Kerabu Bersuara ® |
- Kim Swee yakin Malaysia mara
- Pakatan ada jawatankuasa parlimen, tidak perlu kabinet bayangan- Anwar
- Anwar gesa dunia Islam, PBB henti segera pembunuhan di Libya
- Selangor jadi tuan rumah sambutan ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat
- Ralat Sinar Harian: Pembetulan Laporan Sinar Harian Terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man
- Lawatan Najib tak gugat hubungan saya dengan Turki, kata Anwar
- Sekretariat Pakatan Rakyat tumpu 5 aspek utama- Khalid Ibrahim
- Kerajaan Selangor nafi hapuskan kuota perumahan 30 peratus bumiputera
- UMNO PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU
- Meledak Kebangkitan Mahasiswa
- Bob Lokman: Fi SabililLah
- Di manakah kesudahan strategi politik PAS?
- Penjenamaan semula Unisel sesuai keadaan
- Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
- Rawatan rambut: Tribunal arah bekas VC, isterinya dibayar RM14,986
- Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS
- AJK Umno Jasin Roslan calon BN DUN Merlimau
- Berani Kah Mahasiswa UPSI?
- Presiden PAS, Datuk Fauzi di Kerdau malam ini
- Dataran Merdeka lepas Dataran Tahrir?
- Tsu Koon layak menteri 'perpecahan'
- 'Darah Muda' bisa menggoncang Mesir , bagaimana pula Malaysia ?
- Bahaya terlalu lama memberi kuasa kepada BN
- Pertemuan Peminjam PTPTN & MARA
- Putrajaya tak mampu hantar pelajar balik ke Mesir?
| Posted: 23 Feb 2011 03:03 PM PST Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my BIARPUN gagal mencipta kemenangan besar, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee tetap yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua. Pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi, Malaysia berjaya menewaskan Pakistan 2-0. Kim Swee berkata, Pakistan pasti akan beraksi corak lebih terbuka pada aksi kedua di Lahore pada 9 Mac depan kerana lawan perlu memadam kelebihan dua gol skuad negara. "Secara keseluruhan, kita tetap beraksi baik. Cuma pada babak kedua, penjaga gol gantian Pakistan (Muhammad Omar) cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan terbaik kita. "Tapi 2-0 masih tetap baik bagi kami. Sudah tentu pada aksi kedua di Lahore nanti, Pakistan akan bermain secara menyerang untuk mengejar dua gol. "Dengan Pakistan tidak beraksi secara bertahan nanti, saya yakin kita mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi di Lahore," katanya pada sidang media selepas perlawanan. Kedua-dua gol skuad negara dijaringkan pemain bukan penyerang iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga dan Irfan Fazail minit ke-45. Namun Kim Swee tetap mempertahankan persembahan kedua-dua penyerang yang diturunkannya malam tadi iaitu Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani. "Saya terpaksa keluarkan Shakir pada minit ke-50 bagi mengelak risiko dia dilayangkan kad kuning kedua. "Fakri memperoleh tiga peluang terbaik pada babak kedua tetapi dinafikan palang gol dan kecekapan penjaga gol lawan." Sementara itu, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi menyifatkan gol awal Malaysia dan kad merah diterima Ansar Abbas pada minit ke-45 sebagai punca kekalahan mereka. "Tapi kami tetap berjaya memberikan tentangan yang cukup baik ditambah pula Malaysia diberi sokongan padu penyokong mereka. Ia turut menjejaskan rentak kami. "Harap kami dapat mempamerkan satu lagi persembahan baik pada 9 Mac depan. Dengan sokongan penyokong di Lahore nanti, saya yakin kami mampu memadam defisit dua gol ini," kata Tariq. |
| Pakatan ada jawatankuasa parlimen, tidak perlu kabinet bayangan- Anwar Posted: 23 Feb 2011 02:00 PM PST PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini mengenai pembentukan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang fungsinya menyamai kabinet bayangan. Sekaligus, Anwar menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menggesa supaya Pakatan mengemukakan barisan kabinet bayangannya sendiri. "Tak perlu bentuk kabinet bayangan kerana kita telah mendahului dengan membentuk jawatankuasa parlimen. Usaha Datuk Seri Najib bertanyakan kabinet bayangan kita ucap terima kasih kerana ini satu penghargaan tentang keupayaan dan persiapan Pakatan mengambil alih Putrajaya. "Sebelum ini, mereka (Umno-BN) hanya memperlekeh keupayaan Pakatan Rakyat tapi kali ini mereka betul ingin tahu tentang jawatankuasa (kabinet bayangan) dan tokoh mana yang bertanggungjawab," kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini petang tadi. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan pimpinan tertinggi dari KEADILAN, Pas dan Dap. Pakatan pada 2009 membentuk satu senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian dengan matlamat menyediakan ahli-ahli parlimen dan meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing. Jawatankuasa itu dibentuk mengikut 25 Kementerian seperti dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. |
| Anwar gesa dunia Islam, PBB henti segera pembunuhan di Libya Posted: 23 Feb 2011 01:00 PM PST PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekerasnya tindakan kejam yang dilakukan pemerintah di Libya yang melakukan tindakan pembunuhan ke atas rakyatnya yang menentang kerajaan. Anwar menggesa dunia Islam dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera menghentikan pembunuhan tersebut. "Kita mengutuk keras tindakan pimpinan Muammar Gaddafi kerana terus menindas dan mendera rakyat serta mendoakan rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang zalim dan rakus. "Sementara itu menggesa dunia Islam dan masyarakat antarabangsa termasuk PBB mengambil tindakan segera menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya," kata Anwar selepas mengadakan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Keadilan petang tadi. Keganasan pemerintah Libya ke atas rakyatnya masuk hari ke 10 selepas rakyat di negara itu bangkit mendesak pengunduran Muammar Gaddafi dari tampuk kekuasaan. Polis dan tentera yang diarah membunuh orang awam yang berhimpun membantah diktator itu menyaksikan angka korban kini dianggar mencecah 400 orang. Kemuncak kezaliman dilakukan pemerintah Libya apabila mengarahkan serangan dilakukan melalui pesawat udara ke atas penunjuk perasaan. Tindakan itu dikatakan yang paling keras di dunia arab selepas kejatuhan pemimpin Tunisia dan Mesir oleh kuasa rakyat baru-baru ini. Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan di negeri Pakatan Rakyat telah menguruskan penghantaran pulang pelajar Malaysia dari negeri-negeri Pakatan yang menuntut Mesir. "Langkah yang telah diambil, ke empat negari telah dimaklumkan termasuk pengiriman pelajar pulang ke Mesir. Kami di Pakatan rakyat mengalukan langkah positif itu walaupun kita dapati media tidak memberikan liputan," katanya. Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengulangi tawaran untuk menanggung kos menghantar pulang pelajar rakyat negeri ini bagi menyambung kembali pengajian di Mesir. Ia merupakan projek di bawah Operasi Ehsan Pelajar Mesir-Selangor membabitkan kesemua pelajar yang berasal dari negeri itu yang dianggar lebih 600 orang. Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali penghantaran pulang ke Mesir itu membabitkan tiga penerbangan dan 15 Mac merupakan tarikh terakhir penghantaran pulang. |
| Selangor jadi tuan rumah sambutan ulangtahun ke-3 Pakatan Rakyat Posted: 23 Feb 2011 08:00 AM PST SHAH ALAM: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menyambut ulangtahun ketiga pentadbirannya sejak memenangi Pilihan Raya Pada 8 Mac 2008. Justeru itu, Selangor dipilih sebagai tuan rumah bagi mengadakan acara sambutan bagi memperingati detik bersejarah itu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tahun ketiga ini selain mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, kerajaan negeri akan memfokuskan dasar-dasar dan program yang telah dirangka. "Atas sebab ini, majlis dan program sambutan akan diadakan dengan sederhana dan bersifat informasi agar rakyat peka dan tahu tentang dasar-dasar dan program kebajikan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor," ujar Khalid dalam satu kenyataan media. Program itu katanya akan dimulakan dengan Majlis Sambutan tiga Tahun pentadbiran negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam bermula pada 5 hingga 6 Mac ini. Pelbagai acara disediakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri, solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat. Pada 26 Mac pula, Kerajaan Selangor akan melancarkan rangka kerja "Selangor Untuk Rakyat" membabitkan pameran Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat, pelancaran buku "Liku-Liku Reformasi" serta program seni seperti membaca sajak dan puisi. "Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun padang ke pejabat daerah untuk mendekati permasalahan rakyat," katanya. |
| Ralat Sinar Harian: Pembetulan Laporan Sinar Harian Terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man Posted: 23 Feb 2011 07:45 AM PST KENYATAAN MEDIA - PEMBETULAN KEPADA LAPORAN SINAR HARIAN Saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 23 Februari 2011, di muka surat N6 bertajuk PAS SEDIA BERDEPAN SYED IBRAHIM. Pada artikel 'Syed Ibrahim juga pernah menghubunginya (merujuk kepada diri saya) sebelum ini dan bertanyakan pendapat sekiranya beliau dinamakan sebagai calon.' Saya ingin menjelaskan, wartawan Sinar Harian ada bertanya mengenai sejauh mana saya mengenali Syed Ibrahim. Saya memaklumkan memang mengenalinya, dan di saat beliau ingin menerima jawatan sebagai Pegawai Agama MB Pahang sekembalinya dari Mesir, beliau ada bertanyakan pandangan saya adakah perlu untuk menerima jawatan itu, dan saya nyatakan kepada beliau: "Sekiranya anta boleh menasihati MB untuk melaksanakan prinsip-prinsip Islam dalam urusan pentadbiran negeri, maka terimalah. Jika tidak mampu, maka jangan terima jawatan itu." Oleh itu ingin saya tegaskan, saya tidak pernah dihubungi oleh Syed Ibrahim untuk mendapatkan pandangan jika beliau menjadi calon, dan berharap agar akhbar Sinar Harian dapat membuat pembetulan agar ianya tidak disalahtafsirkan. Moga penjelasan ini dapat memberikan gambaran yang jelas atas situasi sebenar yang berlaku. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang |
| Lawatan Najib tak gugat hubungan saya dengan Turki, kata Anwar Posted: 23 Feb 2011 07:30 AM PST PETALING JAYA, 23 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah dengan kunjungan sulung Datuk Seri Najib Razak ke Turki sambil menegaskan perdana menteri tidak akan berjaya dalam mencantas sokongan yang beliau peroleh daripada kerajaan negara-negara Islam. Ketua Pembangkang itu berkata meskipun Najib berada di Turki, ahli-ahli politik utama negara itu masih menghantar mesej peribadi kepadanya, perkembangan yang membuktikan hubungannya dengan kerajaan negara Eropah itu masih kukuh. "Saya baru menerima satu mesej... jadi tiada masalah sama sekali," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini petang ini. Kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat mereka hari ini menjelang pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau. Beberapa penganalisis dan pemerhati politik mendakwa kunjungan sulung Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009 akan memutuskan hubungan peribadi yang dijalin Anwar dengan Turki dan negara-negara Islam yang lain. Najib juga telah mengunjungi beberapa negara Islam sebelum ini. |
| Sekretariat Pakatan Rakyat tumpu 5 aspek utama- Khalid Ibrahim Posted: 23 Feb 2011 07:15 AM PST PETALING JAYA: Pakatan Rakyat komited untuk terus memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepertimana yang telah dipersetujui dalam resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November tahun lalu. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, usaha itu diteruskan melalui sekretariat bersama antara negeri Pakatan Rakyat yang bertujuan memperkukuh kerjasama, menggembeleng sumber dan kepakaran. "Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu pelaburan, kerajaan tempatan, pengurusan, pengurusan sumber air, pertanian dan pelancongan," kata Khalid. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan petang tadi. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan pimpinan tertinggi KEADILAN, Pas dan Dap. Menurut Khalid, selain usaha cemerlang mencatatkan kemasukan pelabur asing ke negara ini, Pakatan juga bersetuju menyusun strategi bersama bagi menarik lebih banyak pelabur luar dalam projek ekonomi yang dijalan di negeri-negeri berkenaan. Tambah beliau, negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana RM10 juta yang telah sumbangkan kerajaan Selangor bagi meningkatkan pelaburan di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Pada masa yang sama, Khalid berkata satu mekanisme bersama telah disepakati bagi menyalurkan berita dan penerangan kepada rakyat mengenai dasar yang di amalkan di negeri-negeri itu. "Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara," katanya. |
| Kerajaan Selangor nafi hapuskan kuota perumahan 30 peratus bumiputera Posted: 23 Feb 2011 07:00 AM PST SHAH ALAM, 23 Feb — Kerajaan Negeri Selangor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghapuskan 30 peratus kuota perumahan bagi pembeli bumiputera di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar A. Samad sebaliknya berkata kuota perumahan bumiputera di Selangor bukan hanya 30 peratus tetapi antara 30 sehingga 70 peratus berdasarkan kawasan, daerah atau mukim. "Sekarang kami telah tubuhkan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd bertujuan untuk bantu pemaju memasarkan stok-stok perumahan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual oleh mereka. "Apa yang kami juga telah lakukan ialah untuk licinkan proses pelepasan stok perumahan bumiputera yang tidak dapat dijual oleh pemaju, tetapi ini tidak bermakna pemaju boleh jual sewenang-wenangnya. "Cuma apa yang kita lakukan supaya ia dapat dipercepat dan diperlicinkan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. Iskandar berkata demikian ketika mengulas laporan media sebelum ini bahawa terdapat cadangan dikemukakan kepada kerajaan negeri berhubung pelepasan secara automatik ke atas kuota perumahan bumiputera. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mengamalkan program pelepasan secara automatik di mana selepas 50 peratus projek perumahan telah disiapkan tetapi tidak terjual kepada pembeli bumiputera, pihak pemaju boleh melepaskan 20 peratus kepada pembeli bukan bumiputera. "Selepas 75 peratus projek siap tapi tidak dapat jual lagi kepada bumiputera, 30 peratus boleh dilepaskan. Akhirnya sampai peringkat dapat CF selepas enam bulan, barulah semua boleh dilepaskan jika tidak dapat dijual tetapi melalui satu mesyuarat atau jawatankuasa yang mesti buat keputusan tidak melebihi 14 hari," katanya. — Bernama |
| UMNO PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU Posted: 23 Feb 2011 06:30 AM PST Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum Pas hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan. Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?. Siapa yang kianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno yang berdosa dengan orang melayu. Umno tidak perlu menuding jari kepada Pas kerana hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa Pas yang kianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. Pas akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini. Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa. Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. Pas mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan Pas memperjuangkan Islam, maka Islam, melayu dan bukan melayu turut selamat. http://idrisahmad.wordpress.com/2011/02/23/umno-perlu-minta-maaf-kepada-orang-melayu/ |
| Posted: 23 Feb 2011 06:00 AM PST 1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak - anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata - rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya. 2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalah di UTM, USM Penang dan UPM. 3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik - adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing - masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan. 4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar - benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti. 5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana - mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera. 6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu - alukan. 7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa. 8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua. 9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana - mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual. 10. Tahniah ! http://www.eperjuangan.com/2011/02/meledak-kebangkitan-mahasiswa.html |
| Posted: 23 Feb 2011 05:45 AM PST Bob Lokman ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia. Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS. Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya. Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah. Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti. Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN. http://boblokman.blogspot.com/ |
| Di manakah kesudahan strategi politik PAS? Posted: 23 Feb 2011 05:30 AM PST http://kalamperantau.wordpress.com Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang Pasir serta Parlimen Permatang Pauh sendiri bertukar penyandang. Kerusi parlimen Permatang Pauh diadakan pilihanraya kecil pada bulan Ogos, 2008, yakni tidak sampai 6 bulan dan menjadi yang pertama selepas PRU ke-12 lalu. Kerusi tersebut diserahkan semula oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN) dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009. Manakala bagi 6 kerusi DUN pula, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing pada PRK 2009, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009). Tetapi pada tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010). Tirai pilihnraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011).Sekarang perhatian tertumpu kepada kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pula. Sekarang ini merupakan pertarungan antara UMNO dan PAS secara langsung. Sejak kalah dalam pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, kelihatan PAS sedang mencari-cari strategi yang sesuai. Bagi tahun 2009, ternyata ianya memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) bila berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam. Ekoran daripada kemenangan ini, PAS sekali lagi mempertarohkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang yang juga bekas Menteri Besar Perak dan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang. Ini menjadikan kedua-dua ADUN ini (Wahid dan Nizar) memegang dua kerusi serentak, yakni kerusi DUN dan Parlimen, selain daripada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang). Jika dilihat kepada perubahan kerusi diantara BN dan PR atau PAS dengan UMNO sepanjang 2008-2010, tidak banyak kesannya. UMNO dengan PAS boleh dikatakan seri dimana PAS berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu, tetapi UMNO pula berjaya merampas kerusi DUN Galas, Kelantan. Selain itu, DAP berjaya menambah satu kerusi (Parlimen Sibu) dan PKR kehilangan satu kerusi (parlimen Hulu Selangor). Selain daripada kerusi tersebut, ianya dikekalkan kepada parti yang memenanginya dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas, PAS memulakan eksperimen baru. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil PAS meletakkan calon wanita, Normala Sudirman (Cikgu Mala) dalam pilihanraya kecil DUN Tenang. Tanpa menidakkan strategi PAS, pemerhati politik sedang melihat, adakah PAS konsisten dalam eksperimen terbaru yang sedang dilakukannya sekarang dikekalkan atau tidak, meletakkan calon wanita sekali lagi dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau? PRK Merlimau dan Kerdau Serentak? Belum sempat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Merlimau, Melaka diadakan pada Sabtu, 26hb. Februari, 2011 akan datang, satu lagi pilihanraya kecil di DUN Kerdau, Pahang terpaksa diadakan ekoran Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya Sabtu, 12 Februari lalu. Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau calon Barisan Nasional (BN) akan diumumkan pada 23 Februari sementara calon PAS pula diijangka akan diumumkan pada 24hb Februari ini iaitu dua dan tiga hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini. Manakala bagi DUN Kerdau pula, perhatian lebih tertumpu kepada SPR sama ada untuk membuat pilihanraya kecil serentak atau tidak? Keadaan yang berlaku sekarang adalah hampir sama dengan apa yang berlaku sebelum pihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah yang diadakan serentak pada bulan November, 2010 atau sebelum Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak yang diadakan serentak pada April 2009. Tidak sebab untuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak mengadakan PRK DUN Kerdau diadakan serentak dengan pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 5hb. Mac, 2011 nanti. Kerdau menjadi PRK ke-16 dan Merlimau menjadi PRK ke-15 selepas PRU ke-12 yang lalu. |
| Penjenamaan semula Unisel sesuai keadaan Posted: 23 Feb 2011 05:15 AM PST SHAH ALAM, 23 Feb – Pertukaran Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor dilakukan sesuai dengan perkembangan semasa dan perluasan kategori khusus yang ditawarkan. Kini kursus yang ditawarkan tidak hanya membabitkan bidang industri sebaliknya turut membabitkan bidang lain seperti pelancongan, komunikasi masa serta seni lukis dan seni rekaan. "Ekoran perkembangan kursus yang ditawarkan, Kerajaan negeri berpendapat nama perlu ditukar kepada Universiti Selangor, namun singkatannya tetap Unisel," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid turut menyatakan perubahan nama itu tidak membabitkan pembaziran kos. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha MIC Selangor, K.R Parthiban dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Parthiban mendakwa penukaran nama Unisel tidak mendatangkan faedah kepada pelajar dan universiti. Parthiban turut mendakwa mereka yang mendapat faedah hanyalah kroni Abdul Khalid yang akan diberi projek percetakan, pemasangan papan tanda, lanskap dan alat pejabat yang baru seiring dengan penjenamaan semula Unisel. "Jika ada pihak mengatakan ada kroni tertentu terbabit, sila dedahkan. Saya pun hendak tahu siapa yang dapat faedah dapipada penjenamaan semula Unisel," kata Abdul Khalid. |
| Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan Posted: 23 Feb 2011 05:00 AM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama "Parti Kebebasan dan Keadilan" atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti. Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu. Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut. "Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya. Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir. Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya. Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut. Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti. Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang. |
| Rawatan rambut: Tribunal arah bekas VC, isterinya dibayar RM14,986 Posted: 23 Feb 2011 04:45 AM PST PUTRAJAYA, 23 Feb — Tribunal Tuntutan Pengguna hari ini memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn Bhd membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan isteri. Presidennya, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari. Dr Sulaiman yang berpuas hati dengan keputusan itu berkata beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd Noor bersetuju mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan, setelah dimaklumkan mereka mempunyai masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur. Pasangan itu juga membayar RM2,776 bagi membeli beberapa produk seperti set losyen penyubur dan pembersih rambut ketika sesi rawatan percuma di Mid Valley pada Mei lepas. "Selepas rawatan itu, dia (Yum Nam Hair Care) meminta kita untuk menambah program lain yang berjumlah RM15,000 lagi. Saya berasa bahawa ia tidak wajar. Saya berhenti dapatkan rawatan dan meminta tidak lagi memotong wang melalui kad kredit, tetapi pemotongan diteruskan." "Saya menulis dua pucuk surat, tetapi mereka tidak jawab. Jadi, saya bawa ke tribunal," kata Dr Sulaiman, yang juga Felo Penyelidik Utama Universiti Putra Malaysia, kepada pemberita hari ini. — Bernama |
| Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS Posted: 23 Feb 2011 04:30 AM PST Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS. Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama. "Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek. "Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir. Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi. Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion. Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak. "Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu. "Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20. "Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57," katanya. Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan. |
| AJK Umno Jasin Roslan calon BN DUN Merlimau Posted: 23 Feb 2011 04:15 AM PST JASIN, 23 Feb — Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau di sini hari ini. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini. — Bernama |
| Posted: 23 Feb 2011 04:00 AM PST MPP UPSI : Siapa teraju? Mengikuti perkembangan politik mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agak unik berbanding IPTA lain. Tanpa ada persamaan dengan gerakan pelajar di serata IPTA, mahasiswa UPSI menghidangkan jenama yang berbeza dengan jenama sedia ada di kampus lain meskipun wujud beberapa persamaan di kalangan mereka. Bermula dengan siri kempen yang agak meriah dengan kreativiti berpolitik ala 'cikgu' (takut tapi mahu), beberapa nama, slogan, cogan kata dipersembahkan di kalangan pengundi. Penulis yang hanya mengikuti perkembangan tersebut dari jauh dikhabarkan gelombang kuning nampaknya sedikit memeriahkan suasana kempen. Memang kreatif ! Dengan membekalkan belon kuning kepada penyokong, PRK kali ini nampaknya menelan belanja agak besar di kalangan mereka yang bertanding. Pada awalnya, penulis merasakan mungkin wujud kumpulan yang mahu mengembalikan kuasa UPSI di persada institusi pendidikan di Malaysia bagi mendaulatkan kembali satu-satunya universiti yang menggunakan nama Sultan (Sultan Idris) dan warna kuning itu dipilih, namun tidak ada pula dalam ucapan calon-calon yang bertanding menyentuh soal itu. Yang ada isu mahasiswa yang mahu kemudahan itu dan ini, dan isu-isu domestik. Keputusan pada Isnin lalu juga agak mengelirukan dan sedikit kabur. Selepas mengikuti laman sosial facebook dan berita yang dikatakan terkini dari upsikini.blogspot.com penulis cuba memahami jalur setiap calon yang bertanding. Daripada apa yang penulis baca dan amati, seolah-olah tiada satu pun kumpulan berhak mengatakan mereka paling layak menerajui kepimpinan MPP kali ini. Mahasiswa Pendidik bersama LMP katanya menang paling banyak namun tidak cukup majoriti. Mereka hanya berjaya menafikan majoriti 2/3 pihak lawan seperti episod dua sesi yang lalu, hanya menang 8 kerusi. Walau bagaimanapun, kebolehan individu mula menjadi pengukur dalam meletakkan calon terbaik dalam barisan hadapan MPP. Hal Ehwal Pelajar (HEP) katanya tak mahu masuk campur. Tapi biasalah, HEP memang begitu, katanya lain, buatnya lain. Nak bertanding perlu hadir kem katanya, sudahnya, tak hadir kem pun boleh bertanding. Itu biasa. Apapun, harapan mahasiswa memang menggunung untuk melihat perubahan sebenar. Pembaharuan dalam kepimpipinan MPP kali ini ditagih pengundi. Mahasiswa juga punyai waktu untuk tentukan siapa yang mereka mahu meneraju MPP kali ini. Bisa saja mereka bertemu semua calon yang menang dan nyatakan sokongan mereka secara terang. Tapi beranikah mahasiswa di UPSI ni? http://upsikini.blogspot.com/2011/02/mpp-upsi-siapa-teraju.html |
| Presiden PAS, Datuk Fauzi di Kerdau malam ini Posted: 23 Feb 2011 03:45 AM PST Harakahdaily TEMERLOH, 23 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ceramah di Kampung Teluk Sentang, Kerdau malam ini. Pegawai Media PAS Pahang, Hashim Abdullah berkata, ceramah bersama Presiden PAS itu adalah aktiviti biasa parti bagi memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap isu-isu semasa yang berlaku. Ini, katanya dengan harapan rakyat memperoleh kesedaran yang tinggi untuk melakukan perubahan sama ada dalam pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihan raya umum akan datang. Bersama Ustaz Abdul Hadi ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim. "Kami menyeru orang ramai terutamanya masyarakat setempat hadir beramai-ramai bagi mendapatkan penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlaku di samping dapat bersuai kenal dengan pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. |
| Dataran Merdeka lepas Dataran Tahrir? Posted: 23 Feb 2011 03:30 AM PST Amin Iskandar Revolusi rakyat di Mesir menggerunkan pemimpin-pemimpin kuku besi diseluruh dunia. Bagi gerakan prodemokrasi, ia merupakan satu suntikan semangat yang hebat untuk meneruskan perjuangan merebut demokrasi. Seperti yang dijangka, turunnya Hosni Mubarak dari takhta selepas berkuasa lebih 30 tahun akan mengoncang regim-regim kuku besi di Timur Tengah. Algeria, Bahrain, Libya, Iran dan Yaman berhadapan dengan demonstrasi demi demonstrasi. Gerakan prodemokrasi di Timur Tengah mendapat inspirasi dari kejayaan Mesir dan tidak mustahil berberapa regim akan tumbang tidak lama lagi. Kini, diktator-diktator yang disokong oleh Barat tidak lagi dapat tidur lena. Perkembangan internet memberikan peluang rakyat di seluruh dunia untuk menyaksikan sendiri revolusi Mesir. Al-Jazeera menjadi stesen televisyen yang popular kerana memberi liputan secara langsung revolusi rakyat di Mesir. Seluruh dunia juga dapat menyaksikan sikap hipokrit Barack Obama yang pada mulanya menyokong Hosni Mubarak dan kemudian beralih menyokong revolusi rakyat. Menurut Noam Chomsky, ini merupakan satu kebiasaan bagi dasar luar Amerika Syarikat. Satu ketika dahulu, Amerika Syarikat turut berada di belakang diktator-diktator seperti Ferdinand Marcos, Jean-Claude Duvalier, Chun Doo-hwan, Suharto dan ramai lagi yang berguna kepada mereka. Sokongan AS bukan jaminan Berbeza dengan situasi di Iran, awal-awal lagi Hillary Clinton sudah memberi sokongan kepada demonstran yang melawan kerajaan Iran. Seperti yang diketahui umum, semenjak revolusi 1979, hubungan Amerika Syarikat dan Iran sudah terputus. Revolusi di Mesir telah membuka mata ramai pihak, terutama sekali bagi pemerintah dan kerajaan yang menjadi boneka Amerika Syarikat. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat hanya akan terjadi selagi mereka menjaga kepentingan negara kuasa besar tersebut. Tidak ada kesetiaan dalam hubungan tersebut. Sokongan Amerika Syarikat akan beralih selepas mereka berjumpa dengan boneka baru. Hosni Mubarak adalah contoh terbaru mangsa yang dikhianati Amerika Syarikat. Diktator dan pimpinan negara yang sering berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat kini harus berfikir semula. Hubungan rapat dengan Amerika Syarikat kadangkala menjadi liabiliti dan mempercepatkan lagi kejatuhan sesuatu regim itu. Lebih baik dapatkan sokongan rakyat dari bergantung kepada sokongan kuasa besar yang hanya mahu menjaga kepentingan perniagaan semata-mata. Malaysia adalah negara yang amat berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Sewaktu perdana menteri dapat bertemu dengan Barack Obama dalam satu majlis di negara tersebut, berita tentang pertemuan tersebut dimainkan bertalu-talu dan dianggap sebagai sebuah kejayaan. Realitinya, Amerika Syarikat tidak terlalu fokus pada Malaysia berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Pertama, dalam peta, Malaysia tidaklah begitu besar berbanding dengan kedua negara jiran tersebut. Kedua, kepentingan perdagangan mereka sentiasa terjaga di Malaysia. Ketiga, kedua-dua BNd an Pakatan Rakyat mempunyai dasar mesra kepada Amerika Syarikat dan ekonomi neoliberal. Demokrasi Tunku seperti langit Di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, rakyat Malaysia antara yang seronok apabila regim Hosni Mubarak tumbang. Puji-pujian dari warga Twitter dan Facebook diberikan kepada rakyat Mesir yang berjaya menurunkan seorang pemerintah kuku besi dari tampuk kuasa. protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan demonstrasi seperti di Mesir berlaku di Malaysia. Sebenarnya, jika perdana menteri benar-benar tidak mahukan revolusi rakyat ala Mesir berlaku di Malaysia, langkah segera yang perlu beliau lakukan adalah menggunakan segala kuasa yang ada pada perdana menteri Malaysia untuk membuka ruang demokrasi. Demokrasi yang ada di Malaysia pada hari ini terlalu sempit dan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. Jika kita bandingkan demokrasi yang ada pada hari ini berbanding dengan demokrasi pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ia seperti langit dengan bumi. Baru-baru ini kita menyaksikan bagaimana demokrasi di kampus-kampus turut dikongkong. Sebagai respons, mahasiswa di beberapa universiti seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia bangkit membantah tindakan pentadbiran kampus? Yang menyedihkan lagi, anak-anak mahasiswa yang seharusnya melatih diri untuk berdemokrasi hanya diberikan masa tiga hari untuk berkempen. Itupun pada hari hujung minggu di mana kebanyakkan mahasiswa tidak berada di kampus. Apakah ini contoh demokrasi yang diajarkan kepada mahasiswa oleh pemerintah kampus? Penutupan ruang demokrasi dan menggunakan kekerasan terhadap bantahan dan kritikan akan mengundang tindakn balas keras? Mubarak tutup internet Baru-baru ini saya turut bersama dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur bagi menyokong perjuangan rakyat di Mesir. Pelik dan hairan apabila menyaksikan gas pemedih mata turut disembur kepada demonstran. Semenjak berkecimpung dengan permasalahan demokrasi dan demonstrasi, seingat saya, jarang kekerasan dilakukan apabila demonstrasi isu-isu antabangsa. Kebiasaannya, demonstrasi isu-isu antarabangsa akan berakhir dengan aman dan tanpa penangkapan. Dalam demonstrasi menyokong perjuangan rakyat Mesir baru-baru ini, kita dapat saksikan gas pemedih mata disembur dan penangkapan dilakukan. Sudah sampai masanya kebebasan bersuara dan demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Biarkan rakyat merasakan nikmat demokrasi sebelum keadaan menjadi lebih parah. Baru-baru ini terdapat usaha dari pemerintah untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ke ruangan internet. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian. Menteri berkenaan bagaimanapun menafikannya selepas itu. Jika ini berlaku, demokrasi internet akan turut dirampas. Pada ketika itu, ruang demokrasi yang sedia sempit akan menjadi semakin sempit. Hosni Mubarak juga menutup ruangan internet sebelum dia dihumban keluar dari pemerintahan. Jika ini dibenarkan berlaku, tidak mustahil apa yang berlaku di Dataran Tahrir di Mesir akan berulang di Dataran Merdeka. Revolusi Mesir seharusnya memberi pengajaran dan bukannya menyebabkan kita terus menerus hidup dalam penafian seperti apa yang berlaku kepada berberapa orang ahli politik dan berberapa pihak yang begitu marah apabila Revolusi Mesir dikaitkan dengan Malaysia! |
| Tsu Koon layak menteri 'perpecahan' Posted: 23 Feb 2011 03:15 AM PST Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menarik balik kenyataan berhubung portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam. "Kalau tidak tarik balik, saya cabar beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, hari ini. Katanya, kenyataan Tsu Koon mengenai portfolio baru yang diwujudkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu adalah tidak berasas. Justeru, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Tsu Koon tidak layak diberi tanggungjawab portfolio perpaduan dan prestasi di Jabatan Perdana Menteri kerana kenyataan membawa perpecahan. "Kenyataan Tsu Koon itu tidak layak keluar dari menteri (portfolio perpaduan) tetapi layak sebagai menteri perpecahan," ujarnya. Tsu Koon menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam hanya untuk mencari publisiti. |
| 'Darah Muda' bisa menggoncang Mesir , bagaimana pula Malaysia ? Posted: 23 Feb 2011 03:00 AM PST Oleh INTAN ABDULLAH Pilihan raya kampus pada kali ini lahir di kancah amarah dan emosi anak muda dijentik dan dicabar di serata dunia. Ketika generasi penentu masa depan dunia sedang bangkit di Tunisia dan Mesir yang gagah menumbangkan rejim diktator yang menguasai negara mereka berabad-abad lamanya, lanskap dalam negara pula menanti kebangkitan golongan muda untuk melakukan suatu perubahan Dengan keadaan pilihan raya kecil yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, yang kini masuk kali ke 16 diadakan sejak pilihan raya umum pada 2008 lalu, sesuatu sedang berlaku 'di dalam' percaturan sang pencipta yang perlu difikirkan oleh generasi muda yang tinggal di negara 1 Malaysia. Secara tiba-tiba Pilihan Raya Kampus pula muncul di tengah-tengah kegawatan ini terjadi. Malah apabila ada yang cuba mengaitkan kebangkitan anak muda di negara-negara Asia Barat dengan senario di Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula meningkah dan tegas menafikannya. Namun tindakan anggota keselamatan pada Perhimpunan Anti-Mubarak di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyokong rakyat Mesir, membuatkan ada yang bersangka buruk pada pihak pemerintah. Maka tidak hairanlah jika ada menyamakan tindakan anggota keselamatan di negara ini seumpama tindakan pihak keselamatan di Mesir yang bertindak menurut arahan Amerika Syarikat dan Israel. Lembaran PRK sesi 2011/2012 ini dibuka dengan kemenangan percuma di Unisel dan 13 kerusi tanpa bertanding di kubu kuat Pro Mahasiswa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Namun di kampus-kampus lain khususnya yang terletak di Lembah Klang, pelbagai tentangan dan cabaran terpaksa ditempuhi kumpulan aktivis mahasiswa ini. Di Universiti Putra Malaysia (UPM), ia dimulai dengan peraturan baru yang menghalang anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pengurangan kerusi umum dan pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi. Malah dalam proses pendaftaran untuk penamaan calon turut mengalami pelbagai masalah apabila server down dan kehilangan maklumat atas talian memandangkan segala permohonan dibuat secara online. Lebih teruk lagi, hari penamaan calon pula merupakan tempoh bagi mahasiswa menghadapi peperiksaan yang menyukarkan mereka menghadirkan diri pada proses penamaan tersebut. Situasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berbeza apabila calon hanya dibenarkan menjalankan aktiviti kempen yang hanya tinggal tiga hari termasuk cuti hujung minggu yang pada kebiasaannya dihabiskan oleh mahasiswa untuk pulang ke kampung atau keluar dari kampus. Masalah timbul apabila peraturan menghalang penggunaan laman sosial seperti Facebook untuk tujuan kempen sehingga menyukarkan mereka untuk menyampaikan maklumat kepada mahasiswa. Namun keadaan yang lebih mengejutkan berlaku di Universiti Malaya (UM), apabila pihak keselamatan menghalang sidang media Pro Mahasiswa dengan pihak keselamatan cuba menutup mulut jurucakap Pro M UM. Malah pelbagai bentuk intimidasi dan tindakan dikenakan kepada pihak Pro M oleh pihak lawan iaitu Aspirasi atau lebih dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa serta tindakan dan halangan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Rohana Yusof terhadap aktiviti yang dijalankan Pro M. Ini termasuklah sekatan dan tindakan menghalau Pro M untuk menjalankan aktiviti ziarah kolej yang mendapat halangan daripada pihak TNC HEPA sendiri. Buat kali pertamanya, segala urusan pada PRK UM kali ini dijalankan menggunakan sistem atas talian atau online, iaitu e-penamaan, e-bantah, e-rayu dan e-voting. Bagi kubu kuat Pro M pula, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengalami pertambahan bilangan kerusi di Kuliyyah Pendidikan serta tempoh masa kempen yang hanya boleh dimulakan sehari selepas penamaan calon dijalankan. Mereka telah berjaya memperolehi 13 kerusi percuma daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. Sementara itu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pihak pentadbiran universiti kali ini membenarkan pelajar sarjana mengundi dalam pilihan raya kampus. Tahun lalu, mereka (pelajar ijazah sarjana) tidak dibenarkan mengundi tetapi pada kali ini mereka dibenarkan mengundi tetapi tidak boleh menjadi calon. Manakala, di kampus induknya, Skudai pula terdapat perubahan dalam Buku Syarat dan Peraturan Pilihanraya Kampus MPMUTM yang dikeluarkan sempena Pilihanraya Kampus UTM 2010/2011, di bawah topik '6.0 Peraturan Kempen Pemilihan MPM' bernombor 6.1.7 ada menyatakan klausa berikut. 'Berkempen melalui atau menggunakan Persatuan yang di bawah penyeliaan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa adalah dilarang.' peru bahan peraturan tersebut membawa maksud universiti membenarkan mahasiswa bertanding secara berkumpulan, asalkan tidak menggunakan mana-mana persatuan atau kelab yang bernaung di bawah Hema (Hal Ehwal Mahasiswa) sebagai platform untuk bertanding. Manakala di Universiti Sains Malaysia (USM) pula, didapati terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa "ada mendengar ura-ura" satu kerusi akan diperuntukkan kepada pelajar Ijazah Sarjana untuk dipertandingkan. Bagaimanapun ura-ura tersebut masih dalam pertimbangan Dewan Senat USM dan "sebelum ini tidak ada pelajar Sarjana yang mengundi dan menjadi calon" dalam pilihan raya kampus berkenaan. Apapun juga yang bakal berlaku pada pilihan raya kampus kali ini, rakyat di luar yang mendengar dan memerhatikan perkembangan menerusi media massa tetap menantikan 'sesuatu' daripada kampus memandangkan golongan mahasiswa ini pernah dinobatkan sebagai 'jurubicara masyarakat' suatu ketika dahulu. Jika 'darah muda' bisa menggoncang Mesir dan Tunisia, serta negara-negara Asia Barat lain, bagaimana pula dengan Malaysia? - begitulah persoalan yang bermain-main di kotak minda rakyat di negara ini. |
| Bahaya terlalu lama memberi kuasa kepada BN Posted: 23 Feb 2011 02:30 AM PST Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Para pelajar Malaysia yang balik dari Mesir menceritakan bahawa sepanjang perjalanan pulang ke tanahair, mereka diasak dengan pelbagai dakyah oleh Umno yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mereka diingatkan bahawa duit tambang itu adalah sumbangan ikhlas kerajaan BN seolah-olah ianya duit yang diambil dari tabung Umno dan bukannya duit cukai terkumpul yang dikutip dari rakyat jelata. Apa yang paling menyemakkan pemikiran para pelajar di saat genting tersebut ialah ada juhalak Umno yang berkempen memburukkan PAS, termasuk menghentam kerjasama dengan DAP yang kononnya sebuah parti anti Islam dan Melayu. Mereka terbang beribu batu menghantar orang politik ke sana, bukan ikhlas membantu sebaliknya mahu mencari keuntungan politik di saat para pelajar di himpit kesukaran. Ia mengingatkan kita akan kisah Iblis yang datang menyesatkan manusia di ambang sakratulmaut. Mengikut cerita tok-tok guru, Iblis akan menyamar sebagai ibu kepada insan yang sedang nazak itu. Di saat manusia yang bakal tercabut roh dari jasad itu kehausan yang teramat sangat, maka si Iblis itu merayu supaya orang itu mensyirikkan Allah bagi membolehkan dia memberi air minuman. Di saat senang atau genting kumpulan manusia bernama Umno ini akan terus menggunakan kesempatan untuk menyebarkan propaganda mereka. Apa kena mengena isu kerjasama PAS-DAP dengan para pelajar yang pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu. Di tanahair mereka jugalah yang beriya-iya sangat meminta pelajar supaya menjauhi politik tapi di luar negeri Umno menggunakan lidah keduanya bagi dijelirkan untuk membelit pemikiran para pelajar. Kejatuhan Hosni Mubarak dan para diktator Arab sebenarnya amat menakutkan BN. Reaksi awal Datuk Seri Najib ialah, suasana di Mesir adalah berbeza dengan Malaysia. Dia memberi amaran supaya rakyat Malaysia menjauhi demonstrasi jalanan. "Sebenarnya amaran itu tidak perlu dibuat (Najib) kerana kalau ada demokrasi (di Malaysia) maka tak akan berlaku seperti di Mesir," jawab Mohamad Sabu. Memang betul suasana di Mesir, Tunisia dan lain-lain negara Arab tidak sama dengan Malaysia, tetapi terdapat juga beberapa persamaan yang sangat ketara. Antaranya tiada kebebasan media, kebebasan berhimpun dan manipulasi undi dalam pilihanraya. Persamaan yang sangat besar antara rejim diktator Arab dengan Malaysia ialah mereka memerintah negara dalam tempoh yang sangat lama, masing-masing melebihi 20 tahun. Bagaimanapun tidak ada antara para diktator tersebut yang mencipta rekod memerintah negara lebih separuh abad berturut-turut seperti BN di Malaysia. Rekod masih dipegang oleh BN. Tun Dr. Mahathir semasa berkuasanya, pernah melahirkan 'kehairanan' kerana BN adalah satu-satunya parti yang berkuasa sejak merdeka, tidak pernah kalah. "Semua parti politik yang menuntut kemerdekaan pernah mengalami kekalahan," katanya dalam satu perhimpunan agung Umno. Memerintah terlalu lama bukan satu kesalahan atau kesilapan, tetapi memerintah terlalu lama boleh membuka ruang terhadap parti yang berkuasa itu melakukan kesalahan atau kesilapan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perihal negara kehilangan RM888 bilion dalam sembilan tahun. Menurutnya tahun 2000 sahaja, sejumlah USD28 bilion wang dibawa keluar negara, manakala tahun 2008, jumlah naik sehingga 33 peratus iaitu USD68 bilion. Laporan tersebut dibuat oleh GFI iaitu sebuah badan pemerhati kewangan. Mereka mendefinasikan sebagai wang dari aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan dan pengecualian cukai. Jika pendedahan yang sama berlaku di Barat ia mungkin mengambil masa sebulan untuk sesebuah kerajaan tumbang, setahun jika berlaku di India, dua puluh tahun jika berlaku di negara Arab, maka apakah Malaysia perlu mengambil masa 100 tahun untuk rakyat faham bahawa pemerintah yang ada adalah pengkhianat sebenar kepada khazanah kekayaan negara? Lagi bahayanya sesebuah kerajaan berkuasa terlalu lama tanpa bertukar teraju ialah, ia akan mewujudkan rakyat yang berpemikiran songsang. Dalam dunia demokrasi tulen, parti yang sedang berkuasa takut kepada suara rakyat kerana kemarahan rakyat akan diterjemahkan dalam peti undi. Tetapi akibat terlalu lama berkuasa kononnya atas platform demokrasi maka pemikiran umum rakyat jadi songsang, iaitu mereka yang takutkan pemerintah. Situasi ini berlaku di Malaysia. Kakitangan awam kerajaan boleh dihimpun untuk dipaksa menyokong BN dalam pilihanraya. Ada yang terketar-ketar kerana diugut akan diambil tindakan jika menghadiri program parti pembangkang. Undi pos sentiasa memihak kepada BN. Bahaya terlalu lama memerintah juga ialah, parti yang berkuasa merasakan segala jentera kerajaan dan khazanah kekayaan negara adalah hak milik mereka. Pembangkang puas mengkritik BN guna jentera dan wang ringgit kerajaan berkempen untuk parti politik mereka, tetapi mereka tidak dapat untuk merasai bahawa perbuatan itu bersalah sebab sudah terlalu lama melakukan kerja tidak bermoral itu. Ketirisan wang di Malaysia adalah jauh lebih besar dari bajet RM19 bilion yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga. Ketirisan berpunca dari rasuah. Semua projek raksasa dalam negara harganya jauh lebih tinggi dari harga sepatutnya. Begitu juga dengan pembelian peralatan canggih. Misalnya pembelian kapal pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs TLDM, dibeli dengan harga RM6 bilion lebih tinggi berbanding jika dibeli oleh negara lain yang lebih kaya dari Malaysia. Menjadi amalan kepada semua pegawai tertinggi polis, kastam atau lain-lain pihak berkuasa supaya tidak bertugas di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama. Amalan itu betul. Sekalipun ia tidak dapat menghapuskan rasuah seratus peratus tetapi ia dipercayai dapat menyempitkan ruang berlakunya rasuah. Maka demikianlah parti politik yang memerintah. Banyak bahayanya akibat dikekalkan berkuasa terlalu lama. Antara tujuan pilihanraya di negara ini ialah untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Mereka berhak tukar penerajunya setiap kali pilihanraya umum. Pilihanraya bukannya untuk mengekalkan mandat kepada BN sampai kiamat. http://warta-utara.blogspot.com/ |
| Pertemuan Peminjam PTPTN & MARA Posted: 23 Feb 2011 02:15 AM PST Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pusat 23 hb Februari 2011 Pemuda PAS Pusat amat perihatin dengan nasib 1.7 juta peminjam PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional) yang mengalamai masalah pembayaran balik pinjaman mereka akibat daripada masalah kemelesetan ekonomi negara. Terdapat 191,262 orang peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu. PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% . Ini amat membebankan peminjam. Jumlah pinjaman mereka meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka. Dalam masa yang sama peminjam-peminjam MARA juga menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik jumlah pinjaman yang terlalu besar sehingga RM80 ribu. Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut. Pemuda PAS Pusat merasa bertanggungjawab untuk mendengar rintihan daripada mereka. Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Pusat menyediakan ruang untuk mereka meluahkan perasaan dalam Program Pertemuan Peminjam PTPTN dan MARA pada hari sabtu 26hb Februari 2011 jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh , Pahang. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat(PR) akan turut sama mendengar rintihan mereka. Semua pandang mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Semua peminjam PTPTN dan MARA di jemput hadir. SUHAIZAN BIN KAYAT KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT |
| Putrajaya tak mampu hantar pelajar balik ke Mesir? Posted: 23 Feb 2011 02:00 AM PST Oleh Haji Abdul Subky Latif Sekalipun lambat bertindak tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak masih boleh dipuji kerana berjaya membawa pulang ribuan pelajar dari Mesir ketika negara di tengah huruhara bagi menggulingkan regim Hosni Mubarak. Entah di mana para pelajar itu dapat tidak diketahui tetapi mereka boleh turun di lapangan terbang KLIA dengan sepanduk TERIMA KASIH PM. Untuk mendapat barang keperluan pun susah, tetapi mereka dapat kemudahan membawa balik sepanduk TERIMA KASIH PM.Ibu bapa khususnya berasa lega dan rakyat seluruhnya berasa aman. Apabila keadaan mulai reda, sudah boleh masing-masing berkira untuk kembali semula ke kampus bagi meneruskan pelajaran dan bagi menyelesaikan yang tidak sempat diselesaikan. Tetapi hendak balik semula dengan apa? Kerajaan yang mengambil mereka pulang dulu sudah enggan mengambil tanggungjawab untuk menghantar mereka semua ke Mesir. Adakah kerajaan pusat berlepas tangan atau kerajaan sudah tidak mampu? Kemungkinan kedua-duanya ada. Memandangkan mewah dan borosnya kerajaan berbelanja, seolah-olah kerajaan banyak duit lebih. Tetapi orang juga banyak mendengar perkhabaran kerajaan tidak cukup duit hingga banyak tuntutan pegawai kerja lebih masa atau bertugas di luar kawasan lambat atau belum dibayar. Menteri Pelajaran menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak bermasalah dengan duit. Dia mengumumkan berbagai insentif kepada guru dan sekolah. Beribu-ribu guru besar diumumkan akan diberi bonus beribu ringgit setiap orang kerana prestasi yang cemerlang. Ketika berada di pedalaman Sabah dan Sarawak dia mengumumkan untuk menggantikan sejumlah besar sekolah lama dengan sekolah baru yang serba lengkap. Semua itu baik tetapi gerun mendengar betapa murahnya kerajaan berbelanja untuk kemajuan pendidikan. Tiba-tiba Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sekeluarga yang terkenal juga sebagai orang mudah berbelanja besar dan tidak takut untuk menggunakan duit kerajaan berlepas tangan terhadap para pelajar yang sepatutnya mulai bersiapa sedia untuk pulang ke Mesir. Setiausaha Politiknya yang banyak mengumumkan tentang usaha membawa pulang pelajar-pelajar itu dulu, mengumumkan kerajaan akan menanggung penghantaran mereka semula ke Mesir. Terserahlah kepada ibu bapa dan mana-mana pihak selain dari kerajaan pusat mengambil tanggungjawab itu. Maka gelabahlah ibu bapa yang tidak cukup pendapatan. Ada seorang Melayu yang menyertai parti kaum India sukutu Barian Nasional (BN) kerana kuat semangatnya menyokong kerajaan pusat telah mencabar PAS dan kerajaan selain BN supaya mengambil tanggungjawab menghantar mereka balik ke Mesir. Maka mulai satu demi satu kerajaan negeri cuba menyelamatkan kerajaan pusat, mengambil tanggungjawab tentang kepulangan semula mereka ke Mesir. Kerajaan BN Melaka dan Pahang yang berada di ambang pilihan raya kecil menyanggupi beban yang dilepaskan oleh kerajaan pusat itu. Ia berita baik buat ibu bapa dan bolehlah sekali lagi bersyukur dan berterima kasih pula kepada kerajaan-kerajaan negeri. Tentulah mereka boleh memalukan Perdana Menteri kalau membawa semula sepanduk TERIMA KASIH PM ke dalam pesawat atas tindakan yang bukan datang dari PM. Tindakan kerajaan-kerajaan negeri itu adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Apa sebab kerajaan pusat enggan mengambil tanggungjawab itu? Pertama ia mahu berlepas tangan kerana sebahagian besar dari mereka adalah penuntut agama. Kerajaan pusat terutama di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad agak anti kepada pendidikan agama. Lulusan agama banyak memberi beban kepada kerajaan. Kelulusan mereka tidak laris dalam pasaran pekerjaan. Mereka berpotensi menjadi penganggur dan tidak membantu menyuburkan modal insan. Kerajaan lebih suka kalau mereka ke sekolah yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan. Kedua sebahagian besar dari lulusan agama itu memenuhi keperluan PAS iaitu mereka bakal menjadi pemimpin dan penyokong PAS. Bahkan yang mengambil bidang selain agama, dengan angin Timur Tengah itu mudah memenuhi pasaran PAS. Pelajar-pelajar ini balik nanti akan menentang Umno dan kerajaan. Ketika mengambil mereka pulang dulu, kononnya kerajaan tidak mengambil kira politik. Anak orang PAS, anak orang PKR terpaksa dibawa pulang. Walaupun mereka turun pesawat dengan sepanduk memuji Perdana Menteri, tetapi mereka tidak boleh dipercaya sangat. Tetapi untuk menghantar semua ke Mesir, perhitungan politik mula diambil kira. Kemungkinan ketiganya ialah kerajaan Putrajaya tidak mampu menanggung beban yang mereka tidak rancang. Kerajaan terlalu murah berbelanja dan terlalu mewah, maka mengapa tidak mampu menanggung penghantaran semua mereka ke sana? Mewah dan boros itu boleh menjadi bukti kemampuan. Tetapi mewah dan boros itu juga punca kekeringan duit. Belanja tidak berkira menyebabkan habis duit. Menjelang PRU 13 ini kerajaan akan berbelanja apa saja bagi memastikan kemenangan dan mahu memastikan apa yang hilang dalam PRU 12 dapat dirampas semula. Tidak mahu berbelanja atas pemergian semula pelajar itu boleh mengurang harapan sokongan dari rakyat khususnya keluarga pelajar-pelajar itu sendiri. Kalau kerajaan ada duit, dia tidak berkira kerana ia boleh memenangi hati rakyat. Kerajaan tahu peluang sokongan itu boleh diusahakan. Tetapi kerajaan pusat tidak menyanggupi keperluan itu, ia adalah tanda ia sudah tidak mampu. Apa hendak dikata kerana masa hendak pullang ke Mesir, kerajaan tidak cukup duit? Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan