Isnin, 21 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Patutlah Melaka Maju, rakyatnya Rajin, tak macam negeri lain

Posted: 21 Feb 2011 04:00 AM PST


Patutlah negeri Melaka telah mencapai taraf negeri Maju pada tahun 2010. Apa ke tidaknya orang Melaka ni rajin-rajin belaka. Tak banyak komplen, kerja saja. Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu , Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.

Tampal sendiri jalan berlubang
Sinar Harian 21 Feb 2011

BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.

Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.

Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.

Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.

“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab.

“Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan.

Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.

“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8780604.asp

amkns


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Peluang Kahwin Percuma

Posted: 21 Feb 2011 02:00 AM PST


Pasangan bertunang atau belum tetapi merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun diseru jangan lepaskan peluang mengisi pakej Program Mahligai Sejahtera anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat YB Ashah Haji Ghazali berkata, program ini kali kedua diadakan di mana kali pertama dahulu disertai oleh 12 pasangan termasuklah sepasang pengantin keturunan India.

Menurutnya, keistimewaan program kali ini ialah Kerajaan Negeri akan membayar mas kahwin sebanyak RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai hadiah untuk keperluan mereka memulakan hidup baru berumahtangga.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, majlis itu akan diadakan di Dewan Seri Negeri pada November ini dan pasangan yang berminat menyertai pakej perkahwinan ini bolehlah memohon melalui borang yang disediakan.

"Oleh kerana masa masih ada kali ini kita menyediakan peruntukan untuk 50 pasangan dan sedang berusaha supaya upacara akad nikah dapat diadakandi tempat dan tarikh yang sama, tetapi terpulangkan kepada budi bicara Pejabat Agama," katanya.

Ujarnya lagi, program ini dijangka akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Selain itu, antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah Forum Bicara Wanita dan Keluarga sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera, Bengkel Usahawan Untuk Wanita Miskin dan Sambutan Hari Ibu.

Forum Bicara Wanita dan Keluarga akan diadakan di Stadium Darulaman dijangka akan dihadiri 1000 wanita seluruh Kedah manakala Hari Ibu akan diadakan di Dewan Seri Negeri dan dijangka akan dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultanah.

UO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BN Amalkan Undang Undang Sidiq Sigaraga

Posted: 20 Feb 2011 11:00 PM PST

Baru saja SPR umumkan Pilihanraya Kecil Kerdau serentak dengan Merlimau,Umno Kuala Krau dah macam kena sawan. Tak sabar sabar belum lagi penamaan calon, bendera dacing dah penuh di semua peti undi macam esok dah nak mengundi.


Kalau di Tenang dan tempat tempat lain sebelum ni,habis bendera Pakatan Rakyat diturunkan oleh Majlis Daerah kononnya salah di sisi undang undang. Tapi bila BN yang pasang awal,mata penguatkuasa Majlis daerah semua jadi kabur. Bendera Pakatan Rakyat kalau kat permis persendirian pun mereka boleh nampak.


Selepas ini,anak anak muda yang sokong PAS tentu tak akan duduk diam melihat bendera biru yang menyakitkan mata mereka. Kalau mereka bertindak balas, mengibarkan bendera bulan purnama, menghijaukan DUN Kerdau sebelum penamaan calon,adakah pihak berkuasa Majlis Perbandaran Temerloh akan pejam mata saja.Masa ni lah mereka akan bercakap soal peraturan yang perlu diikuti. Semua peraturan yang nak diikut mesti menguntungkan Umno BN. Inilah undang undang Sodiq Segaraga.Kalau nak makan hanya boleh hidu baunya,kalau nak tidur hanya boleh di kandang kuda..



Bendera BN boleh dilihat di merata tempat dalam DUN Kerdau sejak SPR mengumumkan tarikh penamaan calon





panjanghitam



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

JEJAKA MALAYA DAH TAK BOLEH CARI MAKAN

Posted: 20 Feb 2011 08:00 PM PST



DAH RAMAI SANGAT SHAH RUKH KAT MALAYSIA
SANA-SINI PI DOK JUMPA SHAH RUKH SESAJA
ITU BELUM BUKAK STUDIO BOLYWOOD KAT MELAKA LAGI
KAH! KAH! KAH!

TAPI GUA TABIK KAT DEPA NI
BERDISIPLIN SIAP PAKAI LONG SLEEVE BERKASUT HITAM
WALAUPUN LEPAK ATAS RUMPUT,DEPA TAK PAKAI SINGLET
KAH! KAH! KAH!

JEJAKA MALAYA DAH TAK BOLEH CARI MAKAN
KAH! KAH! KAH!

TENGOK PEMIMPIN KITA PUN LAYAN SHAH RUKH JUGAK
PAKAI SINGLET PUN APA ADA HAL
JANJI SHAH RUKH...
KAH! KAH! KAH!



KALAU ARTIS KITA PAKAI MACAM NI JUMPA KETUA NEGERI
DAH TENTU KENA LUCUT GELARAN DATUK
KAH! KAH! KAH!
TAPI KITA SIAP BAGI GELARAN DATUK LAGI
KAH! KAH! KAH!

SHAH RUKH APA ADA HAL...
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KRONI DAPAT RM2.45 BILION NILAI KONTRAK

Posted: 20 Feb 2011 05:00 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN). Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah," katanya.

Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli 'usikan' kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

"Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia," kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

"September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol," kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

"Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

"Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula," kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

'Ahli Parlimen BN tak perlu pandai'

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut 'setuju' atau 'tidak' sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

"Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap 'setuju'.

"Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja," kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.


kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: