Khamis, 10 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


TIDAK MAHU LAYAN CERITA FITNAH UMI - AZMIN ALI

Posted: 10 Feb 2011 12:00 AM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

TIMBALAN Presiden PKR, YB Azmin Ali menyifatkan kenyataan Umi Hafilda terhadapnya selama ini adalah fitnah. Beliau tidak mahu melayani cerita fitnah seperti itu kerana rakyat sudah muak dengan apa yang Umi Hafilda perkatakan tentang beliau dan keluarganya termasuk DS Anwar.

Ini merupakan kenyataan pertama yang diluahkan oleh Azmin Ali semenjak Umi Hafilda mula `beraksi' semula setelah berbelas tahun menyepi umpama `orang buangan'. Sebelum ini dikatakan di dalam Twitter Azwan Ali juga, Azwan turut memperlekehkan Umi Hafilda. Saya tidak tahu samada Umi Hafilda itu `adik beradik' dengan Azmin dan Azwan. Saya cuma pernah mendengar cerita Umi Hafilda `dibuang' dari menjadi ahli keluarga Almarhum En Ali bapa Azmin dan Azwan.

Saman yang dikemukakan oleh Umi Hafilda berjumlah RM 700 juta terhadap DS Anwar, DS Wan Azizah, Karpal Singh, Azmin Ali malahan PAS juga turut disaman oleh wanita berumur yang masih bujang (andartu) ini jika berjaya, boleh menjadikan Umi Hafilda jutawan segera.

Sudah terlewat buat Umu Hafilda, beliau mempunyai banyak peluang untuk membuktikan semua bukti yang beliau dakwa ada padanya tentang `salah laku' DS Anwar dan Azmin iaitu ketika beliau dipanggil menjadi Saksi kes Liwat 1 dahulu. Mengapa ketika itu beliau `sorokkan' bukti yang ada atau sememangnya tiada bukti? Apakah `bukti' itu baru muncul sekarang?

Semuanya sudah terlambat. Sekiranya beliau tampil selepas ini dengan bukti yang kununnya beliau ada ianya akan menjadi bahan lawak jenaka masyarakat. Kisah Liwat 1 sudah basi, bahkan Hakim yang menghakimi kes itu dulu pun sudah berada di perut bumi. Pengarang Buku `50 dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang menjadi asas dan punca fitnah Liwat 1 itu pun sudah lama tidak bernyawa. Peguam Negara yang memainkan peranan penting di dalam kes Liwat 1 Mokhtar Abdullah pun sudah menemui Rabbul Jalil. Dr Qristina Majid yang memainkan peranan juga di mana dikatakan DS Anwar pernah diarah bertelanjang di depannya, doktor itu pun tidak mampu `merawat' kehilangan nyawanya di sebuah hotel. Saksi penting, Azizan Abu Bakar pula pernah ditangkap berkhalwat.

Dan, banyak lagi kisah lampau yang menunjukkan cerita Liwat 1 sudah boleh di `muzium'kan. Maka, silap besar Umi Hafilda ingin kembali pada kisah lama. Kini, negara tertumpu kepada episod seterusnya yang telah mula menampakkan kepincangan seperti episod pertama./wfauzdin.blogspot.com

`HUJAN EMAS' SENTIASA MEMBASAHI BUMI SELANGOR

Posted: 09 Feb 2011 10:52 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor di bawah Kerajaan PR dipimpin oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengumumkan satu lagi berita baik dan kali ini khusus kepada semua guru KAFA di negeri tersebut. Sebelum ini, Kerajaan Negeri yang dasarnya merakyatkan Negeri Selangor telah menyediakan bantuan kewangan dan modal kepada pekerja-pekerja Islam di premis arak untuk mereka mencari kerjaya lain atau memulakan perniagaan secara halal.

Sebenarnya sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Negeri yang terbukti menguntungkan rakyat di negeri terkaya tersebut, termasuk beberapa bantuan dan kebajikan yang pernah dijanjikan oleh PR semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu. Tidak sampai pun sepenggal PR mentadbir Selangor tetapi faktanya prestasi kerajaan negeri sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya iaitu tatkala Selangor di bawah Umno/Bn. Sudah tentu ada lagi berita-berita baik yang akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri selepas ini.

Seperti yang disebutkan tadi, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri. Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. Terbukti betapa pekanya Kerajaan Negeri kepada kemajuan dan perkembangan Islam. Ini juga membuktikan tuduhan pihak sebelah sana bahawa Kerajaan PR Selangor berada di bawah telunjuk DAP adalah satu tuduhan jahat lagi tidak lojik.

Saya tidak terfikir lagi bahawa orang-orang di Felda sekitar Selangor termasuk di hulu Selangor akan terus menjadi bebal setelah merenung dan berfikir dengan mata hati tentang apa yang telah Kerajaan Selangor lakukan sebaik sahaja mengambil tampuk pemerintahan daripada Anak toyo dan `mereka yang satu waktu' dengannya. Seandainya di dalam Pilihanraya Umum akan datang, mereka masih juga bebal maka PR tidak lagi boleh dipersalahkan seandainya mereka akan menjadi lebih susah dan menderita seperti di zaman Anak Toyo.

Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja akan bekerja kuat untuk membela nasib rakyat, bahkan jauh lebih dari itu di mana Kerajaan Negeri telah berusaha untuk menyelamatkan kuasa raja, malangnya ada pihak yang mahu melihat kuasa raja kekal seperti yang sedia ada setelah puak mereka `merampas' kuasa tersebut suatu ketika dahulu. /wfauzdin.blogspot.com

ADUAN KEPADA JPP - AZMIN OPTIMIS AKAN SELESAI SEGERA

Posted: 09 Feb 2011 08:00 AM PST

ADUAN SALAH LAKU PEMILIHAN PKR - YB AZMIN PULA BERI JAMINAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MELALUI berita Astro Awani malam tadi, isu pemilihan kepimpinan PKR ditimbulkan. Kali ini Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali ditanya tentang rasa tidak puas hati beberapa pihak terhadap maklum balas aduan-aduan yang telah dikemukakan kepada JPP. Paling ketara yang sering mendesak agar diumumkan hasil siasatan tersebut adalah dari kumpulan bekas calon Ketua AMK yang tewas iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard).

YB Azmin di dalam kenyataannya malam tadi menyebut bahawa hampir kesemua aduan berkaitan salah laku atau penyelewengan semasa pemilihan PKR yang lalu telah selesai disiasat. Beliau turut mengakui ada sejumlah kecil sahaja aduan yang belum selesai disiasat dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya. YB Azmin menyatakan mana-mana pihak yang mahu maklumat tentang status aduan yang telah dilaporkan boleh terus berhubung dengan Pejabat Parti.

Kita tidak boleh menyalahkan penyokong-penyokong Chegubard yang terus mendesak kerana mereka sebelum ini telah dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR bahawa semua aduan tersebut akan dapat diselesaikan di dalam tempuh 2 minggu bermula dari parti mengadakan Konvokesyen baru-baru ini. Kini, hampir lebih kurang 4 bulan siasatan masih berjalan. Justeru itu, tidak salah buat penyokong-penyokong Chegubard terus mengingatkan parti di dalam hal ini. Tindakan mereka bukan tindakan pengkhianat malahan satu tindakan terpuji dari kumpulan anak muda yang mahukan keadilan di dalam parti boleh dilihat.

Mungkin sedikit kurang selesa apabila kelembapan Setiausaha Agung PKR dan JPP menyelesaikan masalah ini diambil kesempatan pula oleh beberapa orang untuk memburukkan beberapa pimpinan parti. Terdapat beberapa tulisan atau perkataan yang menyindir beberapa pemimpin parti melalui blog atau twitter. Diharapkan perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi kerana kita bimbang sekiranya ianya berterusan, pandangan beberapa ahli parti terhadap mereka menjadi negatif. Kita bimbang perasaan simpati bertukar menjadi benci jika kelakuan seperti itu berterusan.

Teruskanlah mendesak asalkan tiada kecaman keterlaluan terhadap pimpinan. Parti juga mesti peka dengan masalah ini. Selesaikan lah isu ini secepat mungkin agar semua yang tersimpul dapat dileraikan. Jangan cuba bertindak seperti Umno yang menggunakan jalan mudah dan tidak demokratik untuk menyelesaikan masalah. Setiausaha Agung, YB Saifudin Nasution mesti mempamirkan sikap profesionalismanya dan tidak gentar untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: