Jumaat, 18 Februari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video pelajar India dipaksa cakap "keling babi"

Posted: 17 Feb 2011 08:30 PM PST



Seorang pelajar berbangsa India telah dipaksa untuk mengucapkan kata "Keling babi" oleh seorang pelajar berbangsa Melayu di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan. Pelajar Melayu tersebut mengugut pelajar India dengan ugutan akan memukul pelajar India tersebut sekiranya enggan mengucapkan kata "Keling babi".

Inilah salah satu hasil didikan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal. Setiap hari memperjuangkan bangsa Melayu, memperjuangkan Ketuanan Melayu, tapi dalam masa yang sama melaungkan slogan Satu Malaysia untuk menipu bangsa lain.

Gerombolan songkok tinggi sudah melaungkan Ketuanan Melayu, Hidup Melayu sejak lebih 53 tahun dahulu. Hasilnya bangsa Melayu hari ini tetap dianggap bangsa kelas ke tiga. Hanya Melayu yang rapat dengan menteri, yang pandai bodek wakil rakyat songkok tinggi serta kaum kerabatnya sahaja yang kaya raya. Rakyat biasa yang berbangsa Melayu yang lain boleh dipersilakan mampos.

Sila klik video di bawah untuk menonton.



Sumber video: [Cerita Gadis ini]

ReJaM© "Kalau dah lahir mamak sampai mati takkan jadi Melayu, gerombolan songkok tinggi yang perasan Melayu tu pergi tengok cermin kah kah kah"

Buat duit dengan churpchurp terbukti berhasil

Posted: 17 Feb 2011 07:24 PM PST

Minggu lepas ReJaM© ada buat satu entry ringkas tentang cara buat duit di ChurpChurp rujuk link ini [buat duit dengan churpchurp]. Tadi ada sorang pembaca menghantar email kepada ReJaM, bertanya macam mana hasil program yang ReJaM join minggu lepas tu? Minggu lepas ReJaM© baru join program churpchurp tu, jadi tak dapat nak kongsi apa-apa kat pembaca semua.

Tapi selepas seminggu ReJaM© tengok hasil pendapatan melalui churpchurp ni memang agak memberangsangkan. Cara yang ReJaM© nampak berkesan untuk hasilkan duit adalah dengan mempromosikan link unik kita di Facebook.

Lagi rajin kita bagi link iklan lagi banyak duit kita boleh dapat. Sebab sekali orang klik link iklan kita tu, orang tu akan dibawa ke satu web iklan dan kita akan dibayar Rm 0.20. Kalau 5 orang klik, dapat Rm 1.00, kalau 50 orang klik dapat Rm 10.00 dan seterusnya tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Kalau korang ada kawan ramai kat facebook, setakat nak dapat Rm 20 Rm 30 sehari tu rasanya memang tak susah.

Kat bawah ni ReJaM© tunjukkan screenshot bukti pendapatan yang sudah diterima dan sudah dimasukkan ke dalam akaun ChurpChurp. Setakat ni baru dapat RM 197.11. Dari mana datang Rm 0.11 tu ReJaM© pun tak tahu. Walaupun tak banyak tapi oklah juga, lepaslah nak buat bayar sewa rumah ngan bil broadband.



Kesimpulan yang ReJaM dapat setelah join churpchurp ni, program ni agak berbaloi, kerja tak susah, hanya kongsikan iklan kat facebook, dapatlah duit. Semoga manfaat ini berguna kepada pembaca semua. Nanti kalau ReJaM dah cash kan duit dari churpchurp ni, ReJaM akan kongsikan kepada anda semua gambar check yang diterima.

Niat ReJaM kongsikan maklumat ni kepada korang semua hanya satu, sebagai tanda penghargaan kerana sudi melawat blog jalanan ni setiap hari. Bagi yang berminat nak buat duit sampingan cara ni, korang boleh daftar kat sini sila klik [ChurpChurp]


ReJaM© "Kalau korang ada apa-apa nak tanya bolehlah anta email, insya Allah ReJaM akan jawab mana yang mampu..."

Kelab malam baru di Melaka, jom buat maksiat!

Posted: 17 Feb 2011 10:01 AM PST

Berita baik kepada pengunjung-pengunjung setia pusat-pusat maksiat terutama yang berdekatan dengan Negeri Melaka. Sebuah lagi kelab malam baru muncul di Melaka, anda boleh berhibur, mabuk dan menari bersama gadis-gadis jalang yang cantik lagi seksi.


Selari dengan niat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan terulung di rantau ini, Ketua menteri Melaka mengambil langkah pantas menyahut seruan kerajaan satu Malaysia Najib dengan meluluskan satu lagi pusat maksiat untuk penduduk negeri Melaka.



Teruskan menyokong kerajaan! Pergi mati dengan hukum hakam, judi maksiat boleh saja dihalalkan asalkan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan 1 Malaysia yang mendahulukan pencapaian.



ReJaM© "Hidup Barisan Nasional! Hidup 1 Malaysia! Hidup maksiat!"

Saiful Bukhari sembahyang mayat 27 Ogos 2008?

Posted: 17 Feb 2011 08:06 AM PST

Saiful Bukhari Azlan orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum Parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dia tidak dapat duduk selama dua hari selepas diliwat tanpa rela oleh Anwar Ibrahim pada 26 Ogos 2008 yang lalu [Saiful Bukhari].

Kenyataan ini jelas sekali bercanggah dengan jawapannya di mahkamah pada 10 Mei 2010 ketika ditanya oleh peguam Anwar, Karpal Singh. Karpal bertanya kepada Saiful yang mendakwa diliwat pada 26 Ogos 2008 itu sama ada dia ada menunaikan solat pada 27 ogos 2008?. Saiful menjawab dia ada menunaikan solat Jumaat sehari selepas dia diliwat [M'sian Insider].



Persoalannya di sini, bukankah Saiful memberitahu bahawa dia tidak dapat duduk selama dua hari kerana diliwat tanpa rela. Jadi bagaimanakah dia melakukan solat Jumaat? Adakah Saiful melakukan solat Jumaat tanpa duduk? Bukankah duburnya sakit selama dua hari? Adakah Saiful solat Jumaat sambil menangis dan meraung kerana menahan sakit di duburnya? Atau mungkin saiful melakukan sembahyang mayat pada hari Jumaat itu? Tapi, siapa pula yang meninggal dunia?





ReJaM© "Lepas satu, satu kenyataan Saiful bercanggah. Kes ini memang patut digugurkan"

Tiada ulasan: