Selasa, 22 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


HARI INI AKU BELAJAR SATU PERKATAAN IAITU `LIWAT PASIF'....

Posted: 21 Feb 2011 10:18 PM PST

Liwat II: Adakah Saiful homoseksual pasif?

Hafiz Yatim
Feb 22, 11

Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEFokus perbicaraan pagi ini adalah sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.

Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.

Sumber: Malaysiakini

'Rogol amah': Blogger mohon masa fail pembelaan

Posted: 21 Feb 2011 08:36 PM PST

Feb 22, 11

Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat memohon supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Ia berikutan permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof telah ditangguhkan.

rais yatim pc 020709 01Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada hari ini.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia./Malaysiakini

SOALAN BODOH DARI MP KULIM UNTUK NIK AZIZ, BIAR AKU JAWAB

Posted: 21 Feb 2011 05:00 PM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

YB ZUL Kulim atau sinonim dengan `firaun besar' menasihatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz agar merujuk suatu surah, berhubung kait dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa kerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada parti berkenaan. Sebelum itu, baca di sini.

MP Kulim Bandar Baru yang menang atas tiket PKR, tetapi masih menebalkan muka menjadi MP Bebas itu meminta agar Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Surah Abasa, katanya, "Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum. "Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

Zul Kulim terus menyambung, "Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tidak perlu Tuan Guru Nik Aziz yang menjawab hujah Zul Kulim yang sebelum ini tidak berani menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh MP Shah Alam Yb Khalid Samad berkaitan isu Kalimah Allah. Kisah beliau sebut di atas, jelas bahawa Orang Muslim bernama Abdullah itu menemui Rasullullah untuk bertanyakan soalan. Dan Allah perintahkan Nabi untuk menjawab soalan Muslim itu terlebih dahulu.

Di dalam hal ini jika mahu dikaitkan dengan Umno jauh bezanya. Usahkan pemimpin Umno mahu berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, malahan Tuan Guru Nik Aziz mengajak dan menghantar surat untuk berjumpa pemimpin Umno untuk bincang tentang Islam, ada pernah Umno layan? Yang ada, Umno mahu jumpa PAS untuk bincang pasal Perpaduan Melayu...Melayu...dan Melayu...Tentang Islam bagaimana? Justeru itu, wajar PAS ketepikan Umno kerana banyak membuang masa dan lebih baik berbincang dengan DAP kerana sekurang-kurangnya DAP mahu mendengar Islam walaupun PAS tidak mengharapkan DAP terima Islam. Kerja hidayah untuk DAP terima Islam itu bukan kerja PAS, itu kerja Allah SWT. Umno mahu mendengar Islam, mahu terima Islam? Mempersendakan lagi adalah.

Jadi, usahlah Zul Kulim mahu tunjuk pandai putar belit kisah tersebut untuk menunjukkan kununnya PAS tidak melayan Umno yang kununnya mahu bertanya seperti di dalam kisah tersebut. Apa yang Umno mahu tanya? Tentang Perpaduan Melayu? Tentang Kerajaan Perpaduan?

Tentang 5 soalan dari Zul Kulim itu, itu soalan paling bodoh yang pernah saya dengar dari orang yang dikatakan berkelulusan peguam. Hampir kesemua soalan itu berhubung dengan cita-cita PAS menegakkan negara Islam dan Hukum hudud ditujukan kepada DAP, sedangkan yang wajib untuk menyokong dan melaksanakan hukum tersebut adalah ke atas semua pemimpin dan umat Islam. Mengapa perlu tanya DAP? Umno mahu terimakah negara Islam? Jika mahu, sokong lah PAS yang inginkan Negara Islam. Kes Liwat DS Anwar, mengapa Zul Kulim sanggup jadi salah seorang peguam kepada DS Anwar dalam kes liwat 1 dahulu dan dalam kes qazaf sebelum ini sebelum beliau di`sepak' dari PKR? Sekarang, mengapa ingin bertanya kenapa Karpal jadi Peguam DS Anwar? Busuk sungguh hati MP Kulim ini terhadap DS Anwar.

Lebih baik Zul Kulim terima cabaran debat yang dilontarkan oleh YB Khalid Samad terlebih dahulu sebelum mahu mengajar Tuan Guru Nik Aziz. Beliau boleh aturkan siaran langsung di TY debat beliau dengan YB Khalid nanti. Jika takut untuk berdebat dengan YB Khalid Samad yang tidak berkopiah macam Zul Kulim itu, lebih baik Zul Kulim duduk diam-diam kumpul duit banyak-banyak kerana selepas PRU ke 13 nanti, beliau pasti akan dipencenkan sebagai MP di Kulim Bandar Baru. /wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ

Posted: 21 Feb 2011 04:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM merasmikan 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa -Jaminan PAS' yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata di dalam ucapannya, " Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda DAKWAH pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini." (Teks ucapan sebenar).

Malangnya, akhbar bangsat yang semakin tidak laku di pasaran Mingguan Meloya atau Utusan Meloya keluaran Ahad baru ini melaporkan seperti berikut, "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam PERJUANGAN kerana kerana ia adalah kaum terdahulu", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini (Mingguan Meloya).

pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Kesihan buat orang-orang Melayu di kampung-kampung, di hulu-hulu dan juga di rancangan Felda yang masih menjadikan akhbar bangsat ini sebagai `kitab khazah ilmu' harian mereka. Sebab itu, tidak pelik jika kita lihat Umno amat laku di kawasan seperti ini. Mereka amat gembira kerana akhbar bangsat ini ditatap setiap hari oleh orang-orang Melayu di kawasan seperti itu.

Di bandar dan di tempat yang maju, akhbar ini hanya layak dijadikan tisu di dalam tandas. Sebab itu lah di kawasan bandar orang-orang Melayu sedar dan kenal siapa Umno. Akhbar bangsat ini mencari keuntungan dengan cara memperbodohkan orang-orang Melayu.

Akhbar ini tidak akan bersetuju dengan cita-cita PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mana mungkin akhbar yang mencari untung dengan paparan keputusan judi boleh menerima Islam memerintah. /wfauzdin.blogspot.com

JOM BACA KISAH TENGKU ADNAN MEREPEK...

Posted: 21 Feb 2011 01:21 AM PST

TENGKU ADNAN DAKWA PAS PARTI KARUT, UMNO PEJUANG SEBENAR

Oleh: WFAUZDIN NS


SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa PAS berusaha untuk menarik pengundi-pengundi Melayu agar meninggalkan Umno dan memilih PAS sebagai satu gimmik politik. Beliau juga mendakwa PAS sebuah parti yang tidak releven lagi kepada orang-orang Melayu.

Pada saya kenyataan Tengku Adnan itu lah yang gimmik sebenarnya, dan Umno itu lah yang sebenarnya hampir karam. Hakikat sebenar, Umno amat takut sekiranya semakin ramai orang-orang Melayu yang menyedari bahawa Umno selama ini terlalu banyak menghakis hak mereka, bahkan Umno terbukti tidak berjuang untuk Islam sebagai agama majoriti orang-orang Melayu. Pendek kata, Umno gagal membela bangsa Melayu dan Umno langsung tidak memartabatkan Islam yang diakui sebagai agama rasmi negara ini.

Orang-orang Melayu yang masih lagi menyokong Umno tidak lain tidak bukan kerana kebendaan. Buktinya, setiap kali diadakan pilihanraya Umno akan terus mengumpan orang-orang Melayu dengan kebendaan. Cuba sebut satu sahaja pilihanraya yang diadakan di negara ini yang Umno tidak pernah gunakan jentera kerajaan beserta dengan umpan kebendaan? Jika Umno berani memasuki pilihanraya secara adil dan telus, nescaya kita akan lihat sudah lama Umno dikafankan.

Memang benar, PAS sekarang berusaha untuk menarik seramai mungkin orang-orang Melayu agar menyokong parti yang memperjuangkan Islam ini. PAS bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang-orang Melayu tetapi PAS ingin menyelamatkan agama yang ada pada orang-orang Melayu. Kita tahu berapa ramai orang-orang Melayu yang terkeliru dengan Islam kerana kejahilan Umno yang mereka sokong. Melayu menjadi semakin lemah di negara ini meskipun sudah lebih 5o tahun orang-orang Melayu menjerit dengan `ketuanan Melayu'. Mereka lemah kerana mereka tolak Islam. Mereka tolak Islam kerana mereka berada di dalam Umno. Justeru itu, PAS mara sekarang ini untuk membebaskan kejahilan mereka selama berada di dalam Umno.

Tengku Adnan yang pernah dikaitkan dengan saham judi suatu ketika dahulu pun berkata, "Bila beliau (Mursyidul Am PAS) tahu bahawa undi Melayu terhadap Pas mula merosot kerana orang Melayu sudah sedar bahawa PAS itu adalah parti karut, jadi Nik Aziz sudah gentar dan takut maka beliau tukar mengatakan bahawa PAS juga memperjuangkan orang Melayu,".

Apa yang perlu kita hairankan dengan kenyataan beliau yang kita tahu dan kenal peribadinya itu apabila mendakwa PAS sebagai parti yang dasarnya Al-Quran dan Hadith itu sebagai parti karut. Orang seperti beliau bolehkah kita harapkan akan menerima Hukum Islam lebih-lebih lagi Hukum Hudud? Beliau tahu apa hukumnya nanti jika seseorang Islam itu terlibat dengan judi dan meminum arak sekiranya PAS memerintah negara ini. Adakah anda fikir Tengku Adnan bersetuju dengan itu semua?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: