Isnin, 21 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Suara Keadilan terbit lagi dengan berita hangat

Posted: 21 Feb 2011 02:46 PM PST

BRICKFIELDS: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) edisi tidak berkala, Suara Keadilan 4, hari ini muncul lagi dengan membawa pelbagai kupasan isu semasa dan pendedahan menarik.

Ia termasuk perincian proses perbicaraan kes Fitnah II yang menonjolkan berbagai-bagai kecelaruan dan kejelekan keterangan saksi pendakwa raya, meliputi lima halaman penuh.

Suara Keadilan kali ini mendedahkan muslihat di sebalik penurunan kadar tol Lebuh raya Pantai Baru (NPE), selain pendedahan kontrak minyak yang dibolot tiga kroni Umno Barisan Nasional (BN).

Malah, akhbar ini turut memuatkan wawancara bersama wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari yang juga Presiden NUJ sebanyak dua halaman penuh.

Seperti biasa, pelbagai kenyataan media, aktiviti kepartian dari pimpinan tertinggi hingga peringkat akar umbi baik peringkat cabang mahupun ranting, turut termuat dalam akhbar ini.

Dapatkan Suara Keadilan 4 di lokasi terpilih. Untuk langganan, hubungi 03-22724045.

"Kali ini aku bersedia untuk berjuang dengan PAS"

Posted: 21 Feb 2011 07:57 AM PST

Oleh BOB LOKMAN

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yang bertonggakkan Ulama' yang sangat ditakuti oleh pencinta dunia. Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah.


Biar pun aku bukan sesiapa di kalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yang dihulurkan oleh mereka.

Aku menjadi insaf di kalangan anak2 muda PAS yang rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka.

Terlintas juga dibenakku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.


Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyayang.

Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yang pernah diterapkan kedalam jiwaku.

Apatah lagi mereka yang tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Untuk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yang membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.


Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. Selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH.

Ini Kuasa ALLAH. Kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada di dalam PAS, ada satu semangat baru yang membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yang bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh ALLAH.

Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq. Belum ramai yang menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'.

Masalahnya siapa yang Islam dalam orang Melayu? Untuk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS.

Lepas ni kita akan baca ada yang marah dengan apa yang aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yang marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.


Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH.

Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur di pusat2 mengundi yang diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yang tidak mengikut suruhan ALLAH.

Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yang mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik untuk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia.

Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.


Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

http://boblokman.blogspot.com/

PAS Perlu Minta Maaf Sebab Kafirkan Umno? Aik?

Posted: 21 Feb 2011 07:00 AM PST

PAS Perlu Minta Maaf Kafirkan UMNO Sebelum Dakwa Perjuangankan Orang Melayu

KOTA BAHRU: PAS perlu meminta maaf kepada Umno terlebih dahulu sebelum mendakwa parti itu sebenarnya turut memperjuangkan nasib orang Melayu, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mohd Fatmi berkata kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu turut memperjuangkan orang Melayu sudah agak terlambat setelah begitu lama isu mengkafirkan penyokong Umno yang sebahagian besarnya adalah bangsa Melayu masih tidak ditangani oleh parti itu.

"Sudah lama bangsa Melayu yang berada dalam Umno terguris hati dan perkara itu masih berlarutan sehingga ada yang masih melakukan sembahyang dua imam.

"Kenyataan Nik Aziz mengenai Melayu sudah tidak membawa apa-apa makna. Minta maaf dulu kepada Umno mengenai isu kafir mengkafir ini dan biar bangsa Melayu menentukan sikapnya selepas itu," katanya kepada pemberita selepas selepas menyampaikan bantuan yuran murid pra-sekolah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Pelajaran di sini, Isnin.

Seramai 641 pelajar daripada 55 tadika swasta dari Parlimen Kota Baharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa menerima bantuan sebanyak RM450 setiap seorang. Turut hadir Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.

Menteri Besar Kelantan ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu lepas, berkata perjuangan terhadap masyarakat orang Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai peribumi di negara ini.

Kenyataan Nik Aziz itu dibidas beberapa pemimpin Umno semalam yang menyifatkan ia hanya untuk memancing undi selepas sokongan bangsa Melayu terhadap PAS semakin berkurangan.

Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata Nik Aziz sebenarnya tidak mempunyai pendirian jelas dalam sesuatu perkara, dan suka berdolak dalik selepas membuat kenyataan dan kemudian menyalahkan pihak lain.

Sementara itu, Mohd Fatmi berkata kerajaan Pusat tahun ini memperuntukkan RM1 juta sebagai galakan lebih banyak individu di negeri ini membuka tadika swasta.

"Kita sasarkan sebanyak 100 tadika baru dibuka pada tahun ini di Kelantan, dan sehingga kini Jabatan Pelajaran baru menerima 25 permohonan dengan setiap mereka boleh menerima geran bantuan sebanyak RM10,000," katanya. - BERNAMA

Kes Teoh Beng Hock : Jawapan ahli kimia meragukan.

Posted: 21 Feb 2011 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb -Ahli kimia Dr Seah Lay Hoong ketika disoal Ram Karpal terus memberikan jawapan meragukan.

Ini berkaitan dengan laporan DNA yang menimbulkan persoalan kerana wujudnya beberapa pihak lain yang tidak dikenal pasti dalam laporan itu.

Ketika Ram Karpal menimbulkan perkara ini dan mengandaikan contoh DNA itu dimiliki pihak ketiga yang tidak dketahui, Dr Seah hanya menjawab ia mungkin ada.

Dr Seah juga berulang kali disoal beberapa perkara mengenai laporan DNA tetapi memberikan jawapan yang tidak menepati apa yang disoal Ram Karpal atau tidak menjawab.

Ram Karpal turut mengingatkan Dr Seah bahawa dia harus mematuhi standard ditetapkan badan International Society for Forensic Genetics yang disertainya.

Dr Seah mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah," katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya," kata peguambela Ram Karpal Singh.

"Saya tak setuju," balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

"Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

Ketika ditemui wartawan, Ram Karpal berkata apa yang ingin ditimbulkan adalah laporan DNA yang dibuat Dr Seah.

Ini kerana tambahnya wujud contoh DNA yang mana ia dimiliki pihak lain yang tidak dketahui.

"Saya akan kemukakan kemudian terdapat sekurang-kurangnya DNA dua lagi lelaki misteri ditemui. Ia signifikan kerana ditemui pada tempat yang signifikan.

"Satu di kawasan berhampiran dubur (peri-anal), satu lagi di kawasan atas rektum. Dr Seah temui tiga, saya temui lagi dua (berdasarkan graf elektroferrogram)," kata Ram Karpal.

Menjelaskan beliau perlu mengesahkannya sekali lagi, dua lagi DNA lelaki misteri tersebut ditemui pada seluar hitam milik Saiful dan calitan kapas kawasan bawah rektum yang ditandakan sebagai B9.

Kenapa Umno Membisu Isu Perak? Ke Umno Buta?

Posted: 21 Feb 2011 05:00 AM PST

Portfolio khas: Guan Eng selar hipokrit BN

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas Barisan Nasional (BN) yang bersifat hipokrit dan bermain api perkauman berhubung usaha kerajaan negerinya mengadakan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.

Dengan merujuk kepada portfolio yang serupa, yang diwujudkan oleh kerajaan negeri BN Perak, Lim menyifatkan kebisuan pemimpin BN terhadap kerajaan Perak yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai satu sikap talam dua muka hipokrit.

"Negeri Perak wujudkan portfolio bukan Islam yang sama dan diteruskan oleh Menteri Besar Zambry, mengapa Umno tidak mengutuk Zambry? Barisan Nasional talam dua muka bermain dengan api," kata Lim dalam mesej Twitternya, yang dipetik Harakahdaily.

"Portfolio bukan Islam tidak mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. BN bermain api dengan membantah, seolah-olah bukan Islam tiada hak untuk bincangan isu-isu sendiri," kata dalam satu lagi mesej Twitter.

Di Perak, Zambry masih meneruskan portfolio untuk bukan Islam yang diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum rampasan kuasa BN pada Februari 2009 dengan memberikan tanggungjawab tersebut kepada Mah Hang Soon dari MCA.

Sejak pengumuman penubuhan portfolio bukan Islam, Lim dan kerajaan Pulau Pinang diserang tanpa henti oleh para pemimpin BN, termasuk bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam hanya untuk mencari publisiti.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia seperti biasa memainkan peranannya dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dengan mendakwa bahawa portfolio bukan Islam tersebut bakal dijadikan alat oleh DAP untuk mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Portfolio bukan Islam Penang tidak menyoal kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Barisan Nasional sedang bermain api dengan pembantahan seolah-olah orang bukan Islam tidak mempunyak hak untuk menyelesaikan masalah sendiri," tegas Guan Eng dalam menjawab tuduhan tersebut.

Gila! Tak Masuk Akal? Siaful Liwat Saiful?

Posted: 21 Feb 2011 04:30 AM PST

Peguam Anwar dakwa air mani Saiful dikesan di dubur sendiri

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini "dikejutkan" dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA "12, 13" adalah lebih dominan berbanding profil DNA "Lelaki Y".

"Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

"Ya, meskipun profil DNA Saiful '12, 13' dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

Pakar kimia beri keterangan mencurigakan- Sankara Nair

Posted: 21 Feb 2011 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap pakar dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong kerana tidak membentangkan fakta-fakta penting dalam perbicaraan kes fitnah 2 membabitkan Anwar.

Menurut Sankara, keterangan pakar itu bahawa hanya terdapat tiga DNA ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencurigkan.

Sedangkan katanya, analisa yang dibuat pasukan peguam Anwar bersama pakar DNA dari Australia mendapati terdapat lebih banyak DNA ditemui pada sampel yang diambil dari tubuh Saiful.

"Kemungkinan terdapat lima atau enam (DNA orang berbeza) ikut analisa graf (yang dibentang).

"Kita bukan cakap sebarang. Ini yang mengejutkan," kata Sankara ketika ditemui wartawan di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sankara ketika membuat kesimpulan perbicaraan hari ini berkata, pihak pembela turut berasa hairan apabila Dr Seah tidak memberikan perhatian serta analisa khusus kepada kehadiran DNA sperma Saiful dalam duburnya sendiri sepanjang keterangannya sebagai saksi.

"Mengikut analisa, (DNA) sperma Saiful turut sama berada dalam duburnya sendiri.

"(Peliknya), Dr Seah sendiri keberatan mengakui perkara ini.

"Perkara ini mencurigakan kerana kita mengharapkan seorang pakar memberi keterangan secara bebas dan berkecuali," kata Sankara.

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang ditangguhkan pada jam 4.15 petang ini bersambung semula jam 830 pagi esok.

Isu Polis Bantuan Di Selangor: Angkuhnya Hishamuddin!

Posted: 21 Feb 2011 03:30 AM PST

POLIS BANTUAN : MENTERI DALAM NEGERI TERLALU ANGKUH.

Saya amat terkejut apabila Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, menolak cadangan Menteri Besar Selangor untuk mewujudkan Polis Bantuan di beberapa bandar raya dan bandar di Selangor. Sepatutnya beliau yang merupakan Menteri yang bertanggung jawab ke atas keselamatan awam mengalu-alukan cadangan dari Kerajaan Negeri Selangor demi kebaikan rakyat.

Wakil-wakil rakyat seperti saya kerap menerima tuntutan dari rakyat supaya pihak Polis membuka lebih banyak balai Polis atau pondok Polis. Mereka juga mahu pihak Polis mempertingkatkan lagi rondaan. Tetapi apabila tuntutan-tuntutan ini kami kemukakan kepada pihak Polis, jawapan yang kami selalu terima adalah kami tidak cukup anggota.

Saya juga pernah memberitahu bekas Ketua Polis Negeri Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar, bahawa saya bersedia membina beberapa pondok Polis di dalam kawasan saya dengan menggunakan peruntukan saya. Walau bagaimanapun beliau menjawab pihak Polis tidak menjamin dapat membekalkan pondok-pondok itu dengan anggota yang diperlukan.

Negara kita tidak mempunyai jumlah anggota Polis yang mencukupi. Nisbah anggota Polis kepada penduduk di negara kita ( 1 anggota untuk 1,424 orang penduduk ) adalah lebih tinggi dari di negara-negarg jiran kita seperti Singapura ( 1 anggota untuk 295 orang penduduk )dan Thailand ( 1 anggota untuk 228 orang penduduk ). Malah ia adalah lebih tinggi dari nisbah yang dicadangkan oleh Polis Antarabangsa atau Interpol iaitu 1 anggota untuk 250 orang penduduk. Tetapi kenapa Menteri yang bertanggung jawab begitu angkuh apabila mendengar cadangan Menteri Besar Selangor itu? Sepatutnya beliau sekurang-kurangnya mendengar terlebih dahulu apa yang hendak dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan wakil-wakil rakyat tidak mahu lagi menuding jari kepada pihak Polis apabila rakyat bertanya kenapa jenayah berlaku di mana-mana atau kenapa tidak cukup anggota Polis. Hasrat untuk menubuhkan Polis Bantuan adalah satu usaha agar Kerajaan Negeri sama-sama memikul tanggung jawab menjaga keselamatan awam. Dato' Seri Hishamuddin sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor kerana mahu turut membantu pihak Polis di dalam melaksanakan tanggung jawab mereka.

Setiap hari kita melihat lebih ramai penduduk yang mahu menubuhkan komuniti berpengawal atau 'guarded community' di taman perumahan mereka. Lebih ramai pemaju-pemaju perumahan yang mempromosikan komuniti berpagar atau 'gated comunity'. Rakyat merasa bimbang akan keselamatan mereka. Maka sebab itulah jumlah 'guarded community' dan 'gated community' semakin meningkat.

Rakyat mahu merasakan diri mereka selamat. Ini merupakan naluri manusia. Dengan jumlah anggota Polis yang sedia ada, mereka merasakan diri mereka tidak selamat. Kerajaan Negeri mahu setiap rakyat merasakan diri mereka selamat. Bukan hanya mereka yang tinggal di 'guarded community' dan 'gated community'. Oleh itu, cadangan Menteri Besar untuk menubuhkan Polis Bantuan adalah wajar.

Iskandar A. Samad
21 Februari 2011

Islam adalah agama dan politik

Posted: 21 Feb 2011 03:00 AM PST

Oleh Subky Latif

NOOR Azam dalam tulisan mingguannya dalam harian yang diterbitkan di Shah Alam bertanya apakah Islam itu agama atau politik? Jawapannya ialah Islam adalah agama dan politik.

Isu ini bukan baru tetapi adalah soalan lama yang sudah banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia sejak wujudnya parti politik yang berjuang atas landasan Islam.


Pada peringkat PAS baru muncul ketika sama masa dengan Umno diambil alih pimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra bahasa yang digunakan ialah agama tidak boleh dicampurkan dengan politik hatta ada mufti menasihatkan orang politik supaya meninggalkan politik di pagar masjid apabila memasuki masjid.

Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.

Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.

Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.

Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama.

Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri.

Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.

Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia.

Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata.

Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik.

Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan.

Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa.

Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.

Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu 'solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam'. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?

Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular.

Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam urusan dan perbincangan politik.

Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang dianjurkan oleh Islam.

Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam, telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang-orang barat yang jelas menentang Islam.

Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.

Jika 'mayat' diremehkan, tunggulah kebangkitan siswa seperti di Mesir

Posted: 21 Feb 2011 02:30 AM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama kita tidak mendengar khabar menarik tentang gerakan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan, sehinggalah tercetusnya beberapa kekecohan semasa proses penamaan calon pilihan raya kampus, Khamis lalu. Itu pun ia hanya membabitkan beberapa kampus utama dan "dewasa" di sekitar Lembah Klang, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Tambah panas apabila pada petang Ahad, 20 Feb, iaitu hari terakhir kempen, dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) UM, Masturah Abu Bakar, yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus. Dalam laporan yang dibuat rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di balai polis Pantai, Masturah tidak dapat dikesan ketika membeli tambahan kredit telefon, selepas berkempen kepada pelajar UM yang tinggal di pangsapuri sekitar Pantai Dalam. Sebelum itu, Masturah pernah mendapat ugutan melalui SMS.

Rupanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terus mengongkong dan memenjara kehidupan anak-anak muda dan "membudaksekolahkan" mereka, ditambah teruk lagi dengan kuasa tidak terbatas Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam menentukan "apa yang boleh dan tidak boleh dibuat" di kampus. Rata-rata pentadbir universiti masih memandang rendah keupayaan mahasiswa untuk mengatur aktiviti dan melangsungkan fungsi gerakan pelajar secara berkesan dan matang, sekali gus membataskan "lingkungan operasi" mereka.

Tidak hairanlah apabila kita menyaksikan bagaimana seorang pegawai keselamatan UM bertindak menekup mulut seorang mahasiswa yang cuba mengadakan sidang media di hadapn para wartawan. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan pelajar agar foto eksklusif penuh bermakna itu diedar dan dipamerkan secara meluas, sebagai bukti kebebasan bersuara di kampus kita sudah mencapai tahap kronik dan memalukan. Anak muda yang sering dikaitkan dengan idealisme luhur jurucakap masyarakat patut berasa terhina dan terpukul dengan insiden berkenaan.

Aksi-aksi protes dan gimik berani pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati dengan peraturan pilihan raya kampus, seperti mengusung "keranda" di UPM dan membaringkan "mayat" di UM, begitu menarik untuk diperhatikan. Luahan rasa mereka tidak boleh diremehkan; ada mesej besar yang mahu disampaikan. Apatah lagi dalam suasana politik dunia yang banyak "ditakrifkan" oleh orang muda, khususnya revolusi di Tunisia dan Mesir, yang kini menjalar di negara-negara Timur Tengah lainnya.

Mahasiswa membantah -- secara kreatif -- penolakan pencalonan beberapa calon Pro-Mahasiswa, atas alasan remeh HEP, yang dilihat bermotif jahat. Apabila merasa diperbodohkan, amarah mereka tidak dapat dikawal lagi sehingga pejabat Timbalan Naib Canselor HEP pun diserbu. Itu bukan reaksi kecil. Jika universiti dan pemimpin kerajaan terus-menerus memperkecilkan potensi mahasiswa, usah terkejut apabila tercetus gelodak rasa yang boleh menyamai fenomena anak muda di Mesir dan Tunisia.

Anak muda, apatah lagi yang berkampung di kampus, sentiasa dan begitu berminat mengikuti proses pembentukan sejarah baru di Timur Tengah itu. Dengan kepesatan teknologi maklumat, khususnya melalui media sosial seperti Facebook, mereka cepat berinteraksi dan bertukar-tukar idea tentang gelombang pendemokrasian di seluruh dunia. Mungkin mereka sudahpun mempunyai hubungan dengan aktivis politik atau penggerak sosial di kalangan anak-anak muda di negara-negara bergolak itu.

Malang sekali di negara kita, HEP (dan juga pegawai kanan universiti), yang sepatutnya bebas dan adil mengendalikan pilihan raya kampus, secara terang-terangan memihak calon-calon yang cenderung kepada Umno-BN. Peraturan pilihan raya dimanipulasi dan sering diperketatkan bagi menyukarkan calon-calon pro-M. Sikap diskriminasi atau pilih kasih jelas diamalkan, membeda-bedakan kumpulan pelajar atas pertimbangan sempit politik.

Bagi saya, isu kritikal bukannya pembabitan pihak luar, terutama parti politik, untuk mempengaruhi dunia kampus. Mahasiswa sudah cukup matang untuk menentukan kecenderungan politik mereka. Yang patut dibahaskan adalah sikap sembunyi tangan orang politik yang mendalangi pentadbiran universiti sehingga timbul peraturan (dan penguatkuasaan) pilihan raya kampus yang "berat sebelah". Selain itu, hak asasi yang diiktiraf sejagat, seperti kebebasan bersuara dan berorganisasi, tidak langsung dihormati pihak universiti.

Perjalanan pilihan raya, yang merupakan petunjuk penting amalan demokrasi, bukan sahaja tempang di luar kampus, malah lebih buruk dan pincang keadaannya di pusat intelektual. Universiti tidak lagi berfungsi sebagai medan terbaik menimba ilmu, mencanai bakat, bergelut dengan pengalaman baru, meluaskan interaksi khususnya dengan dunia luar terutama untuk mempengaruhi dasar-dasar awam. Pelajar yang lantang bersuara dan bersikap kritikal seolah-olah dimusuhi walhal mereka merupakan aset bermanfaat untuk semua.

Saya tertarik dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang dilihat konsisten mahu kongkongan Auku (membabitkan banyak seksyen 15 dan 16) dilonggarkan dan mahasiswa bebas berhubung serta terbabit dengan pihak luar termasuk parti-parti politik, tanpa perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

Dalam bukunya, Kalau Saya Mahasiswa, Saifuddin menjelaskan, program mahasiswa jenis "aktiviti" dan "bakti" memang tidak dihalang, tetapi yang berbentuk "advokasi" (yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah) dilarang Auku. Advokasi adalah proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dasar. Ia dilakukan melalui memorendum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi. Dan gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi itu.

Saifuddin, semasa mengulas perkembangan terkini pilihan raya kampus, mengingatkan agar pihak berkuasa dapat meraikan hak-hak asasi pelajar. Jika hak berkenaan dinafikan, jangan pelajar pula yang dipersalahkan sekiranya mereka dilihat bertindak balas secara radikal.

Justeru, insiden mengusung "keranda" dan "mayat" pada hari penamaan calon pilihan raya kampus baru-baru ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mesej dan amarah mahasiswa itu tidak boleh dipandang ringan. Ternyata rimas-gelisah Saifuddin itu tidak dikongsi rakan-rakannya dalam BN, termasuk menterinya sendiri.

Pimpinan muda Pakatan Rakyat -- seperti disuarakan Nurul Izzah Anwar bersama pimpinan muda lainnya, seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, Anthony Loke dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam memorandum "Bersihkan Pilihan Raya Kampus" kepada Menteri Pengajian Tinggi -- harus lebih proaktif dan serius menangani krisis di menara gading ini. Jangan mengulangi kesilapan pemimpin Umno-BN, yang mahu terus memperbudak dan memperbodohkan mahasiswa kita.

Saya tetap konsisten, iaitu biarkan anak-anak muda kita di kampus melakukan eksperimen dalam proses pembelajaran yang menyeluruh. Bebaskan semua rantai belenggu yang mencengkam kreativiti mereka. Sewajarnya mereka sendiri diberikan hak untuk mengendalikan pilihan raya kampus. Dan usah risau dan panik dengan kecenderungan politik anak-anak muda ini ...

http://mindalutfi.blogspot.com/

Pilihan raya kampus: Pro-M, calon hilang menang di UM

Posted: 21 Feb 2011 02:11 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) termasuk calon yang hilang Masturah Abu Bakar memenangi pilihan raya kampus universiti yang diumumkan lewat petang ini.

Dalam keputusan yang diumum tadi, Pro-M memperoleh 23 kerusi termasuk kesemua sembilan kerusi umum manakala barisan Pro Aspirasi yang menguasai 16 kerusi dan dua lagi oleh 'calon' Bebas.

Sebanyak 41 kerusi termasuk sembilan umum dipertandingkan kali ini.

Keputusan pengundian yang dijalankan menggunakan sistem elektronik diumumkan pada pukul 6 petang tadi.

Masturah dilaporkan hilang kira-kira 30 jam sejak petang kelmarin, ditemui selamat tengah malam tadi.

Pelajar jurusan syariah dan sains politik Islam memenangi kerusi umum.

Dia dikatakan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Hata Wahari : Utusan Rakyat bukan helah PKR

Posted: 21 Feb 2011 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Presiden NUJ, Hata Wahari menyatakan konsep ' Utusan Rakyat', ialah hasil kombinasi idea dan visinya mengenai akhbar sebenar yang memperjuangkan etika kewartawanan dan kebebasan bersuara di negara ini.

Menafikan beliau menjadi alat Pakatan Rakyat, Hata menyatakan hal itu salah dilaporkan dalam Utusan Malaysia hari ini bahawa Utusan Rakyat adalah helah PKR untuk menarik sokongan Melayu dan mengambil inspirasi Utusan Malaysia.

"Saya telah hantar surat memohon untuk adakan pertemuan dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan dan Nurul Izzah Anwar dari PKR untuk buat pembentangan mengenai konsep Utusan Rakyat dan supaya mereka faham apa itu Utusan Rakyat sebenarnya. Tiada hal tersembunyi, ini hanya hasrat Presiden NUJ untuk persembahkan sebuah akhbar yang adil," katanya.

Artikel bertajuk PKR mahu terbit Utusan Rakyat antara lain menyatakan kononnya PKR, mahu menambah sokongan orang Melayu dan menyaingi Utusan Malaysia.

Menurut laporan itu lagi, satu pembentangan kertas kerja oleh Hata Wahari telah dilakukan di dalam sebuah forum dan Utusan Rakyat nanti PKR mahu membina persepsi di kalangan orang Melayu bahawa PKR dan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan nasib mereka.

Hata menjelaskan akhbar beliau ini memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama yang tertindas.

"Itu tidak betul sama sekali. Utusan Rakyat ialah hak rakyat. Rakyat perlu bebas bersuara. Tidak ada kaitan dengan PKR atau sesiapa.

"Konsep ia (Utusan Rakyat) ialah kita nak perjuangkan hak rakyat. Isu dia macam kemiskinan, harga barang yang tinggi, masalah kedai tak ada lesen, ini yang kita sebagai wartawan nak perjuangkan.Kalau hanya nak perjuang satu kaum sahaja masalah tak selesai. Itu perjuangan kita untuk rakyat. Tagline kita ialah 'bebas bersuara.'

Menurut Hata lagi, selain sokongan PKR dan Pakatan yang memang memperjuangkan kebebasan bersuara, beliau telah berjumpa dengan pelabur yang berminat untuk projek ini.

Beliau sendiri sanggup menjual tanah bekas ladang peliharaan lembu miliknya seluas 5 hektar untuk menyumbang RM 1.2 juta sebagai modal projek ini.

Hata menyatakan projek ini telahpun dirancang dan hanya menunggu permit dari KDN dan bakal melancarkan versi e-Paper Utusan Rakyat bulan hadapan.

PRU13: Bukti SPR Anjing Belaan Umno!

Posted: 21 Feb 2011 01:00 AM PST

"Sikap SPR Selangor timbulkan tanda tanya"

PAS Kawasan Pandan tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari yang baru lalu.

Perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan adalah,

1) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah.

2) Pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud.

3) Pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Kami tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah kerana terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih kami tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap. Siapa yang telah mendaftarkan mereka?

Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami.

Kami dapati mereka bertindak kasar dan tidak profesional mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh. Bantahan-bantahan itu dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh SPR.

Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat? Apa yang SPR cuba sembunyikan?

Hanya setelah didesak dengan keras oleh pihak kami, SPR telah menerima bantahan-bantahan kami.

Oleh itu, pihak kami menggesa agar satu penyiasatan yang terperinci dilakukan ke atas SPR. Kami bimbang SPR telah dijadikan satu alat oleh Barisan Nasional untuk menawan Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, Barisan Nasional akan menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

Iskandar A. Samad
Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan /
ADUN Chempaka
20 Februari 2011

Fitnah II: Pakar DNA tidak ikut garis panduan antarabangsa

Posted: 21 Feb 2011 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam bela terus menyoal balas pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada perbicaraan 18 Febuari lalu, mahkamah digemparkan dengan keterangan Dr Seah bahawa terdapat kemungkinan sampel yang diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 lelaki.

Terdahulu, pada hari sebelumnya, mahkamah turut digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

10.44 pagi – Setelah bertekak dengan Ram Karpal, Dr Seah mengakui bahawa laporan yang disediakannya tidak mengikut garis panduan dalam risalah berkala International Society of Forensic Genetics yang mana beliau merupakan ahli.

"Laporan anda tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang anda merupakan ahlinya sendiri?" tanya Ram Karpal.

"Ya," akur Dr Seah.

Sebelum itu Ram Karpal mengeluarkan satu risalah berkala daripada International Society of Forensic Genetics dan memberikannya kepada Dr Seah untuk dirujuk.

10.43 pagi – Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tiba di galeri awam.

10.08 pagi- Mahkamah berehat sebentar. Ram Karpal memerlukan sedikit masa untuk meneliti dokumen. Hakim Zabidin menetapkan perbicaraan bersambung semula 10.20 pagi.

10.01 pagi – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sampai di mahkamah. 10.00 pagi – Dua orang lelaki kelihatan seperti polis cawanngan khas (SB) meninggalkan galeri awam.

9.46 pagi – Ram Karpal menekan Dr Seah dan mahu Dr Seah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya secara terus terang agar lebih banyak masa tidak dibazirkan.

9.26 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah tidak menjalankan penilaian statistik untuk memastikan DNA Saiful benar-benar berada pada putik kapas B5.

9.02 pagi – Dr Seah Lay Hong angkat sumpah sebagai saksi. Ram Karpal memulakan soal balas Dr Seah.

9.01 pagi – Perbicaraan bermuladi hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah

8.58 pagi- Datuk Seri Wan Azizah berbual-bual dengan Param Cumaraswamy. Sankara pula berkata-kata sesuatu dengan Anwar yang berada di kandang pesalah. Peguam Anwar hari ini adalah Ram Karpal, Sankara, Param Cumaraswamy.

Fitnah II: Pakar DNA tidak catat bahan bukti dengan betul

Posted: 21 Feb 2011 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus digemparkan dengan keterangan Pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong dalam sesi soal balas tengahari ini.

Dalam keterangannya, Dr Seah mengakui tidak tahu bahawa bahan bukti yang ditanda sebagai eksibit A, yang diterima daripada DSP Jude Blacious Pereira merupakan sehelai bulu kemaluan. Sedangkan sewaktu menerimanya pada 1 Julai 2008, eksibit itu ditulis sebagai sehelai rambut.

11.37 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah melapor eksibit A sebagai bulu kemaluan (pubis) sedangkan sewaktu menerimanya daripada DSP Jude Pereira ia ditulis sebagai sehelai rambut.

"Adakah awak tahu ia bulu pubis semasa anda menerimanya?" tanya Ram Karpal.

"Tidak" kata Dr Seah.

"Awak tidak melapor seperti yang awak terima," kata Ram Karpal.

"Saya lapor seperti yang saya terima selepas saya periksa," tingkah Dr Seah.

11.32 pagi – Dr Seah memberitahu beliau menerima eksibit A hingga A7 pada 1 July 2008 daripada DSP Jude Blacious Pereira.

11.26 pagi – Ram Karpal terus mengasak Dr Seah kenapa beliau hanya melapor alel individu yang diketahui dalam laporannya tetapi mengabaikan alel individu yang tidak diketahui.

"Awak cuma laporkan alel Saiful Bukhari yang awak ketahui, alel (pasangan kromosom dalam DNA) individu lain yang awak tidak ketahui awak tidak laporkan!" kata Ram Karpal.

11.16 pagi – Hakim Zabidin menegur hadirin yang berbuat bising di galeri awam.

11.13 pagi – Ram Karpal bertanya kenapa Dr Seah tidak melaporkan kehadiran alel 18 pada sampel B9 sebanyak 28.4 peratus, putik kapas dari bahagian rektum bawah Saiful yang merupakan DNA lelaki ketiga yang tidak diketahui.

Sedangkan pada masa sama, kehadiran DNA Lelaki Y pada sampel B5, sebanyak 14 peratus dilaporkan.

"Kehadiran alel individu ketiga ini signifikan bukan?" tanya Ram Karpal.

"Ya," jawab Dr Seah.

Selepas menjawab, Dr Seah terdiam seketika. Hadirin di galeri awam kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Ram Karpal terus mengasak Dr Seah dengan soalan
berkaitan.

"Awak laporkan kehadiran alel yang rendah (Lelaki Y pada B5) tetapi awak tidak laporkan alel yang tinggi (lelaki tidak diketahui pada B9)!" kata Ram.

1104 pagi – Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya tiba di galeri awam.

Turun tol NPE untuk kenakan 6 tol baru

Posted: 20 Feb 2011 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Kesanggupan menurunkan kadar tol Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), baru-baru ini lantaran kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mungkin mengenakan tol baru di enam lebuh raya baru sekitar Lembah Klang.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua percaya penurunan mahupun pembekuan kadar tol di mana-mana lebuh raya di negara ini, tidak signifikan kerana beban itu akan dikenakan semula kepada rakyat.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, beliau berkata, ia besar kemungkinan berlaku kerana kerajaan sehingga kini, tidak mengumumkan kadar tol di enam rangkaian lebuh raya yang dinyatakan dalam bajet 2011.

"Dalam masa sama, kerajaan tidak pula mengumumkan kadar tol enam lagi rangkaian lebuh raya yang akan dibina di sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau juga mempersoal sama ada kerajaan memberi pampasan kepada syarikat konsesi pengendali NPE berikutan pengumuman kerajaan menurunkan kadar tol NPE dari RM1.60 kepada RM1.00.

"Jika pampasan diberi kepada syarikat terbabit, berapakah jumlahnya? Ini kerana, sejak dari awal perjanjian konsesi lagi, tindakan itu menunjukkan kepincangan," katanya.

Beliau mengingatkan semua pihak, kerajaan Umno BN akan terus mengenakan tol tetapi diselindungi dengan melakukannya secara berperingkat-peringkat, malah percaya idea menurunkan kadar tol, ditiru dari Buku Jingga.

"Kita memang sejak awal., konsisten mahu menurunkan kadar tol dan memansuhkannya terus. Cadangan ini ada dalam Buku Jingga yang dihujahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau percaya penurunan tol NPE dibuat lantaran kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa memerintah dan menggunakan gila-gila politik bagi melembutkan hati rakyat.

"Mereka tuduh idea Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan memufliskan negara. Tetapi nampaknya, BN meniru apa yang kita cadangkan," katanya.

Apabila SPR tidak telus, rakyat pilih jalan raya – Anwar

Posted: 20 Feb 2011 11:00 PM PST

KERDAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran kepada Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan pilihan raya secara telus dan adil jika tidak mahu rakyat memilih jalan raya.

"Jika pemerintah terus memanipulasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melakukan penipuan, Pakatan Rakyat tidak teragak-agak menggerakkan jentera rakyat secara besar-besaran," katanya.

Ucapan itu disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 15,000 hadir program ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat Kuala Krau di Markas Pas Kerdau, malam tadi.

Turut hadir ialah Naib Presiden, Tian Chua; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi ingatan kepada Najib supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di negara Arab melalui kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.

"Bermula dengan pemecatan menteri, pelantikan Naib Presiden dilakukan rejim Mubarak untuk mengekal kuasa dan merompak harta kekayaan negara. Namun, rakyat sedar, maka tercetusnya penentangan di jalan raya," katanya.

Ketua Pembangkang itu mengingatkan pimpinan Umno, rakyat kini celik dengan isu yang berlaku di negara ini.

"Sistem kehakiman semakin teruk, harga barangan semakin meningkat dan tiada peningkatan gaji, sedangkan pemimpin Umno diberi kontrak berbillion ringgit.

"Baik isu komisyen kapal selam sehinggalah kematian model Mongolia, namun tidak ada pun tindakan diambil," katanya.

Ini Dasar Nak Tolong Melayu?

Posted: 20 Feb 2011 10:39 PM PST

NUTP bantah penswastaan sekolah


KUALA LUMPUR, 21 Feb — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan "melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin".

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Lok berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar. — Bernama

Denda pelajar bawa telefon - PIBGN

Posted: 20 Feb 2011 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pelajar yang didapati membawa telefon bimbit ke sekolah wajar dikenakan denda bagi memastikan larangan membawa alat komunikasi tersebut dipatuhi.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, hukuman denda dalam bentuk wang itu diyakini dapat memberi pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar-pelajar ingkar.

Ini kerana, menurut beliau, hukuman merampas telefon bimbit seperti yang dilaksanakan sekarang dilihat kurang mendidik tambahan pula pelajar dibenarkan menuntut kembali hak mereka itu apabila tiba hujung tahun.

"Justeru saya berharap kerajaan dapat menimbangkan cadangan PIBGN agar denda sekurang-kurangnya RM5 sehari dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang masih berdegil membawa telefon bimbit ke sekolah.

"Saya yakin dengan adanya hukuman lebih tegas ini dapat mengurangkan dan setidak-tidaknya mengawal penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa kini," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Tambah Mohamad Ali, hukuman denda itu sama sekali tidak bertujuan untuk membeban atau memudaratkan pelajar apatah lagi menidakkan hak seseorang terhadap kemajuan teknologi.

"Kalau sehari mungkin mereka mampu bayar. Tapi kalau setiap hari didenda pasti lama-kelamaan mereka akan berhenti membawa alat telekomunikasi tersebut.

"Malah, secara tidak langsung, wang hasil denda itu juga boleh digunakan kembali oleh pihak sekolah dalam urusan kebajikan dan pembangunan institusi tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pihak sekolah khususnya guru-guru agar lebih bertanggungjawab dan telus dalam membuat tindakan terhadap pelajar dan jangan hanya memandang 'sebelah mata' kesalahan mereka.

Mahathir Meroyan Dengan Serangan PAS. Tiada Siapa Menolong

Posted: 20 Feb 2011 07:00 PM PST

Pas parti oportunis - Dr. M

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.

Angkara TG Nik Aziz, Umno Jadi Gila Khinzir

Posted: 20 Feb 2011 06:30 PM PST

Jangan terpedaya propaganda Pas

JASIN 20 Feb. – Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut.

"Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain.

"Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini.

"Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Sementara itu di Putrajaya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyifatkan Mursyidul Am Pas itu sebagai seorang yang kerap menukar pendirian semata-mata untuk kepentingan politik.

Kali ini, katanya, demi untuk meraih undi kaum Melayu, Nik Abdul Aziz sanggup menukar pendirian parti tersebut yang sebelum ini memperjuangkan Islam.

"Nik Abdul Aziz ingin memperjuangkan hak masyarakat Melayu atas alasan mereka adalah kaum pribumi di negara ini.

"Bagi saya, beliau terpaksa bercakap begitu kerana mahu memenangi hati masyarakat Melayu yang ketika ini lebih berpihak kepada kerajaan," katanya.

Menurut Tengku Adnan, faktor lain yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya adalah kerana undi masyarakat Melayu terhadap Pas telah mula merosot.

"Orang Melayu kini telah sedar siapa dan parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka, telah banyak terbukti hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu berbuat demikian," katanya.

Manakala, Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya.

Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP.

"Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam," katanya.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam.

Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini.

"Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP," ujarnya.

Azizulhasni juara Piala Dunia

Posted: 20 Feb 2011 06:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0221/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg

SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.

MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini.

[Gambar] Ceramah Ummi Tiada Sambutan!

Posted: 20 Feb 2011 04:00 PM PST











Tiada ulasan: