Selasa, 22 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jika TV3 Berhenti Manipu.. Itu Tanda-Tanda Dunia Akan Kiamat

Posted: 21 Feb 2011 11:23 PM PST

Pelepasan Kuota Perumahan Belum Diputuskan, TV3 Tipu Rakyat

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan laporan Buletin Utama berhubung penghapusan kuota perumahan Bumiputera di negeri ini hanyalah berita berupa propaganda untuk menipu rakyat.

Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu hakikatnya tidak tepat apabila hanya menyebut koata perumahan di Selangor adalah 30 peratus.

"Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus," jelas Iskandar dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, melalui beberapa siri perjumpaan dengan wakil pemaju iaitu Majlis Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA) memang telah dibangkitkan tentang pelepasan kuota secara automatik.


" Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.

" Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, (iaitu) Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera," jelasnya lagi.

Menurut Iskandar, tindakan penubuhan syarikat itu bertujuan untuk meringankan beban pemaju di samping untuk memastikan pemilikan hartanah oleh masyarakat Bumiputera terus terbela.

Justeru itu, Iskandar menggesa semua pihak supaya tidak terpedaya dengan taktik Umno-Barisan Nasional yang menggunakan media milikan mereka untuk mengaburi mata rakyat.

" Umno sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit.

" Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, UMNO berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju UMNO juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut," tambahnya lagi.

Pemilihan kampus: Pro Mahasiswa kuasai lapan IPTA, luaskan pengaruh

Posted: 21 Feb 2011 11:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Calon-calon barisan Pro Mahasiswa mencatatkan prestasi lebih baik dengan menguasai lapan daripada 13 universiti yang mengadakan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semalam.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Ini termasuklah MPP Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian, Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.


Meskipun kedua-dua kumpulan itu bukan badan formal di pusat pengajian tinggi awam tetapi lazimnya mereka sinonim dengan arah aliran sokongan dan landskap politik di luar kampus.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

"Prestasi kali ini jauh lebih baik berbanding sesi pengajian lalu... bukan baik tetapi jauh lebih baik, khususnya di universiti-universiti awam yang berada di Lembah Klang," kata anggota Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hilman Idham kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Pada sesi lalu kami kalah di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, malah kalah teruk di Universiti Putra Malaysia dengan tujuh calon Pro Mahasiswa telah dibatalkan kelayakan... tetapi keputusan kali adalah sebaliknya," kata beliau lagi.

Kali ini kata beliau, walaupun kalah di Universiti Putra Malaysia tetapi jumlah calon Pro Mahasiswa yang menang adalah seramai 11 orang.

Di universiti itu, calon Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum.

Hilman yang juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, keputusan ini menunjukkan bahawa mahasiswa mahukan perubahan dalam banyak aspek membabitkan universiti-universiti awam termasuk berhubung cara pilihan raya kampus dikendalikan.

"Selain itu mereka sebagai pelajar universiti menyampaikan mesej yang jelas ekoran penindasan yang dilalui ketika pilihan raya kampus sesi lalu," katanya yang turut menambah, kejayaan ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti perjuangan kepada komuniti pelajar negara ini.

Selain MPP Universiti Putra Malaysia, kumpulan Pro Aspirasi juga menguasai kepimpinan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur.

Calon-calon Pro Mahasiswa tidak bertanding di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Hari ini pilihan raya kampus diadakan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara.

"Kami yakin Pro Mahasiswa akan menang di UIA memandangkan setakat ini sudah pun memperoleh 14 kerusi tanpa bertanding," kata Hilman. - MI

PRK Merlimau - Tindakan Tidak Bertamadun Umno/BN

Posted: 21 Feb 2011 10:10 PM PST

PAS mahu pengarah Politeknik Merlimau disiasat

PAS Jasin membuat laporan polis berhubung tindakan BN dan Umno yang didakwa menjadikan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakannya dengan menjalankan program untuk kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau.

Laporan dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau.

Menurut Jasme, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dianggap tidak bertamadun oleh Umno dan BN, sekali gus mahu parti itu menghentikan segera semua program yang berjalan atau akan dijalankan di situ.

Dakwanya, tindakan itu tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakannya.


NONE"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.

"Para pelajar juga terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu," laporan polis itu dipetik.

Turut mengiringinya ADUN Banda Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin.

Ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau, Jasme berkata, antara program yang dijalankan Umno dan BN adalah pelancaran jentera pilihan raya BN (24 Januari) oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

"Umno dan BN juga menyalahgunakan lokasi berkenaan berikutan mengadakan majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 19 Februari lalu.

"Jelas penyalahgunaan berlaku apabila mereka mengadakan kursus untuk memenangi DUN Merlimau kepada petugas Umno dan BN pada 20 Februari lalu dan terbaru, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Melaka," katanya.

Katanya, memandangkan Politeknik itu digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, Jasme mendakwa ia memberikan kelebihan kepada BN untuk "memanipulasi serta peluang mensabotaj PAS".

Liwat 2 - Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat ??

Posted: 21 Feb 2011 10:04 PM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terus digemparkan dengan keterangan pakar Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam sesi soal balas hari ini.

Dalam perbicaraan tersebut, mahkamah diberitahu bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat.

Sampel berkenaan bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

Sesi soal balas terhadap Ketua Unit Jenayah Berat dari Jabatan Kimia itu masuk hari ketiga hari ini di mana beliau terus diasak dengan pelbagai soalan dari peguam bela Anwar.


Semalam, mahkamah dikejutkan dengan pendedahan peguam bela, Ram Karpal Singh bahawa pihaknya mendapati terdapat dua lagi DNA misteri ditemui pada tubuh Saiful, selain tiga DNA yang dikesan Dr Seah.

Berikut kronologi perbicaraan yang bermula sejak pukul 8.44 pagi di hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah.

11.08- Mahkamah berhenti rehat dan disambung semula pada pukul 11.30 pagi.

9.51 pagi – Sankara menegaskan kepada mahkamah bahawa Dr Seah langsung tidak perasan perbezaan tarikh yang tidak masuk akal tersebut sehingga ke hari ini.

"Awak tak perasaan sehingga saya beritahu sekarang!" kata Sankara.

9. 48 pagi – Sankara menjelaskan tarikh laporan polis 28 Jun 2008 tetapi tarikh sampel 26 Jun 2008. Sankara bertanya dalam keadaan begini apakah yang perlu dibuat.

"Apakah tugas anda (apabila perkara begini berlaku)?" tanya Sankara.

"Kami tidak perlu menolak sampel itu," kata Dr Seah.

Sankara terus menekan Dr Seah kerana tidak menjawab dengan terus terang dan mengulangi soalannya kembali. Dr Seah memberi jawapan yang sama. Sankara terus bertanya dan DPP Noorin mencelah mengatakan saksi sudah menjawab.Sankara meminta beliau duduk.

"Awak bukan saksi. Awak nak jadi saksi?" kata Sankara.

Sankara seterusnya berkata berdasarkan standard antarabangsa apabila terdapat perbezaan begitu ketara, sampel diambil sebelum laporan polis dibuat, ia sepatutnya ditolak.

"Berdasarkan standard antarabangsa awak sepatutnya sudah menolak sampel tersebut!" tegas Sankara.

"Saya tidak bersetuju," balas Dr Seah.

9.36 pagi – Sankara memberi sampel DNA B4 yang diambil di kawasan tubuh Saifuldan meminta Dr Seah memeriksa tarikhnya. Dr Seah berkata tarikhnya 26 June 2008. Sankara memberi sampel B5 yang diambil dari kawasan dub** dan meminta Dr Seah memeriksa tarikhnya. Dr Seah berkata tarikhnya 26 June 2008.

9.32 pagi – Apabila Sankara bertanya samada ia amalan yang baik untuk mengambil gambar bukti, Dr Seah mengelak menjawab ya atau tidak sebaliknya mengatakan ia merupakan amalan yang tidak berkredibiliti.

Setelah diasak berulangkali oleh Sankara, Dr Seah masih tidak memberikan jawapan yang pasti. Akhirnya, selepas ditegur Hakim Zabidin, Dr Seah sekadar menjawab ia mungkin amalan yang baik. Hakim Zabidin berkata ia boleh diambil sebagai Dr Seah bersetuju dengan kenyataan Sankara.

9.22 pagi – Apabila Sankara bertanya bagaimana sampel didaftar apabila diterima- samada terdapat borang proforma diguna- Dr Seah berkata ia didaftar secara elektronik,menggunakan sistem LIMS (Link Information Management System). Sankara bertanya samada salinan borang tersebut boleh dicetak, Dr Seah berkata ia tidak boleh dicetak. Selepas ditanya berulang-kali oleh Sankara, Dr Seah berkata ia boleh dicetak oleh pentadbir sistem LIMS.

9.15 pagi – Sankara bertanya prosedur langkah demi langkah yang dilakukan apabila makmal Jabatan Kimia menerima sampel untuk dianalisis. Apabila Dr Seah kelihatan teragak-agak menjawab, Sankara berkata beliau sepatutnya boleh menjawab dengan lancar kerana ia dilakukan sepanjang masa di makmal tersebut.

9.03 pagi – Ram Karpal masuk semula.

8.59 pagi – Ram Karpal Singh keluar daripada mahkamah sebentar

8.54 am – Menurut Dr Seah, kali terakhir makmal tersebut diperiksa adalah pada tahun 2005 dan ia diaudit setiap tahun.

8.50 am – Soal balas Sankara berkisar sekitar kemudahan makmal Jabatan Kimia Malaysia.

8.44 am – Mahkamah bersidang. Giliran Sankara menyoal balas pakar kimia Dr Seah Lay Hong.

Sumber di sini

Saiful Liwat Dirinya Sendiri??

Posted: 21 Feb 2011 09:00 PM PST

Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri?

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini "dikejutkan" dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA "12, 13" adalah lebih dominan berbanding profil DNA "Lelaki Y".

"Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.


Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

"Ya, meskipun profil DNA Saiful '12, 13' dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

"DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak," kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

"Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?" soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.

The Malaysian Insider

Siri Ceramah Agama Ustazah Ummi

Posted: 21 Feb 2011 05:40 AM PST






Kesian Noh Omar..

Posted: 21 Feb 2011 04:09 AM PST

Noh Omar semakin Meroyan di Selangor

NOH OMAR telah dicabar untuk membuktikan kejantanannya agar membuat laporan kepada SPRM berkaitan dakwaannya tentang penyalahgunaan dana awam Kerajaan Negeri Selangor sewaktu Kongres PKR November laku. Cabaran ini dibuat oleh Naib Pengerusi II PKR Selangor, Us Dr Badrul Amin Bahron.

Noh Omar tidak perlu menyalak di depan Utusan Meloya dan TV 3 kerana stail sedemikian sudah lapok dan rakyat Selangor sudah muak hampir termuntah mendengarnya. Sebelum ini, Umno Selangor menyalak tentang lembu korban, tentang ladang ternakan babi, isu kereta Lexus, isu pemimpin DAP masuk masjid dan berbagai isu lagi tetapi kesemuanya dibuat `pengesat pungung' oleh rakyat Selangor yang sudah bijak menilai.

Menggunakan media untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor untuk menipu saki baki rakyat Selangor jika ada yang masih berfikiran `ulu' itu adalah satu cara yang dayus. Selaku seorang Menteri sudah tentu mengetahui selok belok untuk melaporkan sesuatu perkara yang dirasakan menyalahi undang-undang.


Tidakkah sebelum ini SPRM sendiri mahu agar sebarang kes hendaklah dilaporkan terlebih dahulu kepada pihaknya dan tidak menghebahkan maklumat kepada media? Maka, kita tahu sebab sebenar mengapa Noh Omar menceritakan kisah karutnya itu kepada media.

Us Dr Badrul Amin menjelaskan, "Tan Sri cukup jaga bab duit, saya kerja sudah separuh bulan dengan Tan Sri. Kalau bab duit, beliau cukup berkira dan sangat jaga fasal kewangan. "Saya tetap pertahankan Menteri Besar, beliau sangat telus dan beliau tidak akan buat benda salah dengan duit, even satu sen pun," katanya.

Kelmarin Noh Omar mendakwa Kerajaan PR menyalahgunakan dana awam Kerajaan Negeri sebanyak RM80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) November lalu. Noh mendakwa, Kerajaan PR menggunakan Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut untuk menempah 100 bilik hotel dan perbelanjaan logistik lain.

Noh Omar jangan bertangguh lagi, sila lapor kepada SPRM kerana MB Selangor sendiri mungkin teramat rindu dengan kehadiran SPRM di pejabatnya. MB Selangor pernah mencadangkan agar SPRM membuka pejabat badan tersebut di bangunan pejabatnya.

wfauzdin.blogspot.com

'Punca kehilangan Masturah masih misteri'

Posted: 21 Feb 2011 01:15 AM PST

Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

NONESebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.

Masturah kelihatan tenang, tetapi diam sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya petang ini.

Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas itu, ibunya mencelah: "Kita serahlah kepada polis untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan sebab-sebabnya. Polis bekerjasama dan memalukan siasatan selanjutnya."


Mariam menambah, polis telah merakamkanya kenyataan anak ketiganya itu.

Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Marian menyifatkan kehilangan Masturah sebagai satu perkara yang tragis kepada keluarganya

Hadir sama dalam sidang akhbar pada jam 2.20 petang ini ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.

Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang.

NONE"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah Mariam.

Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata:

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.

"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

NONEMariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya.

Ketika wartawan bertanya Masturah sama ada beliau sedar apa yang berlaku, ibunya erus mencelah dengan berkata:

"Kita tidak tahu. Suasana masih baru bagi dia. Jadi, tidak adil kita menekan dia, (dengan) menanyakan apa yang berlaku.

"Sebagai keluarga saya memberi ruang dan tempoh untuk berehat. Nanti dalam tempoh yang baik, selepas pulih, kita mungkin akan dapat maklumat," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.

Mengenai spekulasi yang Masturah kemungkinan ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."- mkini



Tiada ulasan: