Ahad, 27 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Wanita bertudung dengan skirt seksi paras paha

Posted: 26 Feb 2011 06:47 PM PST

Seorang pembaca yang telah menghantar email kepada MiLo SuaM meminta kami menyiarkan gambar ini. Inilah gaya fashion terbaru wanita Melayu masa kini yang gemar dan bangga untuk mendedahkan auratnya menjadi tontonan umum. Bertudung tetapi seksi.

Inilah yang dikatakan bertudung kerana fashion bukan kerana tuntutan atau kewajipan sebagai hamba untuk menunaikan hak dan suruhan Allah. Pada pendapat RentaP© wanita ini tidak layak digelar sebagai wanita bertudung, sebaliknya lebih sesuai dianggap dia hanya menutup kepala. Mungkin untuk menutupi rambutnya yang tidak cantik.

Menurut si pengirim email, wanita ini dipercayai seorang yang berbangsa Melayu, dan akan terus menjadi Melayu sehinggalah hari kematiannya. Malah akan terus menjadi Melayu sampai ke hari kiamat, kerana sudah ditakdirkan lahir dari perut ibunya yang berbangsa Melayu.



Pilihanraya Kecil Merlimau masa untuk buat jalanraya?

Posted: 26 Feb 2011 04:42 PM PST

Sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam, RentaP© sempat bersiar-siar di kawasan Dewan Undangan Negeri di Merlimau untuk melihat sendiri keadaan di sini. Apa yang menariknya, rata-rata jalanraya di sini masih hitam pekat ditambah dengan warna cat garisannya yang masih putih bersinar-sinar. Ini menunjukkan kebanyakkan jalanraya di sini baru diturap tak sampai seminggu.

Melalui pemerhatian RentaP©, kebanyakkan jalanraya di sini baru sahaja dibuat secara serentak di banyak kawasan di sini. Tanpa disangka-sangka dengan ketentuan Allah, RentaP© dapat melihat dengan mata kepala sendiri, rupa-rupanya, jalanraya di sini sedang rancak diturap secara serentak ke semua jalan-jalan masuk ke kampung dan juga jalan utama.

Di bawah ini gambar-gambar yang diambil di Jalan Teluk Baroh 1 di Pekan Merlimau di mana lori dan jentera membuat jalanraya sedang rancak menurap tar di sebuah jalan masuk ke kampung.





Rakyat Merlimau jangan salah paham. Kesemua jalan-jalan ini diturap secara serentak tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil. Ali Rustam dah lama bercadang untuk menurap kesemua jalan yang ada di Merlimau ini secara serentak. Namun begitu secara kebetulan ADUN Merlimau meninggal dunia dan berlaku PRK. Projek menurap seluruh jalan yang ada di Merlimau sudah dirancangkan sejak sehari selepas Hang Jebat mati ditikam Hang Tuah di istana Melaka.

Projek menurap kesemua jalanraya di Merlimau sudah dirancangkan sebelum Kerajaan Melaka dijajah lagi. Ini semua satu keajaiban, ini semua kuasa tuhan, ini semua kebetulan. Malah projek menurap kesemua jalan di Merlimau ini sudah dirancangkan sebelum tar dicipta! Percayalah! Ini bukan gula-gula pilihanraya.



RentaP© "Kebetulan juga, semua jalan yang mahu diturap akan berlaku kematian ADUN Barisan Nasional..."

Tiada ulasan: