Isnin, 21 Februari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pemain Bola Didakwa Raba & Hisap Buah Dada Serta .....

Posted: 21 Feb 2011 07:55 AM PST


Saya petik:
[Bernama] SUNGAI PETANI, 21 Feb — Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.
Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama...

 P/s: Aduh! Spesifik pertuduhan yang dilaporkan dalam media di atas. Kalaulah pemain ini didapati bersalah, maka jelaslah kebangangannya kerana gagal mengawal diri dan nafsu! Kerana mukadimah seks haram, masa depan hancur.


[18SX] Fitnah Punya Fasal, Gambar P*** Pun Sanggup Siar!

Posted: 21 Feb 2011 04:20 AM PST

Kemaluan yang didakwa milik pasangan ADUN Perupok. Gila!

Inilah akhlak jurublog penyokong UMCO!

Jurublog kaki fitnah UMCO Papa GOMO mengganas lagi dengan kisah skandal seks yang membabitkan pemimpin PAS. Mangsanya kali ini ialah ADUN Perupok. Wanita yang dikatakan menjadi pasangan skandal ADUN ini dikenal dengan nama Mek Pah. 

Malah tanpa segan silu, jurublog ini menyiarkan gambar kemaluan wanita yang didakwanya milik pasangan ADUN tersebut. Gila! 

Bukan itu sahaja, jurublog itu kini dengan bangganya menulis slogan "INGAT PAS, INGAT ZINA".

Screenshot artikel berkenaan.

P/s: Bilalah PAS dan pemimpin mereka mahu menyaman jurublog ini? Lepas seorang demi seorang menjadi mangsa. Oleh sebab tiada sesiapa yang mahu mengambil tindakan maka spesies yang tidak kenal dosa dan pahala ini terus mengganas. Alahai!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Benarkah 640 Ribu Rakyat Malaysia KEMARUK dengan FB & Twitter Najib?

Posted: 21 Feb 2011 02:00 AM PST



Benarkah sebanyak itu rakyat Malaysia yang kemaruk dengan Najib? Jika benar figur yang dinyatakan, maka Najib sudah tentu popular dalam kalangan generasi muda yang mendominasi penggunaan FB dan Twitter.

Jika benar begitu, tunggu apa lagi, mintalah Agong bubarkan Parlimen, biar 1Malaysia menghadapi PRU ke-13. Kerana yang dibimbangi Najib selama ini ialah undi generasi muda yang dalam PRU ke-12 yang majoritinya berpihak kepada PR. Jika jumlah yang mengikuti Najib di laman sosial sudah mencecah 700 ribu, maka jumlah itu membuktikan bahawa Najib sudah mendapat sokongan golongan muda. 

Kah Kah Kah! Errr...Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng berapa pula?

P/s: Sebanyak 170 ribu pengguna FB meminati blog DCM. Siapa mahu percaya? Sila angkat tangan!



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Drama Liwat II: Pakar Gagal Lapor DNA Misteri di Rektum, Seluar Saiful

Posted: 21 Feb 2011 01:00 AM PST


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 21 Feb — Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali. 

Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DNA dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.

Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya,  Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.

Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.

"Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.

"Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi," kata Ramkarpal.
Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.

Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

"Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.

"Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan," kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.

Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi....-Shazwan Mustafa Kamal

P/s: Adakah skrip drama tidak menjadi atau sesungguhnya Tuhan itu Maha Besar?
 
 

[Kemas Kini] BMF Senaraikan 49 Syarikat yang Dikaitkan dengan Taib Mahmud di Seluruh Dunia. WOW!

Posted: 20 Feb 2011 11:45 PM PST


Bagi sesiapa yang membaca MK versi berbayar tentu berpeluang membaca laporan tentang NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) yang menyenaraikan 49 buah syarikat di empat benua yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. 

Saya terjemahkan sedikit untuk bacaan blog DCM.

Senarai tersebut merangkumi 13 buah syarikat di Malaysia, 10 buah syarikat di Australia, sembilan buah syarikat di Kanada, tujuh buah syarikat di Hong Kong, empat buah syarikat di Amerika Syarikat, tiga buah syarikat di British Virgin Islands, sebuah syarikat di Pulau Jersey dan dua buah syarikat di United Kingdom.

BMF juga telah melancarkan petisyen atas talian yang mendesak pihak berkuasa di negara yang terbabit menyiasat Taib dan transaksi kewangan keluarganya serta membekukan aset mereka untuk restitusi kepada  rakyat Sarawak.

Petisyen itu akan dihantar kepada pihak berkuasa di Australia, British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat serta Asia Pacific Group on Money Laundering, yang pada ketika ini mempunyai 139 tandatangan. 

Antara syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan Taib itu termasuklah:

Laporan berita itu boleh dibaca di sini.

P/s: Jika benar dakwaan BMF, anda bayangkan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya? Bagaimana mereka memperoleh kekayaan tersebut?  Tepuk dada tanya Taib Mahmud!

Kemas Kini:
MK sudah siarkan versi BM berita di atas.

* BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Puluhan Ribu Dengar Ceramah Ummi Hafilda di Batu Gajah, Perak

Posted: 20 Feb 2011 10:00 PM PST


Blog Batu Gajah Mari mengulas dan menyiarkan gambar ceramah Ummi Hafilda di Arena Square, Batu Gajah. Ceramah dengan tajuk "Jom Bongkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat" sepatutnya turut dibarisi MP  "derhaka" Gobalakrisnan dan Rahimi Osman. Namun, kedua-duanya tidak dapat hadir dan digantikan dengan YB Midah Sungai Rapat dan bekas Ketua PKR Cabang Baling, Radzi.

Gambaran bilangan pengunjung ceramah di Arena Square yang cukup luas untuk menampung ribuan pengunjung.

Pengunjung yang meninggalkan kawasan ceramah. Mungkin bosan dengan ceramah pada malam itu.

Menurut blog BTM, lokasi ceramah yang mampu memuatkan ribuan pengunjung hanya "dipenuhi" ratusan orang, biarpun program tersebut telah diuar-uarkan dengan rancak dan meluas sebelum itu. Dibandingkan dengan gambar di blog prokerajaan, pengunjung ceramah hanya sekitar 500 orang walaupun mereka membuat jangkaan bahawa ceramah itu dihadiri 1000 pengujung. Ceramah tersebut yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam terpaksa dimulakan pada pukul 9.30 malam kerana kehadiran orang ramai yang kurang memberangsankan. Baca lanjut di BTM.

Dua figur yang cukup dikenali dalam dunia maya UMCO turut hadir.
Antara iklan/banner yang dibikin untuk mempromosikan ceramah tersebut.


P/s: Sepatutnya ceramah Ummi ini dipenuhi puluh ribuan rakyat kerana isi ceramah ini mahu membongkar Anwar Ibrahim dan PR. Mengapa sambutannya kurang memberangsangkan? Jawapannya, Zambry akan bungkus dalam PRU akan datang!


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.




Drama Liwat II: Pakar DNA Akui Tidak Ikut Garis Panduan International Society of Forensic Genetics

Posted: 20 Feb 2011 08:15 PM PST


Saya petik:
[KD] Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam bela terus menyoal balas pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada perbicaraan 18 Febuari lalu, mahkamah digemparkan dengan keterangan Dr Seah bahawa terdapat kemungkinan sampel yang diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 lelaki.
Terdahulu, pada hari sebelumnya, mahkamah turut digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

10.44 pagi – Setelah bertekak dengan Ram Karpal, Dr Seah mengakui bahawa laporan yang disediakannya tidak mengikut garis panduan dalam risalah berkala International Society of Forensic Genetics yang mana beliau merupakan ahli.

"Laporan anda tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang anda merupakan ahlinya sendiri?" tanya Ram Karpal.

"Ya," akur Dr Seah.

Sebelum itu Ram Karpal mengeluarkan satu risalah berkala daripada International Society of Forensic Genetics dan memberikannya kepada Dr Seah untuk dirujuk.

10.43 pagi – Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tiba di galeri awam.

10.08 pagi- Mahkamah berehat sebentar. Ram Karpal memerlukan sedikit masa untuk meneliti dokumen. Hakim Zabidin menetapkan perbicaraan bersambung semula 10.20 pagi.

10.01 pagi – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sampai di mahkamah. 10.00 pagi – Dua orang lelaki kelihatan seperti polis cawanngan khas (SB) meninggalkan galeri awam.

9.46 pagi – Ram Karpal menekan Dr Seah dan mahu Dr Seah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya secara terus terang agar lebih banyak masa tidak dibazirkan.

9.26 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah tidak menjalankan penilaian statistik untuk memastikan DNA Saiful benar-benar berada pada putik kapas B5.

9.02 pagi – Dr Seah Lay Hong angkat sumpah sebagai saksi. Ram Karpal memulakan soal balas Dr Seah.

9.01 pagi – Perbicaraan bermuladi hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah

8.58 pagi- Datuk Seri Wan Azizah berbual-bual dengan Param Cumaraswamy. Sankara pula berkata-kata sesuatu dengan Anwar yang berada di kandang pesalah. Peguam Anwar hari ini adalah Ram Karpal, Sankara, Param Cumaraswamy.

P/s: Selepas satu demi satu pendedahan, kelemahan, penipuan dibongkar, mahkamah/sistem kehakiman yang dikatakan mendapat pengiktirafan antarabangsa masih mahu meneruskan kes ini lagi?

Pelupus Mayat Sosilawati Kena 20 Tahun Selepas Semakan Kehakiman

Posted: 20 Feb 2011 07:55 PM PST


Saya petik:

[Bernama] SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian selepas berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.
 P/s: Hukuman ini mungkin meredakan kemarahan pihak yang terlibat.
 

Sudahlah Kena SAMUN, Kena BOGEL Pula!

Posted: 20 Feb 2011 06:10 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Entah apa motif tersirat apabila seorang penjenayah tidak hanya merompak wang tunai milik seorang pemandu teksi dinaiki, malah turut memaksa mangsa menanggalkan semua pakaian sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.55 pagi semalam, mangsa yang berusia 36 tahun mengambil seorang lelaki di Taman Miharja, Cheras di sini untuk ke kawasan Plaza Pudu, di Jalan Pudu.

"Namun sebaik tiba ke kawasan Pasar Pudu, di sini, mangsa tiba-tiba tergamam apabila penumpang dibawanya itu mengeluarkan pisau sebelum mengacukan ke arahnya.
"Suspek dikatakan mengugut untuk menikam leher mangsa sekiranya melawan dan enggan menyerahkan dompet duit," katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan dompet duitnya kepada suspek. Sebaik mendapat dompet itu, suspek mengarahkan mangsa berbogel.

"Mangsa yang teragak-agak dengan apa yang diarah oleh suspek kemudian ditoreh dengan mata pisau pada leher dan pipinya. "Akibat ketakutan, mangsa yang tidak punya pilihan terpaksa membuka pakaian sebelum diarah keluar dari teksi. Suspek kemudian memecut melarikan diri dengan teksi mangsa," katanya.

Difahamkan, mangsa juga gagal mengecam wajah suspek.

Kejadian rompakan itu menyebabkan mangsa kehilangan pelbagai dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,200, seutas rantai emas dan teksi.

Susulan itu, mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Pudu, berhubung kehilangan teksinya model Proton Iswara berwarna merah dengan nombor pendaftaran HWD 1030...

 P/s: Malang!

Isteri CULIK Suami

Posted: 20 Feb 2011 04:50 PM PST


Saya petik:

[HM] SEMENYIH: Kehilangan misteri seorang ahli perniagaan dari premis perniagaannya Jumaat lalu hampir terjawab apabila mangsa dipercayai diculik isterinya sendiri yang berpakat bersama empat lelaki lain.
Kejadian itu disaksikan seorang pelanggan ketika isteri mangsa dan empat lelaki bersenjatakan batang besi pergi ke premis itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Abang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku ketika adiknya dikenali, Wong, 53, berada di kedai menjual perkakas pembinaan dan baja berhampiran jalan besar Bukit Broga, di sini.
Menurutnya, ketika kejadian, pekerja adiknya itu tiada di premis berikutan keluar makan tengah hari dengan meninggalkan mangsa bersendirian.

"Ada saksi mendakwa melihat isteri mangsa bersama empat lelaki tidak dikenali muncul dengan membawa senjata batang besi. "Apa yang saya tahu, ada seorang pelanggan yang datang untuk membeli baja ketika kejadian, namun 'dihalau' isteri mangsa keluar dari kedai itu," katanya.

Difahamkan, mangsa dibawa masuk ke dalam kenderaan dan gagal dikesan hingga kini.

"Apa yang saya pelik isteri adik saya itu sempat menghubungi salah seorang saudara dan meminta supaya membawa pulang kenderaan Toyota Avanza miliknya yang masih berada berhampiran premis berkenaan.

"Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa dan mengikut sahaja arahannya kerana menyangka Wong berada bersamanya," katanya ketika ditemui bersama saudara lain di rumahnya di Semenyih.

Namun menurutnya, mereka adik-beradik mula curiga apabila Wong gagal dihubungi dan hilang sejak Jumaat lalu sebelum bertindak menghubungi isteri Wong bagi mendapatkan penjelasan.

"Agak mengejutkan apabila wanita terbabit memberitahu suaminya gagal dihubungi kerana kononnya dimasukkan ke wad hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

"Bimbang dengan berita itu, kami sekeluarga terus ke HKL tetapi dia tidak dirawat di hospital itu. Kami ke beberapa hospital lain yang turut dikunjungi termasuk Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tetapi gagal menemuinya," katanya. Menurutnya, dia menghubungi semula isteri Wong namun panggilan itu sengaja tidak dijawab sehingga hari ini (semalam).

"Saya tidak pasti apa yang berlaku, namun ada saksi mendakwa melihat Wong dilarikan beberapa lelaki bersama isterinya sendiri di hadapan kedai berkenaan.

"Saya tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan wang dan membabitkan unsur jenayah. Susulan itu, kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Broga, di sini, berhubung kehilangan mangsa semalam," katanya.

Sementara itu jurucakap polis berkata, pihaknya akan menyiasat kehilangan mangsa dan mengenal pasti motif kejadian berkenaan berdasarkan laporan polis diterima.

P/s: Macam-macam!

Tiada ulasan: