Biaqpila |
| Posted: 24 Feb 2011 12:15 AM PST ![]() RAKYAT NEGARA INI BERNASIB BAIK PASAI ADA LAGI 2 PRK DOK TUNGGU KALAU TIDAK,LAMA DAH MINYAK NAIK HARGA.. KAH! KAH! KAH! MENTERI PULAK DAH 3,4 KALI DOK ULANG KATA MINYAK TAKKAN NAIK KAH! KAH! KAH! TOLONG PERCAYA LA GENG... KAH! KAH! KAH! BARULAH KITA TAU SEBENAQNYA HARGA MINYAK BUKAN SAJA DIADJUST IKUT PASARAN DUNIA TAPI BOLEH JUGA DIADJUST IKUT PILIHANRAYA KAH! KAH! KAH! Harga RON95, diesel kekal, kata menteri Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi petrol RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu."Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. "Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di Kuala Lumpur. Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi (bahan api) tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion. Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. Disember lalu, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita. Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin. "Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya. Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya. Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain"."Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan. "Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Undi punya pasal, rakyat nak sungai pun BN boleh luluskan Posted: 23 Feb 2011 05:00 PM PST WarkahDaily – Kerana satu undi, pemimpin Umno-BN sanggup buat apa saje. Kalau PRK kat Kuala Krai tempoh hari, ada pemimpin Umno berlakon prihatin rakyat sehingga sanggup menjadi penoreh getah. Kalau mengecat rumah tu, usah sebutlah. Dengan tandas-tandas yang dah tak pakai pun depa pi ngecat. Tempoh pilihanraya kecil ni, pengundi mintak apa pun, Umno-BN akan tunaikan. Takdak ke yang nak mintak alihkan bandaraya KL tu kat Kerdau ke, Merlimau ke...mana tau, ada pemimpin Umno-BN yang sanggup buat. Undi punya pasal, apa saje depa sanggup buat. Tapi kalau dah takdak pilihanraya, usah mimpi nak dapat...jangan haraplah..sampai kiamat tak nampak pun batang hidung depa ni. Nak duit sekupang pun depa tak baginya. Jadi..pandai-pandailah ambil peluang..mintak apa saje yang kome nak ye..Tapi ngundi tu..hangpa pandai-pandailah...usah taruh masa depan anda dan anak-anak anda di tangan orang yang suka bermuka-muka ni. Depa bukan ikhlas pun. TEMERLOH, 23 Feb (Hrkh) - PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang."Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini. Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini. "Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang. "Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini. Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini. Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN. Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau. "Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini. "Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang. "Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir. Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya. "Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya. Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara. "Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap. "Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim. Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya. "Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau. warkahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
Disember lalu, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.
Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan