Era Pasca |
- PANEH MIANG! > KJ pun CABAR NAJIB untuk DEBAT...
- RAIS ENTOT2 KIRIM SALAM KAT TGNA
- POCAH BERITA!! HOSNI FIRAUN AKHIRNYA LETAK JAWATAN!! - sumber AL NAJIBra!
- DEBAT BUKU JINGGA 100 HARI PR > BN KALAH DAN DEMAM
- SIAPA SEXY antara 3 mangkok... kahkahkah
| PANEH MIANG! > KJ pun CABAR NAJIB untuk DEBAT... Posted: 06 Feb 2011 12:51 AM PST Ini cerite yang tak kuar Utusan Melayau, so aku tepek lah kat sini... kahkahkah Khairi cabar Najib berdebat dengan Anwar Perdana Menteri memang jenis tebal muka walaupun disindir dan dicabar oleh Ketua Pemuda Umno supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang, "Kalau (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ada maruah dan tidak dari jenis tebal muka, beliau tentu akan melihat tindakan Khairy (Jamaluddin) yang terus mencabar (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat (PR) sebagai sindiran dan cabaran terhadapnya. "Khairy bagaikan memberitahu Najib, 'aku pun tak takut langsung nak berdebat dengan Anwar, awat hang penakut sangat?!' "Malunya jika Najib terus menikus," Sebelum itu, ketika mengkritik program 100 hari PR itu, Najib membayangkan program itu menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. "Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji (PR) itu tanpa mengambil kira kemampuan negara," dakwa Najib. Kecaman Najib itu menyebabkan Anwar mencabar Najib berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara. Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Presiden Umno itu sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar PR serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi PR. "Adalah amat memalukan jika Najib terus menikus dengan pelbagai dolak-dalik. "Najib dakwa dia tak mahu berdebat kerana dia tak nampak ada hasil dari perdebatan itu. Jika Najib tak nampak, ia tidak semestinya tak ada sebab Najib yang tak nampak. "Persoalannya, tak ada hasil atau tak ada berani?" Mengulas dakwaan Najib kononnya program 100 hari itu akan mengakibatkan negara bankrap seperti Greece dalam masa dua tahun sahaja, beliau menyifatkan kata-kata itu sebagai modal lapuk Barisan Nasional (BN). "Kalau nak bercakap biarlah nampak cerdik sedikit Perdana Menteri negara ini. Jangan memalukan negara dan mengulang-ulang modal lapuk yang telah dicanang berpuluh-puluh tahun dulu. "Najib tak ada idea sendirikah sehingga tanpa rasa malu sedikit pun meniru kata-kata pemimpin Umno dan BN dahulu ketika PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990. "Pada masa itu, para pemimpin Umno dan BN membuat ramalan penuh putus asa kononnya Kelantan akan bankrap dan musnah dalam masa enam bulan sahaja selepas PAS memerintah," katanya. Bertentangan dengan apa yang diramalkan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Kelantan tidak bankrap walaupun sudah lebih 20 tahun diperintah PAS sebaliknya menteri kabinet Najib sendiri iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada 2019. Mengulas ramalan Idris itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membuat ramalan yang lebih menakutkan apabila beliau berkata negara kita akan jatuh miskin. Mengenai kenyataan mengelak Najib yang mahu rakyat menilai sendiri antara dua program iaitu program PR dan program BN, dan menyifatkan Najib seolah-olah meminta rakyat memberi undi dan peluang kepada PR supaya mereka boleh menilai sendiri programnya. "Program BN rakyat dah tahu sehingga Dr Mahathir kata negara kita akan jatuh miskin. "Untuk menilai program PR seperti yang dinyatakan oleh Najib, tentulah rakyat perlu mengundi dan memberi kepercayaan kepada PR terlebih dahulu. "Tak apalah kalau begitu. Selepas ini kita akan kempen seluruh negara dan beritahu rakyat Perdana Menteri meminta mereka menilai program 100 hari PR dan tidak ada cara lain untuk menilai melainkan memberi peluang PR menggantikan BN terlebih dahulu," Beliau berharap Najib tidak marah jika rakyat menyangka beliau sendiri yang meminta mereka mengundi PR untuk menilai sendiri program 100 harinya. |
| RAIS ENTOT2 KIRIM SALAM KAT TGNA Posted: 05 Feb 2011 10:27 PM PST harharhar.. nih lah salah satu contoh manusia tak tau dek untong.. hahaha entot2 belum selesai nak kutuk2 NIK AZIK... hahaha antara dia ngan NIK AZIZ macam langit dengan bumi.... tapi nak tunjuk kat pencacai2 Umno yang dia standet NIK AZIZ... hahaha baca berita hairan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyanggah tuduhan melulu oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) bahawa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam. DPPWP melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Rais yang dikatakan sebagai biadap kerana tidak berdasarkan fakta. Mewakili DPPWP ialah Ketua Penerangannya, Fadhil Osman yang berpendapat Rais tidak mengenali PAS secara dekat dan hanya 'menembak dari jauh'. Menurutnya, PAS menjunjung tinggi konsep syura (bermesyuarat) dan bermusahabah sesama ahli dan pimpinan. Selain itu, PAS tidak pernah menghalang mana-mana ahli menyuarakan pendapat sama ada dalam mesyuarat, usrah, ijtima' hinggalah ke Muktamar Agungnya. Mana-mana ahli bebas menyuarakan kritikan kepada sesiapa juga pemimpin PAS, tetapi mestilah dengan menjaga adab dan akhlak Islam. Tambah Fadhil lagi, setiap tindakan dan keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat (syura). Pemimpin PAS tidak pernah membuat keputusan bersendirian melainkan dengan mandat keputusan mesyuarat. Daripada peringkat cawangan sehinggalah ke Majlis Syura Ulama' PAS akan menggunakan kaedah bermesyuarat dan perbincangan untuk membuat sesuatu keputusan. DPPWP juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menganggap Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai nabi atau separa wali sepertimana yang didakwa oleh Rais Yatim. Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang menerima teguran dan muhasabah yang disampaikan oleh mana-mana pihak, dan ia tidak semestinya perlu dihebahkan kepada media. Keperibadian Nik Aziz yang hidup tidak berpandukan protokol dan hidup serba sederhana menyebabkan beliau mudah didekati dan umat Islam lebih menyayangi beliau berbanding dengan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk di sebalik rumah mewah dengan tembok tinggi dan kawalan keselamatan yang ketat, tambah Fadhil lagi. Namun begitu, DPPWP meminta Rais dan pemimpin UMNO pula jangan malu dan segan untuk menegur kepemimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO semasa di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ini adalah kerana rakyat melihat UMNO terlalu mendewa-dewakan Perdana Menterinya seolah-olah beliau mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh disanggah. Dan selama ini pun hanya pembangkang sahaja yang berani menegur kesilapan PM manakala ahli dan pemimpin UMNO diam menikus. DPPWP juga menyarankan agar Rais dan UMNO menegur sikap bermewahan serta melampau isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertindak sebagai 'wanita pertama' negara. Ini adalah kerana menurutnya, rakyat dikatakan meluat melihat telatah isteri PM ini yang bertindak 'lebih sudu dari kuah' seolah-olah beliau adalah menteri kabinet atau menteri kanan yang diberi kuasa yang luas. |
| POCAH BERITA!! HOSNI FIRAUN AKHIRNYA LETAK JAWATAN!! - sumber AL NAJIBra! Posted: 05 Feb 2011 05:25 PM PST Menurut laporan, Presiden Hosni Mubaraq telah letak jawatan.... adakah ini kejayaan pada reformis2 yang bertungkus lumus? Atau akan terus meneguhkan pendirian terhadap tuntutan rakyat Mesir? Selain dari tu beribu-ribu protestor masih lepak di Tahrir Square. (Patut ler ramai, students di Mesir tengah cuti). huhu nampaknya msih menetapkan pendirian! Tahniah orang MESIR!! kenara aku yakin anda semua orang yang kuat!! SELANJUTNYA BACA BERITA MENGENAI PERLETAKAN JAWATAN HOSNI MUBARAK DI SINI |
| DEBAT BUKU JINGGA 100 HARI PR > BN KALAH DAN DEMAM Posted: 05 Feb 2011 07:21 AM PST Jelas kini. Kebangangan terserlah dalam "debat mini"!! Debat Buku Jingga milik Pakatan Rakyat yang kita sangka antara Najib Altantuya dengan Anwar Ibrahim rupanya orang lain sudah mulakan! Melihat antara ahli parlimen Hulu Selangor, Ustad Kamal aka P Kamalanathan dengan Rafizi Ramli, AMK PKR berhujah sungguh dapat kita lihat perbezaan antara langit dan bumi! Rasanya semua puas dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh Rafizi berbanding dengan Kamalanathan yang banyak "kona baring" tersasar jauh dari topik perbincangan. Dr Mahani pun nampaknya yang boleh dikatakan seorang bijak pandai kelahiran Umno-APCO pun meminta salinan Buku Jingga Pakatan Rakyat, seolah-olah sebelum hari ini dia tidak pernah langsung sentuh komputer berinternet atau "dimandulkan" pemikirannya yang totok Umno-APCO! Nampaknya, perbincangan yang pada awalnya hanya strategi "2 lawan 1" telah berubah 360 darjah! Moderatornya juga terpaksa "cover line" membantu Kamalanathan dan Dr Mahani dari diserang bertubi-tubi Rafizi! Pusingan pertama memang kesemua panel membincangkan dengan jelas terutama Rafizi yang sangat bersungguh-sungguh menjelaskan kandungan Buku Jingga yang ditawarkan kepada rakyat. Akan tetapi malangnya Kamalanathan dengan bijak juga membodohkan dirinya sendiri dengan berkata Barisan Najis sudah buat semua yang terkandung dalam Buku Jingga! Apakah ini standard seorang ahli parlimen Barisan Najis yang kunun mahu membela nasib rakyat? Pertimbangkan dulu fakta dan keterangan Kamalanathan sebelum buka mulut tanpa membodohkan diri sendiri dengan fakta melalut tanpa tujuan! Kasihan rakyat Hulu Selangor yang mengundi Barisan Najis! Kasihan kerana kamu mengundi seorang yang dungu dan membodohkan diri sendiri! Tahniah pengundi Pakatan Rakyat yang memangkah Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April 2010! Anda memang bijak untuk tidak undi si badut belaan umno-APCO! |
| SIAPA SEXY antara 3 mangkok... kahkahkah Posted: 05 Feb 2011 03:42 AM PST |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan