaimanapun setuju untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama Majlis Fatwa. [ Harakahdaily]




ReJaM© "Isu debat ekonomi, Najib masih lagi menyorok di belakang big mama"

Presiden Hosni Mubarak rupanya manusia terkaya di dunia

Posted: 05 Feb 2011 02:31 PM PST

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.[Video]

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. [Kosmo]





ReJaM© "Kepada pemimpin Malaysia yang megaut kekayaan sesuka hati dengan merompak wang rakyat, awas! Masa kamu akan tiba!"

Paris Hilton peluk Islam, Alhamdulillah

Posted: 05 Feb 2011 09:27 AM PST



Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

[Hot Malays]

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton dikatakan sedang mempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.







ReJaM© "Bertambah lagi saudara kita Alhamdulillah, Wallahua'lam"

Demo isu Mesir di KL, Polis ludah muka warga tua

Posted: 05 Feb 2011 05:53 AM PST

Semasa demonstrasi menyokong rakyat Mesir menggulingkan pemimpin zalim Hosni Mubarak yang diadakan di ibu negara semalam, seorang warga tua ditengking dan diludah anggota polis pada mukanya ketika pihak berkuasa itu menyuraikan perarakan dan perhimpunan solidariti rakyat Mesir, kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.




"Warga tua itu hanya bertanya polis, mengapa anaknya ditahan tetapi polis memarahi dan meludah mukanya. Sedangkan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang," katanya lagi.


Beliau berkata, polis juga memukul dan mengheret anak warga tua itu yang sedang membeli minuman di hadapan bangunan Tabung Haji.

"Selepas ditahan, mereka dibiarkan selama berjam-jam di dalam trak polis dan tidak dibenarkan untuk bertemu keluarga dan peguam.

"Tahanan mengadu, proses soal siasat dibuat dalam keadaan mereka duduk di lantai, seolah-olah mereka ini penjenayah besar. Mereka juga ditanya soalan-soalan yang tidak masuk akal," kata Latheefa.

Beliau berkata, beberapa peserta perarakan juga bercadang untuk membuat laporan kerana tindakan ganas polis itu manakala keluarga tahanan sedang memikirkan tindakan lanjut.

Kata Latheefa, ramai peserta perarakan dipukul, ditendang dan digari secara kasar oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika menyuraikan peserta perarakan.

Dalam perarakan solidariti terhadap rakyat Mesir semalam, 7 peserta ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan lisan kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Semua tujuh yang ditahan sudah dibebas tapi Latheefa tidak pasti sama ada mereka akan didakwa di mahkamah. [keadilandaily]





ReJaM©: Selama ini bila dipersoalkan kezaliman mereka, pihak berkuasa akan menjawab "kami sekadar menjalankan tugas", kini Polis Malaysia, menerima satu lagi tugas baru, "Meludah muka warga tua".

Timbalan menteri bidas Mahathir pecah belahkan rakyat

Posted: 05 Feb 2011 03:59 AM PST

Kalau sebelum ini, bekas perdana menteri, Tun Mahathir menyalahkan dua tokoh pembangkang kerana mengakibatkan Melayu berpecah, sekaligus menjadikan UMNO semakin tidak kuat, malah turut mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan Melayu, sebaliknya sekadar berjuang untuk menguntungkan pemimpin atasan rujuk sini [Tun Mahathir].

Kenyataan terbaru Tun Mahathir meminta orang bukan Melayu agar menerima kedaulatan Melayu dan mendakwa bahawa tanah Melayu hanya milik orang Melayu dibidas oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Seiu yang menyifatkan kenyataan itu sebagai memecah belahkan rakyat [M'sian Insider].




Apa tujuan Mahathir mengeluarkan kenyataan begini? Dengan statusnya sebagai bekas PM, kenyataan yang dikeluarkannya tidak akan diambil sebagai hal remeh. Sebelum ini Mahathir mendakwa UMNO sudah tidak perjuangkan Melayu, kemudian mendakwa negara ini hanya milik Melayu.

Mahathir yang sebelum ini menuduh pemimpin pembangkang, Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim memecah belahkan Melayu kini berjaya membuktikan bahawa "mamak mudah lupa" kerana berdasarkan fakta-fakta yang keluar dari mulutnya, sekiranya kenyataan beliau tidak dianggap sebagai "nyanyuk" jelas sekali, Mahathir bukan sahaja memecah belahkan Melayu, malah turut memecah belahkan rakyat.




ReJaM©: Masih terngiang-ngiang ayat Mahathir sebelum ini, "UMNO sudah membusuk sampai ke usus"

Tiada ulasan: