DIALOG RAKYAT |
- Mari tengok bukti GAPS adalah Umno, Umno adalah GAPS!!!
- Ali Rustam Simpan Pelacur Di Melaka?
- CALON MERLIMAU : ROSLAN VS KINTAN?
- DINASTI CALON DALAM BN : KECEWA DALAM SUKA?
- Jaminan PAS kepada Melayu
- Kerdau 'medan tempur ' terakhir sebeblum PRU
- Kerdau tidak berubah sejak Sanggang
- Adakan PRK Pelabuhan Klang Dulu Baru Minta Kabinet Bayangan PR
- TV3 Bohong Selangor Hapus Kuota Perumahan Bumiputera
- Selangor Tawar 73% Usahawan Melayu Bumiputera Kontrak Melombong Pasir
- Penindasan, Ketidakadilan Pilihan Raya Kampus Menjatuhkan Taraf Demokasi
- PRK Merlimau: Perkasa Melaka Buat Laporan Polis Berkaitan Risalah Hasutan
- Majlis Raja-Raja Dengar Taklimat Keselamatan Dan Pertahanan Negara
- Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri
- RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang
- Apa isu di Kerdau?
- Kedah giat promosi 'Green Tourism' sebagai tarikan pelancongan baru
- Di manakah kesudahan strategi politik PAS?
- Bob Lokman: Fi SabililLah
- PRU 13: Pakatan tingkat kerjasama, kongsi jentera
- Kes Fitnah 2 : Giliran Ahli Kimia Forensik DNA Kemuka Keterangan ( Kemaskini)
- Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah - Guan Eng
- Suhakam Bidas ROS Cuba Hadkan Bilangan Parti Politik
- Penjenamaan Semula Unisel Tiada Agenda Tersembunyi
- Gempa : Rakyat Malaysia Di Wellington Turut Merasa Bahang
| Mari tengok bukti GAPS adalah Umno, Umno adalah GAPS!!! Posted: 24 Feb 2011 03:09 AM PST PASPB ![]() Kenal siapa ini ? inilah Hamidzun Khairudin . Pernah jadi Ketua Pemuda KeAdilan Selangor, SU Perhubungan KeAdilan Selangor dan calon KeAdilan DUN Sementa pada PRU 1999. Dua kali masuk Umno pada tahun 2001, kemudian sekali lagi masuk Umno pada tahun 2004 . Boleh baca mengenai sejarah mamat ni dalam kisah Apabila Orang Umno Keluar keADILan ( buat Rahman Palil dan Hamidzun)
Gambar kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Kapar. Hamidzun telah dilantik menjadi Setiausaha Bahagian Umno Kapar. Beliau mendapat kepercayaan kerana kesetiaan yang tak berbelah bahagi kepada Umno. Umno mempunyai agenda merampas Selangor. Salah Satu caranya adalah dengan mempergunakan GAPS yang dipengerusikan Hamidzun. GAPS mendapat liputan besar-besaran dari media massa kawalan Umno. Rakyat digambarkan bahawa GAPS adalah suara rakyat Selangor kerana merupakan NGO tapi hakikatnya GAPS adalah suara Umno ![]() Kemampuan GAPS menggangu pentadbiran Kerajaan PR Selangor menyebabkan Umno memberi peranan yang lebih besar kepada Hamidzun. Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato' Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011. Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi GAPS.
Jadi tugas Hamidzun melalui GAPS sudah terang lagi bersuluh, bukan nak membongkar penyelewengan tapi nak menyeleweng pemikiran rakyat Selangor. GAPS memang NGO tapi NGO but Umno
Sebelum tu kita baca apa kata Jamil Kucing mengenai Hamidzun Dari jamilkucing buat Hamidzun Khairuddin: Cukuplah , aku kenal kau semenjak reformasi lagi. cukuplah menipu rakyat, berapa banyak duit keahlian keadilan yg ko orang dah kebas , mungkin ko lupa atau pelupa , tapi aku maish ingat apa ko kata depan pondok pengawal rumah DSAI lama waktu kita berborak . hariraya. aku duduk atas skuter aku ko berdiri. aku hisap rokok. waktu itu. ko kata ( mil kalau ada peluang jalan, selagi ada peluang apa yg kita boleh kebas kita kebas, ) aku tahu wkatu tu ko kata kepada umno tapi maknanya ko jenis songlap jugalah. cukuplah jadi balaci dan barua, fithnah orang , kutuk orang , hina orang , aku tahu ko melayu tapi buanglah sikit perangai buruk melayu yg ada dalam diri kau itu. sampai ke tua orang akan ingat kau penghianat mcm ezam, ko mungkin tak malu, tapi tak kesian ke anak-anak ko. anak siapa? anak Hamidzun Khairuddin . cam pernah dengar nama tu siapa ya/ oooo penghianat tu. tak kesian ke depa. | ||
| Ali Rustam Simpan Pelacur Di Melaka? Posted: 24 Feb 2011 03:01 AM PST SUARA MELAKA Seronok betul Utusan menabur fitnah dan memutar belitkan berita dari Bernama mengenai aktiviti pelacuran di Kelantan. Sekarang kita minta Utusan putar belit berita yang ada dalam blog ini pula yang mana rumah pelacur berselerakkan di negeri UMNO/BN ini iaitu Melaka. Ada berani? Sebelum ini tajuk dari Bernama ialah "Nik Aziz Akui Kegiatan Perjudian, Pelacuran di Kelantan Kerana Kelemahan Penguatkuasaan" tetapi kebodohan Utusan dan kejahilan yang tidak menentu menyebabkan tajuk asal dari Bernama telah ditukar untuk menyedapkan cerita dan berbunyi "Kegiatan Perjudian, Pelacuran Ada di Kelantan - Nik Aziz". Gambar di atas bukan setakat ada penguatkuasaan tetapi bermaharajalela dalam aktiviti pelacuran dan perjudian. Ketika tinjauan di kawasan ini, tiada seorang pun dari kalangan pihak peguatkuasa Melaka yang meronda sebaliknya aktiviti pelacuran ini seperti bebas dari pihak berkuasa. Ketika melalui jalan berdekatan dengan Eye On Melaka, ada perempuan melayu menunggu pelanggan untuk memberikan servis kepada pelanggannya. Belum sempat, mereka menghidu kehadiran kami. Wanita melayu itu terus beredar manakala kereta pelanggan tersebut telah beredar terlebih dahulu. Pihak kami cuba untuk mengejar tetapi wanita melayu itu terus memecut laju. Kami kemudiannya melalui kawasan lorong berdekatan dengan Jambatan Hang Tuah dan mendapati ada anak muda belasan tahun sedang bercumbu di bawah jambatan tersebut. Menyedari kehadiran kami bersama jurukamera, mereka terus beredar. Sekarang siapa yang merosakkan anak Melayu dengan hiburan? UMNO atau Perkasa? Maka untuk pengetahuan Mustapha Mohamad, jangan cepat melenting isu pelacuran dan perjudian ini. Kalau ada, pihak polis dari cawangan perjudian dan maksiat sudah lama menangkap mereka ini tetapi sampai sekarang tiada apa-apa berita. Jadi, cadangkanlah kepada negeri Melaka yang diterajui oleh Ali Rustam. Utusan juga dibenarkan untuk memutar belit tajuk dari blog ini agar pembaca mereka kena tipu kepada "Kita Ada Stok Pelacur - Ali Rustam". Beranikah Utusan berbuat demikian? | ||
| CALON MERLIMAU : ROSLAN VS KINTAN? Posted: 24 Feb 2011 03:00 AM PST Suara Merlimau
BN sudah menamakan calonnya iaitu anak kepada bekas Adun dan Ketua Menteri Melaka iaitu Roslan Ahmad. Seorang yang dikatakan berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan berjawatan Pengurus di agensi kerajaan negeri. Menurut makluman dalaman Umno, beliau dipilih berdasarkan latarbelakang keluarganya di mana ayahnya Datuk Ahmad Ithnin adalah bekas Adun Sungai Rambai dan bapa saudaranya Abu Zahar Ithnin adalah bekas Ketua Menteri Melaka. Nampaknya Umno/BN tidak terlepas dari sifat mereka iaitu mengamalkan kronisme dan nepostisme. Kalau di Tenang mereka memilih anak bekas Adun di Merlimau juga mereka mempertahankan perkara yang sama. Ramai dikalangan penyokong dan ahli Umno tidak selesa dengan sikap pemimpin Umno ini. Calon PAS pula akan diketahui malam ini. Calon 'favourite' PAS Hajah Kintan Man sudah lama bersedia untuk menggalas amanah sebagaimana yang dilakukan oleh Cikgu Normala Sudirman di Tenang. Dalam kenyataan media beberapa minggu lalu, Kintan dengan semangat berkata muslimat PAS bersedia bila-bila masa untuk menyedarkan rakyat melalui kaedah penerangan dan ziarah rumah ke rumah. Selain Kintan, PAS juga mempunyai calon berpotensi lain seperti Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Selain itu Dewan Pemuda juga menamakan dua orang pimpinan pemuda dari Jasin. Apakah benar ramalan pemerhati politik bahawa Roslan vs Kintan, malam ini kita akan mengetahuinya. | ||
| DINASTI CALON DALAM BN : KECEWA DALAM SUKA? Posted: 24 Feb 2011 02:53 AM PST Suara Merlimau
Kini menjadi trend dinasti dalam BN untuk memilih anak-anak bekas Yang Berhormat sama ada ayah-ayah mereka dahulu sebagai bekas Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Terkini calon BN di N27 Merlimau ialah Roslan Ahmad, Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Sungai Rambai (1969-1978) yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau. Bapa saudaranya pula ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu selama tiga penggal (1986-1999). MUHYIDDIN CUBA NAFIKAN TREND DINASTI CALON UMNO Muhyiddin turut menolak andaian pemilihan Roslan juga seolah-olah mewujudkan trend dinasti di kalangan pemimpin politik bahagian kerana sebelum ini pada pilihan raya kecil DUN Tenang, calon BN juga adalah bekas anak wakil rakyat di situ. Kalau begitu mestilah calon-calon yang memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian akan merasa berkecilhati kerana usaha mereka selama ini untuk menaikkan nama parti langsung tidak dihargai oleh golongan atasan parti. Alasan mereka, calon yang dipilih adalah calon yang diyakini menang, itulah alasan yang digunapakai semasa di Tenang. Kesian orang kuat UMNO di bahagian Tenang dan Merlimau. Kepada semua anak-anak YB bersiap sedialah untuk dipilih menjadi calon UMNO atau BN dalam PRU13 yang akan datang. Paling tidakpun jadilah AJK mana-mana cabang parti sama ada Pemuda ke, Wanita ke, atau AJK Bahagian pun sudah memadai. Tak perlulah berkempen sampai menghabiskan duit jutaan ringgit untuk merampas jawatan Ketua Bahagian Umno, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan sebagainya kerana jawatan tersebut bukan menjadi merit kepada pemilihan calon Umno masa kini. | ||
| Posted: 24 Feb 2011 02:47 AM PST Oleh Mohd Rashidi Hasan Sekitar tujuh abad yang lalu, orang-orang Melayu di Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya beragama Hindu.Selepas itu Islam mula tersebar dengan kunjungan Laksamana Cheng Ho di Kelantan dan Terengganu. Parameswara di Melaka turut memeluk agama Islam. Walaupun Melayu itu bangsa dan Islam agama, tetapi sejak kedatangan Islam, secara umumnya identiti orang-orang Melayu sangat sinonim dengan Islam. Sehingga dikatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Begitu kuatnya jalinan dan gabungan Melayu-Islam, sehingga ia berjaya membentuk suatu identiti yang tersendiri. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpaksi budaya dan bahasa, selain menjadi rakyat yang setia kepada Raja yang memerintah. Kehadiran Islam di Nusantara mengangkat martabat bangsa Melayu. Menjadikan mereka bangsa yang mulia dan disegani. Sinonimnya Islam dengan Melayu bak kata pepatah 'irama dan lagu terpisah tiada.' Namun bangsa Melayu, sama juga bangsa-bangsa yang lain. Ia mempunyai kepimpinan dan kepimpinan itulah yang mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa. Era bangsa Melayu yang bangkit menentang penjajah British untuk memerdekakan Malaya kebanyakannya dipelopori oleh ilmuan agama dan golongan bangsawan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Ilmuan dan bangsawan inilah sebenarnya yang benar-benar memperjuangan masa depan agama, bangsa dan negara. Namun, amat malang bagi orang Melayu, apabila atas nama nasionalisme, British menaja sebuah parti yang kononnya memperjuangkan masa depan orang Melayu. Penjajah menganiaya, menangkap, membunuh dan membuang daerah ulama-ulama yang bangkit menentang penjajahan, manakala golongan berpendidikan Barat ditabalkan menjadi peneraju dalam negara. Umno yang diberi mandat meneraju negara mula melaksanakan dasar-dasar yang menuruti kehendak penjajah. Mereka menggubal Perlembagaan yang mengetepikan kepentingan bangsa Melayu dari sudut Islam. Umno menghapuskan sistem pembelajaran jawi yang menjadi asas pendidikan Melayu sejak ratusan tahun kepada ejaan rumi. Umno mengubah sejarah di sekolah-sekolah, bahawa kononnya mereka adalah pejuang tulen nasionalis Melayu yang membebaskan negara dari penjajahan British. Walhal tercatat pada sejarah dunia, bahawa Umno mendapat tampuk kuasa dalam negara secara red-carpet. Akibat dari penipuan dan pemesongan sejarah di peringkat awal inilah yang sebenarnya berjaya membentuk minda orang-orang Melayu, bahawa Umnolah pejuang tulen Melayu, jika tiada Umno, tiadalah Melayu akan berjaya. Fahaman khurafat ini seharusnya dihapuskan. Lihatlah apa pencapaian Melayu selepas lima puluh tahun Umno berkuasa? Yang kaya raya dan mendapat laba besar adalah segelintir orang Melayu yang akrab dengan Umno. Pemimpin-pemimpin Umno hidup mewah kaya raya kerana apa? Kerana mereka mengamalkan rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Mereka memperkayakan diri dan keluaga dengan meratah 'titik peluh rakyat'. Wang rakyat dan kekayaan ekonomi negara dimilik peribadikan pemimpin-pemimpin Umno. Justeru akibat laba dan lalai, mereka mengetepikan kemuliaan agama Islam, memperjudikan nasib bangsa, malah sampai ke peringkat menggadai kedaulatan negara. Maka, pada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno sudah tidak layak lagi menjadi payung kepada orang-orang Melayu. PAS sedia menampilkan diri menjadi pengganti Umno di kalangan orang-orang Melayu. Betapa PAS yang ditunjangi majoriti Melayu yang istiqamah dengan Islam, begitu yakin ianya mampu memberikan jaminan terbaik kepada orang-orang Melayu. Pada Konvensyen Pengupayaan Bangsa 19 Februari 2011 di Shah Alam, PAS menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang-orang Melayu, mudah-mudahan Melayu yang peka akan berfikir untuk menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS. Insya-Allah. | ||
| Kerdau 'medan tempur ' terakhir sebeblum PRU Posted: 24 Feb 2011 02:44 AM PST
TEMERLOH - Para petugas jentera PAS Terengganu yang membantu jentera pilihanraya PAS Pahang diminta menggunakan segala usaha dan kemahiran berkempen bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau. | ||
| Kerdau tidak berubah sejak Sanggang Posted: 24 Feb 2011 02:40 AM PST
Pekan Kerdau (Gambar kiri) tidak berubah, sama saja sejak pilihanraya kecil Sanggang sepuluh tahun lalu. Bangunan papan lama rumah-rumah kedai masih disitu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang sudah menjadi DUN Kerdau apabila persempadanan semula dibuat pada tahun 2003. | ||
| Adakan PRK Pelabuhan Klang Dulu Baru Minta Kabinet Bayangan PR Posted: 24 Feb 2011 02:39 AM PST
| ||
| TV3 Bohong Selangor Hapus Kuota Perumahan Bumiputera Posted: 24 Feb 2011 02:37 AM PST
| ||
| Selangor Tawar 73% Usahawan Melayu Bumiputera Kontrak Melombong Pasir Posted: 24 Feb 2011 02:36 AM PST
| ||
| Penindasan, Ketidakadilan Pilihan Raya Kampus Menjatuhkan Taraf Demokasi Posted: 24 Feb 2011 02:31 AM PST
| ||
| PRK Merlimau: Perkasa Melaka Buat Laporan Polis Berkaitan Risalah Hasutan Posted: 24 Feb 2011 02:29 AM PST
![]() Ahli Perkasa menunjukkan risalah yang terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina. JASIN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka membuat laporan polis berikutan penyebaraan risalah berbaur hasutan yang menggunakan logo pertubuhan itu. Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Melaka, Abd. Rahim Osman bersama Pengerusi Perkasa Jasin, Jalani Amit di Balai Polis Merlimau, di sini pada pukul 1 petang Khamis. Menurut Abd Rahim, pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.15 malam Rabu bahawa ribuan risalah terbabit disebarkan di beberapa taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi menimbulkan kemarahan pengundi di sini khususnya kaum Cina. Katanya, terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu pada risalah yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina. "Perkasa Melaka menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Laporan polis yang dibuat hari ini adalah bagi membersihkan nama kami. "Kami mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di sini. Pada risalah itu tercatat Artikel 153 Perlembagaan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera. Paling ketara ialah ayat "Cina khianat negara" yang seolah-olah bertujuan menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina terhadap Perkasa. Abdul Rahim memberitahu, risalah-risalah berkenaan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perumahan seperti Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan. Beliau menambah, pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) kali ini yang melakukannya dengan bermotifkan politik dan berniat jahat. Katanya lagi, ia juga bertujuan membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu untuk mebenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) sekali gus meraih undi mereka pada PRK DUN Merlimau. Dalam pada itu, beliau berkata, pertubuhan itu tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik. Objektif mereka, katanya, jelas mempertahankan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan negara. "Sikap kita ialah berbaik-baik dengan semua pihak demi perpaduan dan keharmonian kaum-kaum di Malaysia," jelasnya. | ||
| Majlis Raja-Raja Dengar Taklimat Keselamatan Dan Pertahanan Negara Posted: 24 Feb 2011 02:27 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada Khamis mendengar taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara, masing-masing oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam kenyataannya berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari berakhir hari ini, antara lain, membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan. Mesyuarat kali ke-223 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Menurut kenyataan itu, semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. "Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing. "Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg," menurut kenyataan itu. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat menghadiri mesyuarat dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. | ||
| Kerajaan Kekalkan Harga RON95 Dan Diesel, Kata Ismail Sabri Posted: 24 Feb 2011 02:26 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis. Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu. "Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. "Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini. Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion. Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. Disember lepas, harga RON 95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter. Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita. Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin. "Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya. Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya. Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain". "Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan. "Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. | ||
| RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang Posted: 24 Feb 2011 02:18 AM PST MSO Seorang rakan di RTM memberi tahu minggu lepas rombongan Adun dari Selangor datang ke RTM bertemu dengan Menteri Radio dan TV, Rais Yatim. Tujuan pertemuan itu ialah untuk meminta RTM membuat sesuatu bagi menolong Umno Selangor merampas negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Cerita kawan itu Rais bersetuju menggunakan alat kerajaan yang dikuasainya itu bagi membantu Umno Selangor. Antara cara ialah RTM akan menyiarkan lebih banyak lagi keburukan di Selangor. Untuk tujuan ini sekumpulan orang yang tahu membuat propaganda akan dicari dan diberikan upah khas. Mereka akan berfikir membuat skrip, berbentuk provokasi, memperlekehkan kerajaan Selangor sehingga rakyat jadi meluat. Ianya akan disiarkan dalam slog-slog tertentu termasuk juga dalam berita perdana. Untuk tujuan ini juga kata rakan itu, RTM akan menyediakan satu dokumen khas untuk menyerang Selangor. Katanya Rais masih optimis Selangor akan dapat ditawan oleh Umno. Keadaan atau peluang UBN di Selangor menurut Rais agak cerah berbanding dengan Pulau Pinang. Rais mengakui Pulau Pinang UBN tidak dapat berbuat apa-apa. Kedudukan Lim Guan Eng masih kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pun kata Rais seperti mana ditutur rakan itu RTM tetap juga melakukan provokasi dan menyerang Pulau Pinang. Satu dokumentri khas mengenai Pulau Pinang akan disediakan oleh RTM. Apabila dokumenteri khas mengenai Pulau Pinang itu nanti disiarkan dan serangan radio Rais Yatim ke atas Selangor diperhebatkan itu menandakan pilihan raya umum ke-13 sudah hampir tiba. Dengan maklumat ini kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang bolehlah berwaspada dan bersiap sedia untuk menangkis dakyah dan hasutan RTM nanti | ||
| Posted: 24 Feb 2011 02:17 AM PST BERNAMA
| ||
| Kedah giat promosi 'Green Tourism' sebagai tarikan pelancongan baru Posted: 23 Feb 2011 04:15 PM PST
| ||
| Di manakah kesudahan strategi politik PAS? Posted: 23 Feb 2011 04:14 PM PST
| ||
| Posted: 23 Feb 2011 04:12 PM PST
| ||
| PRU 13: Pakatan tingkat kerjasama, kongsi jentera Posted: 23 Feb 2011 04:10 PM PST
| ||
| Kes Fitnah 2 : Giliran Ahli Kimia Forensik DNA Kemuka Keterangan ( Kemaskini) Posted: 23 Feb 2011 04:08 PM PST TS NEWS ![]() Saksi yang kini bekerja di Jabatan Kimia, Petaling Jaya sejak 12 tahun dahulu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menguruskan lebih dari 100 ribu sampel DNA sepanjang kariernya. Aidora yang mengambil tempat di kandang saksi jam 9.30 pagi memberitahu mahkamah bahawa beliau berada di makmal kimia, Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 diperolehi. Keempat-empat bungkusan tersebut menurutnya diterima daripada seorang anggota polis, DSP Jude Blacious Pereira pada hari yang sama untuk dibuat analisa pengecaman 'Deoxyribonucleic Acid' (DNA). Bahan-bahan bukti yang terkandung dalam keempat-empat bungkusan itu termasuk sehelai kertas, berus gigi, tuala muka dan botol air mineral yang dipertontonkan kepada mahkamah. Walaubagaimanapun katanya, DSP Jude tidak memberitahu lokasi dan tempat bahan bukti tersebut diperoleh apabila ditanya Timbalan Pendakwaraya (DPP), Noorin Baharuddin. Jangkamasa 19 hari daripada tarikh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis (28 Jun 2008) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menimbulkan tandatanya di kalangan peguambela. Peguam Sankara Nair yang dihubungi Tv Selangor kemudian enggan mengulas berikutan pihak peguambela sedang meneliti perkara tersebut. "Kita tidak mahu komen mengenai perkara itu lagi setakat ini kerana sesi soalbalas beliau (Aidora) masih belum selesai," kata beliau. Aidora dijangka akan kembali ke kandang saksi pada 25 Februari nanti. Dalam sesi soalbalas sebelah pagi, DPP Noorin menyoal Aidora tentang keadaan empat bungkusan yang diterima daripada DSP Jude pada tarikh tersebut. "Masih dalam keadaan baik dan ditutup rapat," jelas Aidora selain peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut. Justeru mahkamah mendapati terdapat lima bungkusan sampul dan saksi menjelaskan bahawa sampul terakhir ditambah oleh beliau untuk mengasingkan sehelai rambut yang ditemui. "Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada bahan pameran berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," katanya lagi. Beliau menambah, pemprofilan DNA dilakukan pada hari berikutnya dan keputusan lengkap diperolehi beliau pada 21 Julai 2008. Seterusnya prosiding terhenti apabila peguam Karpal Singh mendapati Aidora merujuk laporan Kiraan Statistikal yang diperoleh melalui perbandingan dua laporan Elektroferograf (EPG) antara beliau dan saintis forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong. Dalam perbandingan tersebut Aidora berkata telah menemui DNA 'lelaki Y' pada tuala muka, berus gigi dan botol mineral sama seperti laporan Dr Seah. Justeru pihak peguambela menuntut mahkamah membekalkan laporan tersebut untuk diteliti. "Graf adalah rumit dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar kimia," ujar Sankara Nair. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan prosiding jam 3.30 petang untuk memberi lalu kepada peguambela meneliti laporan tersebut dan seterusnya memanggil semula saksi Aidora pada hari Jumaat nanti. Pendakwaraya dijangka akan mengemukakan saksi baru bagi prosiding yang akan bermula jam 8.30 pagi esok. | ||
| Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah - Guan Eng Posted: 23 Feb 2011 04:07 PM PST TVS NEWS ![]() Lim berkata demikian mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung kesedaran rakyat untuk membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya kecil. "BN bukanlah penyelesaian masalah, sebaliknya BN adalah masalah, oleh sebab itu Pakatan Rakyat harus tunjukan tentang perkara ini supaya rakyat jelas bahawa penyelesaian bukanlah menerusi BN tetapi menerusi diri sendiri," tegas Guan Eng. Lim berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat PKR. Turut hadir, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Dalam pada itu, Hadi Awang berkata kongkongan media yang berterusan merupakan satu ancaman kepada politik negara kerana ia adalah salah satu punca pemberontakkan rakyat pada negara Timur Tengah dan berharap UMNO-BN mengambil iktinar tersebut untuk berubah. "Dimana media arus perdana masuk dalam setiap buah rumah, sedangkan kita hanya sebarkan maklumat dengan cara terhad dan tidak mampu memberi jawapan, dan inilah yang berlaku pada negera yang rakyatnya memberontak dan kita harapakan BN malakukan perubahan," ujar Hadi. | ||
| Suhakam Bidas ROS Cuba Hadkan Bilangan Parti Politik Posted: 23 Feb 2011 04:03 PM PST TVS NEWS ![]() "Suruhanjaya dengan keras mendesak ROS supaya tidak meneruskan cadangan itu dan menghormati hak rakyat untuk memilih perwakilan dan hubungan politik mereka," kata pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan hari ini. Meskipun mengakui adalah bidang kuasa ROS untuk melulus atau menolak permohonan untuk pendaftaran parti baru mengikut Seksyen &, Akta Pertubuhan 1966, namun Hasmy berkata menghadkan jumlah parti dan menghalang pendaftaran permohonan baru tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia. Ini kerana ia membataskan kebebasan membentuk persatuan dan kebebasan bersuara. "Suara rakyat membentuk asas kuasa kerajaan dan sehubungan itu, mereka mempunyai hak untuk memilih perwakilan merea," katanya. "Hak menentukan kerajaan adalah hak asasi yang dijamin dalam Perkara 119, perlembagaan persekutuan dan Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa." | ||
| Penjenamaan Semula Unisel Tiada Agenda Tersembunyi Posted: 23 Feb 2011 04:02 PM PST TVS NEWS ![]() Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, penukaran nama ini tidak melibatkan sebarang projek dan kroni memandangkan beliau juga antara ahli Lembaga Pengarah Unisel. "Saya tiada kroni. Saya juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah. Saya pun hairan, sekiranya beliau berminat kerana ketelusan, kita juga ingin belajar cara sepatutnya kita lakukan," katanya di sidang media hari ini. Ujar Khalid, penukaran nama Unisel selaras dengan agenda Selangor dan pembangunan negeri sehingga tahun 2020. "Dalam agenda itu, kita bukan sahaja menumpukan kepada industri,tetapi kita juga menumpukan keapda aspek perkhidmatan yang merupakan memberikan sumbangan melebihi 30 peratus keluaran dalam negeri kasar. Subjek-subjek yang diajar ada kaitan dengan aspek perkhidmatan seperti pelancongan, fotografi, seni dan lakaran. Oleh sebab itu, nama yang ada hanya mengambilkira pembangunan yang ada sekarang," katanya. Sebelum ini Setiausaha MIC, K.R Parthiban mendakwa tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menukar nama Universiti Industri Selangor (Unisel) kepada Universiti Selangor tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar dan univerisiti. | ||
| Gempa : Rakyat Malaysia Di Wellington Turut Merasa Bahang Posted: 23 Feb 2011 03:59 PM PST Ditulis oleh BERNAMA ![]() Mohamad Ali Morad, 51, yang isterinya merupakan pelajar PhD di Victoria University, Wellington (VUW), berkata beliau perlu berwaspada terutama pada waktu kecemasan sebagaimana dinasihatkan oleh Pertahanan Awam New Zealand. "Saya terpaksa berwaspada selama 24 jam. Bersama tiga orang anak dan isteri,kadang kala kami tidur di ruang rehat bagi memudahkan kami menyelamatkan diri," katanya dalam temubual menerusi telefon dengan Bernama. Mohamad Ali, yang telah tinggal di Wellington sejak tiga tahun lepas, berkata antara lain setiap keluarga dikehendaki bersiap sedia dengan bekalan makanan untuk seminggu, di rumah dan dalam kereta sebelum bantuan dari pihak berkuasa tiba. Beliau berkata beliau terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya enam liter air untuk setiap orang dalam keluarga, beras mengikut keperluan, lampu suluh dan bateri dan juga radio transistor bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai sebarang kejadian. Mohamad Ali, yang tinggal di Johnsonville, sebuah kawasan bukit pinggir kota di Wellington, berkata setiap keluarga dinasihatkan menyediakan selimut, dapur gas mudah alih, mee segera dan biskut untuk kegunaan semasa kecemasan. "Jika kami tinggal di rumah semasa gempa, kami dinasihatkan berlindung dibawah meja makan kerana ia merupakan tempat paling selamat berbanding tempat-tempat lain," katanya. Seorang pakar seismologi menyebut kemungkinan gempa bumi lebih besar melanda Wellington. Dilaporkan pakar seismologi menjangkakan kejutan gempa sekuat gempa bermagnitud 6.3 hari ini akan menyusuli gempa bermagnitud 7.1 yang melanda Canterbury pada 4 September tahun lepas, tetapi percaya ia akan melanda lebih awal. Pakar seismologi Australia Kevin McCue, pengarah Pusat Seismologi Australia,berkata aktiviti geologi mustahil dapat diramalkan, "tetapi ia mirip berlaku secara berbendung". Pelajar lulusan siswazah tajaan Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Saidatul Akmar Ismail, 38, berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terbaru dari media cetak dan elektronik tempatan, serta dari kalangan rakyat Malaysia di ibu negara itu. Saidatul Akmar dari VUW yang tinggal di Karori, kira-kira 4km dari Wellington, berkata pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya pergi ke pusat perhimpunan terdekat jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku sebelum bantuan dapat diberikan. Saidatul Akmar berkata Karori Kindergarten yang terletak di seberang jalan depan rumahnya adalah pusat terdekat. Angka kematian yang disahkan dalam gempa bumi bermagnitud 6.3 Selasa lepas ialah 75, dengan 300 orang dilaporkan hilang. Gempa itu yang paling teruk melanda New Zealand sejak gegaran bermagnitud 7.8 yang mengorbankan 256 orang di wilayah Hawke's Bay pada 1931. Gegaran Sept tahun lepas bermagnitud 7.1 memusnahkan 100,000 rumah tetapi tiada nyawa terkorban. New Zealand terletak pada "Gegelang Api Pasifik", satu kawasan seismik dan volkanik luas yang menganjur dari Chile ke Jepun di sebelahnya dan ke Indonesia di sebelah lagi. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tindakan Perdana Menteri yang tiba-tiba mencabar PR menyediakan kabinet bayangan memberi beberapa reaksi dan telahan. Saya lebih suka melihat ia sebagai positif. Beliau sendiri berasa takut dengan barisan kepemimpinan yang PR miliki. Apatah lagi beliau begitu gusar dengan barisan kabinetnya yang rata-rata mempunyai bebanan yang bakal menjadi asas kejatuhan BN.
Saya menafikan laporan Buletin Utama TV3 bertarikh 21 Februari 2011 bahawa Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menghapuskan kuota perumahan Bumiputera di di negeri ini.
SUARAM berasa amat tidak puas hati terhadap pihak universiti yang gagal memastikan pilihan raya kampus dilangsungkan dengan lancar dan adil serta memastikan keselamatan calon dan mahasiswa dijamin.
"Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin" katanya.
Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.
Naib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan