Ahad, 27 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


SELEPAS NAJIB, ALI RUSTAM PULA MENCABAR SPR, BERANIKAH SPR ?

Posted: 26 Feb 2011 10:48 PM PST

Jangan dipermainkan seperti ini oleh Ali Rustam...

Oleh: WFAUZDIN NS

SPR mungkin sudah tidak asing lagi dengan perkataan `Lu tolong gua, gua tolong lu', `I help u, u help me', yang pernah diucapkan oleh Najib sewaktu pilihanraya kecil Sibu dan juga baru-baru ini di Merlimau, Melaka. Itulah politik Umno/Bn setiap kali berdepan dengan pilihanraya, kemudiannya mendabik dada jika parti korup tersebut menang.

`Bapa Borek, Anak Rintik,' `Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maka, `ilmu' Najib diperturunkan kepada Ali Rustam, KM Melaka yang Umno sendiri akui terlibat dengan rasuah politik sewaktu pemilihan kepimpinan Umno satu masa dulu. Terbaru, Ali Rustam pula berkata kepada sekumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika Bn memenangi PRK Dun Merlimau. Baca di sini.
Wahai SPR dan SPRM, masakan kamu tidak nampak semua yang berlaku ini? Di mana ketegasan kamu sebagai badan yang diharapkan oleh rakyat untuk berlaku adil? Tiadakah sedikitpun terdapat unsur-unsur rasuah dan ugutan di situ? Jangan cuba berlagak telus apabila berhadapan dengan kamera TV kununnya SPR tidak akan berkompromi dengan undang-undang pilihanraya.

Amat malang, setelah orang-orang Melayu Melaka banyak yang dicucuk hidung oleh Ali Rustam, kini beliau cuba menjadikan kaum Cina seperti lembu. Ertinya, tiada kaum yang selamat di bawah Ali Rustam di Melaka. Dengan Ali Rustam, jangan bicara pasal agama kerana pemimpin yang rasuah tidak takut dengan hukum agama.
NONESebab itu, amat penting sekali umat Islam di Melaka mengangkat seorang wakil yang berani memperjuangkan Islam di Melaka. Di dalam Dun Melaka sekarang, tiada seorang pun wakil dari PAS. Amat sukar untuk mengharapkan DAP yang ada di dalam Dun Melaka untuk menegur Kerajaan Melaka berkaitan isu agama. DAP hanya boleh menegur kerajaan negeri isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, penyelewengan, kebajikan dan beberapa isu lain yang tidak melibatkan kepentingan Islam.

Justeru itu, tidak menghairankan di Melaka sekarang jika ada pembangunan sekali pun, ianya tidak diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan Islam. Dikatakan Melaka negeri maju tetapi kita lihat sendiri di mana letaknya nilai-nilai Islam di Melaka kecuali di dalam masjid dan surau. Masalah sosial, kegiatan hiburan yang terlampau tidak lagi menjadi pelik di Melaka. Siapakah yang boleh menegur semua ini?

Menjadi kewajipan pengundi-pengundi di Dun Merlimau untuk mengangkat seorang wakil yang bersuara Islam di dalam Dun Melaka. Cukuplah Adun Melayu yang menjadi `burung belatuk' yang ada di dalam dewan itu sekarang. Kita mesti angkat seorang Adun Islam yang akan mewakili rakyat yang berugama Islam di Melaka yang tidak akan takut kepada Ali Rustam. Adun itu adalah Adun dari PAS dan inilah saat dan masanya./wfauzdin.blogspot.com

SEMOGA ADUN JOHOL SEMBUH SEGERA UNTUK BERSAMA PEJUANG ISLAM DAN TINGGALKAN SEKULAR

Posted: 26 Feb 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HANGAT pula diperkatakan bahawa Adun Johol, Dato' Roslan Md Yusof kini uzur dan tugas beliau selaku Wakil Rakyat kini dijalankan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Abd Samad Ibrahim yang juga Adun Seri Menanti.

Mungkin boleh dikatakan sudah nasib di era Najib, satu demi satu peristiwa berlaku yang tentunya tidak akan membuat beliau duduk senang sebagai PM. Namun kita wajib percaya itu semua adalah ketentuan Illahi. Apa pun, bersamalah kita mendoakan agar saudara sesama Islam kita itu sembuh segera agar berpeluang untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bersama-sama kita berjuang untuk agama yang maha suci ini. Amatlah malang sekali sekiranya peluang yang diberikan Allah itu dihabiskan dengan berjuang bersama puak yang sekular yang sentiasa memusuhi pejuang-pejuang Islam.

Seandainya Allah memberi peluang untuk kita mengadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut, apakah kita mampu menolak ketentuan Illahi?/wfauzdin.blogspot.com

Sumber lain --->

SUSAHNYA SPR MAHU TAFSIR SESUATU YANG BERUNSUR RASUAH PILIHANRAYA

Posted: 26 Feb 2011 10:14 AM PST

SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'


Feb 25, 11

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis./Malaysiakini

Tiada ulasan: