Isnin, 21 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PAS MESTI SEGERA MENGGANTIKAN UMNO

Posted: 20 Feb 2011 09:43 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.

Apabila Allah mengajar tentang sifat kasih mengasihi sesama manusia walaupun terdiri dari berbilang bangsa, ini bererti sesuatu bangsa atau kaum tidak boleh menzalimi atau tidak berlaku adil kepada bangsa dan kaum yang lain. Kasih keterlaluan terhadap bangsa sendiri sehinggakan tidak berlaku adil kepada kaum yang lain apatah lagi kasihnya kepada bangsa melebihi kasih dan taat kepada agama itu sesuatu yang dilarang oleh Allah dan itulah sifat Assobiyyah yang sesat.

Umno sebuah parti yang terang dan nyata sekular kerana Umno adalah parti kebangsaan yang sering menonjolkan ketuanan Melayu semata-mata sehinggakan bangsa lain merasa seperti tidak mendapat keadilan. Sekularnya Umno adalah kerana memisahkan agama dengan politik dan dasarnya yang tidak menjurus ke arah menegakkan hukum Islam bahkan komited menentang perjuangan Islam. Islam di dalam Umno umpama wanita menampalkan gincu dibibir.

Umno berjuang kununnya untuk menyelamatkan Melayu, dan perjuangan itu tidak salah di sisi Islam, namun harus diingat Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyebut, "Kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT," (Harakahdaily).

Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu.

Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melayu sehingga mengenepikan Islam.

Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

NOH OMAR SEMAKIN MEROYAN DI SELANGOR

Posted: 20 Feb 2011 06:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

NOH OMAR telah dicabar untuk membuktikan kejantanannya agar membuat laporan kepada SPRM berkaitan dakwaannya tentang penyalahgunaan dana awam Kerajaan Negeri Selangor sewaktu Kongres PKR November laku. Cabaran ini dibuat oleh Naib Pengerusi II PKR Selangor, Us Dr Badrul Amin Bahron.

Noh Omar tidak perlu menyalak di depan Utusan Meloya dan TV 3 kerana stail sedemikian sudah lapok dan rakyat Selangor sudah muak hampir termuntah mendengarnya. Sebelum ini, Umno Selangor menyalak tentang lembu korban, tentang ladang ternakan babi, isu kereta Lexus, isu pemimpin DAP masuk masjid dan berbagai isu lagi tetapi kesemuanya dibuat `pengesat pungung' oleh rakyat Selangor yang sudah bijak menilai.

Menggunakan media untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor untuk menipu saki baki rakyat Selangor jika ada yang masih berfikiran `ulu' itu adalah satu cara yang dayus. Selaku seorang Menteri sudah tentu mengetahui selok belok untuk melaporkan sesuatu perkara yang dirasakan menyalahi undang-undang. Tidakkah sebelum ini SPRM sendiri mahu agar sebarang kes hendaklah dilaporkan terlebih dahulu kepada pihaknya dan tidak menghebahkan maklumat kepada media? Maka, kita tahu sebab sebenar mengapa Noh Omar menceritakan kisah karutnya itu kepada media.

Us Dr Badrul Amin menjelaskan, "Tan Sri cukup jaga bab duit, saya kerja sudah separuh bulan dengan Tan Sri. Kalau bab duit, beliau cukup berkira dan sangat jaga fasal kewangan. "Saya tetap pertahankan Menteri Besar, beliau sangat telus dan beliau tidak akan buat benda salah dengan duit, even satu sen pun," katanya.

Kelmarin Noh Omar mendakwa Kerajaan PR menyalahgunakan dana awam Kerajaan Negeri sebanyak RM80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) November lalu. Noh mendakwa, Kerajaan PR menggunakan Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut untuk menempah 100 bilik hotel dan perbelanjaan logistik lain.

Noh Omar jangan bertangguh lagi, sila lapor kepada SPRM kerana MB Selangor sendiri mungkin teramat rindu dengan kehadiran SPRM di pejabatnya. MB Selangor pernah mencadangkan agar SPRM membuka pejabat badan tersebut di bangunan pejabatnya. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: