Khamis, 10 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Presiden Kelab Porno MCA Bakal Digulingkan

Posted: 09 Feb 2011 11:02 PM PST

Puak anti-Chua bersiap sabotaj EGM

ANALISIS Setelah gagal untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini berdepan pula dengan satu lagi cabaran dari dalam partinya sendiri - yang boleh mengancam kepimpinannya.

Jawatankuasa pusat (CC) parti itu sedang menimbang untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan parti untuk membolehkannya menangguhkan pemilihan parti, di semua peringkat, yang dijadual berlangsung bulan depan.

Bagaimanapun, ia perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan memperolehi majoriti dua pertiga bagi membolehkan ianya dilakukan.


Difahamkan, puak anti-Chua dalam parti tersebut itu pula mahu mensabotaj cadangan mengadakan EGM tersebut, sebagai langkah pertama untuk menggerakkan momentum yang diperlukan untuk mencabar kepimpinan Chua (kiri) dalam pemilihan parti yang akan datang.

Menurut sumber-sumber dalaman, para penyokong bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Ong Ka Ting - kedua-duanya tewas kepada Chua dalam pemilihan parti 2010 serta abang Ka Ting, Datuk Seri Ka Chuan, yang tewas bagi jawatan timbalan presiden - kini mencari peluang untuk kembali.

"Ka Chuan dan Ka Ting serta Tee Keat masih menguasai 600 hingga 700 perwakilan. Sekiranya mereka bergabung, Chua mungkin tidak akan memperolehi sokongan dua pertiga di EGM," kata seorang pemimpin parti itu yang tidak mahu namanya disebut.

"Orang Chua kini sedang melobi penyokong Tee Keat dan adik beradik Ong."

MCA mempunyai 2,377 delegasi pusat dan Chua perlu memperolehi sokongan sekurang-kurangnya 1,585 perwakilan untuk melepasi sokongan dua pertiga.

Di bawah perlembagaan, parti hanya boleh memutuskan sama ada untuk menangguh pemilihannya jika ianya dalam tempoh 42 bulan selepas pilihan raya umum lalu. Tetapi pemilihan parti itu dijadual berlangsung bulan depan, dan ianya hanya 36 bulan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Oleh itu, MCA perlu meminda perlembagaannya jika ia mahu memendekkan syarat tempoh tersebut kepada 36 bulan, bagi menangguhkan pemilihan parti.

Isu Roboh Gerai - Laporan Utusan Hanya Untuk Melayu Yang Bodoh Saja

Posted: 09 Feb 2011 10:45 PM PST

Kali ni ReJaM© nak ajak korang baca berita tentang isu perobohan gerai yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan telah menerima terlalu banyak aduan penduduk yang tidak selesa kebanjiran pendatang haram yang selalu berlonggok di sebuah kawasan perumahan Taman Pelangi sehinggakan kawasan tersebut digelar sebagai "Hatyai".

Mengikut laporan akhbar Kosmo, oleh kerana terlalu banyak aduan diterima dari penduduk yang tidak berpuas hati, maka pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan gerai-gerai haram yang dibina oleh pendatang haram di situ. Ada juga gerai haram penduduk tempatan yang disewakan kepada pendatang haram turut dirobohkan [Kosmo].

Di bawah ini screenshot dari akhbar kosmo online.


Ok kalau dah baca, sekarang kita layan pulak laporan akhbar Lawak jenaka Utusan Merapu, baik punya putar belit satu kejadian yang sama, tapi dua laporan yang berbeza. Malas cakap banyak, korang boleh baca sendiri kat bawah ni, sila klik untuk membesarkan lagi image.


milosuam.blogspot.com

Bukti Pas Mempolitikkan Kepulangan Pelajar Malaysia Dari Mesir

Posted: 09 Feb 2011 08:21 PM PST




Umno Pulau Pinang Cuba Sabotaj Perarakam Maulidur Rasul

Posted: 09 Feb 2011 07:50 PM PST

GEORGETOWN - Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan.

"Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya.


"Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan," katanya kepada media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

"Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu.

"Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah', tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud 'Kesederhanaan dalam Islam'

Sinar Harian

Dalang Sebenar Operasi Lalang

Posted: 09 Feb 2011 07:44 PM PST

Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

NONESebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Makin Tua Makin Menjadi Mahathir Buat Lawak

Posted: 09 Feb 2011 06:41 AM PST

Penjelasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersalahkan polis atas Operasi Lalang yang menyebabkan 106 ditangkap di bawah ISA pada tahun 1987 lalu, jelas merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan. Selain itu, kenyataan itu juga boleh dilihat sama ada Mahathir telah lupa dengan apa yang telah dilakukan atau mahu menutup imejnya yang buruk semasa menjadi Perdana Menteri dahulu yang amat banyak melakukan tangkapan di bawah ISA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selaku eksekutif atau Perdana Menteri di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu, mustahil Mahathir tidak tahu dengan tangkapan ISA dan membiarkan pihak polis yang bertindak sendirian dalam hal itu.

Menurut beliau, pada hal, penggunaan ISA ke atas seseorang itu bukan berada di bawah kuasa polis, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Menteri Dalam Negeri pula ketika itu adalah Mahathir sendiri.


"Untuk menahan seseorang itu di bawah ISA, ia mestilah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir sendiri. Jadi macam mana Mahathir boleh kata dia tak tahu menahu perkara itu dan polis telah bertindak di luar perancangannya atau lain dari yang ingin dilakukannya?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jadi, menurut beliau, kenyataan Mahathir itu tentunya tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal waras kerana semua tindakan yang dilakukan itu adalah di bawah tanggugjawab beliau sendiri selaku Perdana Menteri, apatah lagi dalam masa yang sama turut menjadi Menteri Dalam Negeri.

"Malah jika benar apa yang dikatakan oleh Mahathir itu, ia jelas merupakan sesuatu yang ganjil, memalukan dan kegagalan Mahathir sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," kata Mahatahir.

Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," jawab Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei itu adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak, akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula kemudiannya membalas dengan mengadakan protes besar-besaran juga yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Mujahid menegaskan, kenyataan Mahathir itu bukan sekadar membuktikan kegagalannya dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri, tetapi juga amat mengejutkan.

"Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan pihak polis atau pihak lain dalam hal itu kerana dialah sebenarnya yang bertanggungjawab dengan semua itu.

"Semasa menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir sememangnya banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan demokrasi termasuk penggunaan ISA, menarik balik permit akhbar, menyekat kebebasan rakyat memberikan pandangan, menyekat kebebasan bersuara dan menyekat kebebasan akhbar," katanya.

Kini setelah sekian lama bersara, menurut beliau, barulah Mahathir sedar kesalahannya itu dan mahu menutup kesalahannya dengan membuat kenyataan seperti itu, walaupun ia lebih memalukan dirinya sendiri.

HarakahDaily

Tengok Apa Pencacai Umno Nak Kata??

Posted: 09 Feb 2011 04:16 AM PST

BN terbukti Pandai Memerintah : Depa hasil RM8juta Azizan cuma RM53juta sahaja..!!



Eishhh biaq betoi Azizan nie.... depa kata dia tak tera perintah negeri... depa kata dia lebai kampung.... dalam depa dok kata tu pon dapat hasil sampai terra nie.. lantak hangpa la nak kata apa... janji dari duit hasil nie dah dapat recover banyak dah antaranya cukai pontu & tanah yg MB lama penaik sampai 300% tuu... serta dah dapat bagi buat Skim Kifalah RM500 bila mati dan lagi dapat penaik elaun JKM sebanyak 100%.. nak nafi apa lagik....

Kedahlanie

Kerajaan Pas Kelantan Akan Runtuh.. Hahaha

Posted: 09 Feb 2011 01:38 AM PST

30 anggota Pas sertai UMNO di Pasir Puteh

PASIR PUTEH - Seramai 30 anggota Pas termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat Pas Semerak, Noriah Salleh menyertai UMNO hari ini.

Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.

"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Selain itu, katanya pemimpin Pas sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota UMNO seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.

Bernama

Tiada ulasan: