Khamis, 24 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Yuhaizad di Merlimau, Hasanuddin di Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 08:05 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan

Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Kesepakatan Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat

Posted: 24 Feb 2011 04:00 AM PST

Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1. Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2. Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.

3. Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

4. Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

5. Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

- Sekretariat Pakatan Rakyat

Tarik balik atau berdepan saman: Dr Xavier

Posted: 24 Feb 2011 03:30 AM PST

SHAH ALAM 24 Feb – Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menafikan sekeras-kerasnya laporan media internet yang dibuat oleh wartawan Free Malaysia Today B. Nantha Kumar bertajuk 'Xavier Pleads To Be Retained As Exco' yang disiarkan pada Selasa 22 Februari lalu.
Katanya, laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imejnya sebagai Exco dan menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah palsu dan tidak berasas.

Dr Xavier berkata demikian dalam kenyataan medianya dan menggesa Free Malaysia Today menarik balik artikel tersebut dari laman web media tersebut dan memohon maaf dengan serta merta.

Beliau juga meminta wartawan B. Nantha Kumar memohon maaf kepada beliau dengan dengan membuat pengakuan bahawa segala laporan dibuat dalam artikel tersebut semuanya adalah palsu dan bohong.

Beliau juga mahukan Editor dan Pengurusan akhbar Tamil Nesan yang turut menyiarkan artikel tersebut di dalam akhbar itu hari ini untuk menarik balik artikel yang disiarkan dengan serta merta dan membuat pengakuan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

Kegagalan ketiga-tiga pihak ini iaitu Pengurusan Free Malaysia Today , Wartawan B. Nantha Kumar dan Editor Pengurusan Akhbar Tamil Nesan untuk meminta maaf kepada Dr. Xavier akan menyebabkannya tiada pilihan untuk mengarahkan peguam beliau menyaman ketiga-tiga pihak ini di mahkamah tanpa sebarang notis.

BUKTI MENGKAFIR UMNO

Posted: 24 Feb 2011 03:00 AM PST

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/bukti-mengkafir-umno.html#more

Jangan buka ruang untuk DAP dituduh anti Melayu

Posted: 24 Feb 2011 02:30 AM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Untuk kali ke lima belas selepas PRU 12, pilihanraya kecil (PRK) akan berlangsung lagi. Kali ini di Kerdau, Pahang, kawasan DUN di mana pengundi Melayunya hampir 90 peratus. Dalam kesemua PRK yang berlaku, undi Melayu terhadap Pakatan Rakyat tidak lebih baik dari PRU 12, kecuali di Kuala Terengganu. Manakala bagi pengundi bukan Melayu pula, khususnya kaum Cina, sokongan mereka terhadap Pakatan sama ada sama ada lebih baik dari PRU 12 atau bertahan, kecuali di Bagan Pinang.


Ditakdirkan PRK berlaku di semua negeri di Malaysia, kecuali Perlis. Jika PRK yang merata di kesemua negeri itu dijadikan pola pungutan pendapat, maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah; Pakatan masih gagal menguasai undi Melayu manakala BN masih gagal menguasai undi Cina. Oleh kerana peratus pemilih Melayu di negara ini lebih besar dari Cina, maka keputusan umum PRK itu membayangkan bahawa Pakatan masih sukar untuk mengambil alih Putra Jaya, jika PRU diadakan sekarang.

Ada yang berpendapat PRK tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar, kerana dalam PRU BN tidak mungkin dapat membuat penumpuan di setiap daerah mengundi seperti yang mereka lakukan dalam PRK. Ulasan dan alasan itu tidak lebih dari untuk 'menyedapkan hati' sebenarnya, kerana di pihak Pakatan pun mereka juga tidak boleh membuat penumpuan di setiap daerah mengundi seperti yang dilakukan dalam PRK. Bahkan amalan pilihanraya berat sebelah yang berlangsung lebih lama dari yang dialami rakyat Mesir, dijangka akan lebih memburukkan lagi sokongan terhadap Pakatan. Bagaimanapun itu hanyalah teori dan andaian.

Jadi mahu tidak mahu, para pemimpin Pakatan mestilah mengembelingkan pemikiran bagaimana untuk menarik sokongan Melayu secara lebih besar. Apa ramuan dan umpan paling efisien untuk menggerakkan gelombang?

Sama ada mahu diakui atau tidak BN, khususnya Umno, berjaya menarik kembali sokongan Melayu bermodalkan retorik perkauman dan umpan provokasinya ialah DAP. Rakyat dimomokkan bahawa DAP sebagai anti Melayu dalam setiap denyut nafas dan rencah fikir orang Melayu. Propaganda mereka tidak pernah padam barang sesaat. Macam rakyat Malaysia tahun 70an diberitahu perihal jahatnya Komunis oleh segenap siaran propaganda kerajaan.

Lebih sedekad lalu, kaum bukan Melayu umumnya takutkan PAS macam umumnya orang Melayu takutkan DAP hari ini. Namun tembok itu berjaya dipecahkan, bukan oleh DAP tetapi oleh PAS sendiri yang menyondol masyarakat Bukan Melayu dalam pelbagai pendekatan dan pengeksploitasian isu. Jika DAP tidak menyondol masyarakat Melayu (seperti sepatutnya) maka rakan Pakatan, KeADILan atau PAS mestilah membantu.

'Buruknya' imej DAP di kalangan orang Melayu banyak datangnya dari isu-isu yang dicetuskan di Pulau Pinang. Bagi setiap isu yang dimanipulasi oleh jentera propaganda Umno untuk membina persepsi bahawa 'DAP anti Melayu' maka masyarakat akan bertanya, "PAS buat apa?". Maksudnya, PAS semacam tidak turut membela Melayu di Pulau Pinang.

Dalam bulan lalu di ruangan ini saya menasihatkan Kerajaan Pakatan Pulau Pinang supaya berhati-hati dalam tindakan, jangan beri ruang langsung untuk pihak musuh memanipulasi isu kononnya kerajaan DAP anti Melayu. Saya mengambil contoh bahawa tidak perlu seorang Setiausaha Politik Ketua Menteri turun padang melakukan kerja penguatkuasaan peraturan, kerana tindakan itu boleh dieksploit dan langsung tidak boleh menambah undi.

Malangnya hari ini isu yang hampir sama berulang lagi. Beberapa hari berturut-turut media-media talibarut BN mengutarakan laporan tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai merobohkan gerai-gerai haram. Mereka menyiarkan tindakan mangsa yang menyinga memaki hamun kerajaan negeri. Pihak yang terbabit mungkin tidak sampai sepuluh orang, tapi berjuta hati nurani rakyat Malaysia yang menyaksikan drama tersebut tersentuh dengan 'kerakusan' kerajaan Pakatan yang dipropagandakan itu. Hanya 10 gerai haram diroboh tapi media talibarut BN melaporkan 1,000.

Apabila Pakatan diberi peluang mentadbir negeri, agenda yang mesti jadi keutamaan ialah isu kebajikan dan pembelaan terhadap rakyat. Penguatkuasaan terhadap undang-undang dan peraturan ciptaan manusia adalah perkara nombor 10, kecuali ia benar-benar membawa kemudharatan segera jika tidak dilaksanakan segera.

Peniaga kedai makanan akan marah jika premisnya dirobohkan dan peralatan perniagaan disepahkan, sekalipun dia berniaga secara haram, kerana itulah sumber rezekinya. Mohamad Sabu bercerita kisah si pondan yang menengking polis kerana punggungnya ditendang. Baginya 'periuk nasi' mesti dihormati, sekalipun kerjanya terkutuk.

Peniaga sudah lama berniaga. Jika mahu bertegas, masanya ialah sebelum mereka baru mula melanggar undang-undang. Jika sudah kukuh binaan haramnya, cara bertindak tidak boleh begitu lagi. Macam mencegah anak haram, kena dibuat semasa atau sebelum mereka melakukan maksiat. Bila sudah termengandung, caranya bukan dengan memaksa mereka menggugurkan kandungan sekalipun kandungan itu haram.

Duit riba dari simpanan bank adalah haram. Sekalipun duit itu haram dimakan atau digunakan, Islam tidak menyuruh ia dibuang begitu saja. Ia boleh diserahkan ke baitulmal atau diguna membuat jalanraya atau tandas.

Apabila kita mahu berbahas hingga ke tahap teknikal, maka demikianlah mereka yang berniaga gerai haram. Dalam dunia betamadun, perbuatan meroboh dan mengusir tampaknya sangat hodoh dan zalim, meskipun yang terbabit cuma sebuah rumah usang. Notis dan undang-undang bukan jawapan kepada segala-galanya.

Mengapa tidak mereka dikumpulkan, berdailog dengan pihak kerajaan tempatan dan wakil rakyat sampai masak dan lumat, bincang pelan alternatif terlebih dahulu, buka ruang masa dan fikirkan penyelesaian yang paling minima kerugiannya. Baik kerugian yang ditanggung peniaga mahupun kerugian politik yang ditanggung parti pemerintah. Jangan roboh dulu baru fikir alternatif, hendak pindah ke mana.

Nah, akibat kerakusan bertindak, tak besar mana pun keuntungan yang kerajaan negeri dapat. Tapi 'busuknya' imej kerajaan Pakatan hingga satu Malaysia. Umno akan terus memukul canang, tengoklah bukti kerajaan 'DAP anti Melayu', walhal hanya empat gerai Melayu yang terbabit dan tindakan penguatkuasaan bukan berasaskan kaum pun. Masalah besarnya, semua media utama negara masih di bawah cengkaman kuku besi BN, sebab demokrasi di Malaysia masih dibayangi demokrasi Hosni Mubarak di zaman berkuasanya. Sementara Pakatan masih jadi mentimun dan bukan durian (dalam penguasaan media) maka pada sebilang masa, Pakatan kenalah berhati-hati.

Bebaskan siswa dari kongkongan

Posted: 24 Feb 2011 02:00 AM PST

Oleh Mohd Saifullah

Pilihanraya kampus sekali lagi menarik minat semua pihak bukan sahaja mahasiswa malah masyarakat umumnya. Insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku di menara gading terutama di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia membuktikan ketidakmatangan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak pentadbiran universiti di dalam mengendalikan pilihanraya kampus.


Mengesali insiden-insiden yang berlaku ini, pihak Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin mendesak perkara-perkara berikut:-

1. Tidak memecahbelahkan kesatuan mahasiswa dengan lebel politik melampau seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan. Ini akhirnya akan membawa masuk budaya politik kotor seperti yang biasa diamalkan oleh parti pemerintah dengan budaya politik ugut, politik wang dan politik takut.

2. Mahasiswa harus tidak dilihat seperti "budak sekolah" sehingga segalanya dilarang untuk dilakukan. Mahasiwa dilarang untuk adakan manifesto, sudut pidato malah adakan kempen secara berkumpulan juga dilarang akibat daripada takut yang tidak bersebab kepada gerakan mahasiswa.

3. Adalah matang jika satu jawatankuasa khas antara KPT, HEP dan pihak mahasiswa ditubuhkan bagi membincangkan format baru pelaksanaan pilihanraya kampus pada masa akan datang. Format yang terbaik yang harus dirangka adalah bagi membolehkan mahasiswa mengendalikan sendiri pilihanraya kampus mereka sendiri. Justeru itu, pihak Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa pilihanraya kampus mampu dilihat suatu medan melahir kepimpinan generasi muda melalui desakan yang dinyatakan.

*Kenyataan media oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli selaku Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir

Posted: 24 Feb 2011 01:45 AM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah "kafir."

Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga "satu tuduhan amat serius."

"Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS," kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Tulisan Dr Mahathir itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.

"Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, 'apa nama kerja ini'."

"Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir," katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau "fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya."

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan," kata beliau lagi.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong PAS ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – 'Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'," kata beliau yang juga bekas presiden Umno.

Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.

"Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir," kata Dr Mahathir yang terlibat dalam 'perang' kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.

Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.

"Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik," katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan "lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius."

"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya.

Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.

"Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya lagi.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.

Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.

Fitnah 11: Anwar memang hadir di kondo, tapi untuk taklimat ekonomi

Posted: 24 Feb 2011 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut.

Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.

"Memang kita tidak pernah menafikan Anwar hadir di kondo tersebut pada 26 Jun 2008. Kita juga tidak menafikan kehadiran Saiful kerana memang ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu Anwar.

"Tetapi kehadiran Anwar pada hari itu adalah untuk program taklimat ekonomi oleh sekumpulan pakar-pakar ekonomi," kata Saifuddin.

Ditanya kenapa kondo tersebut dipilih sebagai lokasi, beliau menegaskan: "Sebahagian dari pakar-pakat tersebut masih berkerja dengan kerajaan ketika itu. Jadi adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh pembangkang di tempat yang di kira jauh dari pandangan umum. Kerana itu Kondominium Desa Damansara."

Anwar kini sedang menghadapi fitnah kedua bagi menjatuhkan kareir politik beliau. Pada tahun 1998, Dr Mahathir Mohamad mengetuai sebuah konsprasi bagi merekacipta dan memfitnah bekas timbalannya itu dengan tuduhan liwat.

Konspirasi ini diteruskan lagi di pemerintahan Najib Razak. Ramai berpendapat konspirasi kali ini bertujuan memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya Umum ke 13 kerana itu perbicaraan mesti dijalankan dalam keadaan terdesak dan tergopoh-gapah.

Pakatan sudah sedia hadapi PRU 13

Posted: 24 Feb 2011 01:00 AM PST

Oleh Zaid Zakaria

PAS baru sahaja selesai mengadakan konvensyen mengenai isu Melayu untuk menyatakan janji tidak mengabaikan kepentingan Melayu dalam perjuangan politiknya.

Perhimpunan yang diadakan di Shah Alam, Selangor itu memberi isyarat kepada orang Melayu bahawa PAS tidak mengabaikan orang Melayu seperti didakwa oleh seteru utamanya Umno.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut dengan tegas tentang pegangan PAS dalam hal Melayu.

Pada masa yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan dengan tegas bahawa masa depan orang Melayu ialah dengan menyokong perjuangan Islam, dan bukan terpedaya dengan fahaman ketuanan Melayu seperti dibawa Umno.

Pada masa yang sama, Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Kota Sarang Semut, Kedah, sebagai perhimpunan menegaskan semangat perjuangan dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tahun ini.

Dengan tekad mempertahankan negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat, Pemuda PAS sudah memulakan momentum untuk diteruskan bagi menghadapi pilihan raya.

Parti Keadilan Rakyat, PKR, pula telah membina momentum melalui cetusan semangat revolusi di dunia Arab yang sedang menyaksikan satu persatu domino mula tumbang.

Melalui ucapan-ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejatuhan diktator di Tunisia dan Mesir dan masa depan demokrasi di Asia Barat, sentimen yang sama dapat dicetuskan di sini.

Menurut Anwar dalam satu ucapannya, Mesir dan Malaysia mempunyai persamaan dari segi sistem yang dikuasai elit pemerintah.

Dalam satu ucapannya, Anwar mengutuk tindakan diktator-diktator terbabit yang melarikan harta berbilion dolar Amerika Syarikat sedang pada masa sama ramai rakyat yang menderita.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, apa yang berlaku jauh beribu batu boleh sampai ke depan masa dalam masa sesaat.

Maklumat yang diperolehi boleh menyentuh sentimen rakyat di negara ini yang berdepan masalahnya sendiri yang merasakan tidak diendahkan oleh pemerintah.

DAP, satu lagi anggota PR kelihatan terus kukuh, sama ada di Pulau Pinang yang menjadi tonggak kekuatannya mahupun di negeri-negeri lain.

Parti ini juga merupakan parti yang tidak tewas dalam pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum ke-12, malah memenangi kerusi Sibu pada Mei lalu.

Apa yang berlaku di Asia Barat mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai tidak ada kena-mengena, dan realiti di sana dengan di negara ini berbeza.

Tetapi sekurang-kurangnya tumbangnya pemimpin zalim di Tunisia dan Mesir mampu menyampaikan isyarat kepada rakyat di negara ini bahawa perubahan bukan sesuatu yang mustahil.

Walaupun tidak dengan apa yang disaksikan di Asia Barat, tidak ada apa yang menghalang rakyat negara ini membuat perubahan melalui peti undi.

PR sendiri tentu tidak mahu melihat suasana seperti di Asia Barat itu berlaku di negara ini sehingga menyebabkan timbul suasana yang tidak menentu, selagi masih banyak ruang perubahan boleh dimanfaatkan.

Fitnah 2: Dokumen saksi keenam tidak diberi kepada peguam

Posted: 24 Feb 2011 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun (gambar).

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Dalam sesi soal balas sehingga tengahari tadi, pihak peguam membantah dokumen yang dibacakan saksi berkenaan kerana ia merupakan laporan saintifik yang tidak diperoleh pihak peguam.

Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA 'lelaki Y' yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini.

Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.

Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.

Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.

Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku 'cubaan liwat' dan oral seks', yang mana menimbulkan persoalan.

Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa.

Berikut kronologi perbicaraan hari ini:

3.20 pm – Zabidin memberikan masa sehingga Jumaat untuk peguam Anwar dan pakar DNA meneliti dokumen. Aidora akan hadir semula Jumaat ini untuk disoal balas. Mahkamah ditangguhkan sehingga esok. Saksi pendakwa untuk esok belum diketahui.

3.13 pm – Ramkarpal meminta sedikit masa untuk peguam bela meneliti dokumen yang baru diterima.

3.12 pm – Menurut Aidora, kompilasi populasi yang mendapat bantahan sebelum ini diperolehi daripada perisian DNA View yang digunakan di Jabatan Kimia.

3.11 pm – Mahkamah bersidang semula. Hakim Zabidin memutuskan bantahan Karpal ditolak.

12.53 tgh – Mahkamah ditangguhkan ke jam 2.30 petang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan petang nanti berkenaan bantahan itu.

12.52 tgh – Sankara juga menolak atas alasan dokumen yang digunakan Nor Aidora bukan dokumen proforma ringkas tetapi laporan saintifik yang memerlukan interpretasi pakar.

Laporan saintifik yang dibaca Aidora adalah kompilasi statistik DNA tiga mukasurat yang sepatutnya diberikan kepada peguambela lebih awal lagi.

12.49 tgh – Menurut Karpal, keterangan yang diberi Nor Aidora perlu ditolak kerana dia membaca terus daripada dokumen yang tidak diperolehi peguam bela, dan bukan sekadar menyegarkan ingatannya semata-mata.

"Dia bukan sekadar menyegarkan ingatannya. Dia merujuk kepada nota ini dan membacanya terus," kata Karpal.

12.41 tgh – Ram Karpal mendakwa ada laporan yang dibentang Nor Aidora tidak diperolehi pasukan peguambela.
Ram Karpal memohon keterangan lisan Nor Aidora ditolak.

12.30 tgh – Menurut Nor Aidora, DNA Lelaki Y dijumpai pada berus gigi, tuala dan botol.

12.06 tgh – DPP Noorin menyoal balas Nor Aidora tentang laporan graf daripada elektroferogram.

12.03 tgh – Mahkamah bersambung semula.

11.40 tgh – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman tiba di galeri awam.

11.41 tgh – Mahkamah ditangguhkan untuk lima belas minit.

10.55 tgh – Hadirin di mahkamah kelihatan ketawa kecil apabila Nor Aidora sendiri menawarkan bahan bukti tersebut untuk diperiksa pendakwa dan peguam bela.

Sampul D1 mengandungi sebatang berus gigi. Ia ditanda sebagai ID58. Menurut Nor Aidora, beliau mencalit bahagian bulu dan pemegang berus gigi untuk mendapatkan sampel.

10.47 pagi – DPP Noorin dan Nor Aidora menandakan bahan bukti. Sampul D mengandungi sehelai rambut di atas kertas putih ditanda sebagai ID57.

11.02 pagi – Sampul D2 mengandungi tuala 'Good Morning' dengan rambut. Rambut ditanda sebagai D2(a). Sampul D2 ditanda sebagai ID59. Tuala 'Good Morning' ditanda sebagai ID59(a). Rambut D2(a) ditanda sebagai ID60.

11.18 pagi – Sampul D3 mengandungi botol air mineral jenama 'Cactus'. menurut Aidora, sampel DNA diambil dari bibir botol itu. Ia ditanda sebagai bahan bukti ID61.

10.36 pagi – Menurut Aidora, pada 17 July 2008 beliau menerima 4 sampul surat bertanda D, D1, D2, dan D3 daripada pegawai penyiasat, DSP Judy Blasious Pereira.

10.33 pagi – Mahkamah bersidang semula.

10.12 pagi – Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kelihatan di luar mahkamah bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9.35 pagi – Mahkamah ditangguhkan kerana Sankara mahu pasukan peguam Anwar diwakili Karpal Singh untuk menyoal balas Nor Aidora. Karpal Singh dilaporkan dalam perjalanan daripada satu lagi kes di Shah Alam.

9.03 pagi – Mahkamah diteruskan dengan memanggil saksi keenam pendakwa, Nor Aidora Saidun. Beliau masuk ke kandang saksi mengangkat sumpah dan memberi keterangan.

Nor Aidora merupakan Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008. Beliau menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998. Menurutnya, selama hampir 13 tahun beliau sudah mengendalikan hampir 100,000 sampel DNA.

8.53 pagi – Mahkamah mula bersidang bagi mendengar keterangan saksi ke lima, Pakar kimia dari Jabatan Kimia Dr Seah Lay Hong.

Timbalan Pendakwaraya DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah berkenaan label tarikh pada sampel B4 dan B5. Menurut Dr Seah, sampel sampai ke makmal Jabatan Kimia dalam keadaan baik. Maka, walaupun tarikh berbeza daripada laporan polis (2 hari lebih awal daripada tarikh laporan polis), Jabatan Kimia tetap menerima sampel.

Jaminan PAS kepada Melayu

Posted: 24 Feb 2011 12:30 AM PST

Oleh Mohd Rashidi Hasan

Sekitar tujuh abad yang lalu, orang-orang Melayu di Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya beragama Hindu.Selepas itu Islam mula tersebar dengan kunjungan Laksamana Cheng Ho di Kelantan dan Terengganu. Parameswara di Melaka turut memeluk agama Islam.

Walaupun Melayu itu bangsa dan Islam agama, tetapi sejak kedatangan Islam, secara umumnya identiti orang-orang Melayu sangat sinonim dengan Islam.


Sehingga dikatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Begitu kuatnya jalinan dan gabungan Melayu-Islam, sehingga ia berjaya membentuk suatu identiti yang tersendiri.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpaksi budaya dan bahasa, selain menjadi rakyat yang setia kepada Raja yang memerintah.

Kehadiran Islam di Nusantara mengangkat martabat bangsa Melayu. Menjadikan mereka bangsa yang mulia dan disegani. Sinonimnya Islam dengan Melayu bak kata pepatah 'irama dan lagu terpisah tiada.'

Namun bangsa Melayu, sama juga bangsa-bangsa yang lain. Ia mempunyai kepimpinan dan kepimpinan itulah yang mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa.

Era bangsa Melayu yang bangkit menentang penjajah British untuk memerdekakan Malaya kebanyakannya dipelopori oleh ilmuan agama dan golongan bangsawan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Ilmuan dan bangsawan inilah sebenarnya yang benar-benar memperjuangan masa depan agama, bangsa dan negara.

Namun, amat malang bagi orang Melayu, apabila atas nama nasionalisme, British menaja sebuah parti yang kononnya memperjuangkan masa depan orang Melayu.

Penjajah menganiaya, menangkap, membunuh dan membuang daerah ulama-ulama yang bangkit menentang penjajahan, manakala golongan berpendidikan Barat ditabalkan menjadi peneraju dalam negara.

Umno yang diberi mandat meneraju negara mula melaksanakan dasar-dasar yang menuruti kehendak penjajah. Mereka menggubal Perlembagaan yang mengetepikan kepentingan bangsa Melayu dari sudut Islam. Umno menghapuskan sistem pembelajaran jawi yang menjadi asas pendidikan Melayu sejak ratusan tahun kepada ejaan rumi.

Umno mengubah sejarah di sekolah-sekolah, bahawa kononnya mereka adalah pejuang tulen nasionalis Melayu yang membebaskan negara dari penjajahan British. Walhal tercatat pada sejarah dunia, bahawa Umno mendapat tampuk kuasa dalam negara secara red-carpet.

Akibat dari penipuan dan pemesongan sejarah di peringkat awal inilah yang sebenarnya berjaya membentuk minda orang-orang Melayu, bahawa Umnolah pejuang tulen Melayu, jika tiada Umno, tiadalah Melayu akan berjaya.

Fahaman khurafat ini seharusnya dihapuskan. Lihatlah apa pencapaian Melayu selepas lima puluh tahun Umno berkuasa? Yang kaya raya dan mendapat laba besar adalah segelintir orang Melayu yang akrab dengan Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno hidup mewah kaya raya kerana apa? Kerana mereka mengamalkan rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Mereka memperkayakan diri dan keluaga dengan meratah 'titik peluh rakyat'. Wang rakyat dan kekayaan ekonomi negara dimilik peribadikan pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru akibat laba dan lalai, mereka mengetepikan kemuliaan agama Islam, memperjudikan nasib bangsa, malah sampai ke peringkat menggadai kedaulatan negara.

Maka, pada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno sudah tidak layak lagi menjadi payung kepada orang-orang Melayu.

PAS sedia menampilkan diri menjadi pengganti Umno di kalangan orang-orang Melayu. Betapa PAS yang ditunjangi majoriti Melayu yang istiqamah dengan Islam, begitu yakin ianya mampu memberikan jaminan terbaik kepada orang-orang Melayu.

Pada Konvensyen Pengupayaan Bangsa 19 Februari 2011 di Shah Alam, PAS menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang-orang Melayu, mudah-mudahan Melayu yang peka akan berfikir untuk menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS. Insya-Allah.

AMK: KPT tak patut layan mahasiswa macam budak sekolah

Posted: 24 Feb 2011 12:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pentadbiran universiti di negara ini, supaya memberi kuasa kepada mahasiswa untuk mengendalikan pilihan raya kampus (PRK).

Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata ia dapat mengelakkan dari memecah belah kesatuan mahasiswa dengan label politik seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan.

Beliau bimbang percaya label politik itu akan membawa masuk budaya kotor yang diamal parti pemerintah seperti politik ugut, politik wang dan politik takut.

Katanya, ia berkait rapat dengan insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tegas Saifuddin, KPT dan pentadbiran universiti tidak perlu menganggap mahasiswa seperti 'budak sekolah' sehingga segala-galanya dilarang.

"Universiti tidak membenarkan mahasiwa mengadakan manifesto, sudut pidato dan kempen berkumpulan kerana takut yang tidak bersebab terhadap gerakan mahasiswa," katanya.

"Adalah matang jika ditubuhkan jawatankuasa khas antara KPT, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan mahasiswa bagi membincangkan format baru pada masa depan untuk membolehkan mahasiswa mengendalikan sendiri PRK.," katanya

Bongkak Betul TNC UPM?

Posted: 24 Feb 2011 12:00 AM PST

TNC UPM: Tiada sebab saya perlu minta maaf

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Meskipun ditekan hebat namun Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UMP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan tetap berpendirian untuk tidak meminta maaf kepada pelajar yang melabelkan diri sebagai kumpulan Pro Mahasiswa.

Semalam kumpulan tersebut menggesa Mohd Fauzi agar meminta maaf secara terbuka berhubung arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar kumpulan itu.

Bagaimanapun arahan tersebut telah ditarik selepas satu mesyuarat khas Jawatankuasa Induk Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) yang diadakan pagi semalam.

Difahamkan kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa berada di pentadbiran UPM sejak pagi semalam sebagai bantahan berhubung tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM yang membatalkan kesemua status kelayakan calon kumpulan itu dengan alasan berkempen secara berkumpulan.

Pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kelmarin.

Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Mohd Fauzi berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk meminta maaf.

"Saya tiada melakukan kesalahan, kenapa perlu minta maaf?," jawabnya.

Keputusan menarik balik arahan tersebut diumumkan selepas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu.

Sementara itu, jurucakap Pro Mahasiswa UPM Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman berkata sehingga pagi tadi UPM masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung arahan pembatalan status 33 ahli kumpulan itu.

Katanya, Mohd Fauzi juga tidak membuat sebarang permohonan maaf.

Bagi Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufik Abdul, gesaan terhadap pentadbiran UPM akan diteruskan sehingga satu penjelasan dibuat mengenai perkara itu.

Pada pilihan raya kampus UPM, kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Umno Tipu Rakyat: Minyak Naik Senyap, Minyak Kekal Bising Macam Dah Turun Harga.

Posted: 23 Feb 2011 11:41 PM PST

Kerajaan kekalkan harga RON95 dan diesel, kata Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternative lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi RM10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.

Disember lepas, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.

Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri (gambar) berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.

Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Feb, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.

"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. — Bernama

Tony Pua Nak Kena Saman Dengan TLDM?

Posted: 23 Feb 2011 08:30 PM PST

TLDM akan saman Tony Pua

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan akan memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Ia berikutan kenyataan fitnah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang menuduh pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) TLDM diselubungi rasuah kerana dakwanya, kos kapal tersebut 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan kenyataan Tony Pua sebelum sebarang tindakan susulan diambil ke atas wakil rakyat DAP itu.

"Kita sedang mengkaji secara keseluruhan dan buat masa ini, kami sedang meneliti secara terperinci kenyataan asal Tony Pua berhubung isu LCS ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua, agar ia menjadi pengajaran.

Semalam, gesaan itu disuarakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, kerana dedahnya, Tony Pua mengeluarkan kenyataan tersebut bagi tujuan memburukkan imej ATM di mata dunia.

Menurut Lum Yong, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat kerana pembangkang mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap ATM selain, demi keuntungan politik pihak asing.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai bentuk tindakan susulan terhadap Tony Pua apabila tiba masanya kelak.

Katanya, Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap semua gesaan orang ramai yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atas wakil rakyat DAP itu kerana mempolitikkan isu pertahanan negara tanpa bukti kukuh.

"Apabila tiba masanya nanti, kami akan umumkan apa tindakan kementerian, jangan risau kerana kita mengambil maklum mengenai pandangan semua pihak yang tidak mahu isu pertahanan negara dipolitikkan," jelasnya.

Tak Sebut Lansung Sultan Sulu Dengan UMNO? Malu Beb!

Posted: 23 Feb 2011 08:00 PM PST

Siasatan 'Sultan Sulu tidak libat Filipina

KOTA KINABALU 23 Feb. – Siasatan kes terhadap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang diisytiharkan sebagai Sultan Sulu baru-baru ini, tidak melibatkan negara Filipina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu hanya melibatkan masalah dalaman negara ini sahaja dan langsung tidak berkait dengan negara lain termasuk Filipina.

Menurut beliau, kes ini amat serius kerana melibatkan soal keselamatan negara, maka siasatan perlu dijalankan secara teliti dan mendalam dengan melihat pelbagai sudut.

"Polis memandang serius kes ini kerana ia membabitkan individu yang mengaku dia sebagai Sultan Sulu. Berikan masa kepada kita untuk menyiasat, saya akui ia agak unik yang memerlukan siasatan mendalam daripada pelbagai sudut sebelum tindakan sewajarnya diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Malaysia-Singapura membabitkan JSJ antara kedua-dua negara kali ke-123 di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah JSJ Singapura, Asisten Komisioner Hoong Wee Teck.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan jenayah yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu pemerdagangan manusia dan pertukaran maklumat perisikan serta pengurusan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan dilaporkan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas di sini.

Dilaporkan, majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Berikutan pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful Hashim II.

Tambah Mohd. Bakri, sehingga kini, 18 orang diambil kenyataan bagi membantu siasatan kes itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang menghadiri majlis pertabalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum memanggil dan mengambil kenyataan daripada Mohd. Akjan termasuk tidak membuat sebarang penahanan berhubung kes itu.

Umno Memang Bodoh! Tak Leh Kritik Isa Rasuah.

Posted: 23 Feb 2011 07:30 PM PST

Ambil tindakan ke atas Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kenyataannya yang mengkritik pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini, walaupun ia merupakan pandangan peribadi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar perlu mengambil tindakan itu sebagai pengajaran kepada keseluruhan kakitangan dan pegawai syarikat perbankan tersebut.

Beliau berkata, tindakan perlu diambil terhadap Tengku Zafrul sebagai iktibar kepada pegawai-pegawai organisasi lain khususnya syarikat milik kerajaan (GLC) supaya berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat kenyataan.

"Sebagai individu yang bekerja dalam sebuah GLC, Tengku Zafrul tidak seharusnya mengkritik sesebuah GLC lain dalam satu forum terbuka.

"Jadi, Tengku Zafrul perlu dikenakan tindakan sebagai peringatan bahawa kebebasan bersuara bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh membuat kenyataan secara semberono.

"Ia sebaliknya boleh mengundang kesan negatif bukan sahaja kepada nama baik syarikat yang diwakili malah keseluruhan organisasi berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Wahid semalam yang berkata, kritikan Tengku Zafrul terhadap Mohd. Isa dalam satu forum baru-baru ini adalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili organisasi perbankan tersebut.

Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Musa berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Abdul Wahid semalam yang menyifatkan kenyataan Tengku Zafrul itu sebagai pandangan peribadi dan bukan mewakili organisasi tersebut.

"Selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Wahid seharusnya bertindak tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul walaupun kenyataannya itu bersifat peribadi.

"Jika tidak, semua pihak terutama dalam GLC akan merasakan mereka boleh mempertikai keputusan yang dibuat Perdana Menteri secara terbuka dan selepas itu memohon maaf," katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara dalam pada itu berharap, tindakan Tengku Zafrul mengkritik pelantikan Mohd. Isa itu tidak bermotifkan politik.

habis semua orang umno nak bodohkan. ingat, pemimpin umno yang bangan sebenarnya. rakyat sudah cerdik!

Torres-Anelka julang Chelsea

Posted: 23 Feb 2011 07:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0224/Kosmo/Sukan/su_06.1.jpg

ANELKA (kiri) berkongsi kegembiraan bersama Torres selepas meledakkan kedua-dua gol untuk membantu kemenangan 2-0 Chelsea ke atas
Copenhagen awal pagi semalam.

COPENHAGEN - Ketika ramai yang menganggap Fernando Torres dan Didier Drogba bakal menjelmakan fenomena baru di Chelsea, Nicolas Anelka membuktikan sebaliknya.

Bersama Torres yang masih belum menemui sentuhan jaringan, Anelka bijak mengambil kesempatan bersama penyerang dari Sepanyol itu untuk menjaringkan dua gol ketika menewaskan FC Copenhagen 2-0 pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara Juara Eropah awal pagi semalam.

Ternyata kehebatan Anelka itu memadamkan sama sekali tanggapan awal bahawa dia akan tersisih selepas kehadiran Torres yang dibeli dengan harga 50 juta pound (RM240 juta) daripada Liverpool.

Kini selepas gandingan mantap itu dipamerkan, bukan kedudukan Anelka yang terancam sebaliknya Drogba pastinya sudah boleh mencongak masa depannya bersama kelab The Blues itu.

Drogba tidak diturunkan langsung pada perlawanan kelmarin ketika gandingan Torres-Anelka sudah berjaya membuka laluan lebih cerah ke suku akhir.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sendiri selepas perlawanan terus mengakui secara terbuka, gandingan Torres-Anelka adalah jentera serangan terbaik di Eropah buat masa ini.

"Kami memiliki penyerang terbaik di Eropah. Mereka adalah dua penyerang yang hebat. Didier pula terpaksa direhatkan kerana baru sahaja beraksi pada Piala FA yang menyaksikan kami tersingkir," katanya.

Ancelotti bagaimanapun enggan mengulas kedudukan Drogba dalam kesebelasan utamanya selepas ini sebaliknya memberi alasan berlapik bahawa penyerang dari Ivory Coast itu tetap memiliki kelebihan.

Namun ketika Liga Juara Juara Eropah menjadi satu-satunya harapan yang tinggal untuk meraih trofi musim ini, Ancelotti pastinya akan memberikan tumpuan kepada gandingan Torres-Anelka selepas ini.

Chelsea sudah pun tersingkir awal daripada saingan Piala Liga dan Piala FA manakala kedudukan yang sudah jauh ditinggalkan pendahulu, Manchester United menyukarkan mereka untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana England. - Reuters

Keputusan Bola Sepak Liga Juara-Juara Eropah

Posted: 23 Feb 2011 06:30 PM PST

European Cups - Champions League
00:26February 23

FTInter Milan0 - 1Bayern Munich

FTMarseille0 - 0Manchester U.

iPhone bukan telefon pintar paling laris

Posted: 23 Feb 2011 06:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0224/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg

DUA buah telefon pintar iPhone.

LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. - Agensi

Raja Arab Saudi umum insentif RM106 bilion

Posted: 23 Feb 2011 05:30 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0224/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg

SEJUMLAH rakyat meraikan kepulangan Raja Abdullah yang menaiki sebuah kereta ke Riyadh semalam.

RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah kembali ke tanah airnya semalam selepas tiga bulan berada di luar negara untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang belakang.

Sekembalinya ke Arab Saudi, Raja Abdullah, 87, mengumumkan beberapa insentif baru kepada rakyat yang dianggarkan bernilai AS$35 bilion (RM106 bilion).

Arab Saudi adalah pengeksport minyak terbesar dunia.

Insentif-intensif itu termasuk dana untuk mengurangkan inflasi negara dan membantu golongan belia menganggur serta keluarga untuk memiliki rumah mampu milik.

Semua peruntukan itu diberikan ketika protes merebak di banyak negara Arab kesan daripada rakyatnya yang hidup dihimpit kemiskinan, rasuah dan tekanan pemerintah.

Langkah tersebut bagaimanapun tidak melibatkan reformasi politik seperti yang dituntut oleh golongan liberal dan pihak pembangkang.

Arab Saudi mengamalkan pemerintahan beraja mutlak dan tidak memiliki Parlimen atau parti-parti politik.

"Saya berpendapat inisiatif itu baik tetapi kita perlu melihat lebih banyak reformasi seperti pilihan raya perbandaran dan urus tadbir yang lebih baik.

"Peruntukan kewangan hanya akan berjaya sekiranya para pegawai melaksanakan tanggung jawab mereka," kata seorang penganalisis politik tempatan. - Reuters

Wajah mirip manusia pada labah-labah

Posted: 23 Feb 2011 05:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0224/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg

SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain baru-baru ini.

WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.

Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agensi

Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja bermula hari ini

Posted: 23 Feb 2011 04:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb. - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dihadiri semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diwakili oleh Ketua Menteri. Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu yang berakhir esok.

Isnin lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dipandu baginda sendiri untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu. - BERNAMA

Pelakon Popular Mana Yang Kena Tangkap Dengan JAIS?

Posted: 23 Feb 2011 04:00 PM PST

Pelakon lelaki popular dicekup JAIS

HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam.

1,000 maut di Libya

Posted: 23 Feb 2011 03:30 PM PST

BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters

Tiada ulasan: