Isnin, 21 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


50 ribu hadirin banjiri ceramah Ummi Hafilda!

Posted: 20 Feb 2011 08:30 PM PST

Lebih 50, 000 hadirin yang tidak sabar-sabar mendengar pendedahan Ustazah Ummi Hafilda yang telah diwar-warkan secara besar-besaran sejak lebih seminggu yang lalu membanjiri ceramah tokoh Muslimah gerombolan songkok tinggi itu. Wanita contoh ini menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh di hadapan lautan manusia yang mendengarnya dengan khusyuk.



Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberikan sokongan kepada ceramah membongkar segala penyelewengan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ini. Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali berkata,

"Saya terberak di dalam seluar sebanyak dua kali, kerana tidak sanggup meninggalkan ceramah panas ini walaupun mengalami sakit perut yang teramat sangat".


Wartawan dari akhbar terkenal India, Kari Parpu Daily turut memberikan liputan untuk tatapan peminat-peminat Ustazah Ummi Hafilda di India. Wartawan tersebut mengakui bahawa Ustazah Ummi Hafilda menjadi ikon Muslimah cemerlang di kalangan remaja dan wanita di sebuah pergunungan yang dirahsiakan namanya di India.



Info lanjut di [Batu Gajah Mari]

ReJaM© "Kesian Ummi Hafilda..."

Utusan julang musuh Islam Mustafa Kemal Atartuk

Posted: 20 Feb 2011 03:51 PM PST

Sebelum ini ReJaM© benar-benar terkejut, apabila Tun Mahathir mengambil Penghancur Islam Turki, Mustafa Kemal Atartuk sebagai contoh pejuang nasionalis yang kononnya telah berjaya memelihara Islam di Turki [Mustafa Kemal Atartuk].

Sedangkan kerana kemal Atartuklah negara sekular di Turki terbentuk. Empayar terakhir Islam runtuh, Azan diubah ke bahasa turki, wanita diharamkan memakai tudung, tulisan jawi diubah kepada tulisan rumi dan sebagainya. Inikah yang dikatakan pejuang yang digelar oleh Tun sebagai berjaya memelihara Islam?

Malah inilah kali pertama ReJaM© dapat lihat dengan mata kepala sendiri ada pemimpin yang mengaku Islam, sanggup menjulang Kemal Atartuk si penghancur Islam ini sebagai contoh. Berapa ramai pemuja-pemuja Tun Mahathir yang membaca blognya selepas ini akan memandang tinggi Penghancur Islam ini?

Apa yang lebih memeranjatkan, rupa-rupanya seperti ada agenda tersembunyi untuk menggambarkan penghancur Islam si Kemal Atartuk ini sebagai pejuang Nasionalis yang harus dihormati.

Sekali lagi ReJaM© terkejut, apabila terjumpa sebuah artikel dalam Utusan Malaysia yang turut sama menjulang Kemal Atartuk ini. Utusan nampaknya cuba memberikan imej yang baik terhadap penghancur Islam yang selepas kematiannya digelar sebagai Laknatullah alaih (Laknat Allah ke atasnya) oleh rakyat Turki. [Utusan]


Malah Utusan Merapu turut menjulang nama Mustafa Kemal Atartuk ini dan menggambarkannya sebagai hero. Malah perbuatan Kemal merubah sistem empayar Islam kepada republik turut dipuji. Layakkah penghancur Islam ini diberi pengiktirafan dan gambaran sebegini rupa? [Utusan]


Para pembaca boleh terus ke link yang disediakan untuk melihat sendiri bagaimana penghancur Islam si Kemal Atartuk ini dipuji dan dijulang di dalam Utusan Merapu. Maka tidak hairanlah Tun Mahathir turut menongkah arus memuji manusia laknat ini.

Maka tak perlulah gerombolan penyokong dan pendukung songkok tinggi 3 jengkal nak putar alam untuk membuktikan tun Mahathir tidak memuji Kemal Atartuk. Kemal Atartuk jelas sekali menjadi ikon contoh semangat Nasionalisme dan Ketuanan Melayu. Fullstop!


ReJaM© "Sifirnya mudah, penghancur Islam ini dipuji dan dijulang bagi menghalalkan Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh gerombolan songkok tinggi..."

Tiada ulasan: