Ahad, 6 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Tanah Melayu: Rakan Sekutu BN Tuduh Mahathir Pecah-belahkan Rakyat

Posted: 06 Feb 2011 01:00 AM PST

Isu 'Tanah Melayu' Mahathir tak produktif, tegas MCA dan Gerakan

Pemimpin-pemimpin parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional menyifatkan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa kaum-kaum lain menerima kedaulatan orang Melayu sebagai tindakan tidak produktif yang hanya akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Naib presiden MCA Senator Gan Ping Seiu berkata, bekas perdana menteri itu seharusnya menggunakan stats negarawan yang beliau miliki untuk menyatukan negara ini, bukannya bertindak sebaliknya.

"Sebagai seorang negarawan, rakyat mengharapkan Tun bertindak sebagai seorang bapa dan kenyataan-kenyataan beliau seharusnya bersifat membawa penyatuan dan konstruktif.

"Sebarang kenyataan bersifat selektif dan tidak berproduktif hanya akan memecahbelahkan rakyat," kata timbalan menteri belia dan sukan ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar turut respons kepada kenyataan terbaru Dr Mahathir yang mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu negara ini.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Selain itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Bagaimanapun Gan berkata istilah itu hanya satu rujukan geografi dan tidak harus dilihat di luar konteks.

"Tanah Melayu adalah nama geografi bagi Semenanjung dalam konteks sejarah.

"Tiada sebab untuk berhujah sebaliknya, sama seperti soal kemerdekaan negara ini yang diperjuangkan oleh pemimpin semua etnik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Malah pada wacana itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

"Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

"Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu," kata beliau.

"Sejarah tidak boleh ditulis semula," kata Gan sambil menambah, tindakan mentafsir sejarah demi kesesuaian mengikut sikap dan prejudis seseorang adalah sama dengan perbuatan menghina nilai intelek.

"Begitu juga konsep 1 Malaysia mesti dibaca mengikut intrumen Perlembagaan Persekutuan.

"Aspek inklusif dan sikap hormati-menghormati satu sama lain dalam konsep 1 Malaysia adalah semangat utama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

"Tiada satu pun negara di dunia ini yang sama (sifatnya), terdapat juga negara yang menggunakan lebih satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Hujah-hujah sedemikian tidak akan membawa kita ke mana-mana pun," kata Gan lagi.

Oleh itu katanya, rakyat pelbagai kaum harus mempertahan dan menghargai order sosial yang digariskan oleh nenek moyang untuk membina negara ini.

"Kerakyatan kita ialah Malaysia dan rakyat Malaysia yang saya bertemu mencintai Malaysia, tetapi apabila seorang rakyat asing bertanya saya sama ada saya seorang Cina, saya akan kata ya, sebagai seorang etnik Cina, sama seperti juga seorang Melayu bertanya sama ada dia itu seorang Jawa, keturunan Sumatera atau Bugis, ia tidak sama sekali akan mengurangkan status sebagai rakyat Malaysia," kata beliau.

Dalam pada itu, timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn juga menggambarkan sentimen yang sama dengan menegaskan hujah Dr Mahathir sebagai tindakan membuang masa.

"Tidak perlu berhujah mengenai perkara ini. Ini buang masa, kita harus melihat pada masa depan dan memfokus pada proses membina negara.

"Tidak seorang pun wajar menjustifikasikan apa yang berlaku sekarang dengan merujuk kepada sejarah," kata Chang.

"Sudah tentu kita perlu belajar sejarah, tetapi tenaga kita harus memfokus pada masa depan," katanya.

Oleh itu kata beliau, kenyataan bekas presiden Umno itu hanya akan memecahbelahkan lagi rakyat negara ini.

Chang juga berkata, tindakan Dr Mahathir membandingkan masyarakat Cina negara ini dengan Filipina dan Thailand juga tidak adil.

"Setiap negara adalah unik, ia bukan perbandingan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan cara beliau membuat perbandingan dengan negara-negara lain," kata Chang. -TMI

Mahu Kembali Ke Mesir Kejar Impian Jadi Doktor

Posted: 06 Feb 2011 12:55 AM PST

Sepang: "Saya tetap akan pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran. Kejadian ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk bergelar doktor," kata pelajar perubatan Universiti Alexandria, Aryaa Eeleena Kamarul Lizham, 19.

Gambar: BERSYUKUR... Alyaa Eleena dicium kedua-dua adik selepas selamat tiba di KLIA, semalam.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak terlalu risau dengan keadaan itu kerana senario berkenaan biasa berlaku di sekitar kediamannya.

"Hidup di Mesir memang mencabar, kita hanya perlu berhati-hati, saya selalu melihat kejadian gaduh guna parang, baling botol dan pijak kepala hingga berdarah.

"Namun itu perkara biasa di Mesir, sebab itu saya tak serik untuk meneruskan pengajian di sana," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Aryaa Eeleena tiba di tanah air bersama rakan sekelasnya, Siti Najwa Khamsul, 19 kira-kira jam 2 petang menerusi penerbangan Etihad Airways. -hm

Harta Mubarak US$70 Billion - Hasil Rompakan Harta Milik Rakyat Mesir

Posted: 05 Feb 2011 11:31 PM PST

Kaherah - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Gambar: Gamal Mubarak (kiri) dan ayahnya, Hosni Mubarak (kanan)

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Ulasan GB

Kita perlu tahu dan siasat juga harta sebenar PM dan TPM Malaysia!

60 Isteri Yang Dinikahinya, Kemudian Dijadikan Pelacur

Posted: 05 Feb 2011 10:21 PM PST

Mumbai: Seorang penduduk di daerah Darjeeling, India, ditahan kerana mengahwini dan menipu 60 wanita serta memaksa mereka menjadi pelacur.

Bikky Biswarkarma, 27, yang ditahan Khamis lalu, menyamar sebagai pegawai tentera berkahwin dengan semua gadis berkenaan sebelum menjual mereka di kota Mumbai dan Pune.

"Dia menyamar sebagai anggota tentera yang sedang bercuti dan mahu berkahwin sebelum kembali berkhidmat.

"Dia juga memberitahu agensi undang-undang bahawa dia sering berpindah markas tentera untuk memikat gadis daripada keluarga miskin di kampung dan ladang teh," kata ketua polis, Debendra Prasad Singh.

Biswarkarma menjual isterinya dengan harga 70,000 hingga 100,000 rupee (RM4,677 hingga RM6,682) seorang.

Setakat ini, polis sudah menemui sembilan wanita, sementara Biswarkarma dijangka akan didakwa dengan beberapa pertuduhan berat. – Agensi

Berita Paris Hilton Masuk Islam Adalah Palsu

Posted: 05 Feb 2011 09:15 PM PST

Berita gempar yang menyatakan Paris Hilton sudah memeluk, mendakap dan merangkul ugama Islam semalam adalah palsu.

Gambar palsu Paris Hilton. Gambar ternyata diedit menggunakan softwer komputer.

Puteri Sextape US dan wanita yang pernah diundi sebagai selebriti paling jelek ini dilaporkan kononnya telah menukar ugama kerana inginkan anjakan paradigma di dalam hidupnya

Sama seperti berita kononnya Facebook akan ditutup sebelum ini yang tersebar di Internet, kini berita yang disebarkan lebih menggemparkan.

Berita Paris Hilton masuk Islam adalah sebenarnya direka-reka dan dilaporkan pada akhbar parodi online The Daily Squib.



Akhbar tersebut kerap menyebarkan berita-berita palsu sebelum ini.

Bebarapa blogger telah terus mempercayai dan menyebarkannya melalui blog dan diperkongsikan oleh pembaca melalui facebook dan twitter untuk terus membebalkan masyarakat tanpa menyelidiki fakta sebenar.

"Kita hairan kerana masih ada umat islam terutama di kalangan bangsa Melayu kita yang terpengaruh dengan hoax sedemikian," jelas seorang jurutera yang enggan namanya disiarkan.


For those thousands of you who are somehow finding your way to this blog to establish if Paris Hilton has reverted to Islam I can assure or perhaps reassure you she has not.

The rumour online appears to have spread rapidly and as Churchill mentioned a lie travels around the world before the truth gets it's pants on which was said before the Internet.

However, she did appear to enjoy her time in Egypt before the revolution.
-londonmuslims


19 Kereta Milik Pelanggan Dipecahkan

Posted: 05 Feb 2011 08:00 PM PST

Angkara khianat, seorang pengusaha bengkel mengalami kerugian besar apabila 19 kereta milik pelanggannya dirosakkan sekumpulan individu yang sering datang ke premisnya untuk mengugut dan mengganggunya.

Gambar: SEDIH... Hassan dan isteri, Nor Jaiton Husin menunjukkan laporan polis bersama beberapa kenderaan yang dipecahkan.

Menurut mangsa, Hassan Sani Abdullah, 45, bengkel membaiki kenderaan miliknya dipecah masuk sekumpulan individu dua hari lalu dan 10 kereta pelanggannya dirosakkan oleh kumpulan berkenaan.

"Saya yang mengetahui perkara itu daripada seorang pelanggan bergegas ke bengkel selepas solat Jumaat dan mendapati 10 kereta dirosakkan serta tompokan darah menitik daripada kereta yang dipecahkan ke sebuah kedai di belakang bengkel saya," katanya.

Dia berkata, sepasukan polis dan anggota forensik hadir di bengkelnya bagi menjalankan siasatan kelmarin.

"Begitupun, saya tidak berpuas hati kerana individu itu hanya dikaitkan dengan kesalahan ringan.

"Hakikatnya saya, isteri dan anak dalam trauma kerana pernah dipukul sehingga separuh nyawa, diugut bunuh dan diganggu tanpa henti," katanya.

Hassan berkata, kes terbabit bukan pertama kali berlaku kerana pada 1 Januari 2010, dia diugut seorang penyewa premis di belakang bengkelnya.

"Ketika itu saya memasang tangki air bersama seorang pekerja di tepi bengkel.

Kemudian, individu yang menyewa premis berhampiran berasa tidak puas hati lalu memukul saya.

"Tidak cukup dengan itu, dia turut membawa rakannya seramai 15 orang untuk mencederakan saya. Saya yang cedera di kepala, muka, belakang badan dan tangan akibat ditetak dengan parang, lampu kalimantan, kerusi dan cangkul tidak mampu berbuat apa-apa. Isteri saya yang cuba menenangkan keadaan turut terkena tetakan di tangan kanannya.

"Masih belum berpuas hati, mereka menuju ke bengkel saya dan merosakkan sembilan kereta pelanggan, termasuk memecahkan cermin kereta," katanya.

Hassan yang membuat beberapa laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur sejak kejadian pertama masih ternanti-nanti tindakan susulan pihak berkuasa, namun sehingga kini kes berkenaan masih tergantung.

"Selepas kejadian itu saya beberapa kali diganggu individu sama. Dia datang ke bengkel saya dan membuat kacau, meludah dan memaki hamun saya dan isteri serta mengugut mahu membunuh kami," katanya.

Berikutan kejadian terbaru kelmarin, Hassan sekali lagi membuat laporan polis dan merayu menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kelmarin.

Menurutnya, polis perlu menjalankan siasatan terperinci kerana ia membabitkan pelbagai perkara yang merumitkan keadaan.

"Kami menjalankan siasatan mengikut prosedur. Buat masa ini seorang lelaki berusia 32 tahun sudah ditangkap dan ditahan reman tiga hari. "Kemungkinan ia antara perbuatan khianat pihak tertentu berikutan salah faham yang berlaku sejak setahun lalu," katanya. -hm

Banduan Hafiz Al-Quran Diberi Pengampunan

Posted: 05 Feb 2011 07:44 PM PST

Manama: Banduan yang menghafal al-Quran layak diberikan pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait.

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

"Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan," kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.

"Di bawah program terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan membolehkan mereka untuk menerima pengampunan ketua negara."

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama tahun sebelumnya.

Pada masa ini, tiada peraturan khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. – Agensi


Pardon prisoners who memorise Quran

Kuwait's Endowments and Islamic Affairs ministry has said that prisoners who can memorise the Quran might be eligible for the annual pardon.

The decision will be part of efforts to rehabilitate inmates and help them re-integrate society driven by high values. According to the ministry, 137 inmates were last enrolled in the memorisation programme.

"Kuwait adopts a religious preaching programme as part of its rehabilitation policy for inmates," the ministry said.

"Under the programme, prisoners attend lectures and study the Quran in order to instill greater discipline in their attitudes. Their success should allow them to be covered by the Amir's pardon," Gulf News quoted the ministry, as saying.

There are currently no definite regulations that allow inmates who memorise the Quran to be included in the pardon, the ministry of justice has said.

However, the Endowments and Islamic affairs ministry is working on a proposal that makes those who can recite the Quran eligible for amnesty in the future.

Several religious groups in the Muslim world have called for shaving time off prisoners' sentences if they can memorise all or parts of the Quran.


Ulasan GB

Satu insentif yang baik untuk diteladani dan dicontohi oleh Penjara Malaysia

Bergaduh: 2 Pengawal Keselamatan Mati Ditetak

Posted: 05 Feb 2011 06:34 PM PST

Kuala Lumpur: Dua pengawal keselamatan mati dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di tapak pembinaan di Damansara Perdana, malam Jumaat.

Gambar: Di kawasan tapak pembinaan inilah dua pengawal keselamatan mati dibunuh di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kedua-dua lelaki yang berusia 20 dan 26 tahun tersebut maut di tempat kejadian dengan kecederaan parah akibat tetakan di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohammed berkata kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan terbabit dengan beberapa pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi di situ.

"Pengawal itu bertengkar dengan beberapa pekerja asing di sini sebelum bertindak memanggil dua rakannya yang juga pengawal keselamatan yang bertugas di tempat lain.

"Kemudian sekumpulan warga asing yang dipercayai terdiri daripada 12 hingga 15 orang datang dengan membawa senjata tajam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata sejurus kemudian tercetus pergaduhan menyebabkan dua pengawal keselamatan terbabit ditetak manakala yang seorang lagi sempat melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

"Kumpulan warga asing itu juga sempat melarikan diri. Namun kita telah menahan pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu dan dua warga Indonesia yang turut menghuni di rumah kongsi terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Polis masih menjejaki kesemua suspek dan sedang menyiasat motif pembunuhan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata Arjunaidi. - BERNAMA

Terminal Gas Mesir Ke Israel Diletupkan

Posted: 05 Feb 2011 05:30 PM PST

Kaherah: Penyerang yang tidak dikenali meletupkan terminal yang menyalurkan gas dari Mesir ke Israel berdekatan Semenanjung Gaza, semalam berikutan bantahan terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak berterusan.

Penyerang meletupkan terminal dan saluran paip di Sheikh Zuwayed, kawasan Sinai, 10 kilometer dari Semenanjung Gaza, kata pegawai.

Letupan kuat di terminal gas utara Semenanjung Senai di Mesir menyebabkan kebakaran yang apinya boleh dilihat sejauh puluhan kilometer, kata pegawai dan saksi.

Bekalan gas dilaporkan terjejas di Israel serta Mesir selepas serangan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal selepas gas ditutup serta berlaku ketika protes anti Mubarak masuk hari ke-12 .

Gabenor wilayah itu, Abdel Wahab Mabrouk, berkata pihaknya mengesyaki ia disabotaj tetapi tiada maklumat lanjut.

Semenanjung Sinai yang menjadi kediaman bagi puak Badwi sudah lama menjadi kawasan pertelingkahan antara penduduk dan pasukan keselamatan. Ia terletak di sempadan Semenanjung Gaza dan Israel di bawah kuasa pemerintahan Hamas.

Letupan itu berlaku awal semalam di kawasan yang hanya terletak beberapa meter dari lapangan terbang tempatan.

Mabrouk memberitahu stesen televisyen berita Nile bahawa kebakaran itu berjaya dikawal pagi semalam selepas beberapa injap gas ditutup. Saluran paip gas itu menyalurkan gas dari Pelabuhan Said Mesir ke Laut Mediteranian ke Israel, Syria dan Jordan.

Tiada laporan rasmi mengesahkan punca letupan. Radio Israel yang memetik pegawai terminal sebagai berkata kejadian berpunca daripada letupan kecil daripada alat yang ditanam dan diletupkan.

Kebakaran itu dapat dilihat dari bumbung rumah di sempadan Gaza-Mesir, kira-kira 70 kilometer jauh. Api menjulang ke udara tetapi tiada asap dan ia padam pada pertengahan pagi, kata penduduk.

Saluran paip gas itu pernah diserang puak Badwi sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Mesir yang didakwa mengabai dan mengamalkan diskriminasi terhadap puak itu.

Israel bergantung kepada saluran paip itu untuk menyalurkan gas bagi kegunaan tenaga dan sudah membelanjakan bilion dolar untuk menyalurkan gas ke negara itu.

"Buat masa ini, bekalan gas ke Israel dihentikan mengikut senario kecemasan," kata jurucakap Kementerian Prasarana Israel, Chen Ben Lulu.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.

Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.

"Perjanjian (menjual gas) adalah untuk merendahkan maruah rakyat Mesir dan perbuatan khianat," kata bekas diplomat Ibrahim Yousri.

Yousri mengetuai cabaran menentang perjanjian itu di Mahkamah Tinggi bagi menghentikan penjualan gas Mesir ke Israel. Walaupun Mahkamah Tinggi memihak kepadanya pada Februari 2010, tetapi keputusan itu tidak diendahkan kerajaan. – AP/AFP

Asam Di darat Garam Di Laut, Dalam Banjir Bernikah Juga

Posted: 05 Feb 2011 05:01 PM PST

Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.

Gambar: NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam.

Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.

Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.

RAJA ZARITH SOFIAH (tiga dari kanan) bersama Norliana (kanan) di Masjid IKBN, Pagoh, Muar semalam.

"Sukar untuk saya percaya kerana dalam kesibukan melawat mangsa banjir, baginda masih sudi menghadiri majlis pernikahan kami.

"Kami tidak akan lupa kenangan manis ini walaupun kami masih bersedih kerana persiapan kahwin kami musnah akibat banjir," katanya selepas majlis pernikahan di sini semalam.

Menurut beliau, mengikut perancangan asal, majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan diadakan selepas akad nikah semalam sementara di sebelah pengantin lelaki di Kampung Terus, Panchor hari ini.

Bagaimanapun, katanya, majlis tersebut terpaksa ditunda sehingga bulan hadapan apabila segala persiapan bernilai ribuan ringgit musnah sama sekali. -kosmo

Al- Qaradhawi: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Posted: 05 Feb 2011 03:25 PM PST

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai 'mula menyembelih rakyatnya sendiri' selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau menyifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi "telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain".

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada 'para taghut'.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai 'Perarakan Jutaan Umat' yang akan diadakan pada jumaat depan. (telah berlalu -GB)

Perhimpunan tersebut yang diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai 'Jumaat Pemutus' yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai'Jumaat Kemarahan'.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa "turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya".

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa "kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya".

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa "doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, "demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika".

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, "saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada'".

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, "sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh".

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net

Ulasan GB

Fatwa Dr. Yusof Al-Qaradawi di atas menutup terus pintu-pintu penghinaan dan cemuhan UMNO dan juak-juak mereka terhadap demonstrasi ke atas pemimpin yang zalim.

Ulamak2 UMNO? Apa kata tuan-tuan semua?

Dan ingat, Dr Yusof Al-Qaradawi adalah Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

Warga Amerika Pun Ramai Yang Tonton Al-Jazeera

Posted: 05 Feb 2011 09:10 AM PST

Nama stesyen television Aljazerra kembali disebut-sebut seiring dengan krisis politik di Mesir. Bahkan masyarakat di Amerika Syarikat lebih memilih Aljazeera sebagai stesyen television dunia untuk mengetahui perkembangan terkini dari bumi Mesir itu.

Pengarah Urusan stesyen television yang beribu-pejabat di Qatar itu, Al Anstey, menyatakan pihak White House (Rumah Putih) banyak yang menonton Aljazeera edisi bahasa Inggeris.

"Banyak orang di Amerika Syarikat memilih kami untuk kali pertama. Sehingga meningkatkan tekanan kepada operator dan kami menjadi pilihan masyarakat untuk ditonton," jelas Anstey seperti dikutip Reuters, Sabtu (5/2/2011).

Keadaan ini seperti amat bertentangan jika dibanding keadaan sebelumnya, padahal Aljazeera sempat dituding sebagai steyen television anti-Amerika, terutama dalam pemberitaan mengenai Timur Tengah. Namun Aljazeera tetap mendapat tempat terutama di kalangan warga Arab sejak pertama kali muncul pada 1996 lepas.

Pemerintah Mesir sendiri sudah menghentikan operasi Aljazeera sejak bersemaraknya demonstrasi anti-Pemerintahan Husni Mubarak. Beberapa wartawannya ditangkap.

Keadaan yang sama juga pernah terjadi ketika liputan serangan Israel ke Gaza, Palestin, pada 2008 lalu. -okezone

Ulasan GB

Sewaktu perhimpunan Bersih 1.0 dahulu di Kuala Lumpur, GB masih teringat bagaimana seorang menteri kabinet Malaysia yang ditemuramah oleh stesyen TV AlJazeera...


l Jazeera: Why are protesters being sprayed with Chemical filled water?

Zainuddin Maidin: I am watching, I hear. It is not as what you have been trying to do this, to do it everywhere but in Malaysia people are laugh you. We know our Police at last have allowed this procession to go to Istana Negara you know. Do Police, First Police might be have handled them with tear gas. Police don't, don't fire anybody.

Al Jazeera: Our correspondent came back to our office with chemicals in his eyes...

Zainuddin Maidin: This is the way, your idea is that what you are trying to project what is your mind, you think we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Your thinking.

Al Jazeera: Well unfortunately when you refused to let people to protest, it does appear so.

Zainuddin Maidin: That is why we are not like you. That is why you have early perception. You come here and you want to project us as like undemocratic country. This is a democratic country.

Al Jazeera: So why can't people protest then if it is a democratic country?

Zainuddin Maidin: First people protest. We are allowing protest and they have demonstrated. But when we try to disperse them, and then later when they don't want to disperse. But later our Police compromise. They have compromised and allowed then to proceed to Istana Negara. Police, our Police have succeeded in handling them gently, right? Why don't you report that and you take the opposition, someone from the opposition party, you asked him to speak and you don't take from the Government, right?

Al Jazeera: Why did you not break up these protesters more peacefully?

Zainuddin Maidin: Pardon, pardon.

Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?

Zainuddin Maidin: I can't hear you. I can't hear you.

Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?

Zainuddin Maidin: No, we are, first this is illegal. We don't want, normally this demonstration..

Al Jazeera: OK, let me return to my former question: why is the protest illegal?

Zainuddin Maidin: Yeah it is illegal. First is because we have the election in Malaysia. No point of having a protest. We are allowing, we have an election every five years, never fail. We are not like Myanmar, not like other country. And you are helping these. You at Al Jazerra is also helping these, these forces. You know these forces who are not impatient, who don't believe in democracy.

Al Jazeera: Many thanks for joining us.


:) tak dapek den nak nolong camtu bahasa inggerisnya orang yang menjadi Menteri Penerangan Malaysia waktu itu. Macam orang yang dah terencat akal. Patut pun kalah dalam pilihanraya. Spesies ini masih ada di dalam kabinet Najib. Anda pasti kenal mereka!




Hanya Penyokong UMNO Berhak Didahulukan?

Posted: 05 Feb 2011 06:59 AM PST

Encik datang dari Umno bahagian mana?

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

"Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

"Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar," katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

"Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

"Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini," katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

"Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. "Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576," katanya. -harakahdaily

Ulasan GB

Kenyataan di atas sekaligus menjawab tohmahan blogger-blogger dan ahli-ahli UMNO yang meminta suapaya pelajar-pelajar Mesir itu dibiarkan sahaja kerana mereka menyokong PAS.

Sedangkan "bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

Ya, "hasil wang rakyat". Jika enggan menolong pelajar PAS, tidak mengapa, Allah pasti akan menolong juga, tetapi kerajaan BN jangan paksa ahli-ahli dan penyokong PR membayar cukai. Cukai dari kami kamu ambil, tapi kewajipan kepada rakyat anda lakukan secara berpilih, hanya untuk UMNO.

Guan Eng: Umno Mainkan Isu Rasis Untuk Tutup Rasuah & Korupsi

Posted: 05 Feb 2011 05:00 AM PST

Risalah Balik Pulau: Umno dan Putrajaya ludah ke langit, kata Guan Eng

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sekiranya risalah "My Balik Pulau" dianggap sebagai bahan yang lupa sejarah dan menghina Melayu, maka pihak yang bertanggungjawab kepada soal itu adalah "Umno dan kerajaan persekutuan sendiri."

Oleh itu tegas Lim, Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad yang meludah ke langit dan perlu menarik balik dan meminta maaf secara terbuka atas sikap perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang mempersalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Adun Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia, yang membuat laporan besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu"," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Adun Umno telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya "lupa sejarah, hina Melayu" kerana mengeluarkan risalah "My Balik Pulau".

"Sebenarnya Adun Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah My Balik Pulau, bukanlah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi adalah Umno dan Kerajaan Perseketuan.

"Sekiranya betul My Balik Pulau lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," katanya.

Dalam kenyataannya dibawa Utusan Malaysia awal minggu ini, Muhammad Farid berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Wakil rakyat itu mendakawa beliau kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.

Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.

Ia juga disokong Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain yang berkata pengedaran risalah itu berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.

Abdul Said berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.

Justeru kata Lim, apa yang keterlaluan ialah Adun Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat laporan berturut-turut mengecam kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila Umno dan kerajaan persekutuanlah yang sepatutnya bertanggungjawab.

Malah tegas Lim, pada risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, kerajaan perseketuan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri. "Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana terus pinggirkan orang Melayu.

"Dalam keghairahan membuat serangan hentam keromo ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan," katanya.

Lim menambah, sungguhpun yang "bersalah" adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi terus dijalankan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang seolah-olah telah dijadikan tidak ubah seperti kambing hitam Umno.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno "yang jahat seribu jahat ini."

Oleh itu, beliau mendesak Adun Umno Pulau Betong menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas fitnah jahat mereka.

"Sekiranya beliau gagal pada minggu depan, maka tindakan tegas akan diambil.

"Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil," katanya.

Lim juga berkata kemungkinan juga perkara itu akan dibangkitkan ketika mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas "permainan perkauman Adun Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan harmoni baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali."

"Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan habis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah (kepimpinan) Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak kepada UDA," katanya lagi. -TMI


Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.-mk



Wanita Masih Cam Polis Yang Didakwa Menampar Dan Merompaknya

Posted: 05 Feb 2011 04:00 AM PST

Wanita cam polis didakwa tampar, rompak dirinya

Seorang pemilik kedai yang mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis berpakaian preman minggu lalu hari ini mengecam lima orang anggota pasukan itu yang didakwa melakukan perbuatan itu ke atasnya.

Chow Soo Meng, 36, mengenalpasti anggota polis lelaki itu dalam satu kawad cam di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pagi ini.

Ibu kepada dua orang anak itu ditemani ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. Polis turut merakam kenyataan wanita berkenaan dan juga kenyataan Lim.

Lim ketika dihubungi berkata, Chow telah mengenalpasti lima anggota berkenaan yang didakwa memecah masuk ke dalam kedainya tanpa mengemukakan waran.

Chow turut mengenalpasti pengawai polis yang didakwa menampar beliau dan juga seorang pegawai polis wanita, kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Anggota polis berkenaan sebelum ini didakwa mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.

Dalam laporan polisnya, anggota polis berkenaan didakwa telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin.

Polis telah menafikan dakwaan merompak Chow ketika wanita itu ditahan di kedainya di Sungai buloh pada malam Isnin lalu.

Satu kenyataan polis sebelum ini menyebut, anggota berkenaan merampas wang sebanyak RM15,900 untuk siasatan.

Polis mengesyaki wang berkenaan diperolehi daripada sumber haram.

Ulasan GB

Pelik bin ajaib. Jika benar polis menyatakan bahawa wang itu "disyaki" diperolehi dari sumber yang haram, apa keistimewaan di bawah undang-undang untuk polis menampar wanita hamil berkenaan, dan apa pula hak polis berkenaan "merampas" wang berkenaan sebelum "dipastikan" bahawa wang itu diperolehi dari sumber yang haram? Sumber yang haram pun tidak disebut di dalam kenyataan polis berkenaan.

Amat keeterlaluan. Pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tiba-tiba menjadi mereka yang menggigit rakyat. Dan kemudian ada pula bantuan dari pihak atasan untuk melindungi pesalah berkenaan.

Jika demikian hanya, bagaimana mungkin polis hendak dihormati oleh rakyat?

Masalah Baru Selepas Banjir: Ada Gajah Liar Masuk Kampung

Posted: 05 Feb 2011 03:20 AM PST

Rompin: Penduduk Kampung Denai dan Kuala Kembar, di sini, yang terputus hubungan selepas jalan utama menghubungkan penempatan itu dengan pusat bandar ditenggelami banjir sejak lima hari lalu kini berdepan masalah baru apabila diancam gajah liar yang menghuni hutan bersebelahan.

Kumpulan kira-kira 20 gajah liar itu dipercayai masuk ke penempatan penduduk untuk mencari makanan terutama pada waktu senja dan malam selepas habitatnya turut dinaiki air.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pianggu, Mohd Azli Abdullah berkata, penduduk menyedari gajah menghampiri kediaman mereka selepas mendengar bunyi tempikan haiwan itu.

"Penduduk bimbang keselamatan mereka terancam dengan kemunculan sekumpulan gajah liar yang berkeliaran di kawasan tidak jauh dari rumah penduduk.

"Pada waktu itu, penduduk tidak berani keluar rumah untuk menghalau gajah terbabit kerana bimbang diserang haiwan berkenaan yang turut memusnahkan tanaman," katanya.

Katanya, penduduk Kampung Denai yang berjumlah kira-kira 50 keluarga Orang Asli suku kaum Jakun, manakala 10 keluarga warga Kemboja di Kuala Kembar kerap diancam gajah liar berikutan penempatan mereka berhampiran Taman Negara Endau-Rompin.

"Namun, setakat ini belum ada kes penduduk diserang gajah atau haiwan buas lain, sebaliknya hanya merosakkan tanaman seperti sawit, getah dan pokok buah-buahan. Selain gangguan gajah, penduduk turut mengadu diancam babi hutan yang kerap merosakkan tanaman," katanya.

Penduduk Kampung Denai, Long Abdul Aziz, 41, berkata dia yang menetap di perkampungan itu sejak 1987 memelihara anjing untuk menjaga keselamatan keluarga terutama daripada gangguan haiwan liar.

"Saya membela lima ekor anjing bagi menghalau kehadiran binatang liar seperti babi hutan yang banyak berkeliaran di kawasan rumah. "Pada musim tengkujuh ini, haiwan terbabit kerap datang kerana mahu mencari makanan menyebabkan saya meningkatkan keselamatan, selain membawa isteri dan dua anak berpindah ke pusat penempatan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Denai," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain berkata, penduduk terbabit diingatkan supaya berwaspada terhadap haiwan liar itu bagi mengelakkan mereka diserang.

"Kejadian haiwan liar mengancam penduduk kerap berlaku di kawasan penempatan berhampiran pinggir hutan dan sungai. Mereka yang terbabit dinasihatkan supaya menghubungi pihak berkuasa jika ancaman semakin buruk," katanya.

Mengulas keadaan banjir di kawasan berkenaan, Ahmad Johari berkata, penduduk yang menghuni di pusat penempatan sementara berikutan rumah mereka dinaiki air sudah kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir surut.

Bagaimanapun, katanya, masih ada penempatan penduduk yang terputus hubungan akibat jalan ditenggelami banjir menyebabkan mereka sukar mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.

"Selain Kampung Denai dan Kuala Kembar, kawasan paling teruk terjejas ialah Mentalong membabitkan 57 keluarga apabila bukan saja jalan utamanya ditenggelami air malah jambatan di kampung berkenaan juga runtuh," katanya.

Tiada ulasan: