Muslimeen United |
- Sapa Kata TUN Mahadet hebat..??
- Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
- Zairil Khir dilantik setiausaha politik Guan Eng
- Pantang Lepa - Treler Beras Terbalik, Pesta Kaut Beras Di Lebuhraya
- UPM tarik balik pembatalan kemenangan calon pro-M
- Banyak cara selesai kemelut, bukan guna peluru
- Mintalah sungai pun nescaya akan dapat
- Kerdau 'medan tempur' terakhir sebelum PRU .
- Laman web 2Malaysia bakal peningkan Najib
- MPKB-BRI Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pelanggan
- [Bergambar] Gempabumi di New Zealand
- Kisah Isa & Al Quran Menjadi Jambatan Abdulhadi Menuju Islam
- Pemilihan 'Penasihat Agama MB' Jadi Calon, Satu Strategi Silap Yang Bakal Memerangkap Sokongan Rakyat Terhadap BN Di DUN Kerdau Sebenarnya !
- Gadaffi semakin kejam di Libya
| Sapa Kata TUN Mahadet hebat..?? Posted: 23 Feb 2011 01:53 AM PST Senarai Panjang, 22 Tahun Dr Mahathir Memerintah Oleh Tun Telanai Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah. Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam 'Operasi Lalang 1987' dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah. Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri : 1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas. "NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA" |
| Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan Posted: 23 Feb 2011 01:50 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama "Parti Kebebasan dan Keadilan" atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
|
| Zairil Khir dilantik setiausaha politik Guan Eng Posted: 23 Feb 2011 01:49 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 23 Feb: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai setiausaha politiknya. "Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini. Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur. Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia. "Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya. Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Joha. |
| Pantang Lepa - Treler Beras Terbalik, Pesta Kaut Beras Di Lebuhraya Posted: 23 Feb 2011 01:42 AM PST
Kuala Kubu Baru - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir. Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing. -kosmo |
| UPM tarik balik pembatalan kemenangan calon pro-M Posted: 23 Feb 2011 01:41 AM PST Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi. Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin. Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan. Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin. Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian. Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin. Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011. Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal. "Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya. Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.-M'kini |
| Banyak cara selesai kemelut, bukan guna peluru Posted: 23 Feb 2011 01:36 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Libya bagi membantah kekejaman pemerintah negara itu membunuh rakyat sendiri berdemonstrasi anti kerajaan.
Memorandum diserahkan kepada wakil kedutaan itu kira-kira jam 11.05 pagi di hadapan pintu masuk ke bangunan itu dengan dikawal anggota FRU. Azman pada sidang media selepas itu berkata, pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi. "Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa sedih dengan kematian begitu ramai rakyat Libya akibat tindakan kerajaan mereka yang penyelesaian menggunakan cara keras. "Kita yakin banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan kemelut politik Libya selain menggunakan senjata api, peluru dan darah kepada rakyat negara itu," katanya. Beliau turut menyifatkan kenyataan Gaddafi yang tidak akan tunduk kepada desakan rakyat dan sanggup membunuh peserta demonstrasi sebagai kenyataaan angkung dan sombong pemimpin itu. Pada masa sama, satu kumpulan rakyat Libya turut mengadakan bantahan di luar bangunan kedutaan. Kumpulan terdiri dari 100 orang itu melaungkan selogan 'Free Libya', 'Down Gaddafi', 'Gaddafi Go To Hell' sambil membawa gambar rakyat mereka yang terkorban dan pelbagai sepanduk menghentam kekejaman kerajaan negara mereka itu. Sehingga hari ini dilaporkan lebih 500 orang telah terbunuh dalam bantahan anti kerajaan di negara itu. Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan anti kerajaan bertembung dengan kumpulan pro kerajaan.
Turut difahamkan, angka kematian akan terus meningkat ekoran tindakan kerajaan itu yang menggunakan bom dan peluru yang dilepaskan dari helikopter ke atas himpunan. Gaddafi ketika bercakap di televisyen semalam menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sementara itu, PAS akan mengadakan himpunan aman di kedutaan sama selepas solat Jumaat, 25 Februari ini. Himpunan anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama beberapa NGO itu akan diketuai Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu dan beberapa kepimpinan lain. -Hrkh |
| Mintalah sungai pun nescaya akan dapat Posted: 22 Feb 2011 07:50 PM PST TEMERLOH, 23 Feb: PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang. "Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini. Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini. "Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang. "Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini. Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini. Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN. Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau. "Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini. "Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang. "Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir. Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya. "Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara. "Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap. "Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim. Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya. "Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau. -Hrkh |
| Kerdau 'medan tempur' terakhir sebelum PRU . Posted: 22 Feb 2011 06:51 PM PST Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PRK Kerdau adalah amat penting sebagai medan latihan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 akan datang. "apa saja kaedah yang ada pada petugas Terengganu yang boleh digunakan, apa sahaja idea dan strategi pastikan (gunakanlah) untuk kemenangan calon kita disini," katanya ketika memberikan taklimat di Desa Murni disini, Selasa 22 Februari. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang menyifatkan Kerdau sebagai 'medan tempur' terakhir menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka berlaku pada masa terdekat. Seramai 20 petugas dari PAS Kawasan Marang dan 10 petugas dari PAS Kawasan Besut berada di kawasan PRK Kerdau bagi memulakan tugas awal kempen pilihanraya. Turut hadir adalah Penolong Setiasaha, Haji Hanafiah Mat, Pengarah Pilihanraya, Ariffin Deraman dan Ahli Jawatankuasa PAS Marang, Cikgu Mohamad Draman. Calon PAS yang akan bertanding pada PRK Kerdai dijangka diumumkan esok, 24 Februari di Markaz Besar pilihanraya, Darul Hikmah, Kerdau, oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. -BO |
| Laman web 2Malaysia bakal peningkan Najib Posted: 22 Feb 2011 04:50 PM PST
Antara poster awal yang dimasukkan Ariff dalam laman itu adalah poster runtuhnya bangunan Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang Ariff lakarkan ia sebagai 'pencapaian diutamakan'. Turut dimuatkan Ariff dalam laman 2Malaysia beliau adalah parodi kepada 1Malaysia Najib dengan peranan yang dimainkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia. |
| MPKB-BRI Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pelanggan Posted: 22 Feb 2011 04:45 PM PST ![]() Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) melarang kedai-kedai makan dan restoran menyediakan shisha untuk menarik pelanggannya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan hukum mengenai pengharaman penggunaannya. Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein berkata peraturan itu tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil MPKB. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memperhebatkan gerakan membanteras penyediaan shisha di tempat-tempat berkenaan. "Kita tetap tidak benarkan mana-mana restoran dan kedai makan di kawasan MPKB menyediakan shisha kepada pelanggan-pelanggannya," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Beliau diminta mengulas rungutan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa itu menjalankan operasi merampas peralatan itu di restoran sejak kebelakangan ini. Laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan sebuah makmal Kebangsaannya baru-baru ini menyebut shisha melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok. Menghisap shisha dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap 102 batang rokok dan asap yang terhasil dari shisha merupakan sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe. Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan lagi hukum penggunaan shisha di negara ini. Katanya, pihak berkuasa agama Islam negeri ini belum membuat sebarang keputusan dan pendirian tentang hukum berhubung pengguna bahan itu. "Oleh kerana isu penggunaan bahan itu melibatkan isu nasional, kita sedang menunggu keputusan mengenainya yang akan dibuat menerusi muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. "Ini untuk mengelakkan percanggahan pendapat yang boleh mengundang kekeliruan di kalangan umat Islam," katanya. Majlis Fatwa Kebangsaan turut dianggota semua mufti negeri, termasuk Kelantan. -Bernama |
| [Bergambar] Gempabumi di New Zealand Posted: 22 Feb 2011 04:43 PM PST |
| Kisah Isa & Al Quran Menjadi Jambatan Abdulhadi Menuju Islam Posted: 22 Feb 2011 04:40 PM PST
Abdulhadi, 23 tahun, dibesarkan dalam ajaran Katholik. Orangtuanya berdarah Poland, negara di mana, menurut penuturannya, Katholik adalah agama utama dan ajarannya menjadi praktik hidup keseharian warganya."Saya diajari berdoa sejak kecil dan dibaptis dalam gereja," tuturnya. "Saat itu sangat menyenangkan," aku Abdulhadi. Namun ketika masuk usia remaja, ia merasa agama tak ada lagi berarti. "Kosong, saya juga meragukan semua eksistensi," ungkap Abdulhadi. Ia gelisah. Banyak pertanyaan muncul di benaknya, seperti dari mana ia berasal dan mengapa ia hidup. "Tapi saya tidak menemukan jawaban." ujarnya. Saat pencarian itu ia mengaku mengalami keadaan sulit yang ia analogikan sebagai tamparan keras. "Tiga hingga empat kali saya ditampar dan itu sangat menyakitkan," tuturnya tanpa mahu menceritakan detail kisah sulitnya. Saat kian gelisah ia bertemu seorang teman. Temannya beragama Islam. "Ia tak mengatakan apa-apa pada saya, hanya mengajak saya untuk menjauhi keburukan," ungkapnya. Ajakan itu ia pandang masuk akal. Saat mulai hidup teratur ia kembali tenang, ketika itu pulalah Abdulhadi mengingat Tuhan lagi. Selama ini ia selalu menyimpan sebuah injil di rak buku. Mengetahui itu teman Muslimnya tadi berkata, "Kalau kamu punya injil seharusnya kamu punya Al Qur'an pula." Terganggu dengan ucapan itu Abdulhadi pun terdorong untuk mempelajari injil yang ia miliki. "Terus terang saya berkata pada diri sendiri bahwa kalau saya harusnya menyelidiki dan mempelajari agama saya dulu pertama kali," ungkapnya. Ketika ia selesai membaca injil ia pun mulai membandingkan kitab tersebut dengan Al Qur'an. Dalam proses itu ia menemukan Jesus sebagai jembatan, kerana ternyata Jesus pun disebut dalam kitab suci Agama Islam itu, sebagai Isa. "Itulah yang mendorong saya untuk tahu lebih lanjut," ujarnya. Abdulhadi pun mulai membaca setiap kalimat dalam Al Qur'an. Saat membaca ia merasa hairan sekaligus takjub. "Buku ini luar biasa saya sungguh tidak menemukan keraguan terhadap satu pun kalimat di dalamnya," ujarnya. "Ketika kita membaca buku lain, filsafat, saya masih menemukan ada sesuatu yang meragukan, tapi tidak di Al Qur'an" kata Abdulhadi. "Ini sungguh kitab kebenaran." Saat timbul pemikiran itu ia pun membisikkan harapan ke dalam benaknya ingin menjadi seorang Muslim. "Benar-benar karena membaca Al Qur'an tak ada penyebab utama lain, namun keinginan hati saya begitu kuat untuk memeluk Islam." Abdulhadi memeluk Islam pada 2005 lalu. Ia mengaku telah menjalani Ramadhannya yang ke-7. "Saya kira setiap orang harus mempelajari benar-benar agama yang mereka anut," ujarnya. Ucapan Abdulhadi mengacu pada teman-teman Muslim lain yang ia jumpai banyak pula yang tak melaksankan ajaran dan beribadah sesuai perintah agama. "Ini mengingatkan saya ketika remaja dulu. Sebagai pemeluk Katholik saya pun tak jarang beribadah." ujarnya. Abdulhadi memandang setiap orang pada intinya memiliki kecenderunga jiwa yang sama, baik ia menganut Hindu, Budha atau agama Nasrani. "Mereka pasti memiliki pertanyaan mendasar, mengapa kita diciptakan di muka bumi," kata Abdulhadi. "Resepinya sederhana saja, carilah dan mulailah dari keyakinan yang kita peluk. Pada akhirnya perilaku kita pun akan berubah,' ujarnya. Ia juga menekankan bagi mereka yang mencuba mencari jawaban dalam hidup agar tidak menutup diri dari mempelajari keyakinan lain. "Seperti yang telah saya lakukan. Siapa yang mencari pasti akan menemukan jawabannya. Nanti kita akan dituntun untuk menemukan bahwa Islam adalah agama yang mampu menjawab semua pertanyaan." ujarnya penuh keyakinan. |
| Posted: 22 Feb 2011 04:36 PM PST Penyokong UMNO BN nampak begitu seronok dengan pemilihan Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini. Kononnya pemilihan tersebut amat bertepatan sekali untuk membuktikan UMNO pun tidak ketandusan pemimpin agama yang berkaliber untuk menjadi wakil rakyat mereka. Malah mereka berbangga kerana Syed Ibrahim katanya seroang tokoh agama yang cukup disegani dan sering menyampaikan ceramah agam serta tazkirah di beberapa buah masjid sekitar DUN Kerdau sebelum ini.Beliau juga dikatakan sering muncul dalam rancangan-rancangan agama di RTM Pahang sebelum ini. Malah, kata mereka calon tersebut adalah lulusan Al-Azhar Mesir yang sudah pasti mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup tinggi. Soalnya, pernahkah mereka siasat apakah yang dibuat oleh beliau ketika "gagal menamatkan pengajian" dan berhijrah ke Hadramaut, Yaman suatu ketika dulu. Sedangkan, kawasan itu cukup dikenali sebagai pusat tarbiyah "puak-puak pularisme Islam" di bumi Arab. Maka, apakah yang dilakukan oleh Syed Ibrahim di sana agaknya?. Apakah beliau belajar agama, atau mempelajari sesuatu ilmu yang bakal merosakkan agama. Ini kerana, jika dilihat kepada perwatakan dan pengetahuan agama yang dimilikinya masakan Syed Ibrahim boleh terjerumus ke dalam parti UMNO yang ternyata berfahaman nasionalisme dan sekular itu?. Inilah yang perlu dikaji dan difikirkan oleh rakyat terutamanya para pengundi Islam di kawasan DUN Kerdau sebenarnya. Nasihat MB Dulu Jangan Tunjukkan Isyarat Lucah Sebenarnya, rakyat Pahang terutamanya umat Islam tidak faham apakah tugas beliau sebagai Penasihat Agama MB Pahang itu agaknya. Ini kerana beliau jelas gagal menasihatkan MB Pahang untuk membuat pengasingan wang halal haram Kerajaan Negeri Pahang menurut lunas-lunas agama Islam itu sendiri. Wang hasil judi bercampur aduk dan digunakan secara berleluasa oleh kerajaan negeri Pahang. Malah. wang itu juga digunakan untuk membayar sebahagian gaji kakitangan kerajaan negeri itu sendiri.Biar pun perkara ini pernah didedahkan berkali-kali oleh pemimpin pembangkang, namun ia dipandang acuh tak acuh oleh puak-puak mereka. Malah, sebagai penasihat agama MB Pahang, Syed Ibrahim juga gagal menasihat MB atau Kerajaan Negeri Pahang untuk membayar hutangnya kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM). Biar pun sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun ia tetap dipermainkan oleh MB Pahang dan disaksikan dengan gelak ketawa oleh Syed Ibrahim. Sepatutnya beliau nasihatkan MB agar membayar hutang tersebut. Malah, Syed Ibrahim juga gagal menasihatkan MB Pahang agar menghalang aktiviti hiburan dan maksiat berleluasa di negeri Pahang ini, hinggakan Kuantan pernah digelar "Hatyai Pantai Timur" satu ketika dulu. Apa kerja Syed Ibrahim?. Justeru itu sebagai Penasihat Agama MB, maka beliau perlu menasihatkan Adnan Yaakob agar tidak berkelakukan "lucah" di PRK DUN Kerdau ini nanti, seperti yang dilakukan olehnya ketika Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang dulu. [Syed Ibrahim bukanlah ulamak Islam sebenarnya, tetapi lebih kepada ulamak UMNO yang kerjanya mengampu dan menjaga kepentingan periuk nasi mereka. Inilah ulamak akhir zaman yang akan dimurka oleh Allah SWT dan wajarlah rakyat terutamanya pengundi Islam di Kerdau menolak ulamak seperti ini. Jika benar dia berpendidikan agama maka seharusnya dia tidak berada dalam parti sekular seperti UMNO. Tapi, beliau merelakan dan sanggup bersekongkol pula dengan parti itu. Mahu menasihatkan MB Pahang hal ehwal agama pun gagal, bagaimana harus di mentarbiyah rakyat dan umat Islam di DUN Kerdau nanti. Banyak lagi pendedahan eksklusif akan kami dedahkan selepas ini. Buatlah pilihan yang tepat sekarang, jangan terpengaruh dengan imej agama golongan sekular seperti calon BN ini. Agama diperdagangkan untuk kepentingan politik semata-mata. Bercakap hanya menggunakan akal fikiran dan tidak berlandaskan tuntutan Al-Quran dan Hadis, maka apakah wajar dia dipilih sebagai wakil rakyat atas gaya dan imejnya yang kononnya tokoh agama itu?] -PahangDaily |
| Gadaffi semakin kejam di Libya Posted: 22 Feb 2011 04:30 PM PST Sukarnya pemimpin diktator mahu hilang kuasa. Sanggup bunuh rakyat sendiri demi kuasa. Tembak dan bom, peduli apa..janji negara yang aku perintah, hak aku sampai bila-bila. Pagi ini aku meludah pemimpin islam Libya ini dengan kata-kata, " mampus lu lagi baik..hidup pun tak beri manfaat untuk manusia..ayuh hantar saja jasadnya terus ke neraka..! " Pemimpin Libya Muammar Khadafi memerintahkan pasukannya untuk menghancurkan setiap pemberontak yang mencoba menggoyang pemerintahannya selama 41 tahun. Dia juga memperingatkan kepada para demonstran bersenjata bahwa mereka akan dieksekusi dan berjanji memeranginya sampai akhir. Dalam pidato yang tidak beraturan di televisi, seperti dikutip AFP Selasa (22/1/2011), Khadafi bersumpah untuk tetap berada di Libya sebagai pemimpin revolusi. Dia mengatakan akan mati sebagai martir di tanah nenek moyangnya dan berjuang sampai tetes darah penghabisan. Dengan memproklamirkan dukungan rakyat, Kadhafi memerintahkan tentara dan polisi untuk menghancurkan segala pemberontakan yang melawan pemerintahan tangan besinya selama empat dekade. Tercatat ratusan orang tewas dalam pemberontakan selama delapan hari terakhir. Khadafi juga mengancam untuk membersihkan Libya "rumah demi rumah" dan "inci demi inci". Dalam siarang langsung, mantan kolonel angkatan darat yang kini berusia 68 tahun itu mengatakan, "Moamar Khadafi adalah pemimpin revolusi; Moamer Kadhafi tidak memiliki posisi resmi untuk mundur. Dia adalah pemimpin revolusi selamanya." "Ini negara saya, negara saya," teriaknya dalam pidato sekitar 75 menit yang berisi kata-kata pendek, semburan kata-kata kemarahan, yang diselingi dengan gemetar tinjunya atau menunjuk jarinya. Meski laporan tetang tentara, polisi dan milisi yang telah membunuh demonstran tak bersenjata tanpa pandang bulu telah menyebar dalam sepekan terakhir, Khadafi mengatakan, "Kami belum menggunakan kekuatan". Akan tetapi, dia mengatakan, "Jika situasi memburuk, kami akan menggunakannya sejalan dengan hukum internasional dan konstitusi Libya." "Rakyat Libya bersama saya," katanya sambil menyerukan mereka muncul pada Rabu. "Tangkap tikus-tikus itu," katanya terhadap demonstran antipemerintah. "Pergilah dari rumahmu dan serang mereka di manapun mereka berada." "Setiap rakyat Libya yang membawa senjata melawan rakyat Libya akan dihukum mati," gemuruhnya. |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.


Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.
Penyerahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani diiringi Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Bendahari, Mohd Adram Musa, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abd Aziz dan yang lain.
"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan