MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- `PENYAKIT' MAHATHIR SEMAKIN SERIUS DI PENGHUJUNG USIA
- PAS PATUT DIBERI PELUANG DI SARAWAK
- NASIB ORANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM....
| `PENYAKIT' MAHATHIR SEMAKIN SERIUS DI PENGHUJUNG USIA Posted: 18 Feb 2011 01:02 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKTA ISA adalah jelas tanpa khilaf lagi di dalam Islam hukumnya `haram' jika dilaksanakan oleh pemerintah yang berugama Islam. Oleh kerana negara ini bukan negara Islam, maka hukum ini telah lama digunapakai dan dalil bagi pemerintah untuk meneruskan akta zalim dan sesat ini hanyalah kerana akta ini telah pun diakui oleh negara barat sebagai berkesan. Memang akta yang menahan serta menghukum seseorang tanpa bicara itu amat berkesan di barat terutamanya untuk menghapuskan kumpulan militan Islam. Bezanya di barat, mangsa kepada kezaliman akta seperti ISA ini adalah kumpulan pejuang Islam yang dipanggil oleh mereka sebagai kumpulan militan. Di negara ini, mangsanya tidak mengenal siapa termasuk pemimpin politik yang menentang kerajaan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut. Semenjak bila PM selaku Menteri Dalam Negeri mengikut nasihat pihak Polis dengan mudah? Kununnya Mahathir tidak mahu Akta ISA tetapi di`larang' oleh pihak Polis. Lucu sungguh. Jika benar Mahathir tidak suka ISA, mengapa beliau terus menandatangani lanjutan tahanan mangsa-mangsa ISA ini? Adakah pihak Polis dapat buktikan kepada kerajaan sememangnya negara berada di dalam keadaan bahaya ketika itu? Nampaknya Mahathir ini semakin tua semakin kuat putar belitnya. Beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapan dan kezaliman yang beliau lakukan sewaktu beliau memerintah. Mungkin beliau mahu dikenang sebagai seorang PM yang baik dan berjasa kepada rakyat setelah beliau bersara. Malangnya, rakyat tidak mudah melupakan kezaliman lampau beliau. Beliau sanggup meletakkan kezaliman yang telah beliau lakukan ketika dulu ke bahu pihak Polis. Beliau cuba untuk menggambarkan betapa yang zalim bukan beliau tetapi pihak Polis. Mahathir selaku PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ternyata tidak bertanggungjawab terhadap pihak polis. Cubaan beliau untuk menjejaskan imej Polis yang sekarang ini masih belum pulih dari pandangan buruk masyarakat amat mendukacitakan. Cukup-cukuplah Mahathir. Zaman untuk beliau menipu rakyat sudah lama berlalu. Biarlah Najib pula menyambung kerja kamu itu. Apa yang penting, rakyat mesti menilai sikap pemimpin-pemimpin Umno sewaktu mereka berkuasa dan setelah mereka hilang kuasa. Allah lanjutkan usia Mahathir bukan untuk terus menipu rakyat dan menyokong kezaliman Akta ISA. Kenyataan Mahathir semakin hari semakin `nyanyuk'./wfauzdin.blogspot.com |
| PAS PATUT DIBERI PELUANG DI SARAWAK Posted: 17 Feb 2011 08:58 AM PST BERTIUP kencang bahawa Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri tidak beberapa lama lagi. Mandat DUN Sarawak akan tamat pada Julai ini nanti. Sarawak adalah di antara beberapa negeri yang mempunyai harapan yang baik untuk ditawan oleh PR memandangkan rakyat Sarawak sudah tidak mampu bertahan melihat kemewahan hidup pemimpin mereka sekarang. |
| NASIB ORANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM.... Posted: 17 Feb 2011 02:13 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SERONOK mengingatkan cerita dari kes liwat DS Anwar. Saiful mendakwa berlaku seks oral secara paksa. Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka." Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
Maka, pemeriksaan di dalam mulut Saiful dibuat untuk mengambil spesimen. Masih adakah lagi `bahan bukti' yang boleh ditemui di dalam mulut Saiful ketika itu? Adakah Saiful tidak pernah menggosok gigi, makan atau minum selepas sahaja beliau dipaksa melakukan `seks oral' sehingga beliau berjumpa doktor berkenaan? Mari kita berfikir. Sebelum ini, Saiful ada memberitahu beliau tidak mencuci anusnya demi untuk menyimpan bukti. Semalam Doktor Khairul Nizam memberitahu, selain dari mengambil spesimen dalam mulut Saiful, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain kerana Saiful memberitahunya bahawa beliau telah mencuci dan membersihkan diri. Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti. Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya. Jika otak kita waras, kita boleh berfikir dan boleh menilai cerita yang berbagai version ini (pinjam kata DS Anwar). Semakin berserabut nampaknya. Walau bagaimana serabut sekalipun, ada minat pihak tertentu untuk meneruskan cerita ini. Kenapa mesti diteruskan? Ya, cerita ini mesti diteruskan sehingga ke noktah terakhir kerana insan yang terlibat itu adalah DS Anwar. Bagaimana dengan cerita mereka yang bukan bernama Anwar? Kisah penglibatan kes Altantuya? Kes Amah Indonesia? Kes raba gadis di Rompin? Kes di Hotel Port Dickson? Kes rogol gadis bawah umur di Melaka sehingga Lim Guan Eng jadi mangsa? Persetankan itu semua kerana ianya tidak melibatkan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan