Kerabu Bersuara ® |
- Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook?
- Idea Ismail Sabri Bukan Tak Masuk Akal, Tapi Macam Orang Takda Akal
- Piala FA - Kelantan, Harimau Muda A mara
- SPR: Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac
- Jangan Bodohkan Rakyat Dan Jangan Bagi Rakyat Hilang Kesabaran
- Anwar berceramah di Seberang Jaya Sabtu
- DUN Pelabuhan Klang: Berat sebelah, mahkamah dengar satu pihak
- Dr Mahathir patut ‘masuk’ GMI – Nalini
- Saksi enggan kerjasama, tak faham soalan – Sankara Nair
- Surat Terbuka YB Nurul Izzah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur : Isu Jejantas
- Mahasiswa berhak urus pilihan raya kampus
- Bangang Betul Pemikiran Pemimpin Perkasa
- Dolak-dalik saksi kelebihan untuk peguam saya – Anwar
- Tun Mahathir Bercakap Soal Taqwa? Mari Kerabu Bersuara Ajar Makna Taqwa
- Memang Dah Dapat Diduga: Badrul Katak Kekal Adun Pelabuhan Klang
- Buktikan Kenyataan TGNA Sesat?
- Penduduk Merlimau 'disantuni' dengan projek, projek dan projek
- Kes Fitnah 2 : Tumpuan pada DNA lelaki misteri
- Sekali Lagi Muhyiddin Hina Rakyat Kelantan Dengan Isu Kemiskinan
- Perubahan peranan parti Islam dalam negara demokrasi
- Umno Sabah Mahu Sultan Sulu Dipecat
- Dun Merlimau, perkiraan untung nasib PAS di bumi Hang Tuah
- Saibur Liwat Saibur? Bengong Dah Jadinya..
- Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13!
- PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam
| Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook? Posted: 18 Feb 2011 02:00 PM PST Oleh Ismail Hashim Yahaya Jika anda meneliti antara banyak imej menarik yang dapat dilihat daripada protes rakyat di Mesir sepanjang beberapa minggu ini ialah gambar pada malam hari memperlihatkan sekumpulan pembantah muda di tengah Dataran Tahrir yang berkumpul di sekeliling unggun api. Gambar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan media cetak Barat seperti The Washington Post, AP, Reuters dan European Pressphoto Agency (EPA). Apa yang lebih menarik mengenai gambar ini ialah bagaimana ia dibingkaikan dalam The New York Times. Sepanjang minggu lepas, the Times menawarkan slaid-slaid gambar yang diambil oleh jurufoto-jurufoto dari AP, Reuters dan EPA. Malah the Times dengan ketaranya menunjukkan gambar unggun api pembantah dengan matlamat perjuangan yang sama dan berkongsi satu unggun api. Bahkan gambar generasi muda di sekelilingi unggun api ini telah menjadi simbol universal. Kita dapat melihat kesatuan pembantah yang mengelilingi unggun api bagi mendapat bahang kepanasan dan menerima cahaya dari unggun api di tengah malam. Apa yang digambarkan media Barat ini ialah kehangatan dalam semangat dan cahaya kebenaran telah menyatukan rakyat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang menuntut pemerintah meletak jawatan. Bersamaan dengan gambar tersebut ialah satu lagi gambar yang diutarakan media Barat ialah cahaya yang datangnya dari telefon bimbit sama ada sedang dicajkan atau sedang menghantar dan menerima maklumat. Persamaan imej cahaya antara kedua gambar ini menjelaskan satu tema besar dalam liputan di Tunisia dan Mesir sepanjang bulan-bulan lepas: kepentingan teknologi dan peranannya mencetuskan transformasi demokratik dalam sesebuah negara diktator. Menurut gambar tersebut, bagaikan unggun api, telefon bimbit adalah fokus penyatuan di mana hubungan dan ikatan sosial diperteguh dan dibina. Gambar telefon bimbit yang duduk seiring dengan gambar unggun api memperlihatkan sumber hubungan sosial dan kedekatan yang mungkin merubah cara kita berhubungan yang meneguhkan lagi hubungan sosial. Cahaya telefon bimbit ini seolah-olah bagaikan unggun api virtual. Telefon bimbit adalah unggun api virtual dan dengannya pembantah memperteguhkan ikatan sosial. Kebanyakan pengulas, wartawan, aktivis politik begitu memaknai gambaran visual ini kerana ia adalah simbol pembebasan dari tekanan dan kekejaman pemerintah. Sejauh manakah teknologi media baru ini menggerakkan proses sesuatu pergerakan rakyat? Menurut the Times dan the Guardian dan diperdebatkan dalam laman web Democracy Now yang juga mempunyai entri dalam Twitter bahawa protes yang kita saksikan di Tunisia dan Mesir merupakan suatu revolusi dalam penyebaran maklumat. Malah gembar-gemburnya sehingga media Barat mengkonsepsinya sebagai suatu revolusi Twitter. Persoalan seterusnya sejauh manakah obsesi kepada kuasa media baru khususnya dalam hubungan dengan protes sosial di dunia Arab ini mencetuskan suatu revolusi teknologi maklumat? Adakah media baru dapat menentukan hala tuju perubahan dalam krisis politik dan ekonomi sesebuah negara sehingga membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan? Di negara kita tidak banyak perdebatan yang berlaku di kalangan golongan intelektual di negara kita. Mungkin impak telefon bimbit terhadap pergerakan reformasi pada suatu ketika dahulu kurang menyengat. Oleh kerana terlampau obses, teruja dan ghairah dengan apa yang dapat dilakukan Facebook dan Twitter, penyelidikan mendalam mengenai peranan teknologi telah diabai atau dilupakan. Mungkin ini bukanlah perkara baru kerana inovasi teknologi akan terus berlaku di mana manusia akan terus mencari penemuan baru. Inilah juga yang membawa kepada penemuan Internet dan telefon bimbit. Persoalannya di mana kedudukan teknologi dalam krisis politik, ekonomi atau sosial. Mungkin agak keterlaluan jika kita mengaitkan perkataan revolusi dalam penyebaran maklumat kepada media sosial seperti Twitter dan Facebook. Adakah ini juga bermakna kita berpaut kepada teori determinisme teknologi di mana teknologi adalah penentu kepada hala tuju dan perubahan masyarakat dalam politik, ekonomi dan sosial malah pengembangan ilmu pengetahuan? Tanpa penciptaan mesin cetak misalnya ilmu pengetahuan tidak akan berkembang dan Barat tidak maju seperti sekarang dan orang Eropah akan terus buta huruf. Tanpa Twitter dan Facebook, protes rakyat tidak akan berjaya di Tunisia? Sejauh manakah benarnya kenyataan di atas ini? Jawapan boleh jadi ya dan tidak. Ya teknologi dapat menjadi pencetus tetapi bukan penentu kepada perubahan dalam kehidupan manusia. Ini kerana terdapat aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada protes rakyat dari segi ekonomi, politik dan sosial umpamanya. Walaupun teknologi berada di mana-mana dan sangat diperlukan dalam kehidupan seharian tetapi ia bukanlah menentu untuk kita beriman kepada Allah misalnya. Kalau tiada kecekalan, keyakinan, semangat dan penyatuan di kalangan rakyat, Ben Ali tidak akan lari berlindung di Arab Saudi. Dalam aspek yang lain kita harus memajukan suatu pandangan kritikal terhadap teknologi dari aspek ekonomi politik. Penelitian kritikal ini akan membuka minda untuk memikirkan mengenai bagaimana teknologi dikuasai dan ditentukan hala tujunya. Bagi menyahkan kemaruk revolusi Twitter yang digembar-gemburkan sebagai kuasa baru kita harus mengetahui hakikatnya bahawa media sosial yang dikatakan Facebook dan Twitter bukanlah teknologi. Ia adalah firma komersial dengan perkhidmatan yang dimajukan sebagai komoditi yang bertujuan memberikan nilai tambah dan pulangannya keuntungan kepada para pelabur. Dengan teruja terhadap peranan teknologi yang dapat membebaskan rakyat atau menjatuhkan sesebuah kerajaan dan bergantung kepada simplifikasi facebook atau twitter = teknologi telah mengenepikan pembangunan ekonomi politik dalam pembangunan dan kemajuan teknologi. Keterujaan terhadap sesuatu teknologi akan menaikkan semangat malah melalaikan seolah-olah teknologi bebas dari sebarang autoriti atau penguasaan. Ia seolah-olah menenggelamkan kita dari memikirkan hubungan demokrasi dengan teknologi dalam masyarakat kapitalis. Kita juga dilalaikan daripada memikirkan kerumitan hubungan budaya, politik dan ekonomi dengan teknologi dan membebaskan peranan pemerintah, instituisi dan pandangan dunia yang bergantung kepada teknologi dalam melakukan ketidakadilan dan kekejaman. Mungkin ramai pengkritik yang tidak bersetuju dan menunjukkan bahawa revolusi Twitter atau Facebook telah memperhebatkan protes rakyat di Mesir tetapi fenomena ini harus diselidiki dengan lebih mendalam. Suatu kefahaman mengenai peranan teknologi di Timur Tengah yang meliputi dunia Arab akan membuka minda kita kepada bagaimana struktur politik dan peraturan ekonomi telah melahir dan membuatkan pergantungan kepada beberapa alat kebebasan bersuara yang menindas dan menguasai dalam kehidupan sehari-hari. Kita mungkin akan membicarakan sesuatu yang agak berlainan dari unggun api tetapi memberikan kefahaman mendalam tentang teknologi dan hubungannya dengan ekonomi politik melalui pemilikan dan kawalan. Peristiwa yang berlaku di dunia Arab selama beberapa minggu ini telah mendedahkan bagaimana struktur autoritarian dan politk reaksionari tertanam dalam hampir seluruh objek dan artifak di mana rakyat bergantung dan merujuk kepada apa yang dikenali sebagai "teknologi". Pertama, sebenarnya syarikat AS yang menguasai media sosial itu yang dianggap sebagai suatu revolusi bukanlah merupakan korporat teknologi AS yang paling penting terlibat dalam protes rakyat di Mesir. Narus, sebuah syarikat berasal dari California yang ditubuhkan pada 1997 dan dimiliki Boeing telah memajukan dan menjual peralatan yang dikenali sebagai "real-time traffic intelligence" kepada negara-negara di dunia dan pelanggan korporat mereka. Antara pelanggan-pelanggan mereka ialah Egypt Telecom dan Agensi Keselamatan Nasional AS (NSA). Narus menyediakan peralatan dengan keupayaan komunikasi Internet pemantauan berada di tempat kejadian. NSA mengendalikan prosedur ini pada setiap hari telah melanggar Akta Pemantauan Perisikan Asing (AS) tetapi terus melakukan tanpa sebarang amaran dari White House. Mubarak pula menggunakannya untuk membalas dendam sepanjang minggu lepas dan mengsasarkan para aktivis dan menganggu komunikasi mereka. Malah beliau boleh saja membaca sebarang mesej yang dihantar dan diterima. Adakah ini dinamakan revolusi Twitter dan Facebook? Jika kita ingin menamakannya sebagai suatu revolusi ia adalah revolusi Narus yang dibawa kepada para aktivis oleh rakan-rakan mereka dari Agensi Keselamatan Nasional. Malah para aktivis ini pernah menerima Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) di AS seperti Freedom House. Kedua, Mesir bukan sahaja mengendalikan pemantauan tetapi menguasai capaian kepada maklumat digital yang diperlihatkan daripada respons pantas pihak berkuasa kepada protes rakyat. Mereka menutup semua laluan trafik Internet kerana semua laluan trafik ini akan melalui salah sebuah dari empat Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) komersial. Mereka telah diarahkan untuk menutup dan arahan kerajaan Mesir itu dipatuhi syarikat-syarikat tersebut. Dalam hubungan dengan krisis di Mesir kita harus meneliti kenyataan-kenyataan media Barat yang menggelabui kita kerana Internet bukanlah tempat selamat bagi semua penggunanya. Ia adalah hak milik peribadi pemerintah dan kroni-kroninya. Prasaranya dimiliki dan dikuasai oleh syarikat-syarikat tertentu dan kerajaan akan melindungi sekiranya kepentingannya terjejas. Selagi anda menggunakannya bagi tujuan sosial dan tidak menjejaskan kepentingan pemerintah tiada apa yang berlaku. Mubarak mengarahkan Vodaphone, syarikat berpusat di UK supaya menutup mesej (SMS) telefon bimbitnya kerana jika Vodaphone ingin mendapat lesen untuk beroperasi di Mesir ia harus bersetuju dengan syarat dan kawalan kerajaan. Oleh itu bagaimana kita mengatakan teknologi ini bebas dan tiada pengaruh dan campur tangan kerajaan? Akhirnya apa yang kita ungkapkan ialah teknologi mesra pelanggan yang kononya berupaya membawa perubahan politik dan sosial kepada rakyat sebenarnya adalah alat kepada syarikat-syarikat gergasi dan kerajaan-kerajaan. Oleh itu kita harus kritikal dengan konsep revolusi Twitter atau Facebook dan tidak menjadikan kita sebagai alat pemantauan kerajaan. Protes di Mesir tidak perlu bergantung dan terpedaya kepada kecanggihan teknologi yang membuta dan mengkhayalkan kita kerana apa yang lebih penting ialah kembali kepada perjuangan asas membebaskan cengkaman politik, ekonomi dan teknologi dari penguasaan pemerintah. Gambaran simbolik unggan api virtual dan simbol cahaya telefon bimbit hanyalah ilusi kerana ia tidak lebih daripada menjadi alat kepada kekejaman autoritarian dan pengumpulan modal kapitalis. Sepanjang beberapa minggu lepas inilah apa yang berlaku di Mesir. Cakap-cakap gembar-gembur mengenai teknologi demokrasi telah disenyapkan oleh konfrantasi antara akumpulan penyokong dan penentang kerajaan. Bagaimanakah kumpulan pro-Mubarak ini boleh menyusup masuk dan di manakah mereka mendapat maklumat tepat itu jika tidak melalui teknologi pemantaun autoritarian tersebut. Protes aman telah bertukar menjadi episod berdarah dan di manakah telefon bimbit, Twitter dan Facebook pada masa itu? Mengapakah ia tidak membantu menyalurkan maklumat kritikal dalam saat-saat genting ini? |
| Idea Ismail Sabri Bukan Tak Masuk Akal, Tapi Macam Orang Takda Akal Posted: 18 Feb 2011 11:00 AM PST Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak Masuk Akal- FOMCA KUALA LUMPUR : Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah. Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat. "Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya. Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat. "Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna. "Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya. Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku. "Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya. |
| Piala FA - Kelantan, Harimau Muda A mara Posted: 18 Feb 2011 08:24 AM PST KUALA LUMPUR - Kelantan menewaskan T-Team 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam tadi untuk mara ke pusingan kedua Piala FA. Terikat 1-1 selepas tamat 120 minit waktu permainan, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti dan kegagalan Norfadzly Alias menyempurnakan sepakan keenam memberikan kemenangan kepada Kelantan. Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A membelasah Sinar Dimaja Maisarah Navy 4-0 untuk mara ke pusingan seterusnya. |
| SPR: Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac Posted: 18 Feb 2011 08:18 AM PST KUCHING, 18 Feb — Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau. Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu. The Malaysian Insider difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi. Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong. SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini. Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. Kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos. SPR melantik 242 petugas untuk mengendalikan pilihan raya kecil ini manakala 10 sekolah, dua balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi. Pengerusi SPR Tan Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Kerdau akan mula dijual pada 22 Februari dan pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR di www.spr.gov.my dan melalui SMS. Pengundi juga boleh menghubungi ibu pejabat SPR dengan menelefon 03-8885 6500 dan pejabat pilihan raya negeri Pahang menerusi nombor 09-5165025 untuk membuat semakan. |
| Jangan Bodohkan Rakyat Dan Jangan Bagi Rakyat Hilang Kesabaran Posted: 18 Feb 2011 06:55 AM PST 'Hari Gelap' perundangan negara apabila mahkamah nafi kuasa Speaker SHAH ALAM, 18 Feb – Tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang merupakan "hari gelap" sistem perundangan negara. Justeru, keputusan pendengaran yang dibuat tanpa kehadiran peguam defenden dianggap terburu-buru seraya mengenepikan hak untuk didengari. Bercakap kepada pemberita pada sidang media lewat petang tadi, Teng menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak adil atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN Selangor yang mempunyai imuniti penuh terhadap saman dan mahkamah. "Saya boleh katakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang terkubur dan saya rasa dalam kes ini keadilan telah dikuburkan. "Mahkamah harus sedar ini adalah kes melibatkan perlembagaan, Dewan Negeri dan Speaker. Ini bukan kes Tom dan Jerry. Saya tidak nampak mengapa mahkamah harus sangat tegas. Dunia akan ketawakan kita. Badan kehakiman apa yang kita ikut?" tegas Teng. Sebelum itu, Hakim Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Teng di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan saman pemula Badrul Hisham Abdullah. Zaleha turut membenarkan permohonan Badrul dalam deklarasi satu bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah. Teng kemudiannya diarahkan untuk membayar dengan kos sebanyak RM40,000 atas tindakkan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN berkenaan pada 19 Januari lalu. Teng sebelum itu menjelaskan kepada media bahawa peguamnya, Tommy Thomas telah memohon kepada mahkamah pada 11 Februari lalu untuk menangguhkan pendengaran hari ini kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. Susulan itu menurutnya, peguam beliau telah menerima surat daripada mahkamah yang menolak permohonan penangguhan tersebut tiga hari kemudian. "Bayangkan kita telah memberitahu mahkamah bahawa peguam akan berada di Mahkamah Johor Bharu pada 16 hingga 18 dan kami minta menangguhkan pendengaran yang ditetapkan pada 17 Februari. Mereka setuju menangguhkan tapi dibawa kepada 18 Feb juga tidak dapat dihadiri peguam saya," jelas Teng lagi. Walaubagaimanapun menurut Teng, peguam beliau telah menghantar wakil untuk memohon penangguhan sesi pendengaran hari ini ditolak termasuk permohonan mendapatkan peguam baru. Teng berkata mahkamah tidak seharusnya meneruskan pendengaran tanpa pengurusan kes yang betul. "Sebenarnya pada 14 Februari kami menerima afidavit daripada plantif dan kami mahu menjawab untuk afidavit. Berdasarkan undang-undang mahkamah tinggi, kami ada 14 hari untuk menjawab," ujar beliau. Jelas Teng lagi, jika Speaker boleh diperlekehkan oleh sistem kehakiman maka tidak mustahil rakyat boleh ditindas sewenang-wenangnya di dalam mahkamah. Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa speaker ada kekebelan daripada cubaan untuk didakwa di mahkamah berdasarkan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan. Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersambung pada 28 Mac depan. |
| Anwar berceramah di Seberang Jaya Sabtu Posted: 18 Feb 2011 06:00 AM PST Norutul Ilham PULAU PINANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya bersebelahan pasar raya besar Tesco, Sabtu ini. Program itu bermula seawal jam 4 petang dengan jamuan minum petang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa (AJK) Qariah dan ahli-ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP) Pulau Pinang di di Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak. Pada malam, Anwar bersama penduduk Sungai Nibong dijangka bersolat jemaah Maghrib dan mengikuti tazkirah di Masjid Jamek, Sungai Nibong. Ceramah pimpinan KEADILAN termasuk Anwar dijadual bermula jam 9 hingga 12 malam dengan topik berkaitan "Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia". Antara lain, ceramah itu turut disertai Timbalan Ketua Pulau Pinang I, Datuk Dr Mansor Othman, Ahli Parlimen Balik Pulau,Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. |
| DUN Pelabuhan Klang: Berat sebelah, mahkamah dengar satu pihak Posted: 18 Feb 2011 05:45 AM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menunjukkan badan kehakiman itu berat sebelah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin. "Perkara ini kita sudah jangkakan. Hari ini mahkamah bersidang tanpa kehadiran peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang terlebih awal memberitahu ketidakhadiran beliau. "Tetapi prosiding kes tetap berjalan dan terus mengumumkan keputusan yang pastinya berat sebelah. Mahkamah seolah-olah sengaja mempercepat kes supaya pilihan raya kecil tidak dapat dijalankan," kata Shamsul kepada KeadilanDaily.com. Shamsul tidak menolak kemungkinan mahkamah berkenaan, mengikut telunjuk kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bagi mengekalkan kerusi Pelabuhan Klang dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Saya kesal kerana hakim tidak menangguh kes dan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Kita mahukan mahkamah tanpa bayangan telunjuk kerajaan Umno BN "Peguam Badrul – Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pula berdolak dalik dalam menentukan jumlah hari yang tidak dihadiri beliau dengan pelbagai alasan walaupun ia jelas dibuktikan Chang Khim sebelum ini," ujarnya. Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas saman pemula dibuat badrul apabila kerusi DUN Pelabuhan Klang pada 19 Januari lalu, diisytihar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai kosong. Chang Khim mengisytihar kerusi yang disandang Badrul Hisham kosong berikutan wakil rakyat itu gagal menghadiri sidang dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah. Keputusan itu dibuat beliau berdasarkan Perkara 69 dan 70 Perlembagaan Selangor yang tidak mebawa peruntukan rayuan. |
| Dr Mahathir patut ‘masuk’ GMI – Nalini Posted: 18 Feb 2011 05:30 AM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Jika benar Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pelaksanaan akta berkenaan. Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir jika benar beliau berniat untuk menghapuskan ISA. Bagaimanapun, beliau mempersoal, mengapa baru sekarang Dr Mahathir mahu tampil sebagai hero dan menafikan semua perkara yang melanggar hak asasi manusia termasuk ISA. "Apa yang menyebabkan Mahathir bercadang untuk menghapuskan ISA? Adakah begitu kuat kuasa polis untuk menyekat kuasa Perdana Menteri," katanya pada satu kenyataan media. Ironinya, Nalini berkata, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menyeru menghapus ISA apabila sudah meletak jawatan Perdana Menteri tetapi tidak mengambil berat hal itu ketika masih berkuasa. Katanya, Suaram dan GMI percaya dengan prinsip keadilan, penghakiman yang adil sehingga yang bersalah dapat dibuktikan tanpa rasa takut atau sebaliknya. "ISA sebenarnya melanggar asas hak asasi manusia, untuk penghakiman yang adil sebelum dibuktikan bersalah. Jika Mahathir aplikasikan prinsip ini, ISA tidak lagi wujud," katanya. Jika kenyataan Dr Mahathir bahawa polis yang membuat tangkapan ISA tanpa melibatkan beliau, Nalini berkata, kerajaan mesti bertanggungjawab kerana memberi kuasa mutlak kepada polis kerana menggunakan ISA. "Sehingga kini, tahanan ISA terus menjadi sasaran penahanan yang dilakukan sewenang-wenangnya, penyeksaan fizikal tanpa ulasan undang-undang yang berkesan dan bermanfaat kepada mangsa ISA. "Tahanan politik yang menjalani ISA akan disoal siasat tanpa henti melibatkan gangguan mental serta penyeksaan dipukul dan terpaksa menerima rawatan di hospital," katanya. Tegas beliau, ISA 'membolehkan' Cawangan Khas (SB) melakukan kesalahan lebih banyak kerana mereka tidak akan disoal kerana dilindungi kerajaan Malaysia. "Kerajaan Barisan Nasional mesti dipersalahkan sepenuhnya kerana menyerahkan kuasa kepada polis sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa seolah membina negara polis," ujarnya. |
| Saksi enggan kerjasama, tak faham soalan – Sankara Nair Posted: 18 Feb 2011 05:00 AM PST Fadli KUALA LUMPUR: Peguam Sankara Nair kesal terhadap saksi yang didakwa pakar analisis DNA, Dr Seah Lay Hoong kerana kelihatan seperti kurang faham dengan soalan yang dikemukakan hari ini serta enggan memberi kerjasama sewaktu sesi soal balas pasukan peguam bela. "Kita tanya garis panduan apa yang digunakan dan sama ada ia merupakan garis panduan Malaysia, dan jika ya, adakah ia sama dengan garis panduan antarabangsa. "Dia boleh jawab, tetapi kita lihat pada bahagian tertentu, dia kata dia tak mahu jawab," kata Sankara kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan pada jam 4.17 petang tadi dan bersambung semula Isnin ini. Beliau juga kesal apabila peguam bela Anwar bertanya sesuatu yang jelas dan boleh dijawab secara terus, Dr Seah memilih untuk menjawabnya secara kabur-kabur. "Sebagai contoh, apabila ditanya Karpal (Singh), adakah beliau mengikuti garis panduan persatuan forensik genetik antarabangsa yang dianggotainya dalam menjalankan analisis, dia (Dr Seah) bertanya Karpal kembali apakah garis panduan itu?". Menurut Sankara, selaku peguam yang bukan anggota persatuan forensik genetik tersebut, adalah mustahil untuk mereka menjawab soalan itu. "Dia adalah pakar DNA, kenapa tanya kita semula? Dialah yang patut jawab," tegas Sankara. "(Akhirnya) dia kata dia tak mahu jawab soalan itu. Ini menunjukkan dia tak berapa faham atau tak nak bagi kerjasama. "Ini tak betul. Semua saksi perlu kerjasama atau hakim perlu bagi perhatian agar saksi tidak menyembunyikan sesuatu," kata Sankara. |
| Surat Terbuka YB Nurul Izzah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur : Isu Jejantas Posted: 18 Feb 2011 04:30 AM PST Rujukan Anda : Rujukan Kami : PPLBM/P121/DATUK BANDAR/ISU SETEMPAT/11/02/009 Tarikh : 16 Februari 2011 Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail Datuk Bandar Kuala Lumpur Tingkat 27, Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad , MOHON PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas. Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut: 1. Menurut laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010): "Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL." Dalam pengurusan peruntukan tersebut, sudah pasti DBKL menjadi badan yang meluluskan reka bentuk dan spesifikasi jejantas tersebut. Maka persoalan yang timbul adalah daripada RM10 juta yang diperuntukkan, berapakah jumlah sebenar kos pembinaan jejantas 142m tersebut? Dan apakah kos sebenar untuk pembinaan jejantas fasa kedua sepanjang 375m, yang mengikut laporan The Edge (4hb Januari 2011) akan direka dan dibina oleh Sunway Construction Sdn Bhd? Dan adakah kesemua aspek reka bentuk kedua-dua jejantas ini benar-benar mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By-Laws 1984)? 2. Laporan di The Star bertarikh 9 Februari menyatakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd Hashim Wahir telah "menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL." Ini dengan terangnya menunjukkan suatu mekanisme "Bina dan Pindahmilik" (Build and Transfer) telah diguna secara diam-diam, tanpa pengetahuan umum dan dengan tiada kebertanggungjawaban. Akhirnya, wang rakyat akan diguna untuk menyelenggara kemudahan ini. Adakah penduduk KL bakal dikejutkan dengan nilai yang "maha besar"? Adakah pihak DBKL akan mengenakan "tol" kemudian untuk membayar kos yang menggunung, atau adakah ianya akan diswastakan? Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut? Dan adakah kos ini yang akan ditanggung oleh rakyat kerana penggunaan duit rakyat dalam pelaksanaan projek ini? Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini. Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T.. "Bersama Menegakkan Keadilan" Sekian. Wassalam. Yang Berkhidmat, Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai S.k Yang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Pejabat Menteri Aras 4, Blok 2, Menara PjH Presint 2 62100 Putrajaya |
| Mahasiswa berhak urus pilihan raya kampus Posted: 18 Feb 2011 04:00 AM PST Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Pimpinan muda Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi memberi hak kepada mahasiswa untuk menjalankan proses pilihan raya kampus tanpa sebarang campur tangan pentadbiran universiti. "Sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan kembali kerelevenan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diserah kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya. "Kami menggesa kementerian itu untuk mengambil serius pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Pemilihan harus telus dan adil tanpa sebarang campur tangan Hal Ehwal Pelajar (HEP). "Segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil," kata kenyataan bersama itu Ia ditandatangani Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai Shamsul; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Kami mewakili Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia kesal dengan peraturan yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasi proses demokrasi di kampus. "Kami menuntut kementerian memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen dalam pilihan raya kampus secara bebas dan adil," katanya. Mereka juga mendesak universiti memanjangkan tempoh berkempen dari tiga kepada tujuh hari bagi memberi ruang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa. "Universiti wajib mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terkandung dalam Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia. "Autonomi mahasiswa wajib dihormati terutama penglibatan mahasiswa di kalangan masyarakat. Mahasiswa wajib diberi kebebasan penuh dan segala intimidasi dihenti. "Mereka harus dibenar terlibat dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong, disekat atau diancam dengan ugutan mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)," kata kenyataan itu. |
| Bangang Betul Pemikiran Pemimpin Perkasa Posted: 18 Feb 2011 03:45 AM PST Perkasa: Jangan benar calon lebih 65 tahun tanding KANGAR, 18 Feb — Perkasa Perlis mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya. Yang Dipertua Perkasa Perlis Ameir Hassan berkata antara syarat baru yang dicadangkan ialah had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat. "Wakil rakyat yang melebihi had umur sering mengalami tekanan dan ada di kalangan mereka meninggal dunia menyebabkan berlaku proses pilihan raya kecil yang memerlukan kos yang besar," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya umur calon perlu dihadkan bagi memberi ruang kepada generasi muda yang berkelayakan dan boleh memimpin rakyat untuk menjadi calon. Sementara itu, katanya Perkasa Perlis juga mahu kerajaan mengkaji nasib para pesawah yang tidak berhak untuk menentukan harga padi yang mereka usahakan. Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan pesawah yang kebanyakannya orang Melayu akan kekal di tahap lama dan tidak dapat meningkatkan taraf kehidupan berikutan harga padi kini ditentukan oleh Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas). Beliau turut mencadangkan agar pengilang-pengilang Melayu diberi peluang untuk memasarkan sendiri padi dan beras melalui persatuan peladang kawasan (PPK) bagi membantu golongan petani manakala Bernas bertindak sebagai penyimpan stok beras. — Bernama |
| Dolak-dalik saksi kelebihan untuk peguam saya – Anwar Posted: 18 Feb 2011 03:30 AM PST Fadli KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran pakar DNA bebas dari luar negara di dalam pasukan pembelaannya membantu menangkis cubaan pendakwa untuk memberikan gambaran tidak tepat terhadap dirinya. "Apabila diminta peguam (bela) untuk ajukan (kenyataan), dia (Dr Seah Lay Hoong) cuba selindung untuk beri gambaran buruk kepada media. "Jadi nasib baik kita bawa pakar DNA dan forensik kita sendiri. Ini akan membantu isu-isu yang agak banyak teknikaliti," kata Anwar. Beliau menambah, kenyataan saksi pendakwa serta penyerahan barang kes yang tidak konsisten dalam perbicaraan Fitnah II merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam pembela. "Apabila peguam tanya, nampak dia (Dr Seah) berdolak-dalik dan ini akan memperkukuhkan kita," kata Anwar. Semalam dan hari ini, peguam Anwar berjaya menimbulkan beberapa keraguan kes yang dibentangkan pasukan pendakwa raya. Pertama, calitan kapas B5 yang diambil daripada kawasan dubur Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) semalam mengandungi DNA tiga lelaki termasuk DNA Saiful sendiri. Kedua, pendakwa raya mengemukakan laporan kimia yang mengandungi sampel B12 sedangkan sebelum ini laporan kimia yang diserah kepada peguam Anwar dinomborkan B sehingga B11 sahaja. Dan hari ini, kombinasi DNA yang diambil daripada tubuh Saiful kemungkinan datang daripada sepuluh orang lelaki, dan bukannya tiga orang lelaki sebagaimana dakwaan Dr Seah semalam. |
| Tun Mahathir Bercakap Soal Taqwa? Mari Kerabu Bersuara Ajar Makna Taqwa Posted: 18 Feb 2011 03:00 AM PST Makna taqwa Kalimah Taqwa selalu didengari oleh setiap orang Islam. Antara rukun khutbah ialah berpesan supaya bertaqwa. Kaum lelaki yang datang ke masjid pada hari Jumaat akan mendengar Khatib berkhutbah. Pesan Khatib "Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa". Para jemaah yang tak tidur masa khutbah mesti dengar pesanan ini. Persoalannya sejauh mana kita menghayati dan mengikuti saranan dan pesanan tadi? Apabila disebut perkataan taqwa apakah yang kita faham? Apa itu taqwa? Al- Asfahani mendefinasikan taqwa sebagai menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa iaitu dengan meninggalkan sesuatu yang dilarang. Sahabat nabi, Ibnu Abbas mengatakan bahawa taqwa ialah berjaga-jaga terhadap Allah dan balasan-Nya, manakala Ibnu Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah yang mafhumnya"Bertawalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa", beliau mengatakan bahawa taqwa kepada Allah ialah Allah mesti ditaati bukan diderhakai, diingati bukan dilupai, disyukuri bukan dikufuri. Satu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkan tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyisingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa". Khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib RA apabila ditanya apa itu taqwa lantas beliau menjawab bahawa taqwa itu ialah takut kepada Allah yang maha agung, beramal dengan Quran yang diturun, redha dengan sedikit, bersiap sedia untuk pergi ke tempat manusia dibangkit. Team kami bukan dari golongan alim ulamak, tetapi kami nak kongsi bersama apa makna taqwa. semoga puak umno sedar sebelum mereka bercakap berkaitan agama! |
| Memang Dah Dapat Diduga: Badrul Katak Kekal Adun Pelabuhan Klang Posted: 18 Feb 2011 02:30 AM PST Mahkamah: Badrul Hisham kekal Adun Pelabuhan Klang SHAH ALAM, 18 Feb — Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham Abdullah masih kekal sebagai wakil rakyatnya. |
| Buktikan Kenyataan TGNA Sesat? Posted: 18 Feb 2011 02:00 AM PST Tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan Pas telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. Pas mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguriskan Islam dan umat Islam selama ini. Pas boleh buktikan dengan tahalluf siasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati. MCA berkawan dengan umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki. Kenyataan Tun agak kelakar, kerana menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya hendak menang pilihanraya. Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tuperware saja yang tidak mahu menang. Sepanjang Tun memimpin Umno, bermati-matian melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi, semuanya kerana hendak menang pilihanraya. Memang Pas hendak menang pilihanraya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan. Perjuangan Pas berbeza dengan umno. Umno menja ikan Islam sebagai alat, bukan matlamat. Sepanjang Pas bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi, tidak ada yang rugi kepada Islam dan Pas di negara ini. Malah Pas mengambil peluang untuk berdakwah dan menjelaskan keadilan Islam. Selama ini mereka kabur, membuktikan 53 tahun umno gagal menjelaskan Islam yang sebenar. Tuduhan Tun yang mengatakan Pas tidak bela penindasan umat Islam di luar negara. Mungkin Tun, buat-buat lupa atau sengaja membuat tuduhan jahat kepada Pas. Seolah-olah Pas parti bawah tempurung sahaja, tanpa memperdulikan umat Islam lain yang tertindas. Tun tidak sedarkah peranan yang dimainkan oleh Pas dalam isu Plestin, perang teluk, perang Afghanistan, Selatan Mindanou, Acheh. Pas membantu dengan sekadar kemampuan sebagai parti yang tidak memerintah negara dengan memberi nasihat dan menghantar barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan ketika misi kemanusiaan ke negara tersebut.. Idris Ahmad |
| Penduduk Merlimau 'disantuni' dengan projek, projek dan projek Posted: 18 Feb 2011 01:30 AM PST *** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh, dan berkata, 'sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri'." (Fussilat: 33) *** KETIKA berkunjung ke Merlimau baru-baru ini, saya berkesempatan merehatkan diri di anjung rumah Penghulu Mad Natar/Abdul Ghani yang terletak di Kampung Permatang Serai, Merlimau Tengah. Sambil berbual-bual dengan waris dan penjaga rumah itu, Rizal Mad Rahim, 35, mata saya mengawasi kerja-kerja melebarkan jalan kampung di sebarang jalan dari rumah tradisional berkenaan. Sebuah traktor sedang menimbun tanah manakala beberapa pekerja sibuk memeriksa longkang di sisi jalan. Seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek turun daripada basikal tuanya, kemudian menyatakan sesuatu kepada pemandu traktor. Saya difahamkan dia meminta lelaki itu menimbus lubang di persimpangan jalan itu bagi mengelakkan kereta orang kampung (saya difahamkan wanita itu ada anak yang memiliki kereta) tercebur dalam longkang. Demikianlah orang Merlimau kini mewah dengan projek rakyat yang mencurah-curah di kawasan mereka. Al-maklumkan pilihan raya kecil akan diadakan di Dun ini pada 6 Mac nanti. Penamaan calon adalah pada 26 Februari – masanya ada lebih kurang dua minggu lagi, sebab itulah projek-projek kilat ini perlu disegerakan sebelum pemimpin dan penyokong pihak bertanding menyerbu ke kawasan selatan Melaka ini yang mempunyai lebih 10,500 pengundi – 65 peratus daripada mereka Melayu, 21 peratus Cina, 14 peratus India dan bakinya bangsa-bangsa lain. Selepas puas memerhatikan kerja-kerja membesarkan jalan di depan Rumah Penghulu Mad Nattar itu, saya pun singgah di depan Masjid Al-Rahim. Pekerja kelihatan bertungkus-lumus membaiki itu dan ini di kawasan masjid. Antara yang dibaiki ada tandas dan tempat mengambil wuduk. Itulah apabila ada pilihan raya, bukan pemilik rumah tersenyum, kaki masjid pun gembira kerana kerosakan di masjid mereka segera dibaiki. Bercakap mengenai nasib pemilik rumah kampung, bagi menghadapi pilihan raya kecil ini, saya difahamkan sejumlah RM500,000 diperuntukan bagi membaiki rumah orang miskin melalui Dana 1-Malaysia Development Berhad (1MDD). Ooh, alangkah beruntung orang Merlimau, tak tahulah bila peluang keemasan seperti ini akan muncul lagi. Demikianlah, apabila pilihan raya muncul, tiba-tiba rakyat disantuni bagai raja. Saya lihat banyak jalan masuk ke rumah orang-orang kampung sudah ditar. Kini jalan orang kampung sudah lebar dan cantik. Di persimpangan jalan utama Melaka-Muar/Merlimau Tengah, kelihatan sekumpulan buruh berkulit gelap sibuk menurup laluan persendirian yang menghala ke rumah penduduk. Panas matahari tidak mereka hiraukan, mungkin mereka mahu menyiapkan projek dengan kadar segera kerana habuan sudah siap menunggu. Lagi pun tidak lama lagi pemimpin kecil, sederhana dan besar akan berkampung di Merlimau. Penulis berkesempatan singgah di sebuah warung kopi bagi mendengar perbualan penduduk. Sambil menghirup teh 0 limau, penulis mendengar seorang buruh dalam usia 40-an berkata: "Aaah, sekarang mintaklah apa saja. Mesti dapat punya." Seorang lelaki menyampuk: "Kalau nak jalan tar sampai tangga rumah pun boleh dapat. Inilah masa untuk kita desak itu dan ini." Demikianlah projek begitu sinonim dengan pilihan raya kecil. Apabila di sesebuah kawasan itu berlaku kematian ahli Parlimen atau Adunnya, maka banyaklah pojek pembangunan akan dicurahkan di sana. Namun satu hal yang sangat mengusarkan apabila ditanya kepada menteri-menteri berhubung projek-projek berkenaan, mereka berkata ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka cekap untuk menyatakan projek itu sudah lama dirancang, tinggal lagi belum dilaksanakan. Dan secara kebetulan, ia dilaksanakan ketika pilihan raya akan diadakan. Tinjauan penulis di Dun Merlimau, memperlihatkan Umno-BN sudah meningkatkan kempennya termasuk mendirikan bilik gerakan pilihan rayanya seperti di Permatang Bukit yang terletak di depan Merlimau Inn iaitu satu-satunya hotel di pekan ini yang boleh dimasuki melalui jalan lama Melaka-Muar, jalan persisir pantai, jalan Batu Gajah, Lebuh AMJ dan juga Lebuh Raya Utara Selatan melalui susur keluar di Lipat Kajang seterusnya menggunakan jalan lama Jasin-Merlimau. Dua bendera gergasi BN juga sudah dipasang di depan 'Kedai Asam Pedas Oren D' Corner' yang terletak berhampiran Politeknik Merlimau di jalan Jasin-Merlimau. Di kawasan ini juga sudah diadakan bilik gerakan pilihan raya Barisan Nasional bagi Dun Merlimau. Selain itu banyak kain rentang parti-parti seperti IPF menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak dan KM Mohd Ali Rustam. Diberitakan pemimpin-pemimpin BN termasuk TPM Muhyiddin Yassin akan menjadikan Politeknik Merlimau sebagai 'markas' perjumpaan ahli dan penyokong mereka sedangkan sejak dulu, kini dan selamanya mereka kerap mengungkapkan: "jangan politikkan sekolah dan masjid." Itulah pemimpin Umno-BN yang cakap tidak serupa bikin, jadi relalah rakyat menyerah diri kepada mereka? http://lanh14.blogspot.com/2011/02/penduduk-merlimau-disantuni-dengan.html |
| Kes Fitnah 2 : Tumpuan pada DNA lelaki misteri Posted: 18 Feb 2011 01:21 AM PST KUALA LUMPUR , 18 Feb – Perbicaraan kes fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin. Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel "DNA Y" yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan. Di samping itu, satu sampel DNA sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful. Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini. Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini. LAPORAN LANGSUNG DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR JALAN DUTA 11.30 pagi : Perbicaraan ditangguhkan sehingga jam 3 petang ini. 10.50 pagi : Mahkamah berehat selama 30 minit untuk membolehkan pihak pembela meneliti bahan bukti. 10.40 pagi : Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5. 10.30 pagi : Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik. Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya. Ini meskipun sebelum ini, Seah mendakwa tiga jurutera dipanggil untuk penyelenggaraan peralatan analisis genetik itu. 10.10 pagi : Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah. Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, "Lelaki Y" dan seorang lagi yang tidak dikenali. 10.00 pagi : Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik. Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh. 9.40 pagi : Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti. Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula. Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas. 9.35 pagi : Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh. Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu. 9 pagi : Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. |
| Sekali Lagi Muhyiddin Hina Rakyat Kelantan Dengan Isu Kemiskinan Posted: 17 Feb 2011 10:00 PM PST Muhyiddin dakwa umat Islam pecah jika PAS masuk Sarawak PUSA, 18 Feb — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bimbang PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak. Timbalan presiden Umno berkata rakyat Sarawak, khasnya masyarakat Islam, agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa. "Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk," kata beliau dipetik Bernama hari ini. Muhyiddin menyatakan demikian ketika berucap pada majlis tinjauan mesra di sini hari ini. Dalam ucapannya Muhyiddin juga berkata kadar gaji pekerja ladang di negara ini masih lagi terlalu rendah sedangkan harga minyak sawit telah meningkat. Memandangkan rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja di sektor perladangan kerana gajinya yang rendah, kerajaan pusat menubuhkan satu majlis perundingan di Kementerian Sumber Manusia untuk membuat kajian semula kadar gaji pekerja ladang agar setimpal dengan perkembangan industri perladangan. "Pendapatan kerja di sektor perladangan tidak setimpal, sedangkan apa yang kita tahu seperti harga minyak sawit ketika ini merupakan antara yang terbaik, dan justeru itu pekerja yang bekerja di ladang sawit sepatutnya mendapat imbuhan gaji yang jauh lebih tinggi," katanya ketika berucap pada majlis tinjauan mesra di sini hari ini. Muhyiddin berkata sebagai permulaan kerajaan akan berunding dengan pihak pengurusan ladang syarikat milik kerajaan (GLC) untuk mencari langkah terbaik dalam menimbang semula kadar gaji pekerja di ladang masing-masing. Menurutnya langkah itu, yang dipersetujui oleh kabinet minggu lepas, perlu dipercepatkan. "Kalau boleh keputusan dapat dicapai sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dalam usaha ini," katanya. Muhyiddin berkata di bawah pelan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), rakyat di Sarawak akan terus mendapat perhatian daripada kerajaan pusat khasnya dalam pembangunan infrastruktur serta meningkatkan kadar pendapatan rakyat di luar bandar. Katanya dalam pusingan pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM83 juta telahpun diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk menaik taraf kemudahan seperti jalan kampung, kemudahan air bersih serta bekalan elektrik di kawasan luar bandar di Sarawak. Timbalan Perdana Menteri berkata hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah memudahkan lagi usaha untuk membantu rakyat di Sarawak yang masih perlukan banyak bantuan dan sokongan daripada kerajaan. |
| Perubahan peranan parti Islam dalam negara demokrasi Posted: 17 Feb 2011 09:00 PM PST E Oleh Abu Firdaus Perjuangan rakyat di Mesir belum selesai walaupun peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden merupakan langkah besar. Buat masa ini tumpuan ialah pada tuntutan berlaku di Algeria. Tidak kurang penting ialah Yaman dan Jordan. Sementara perkembangan di Sudan di mana negara itu mengiktiraf kemerderkaan Sudan Selatan wajar dilihat dalam konteks kemajuan demokrasi juga. Peranan gerakan Islam dalam politik kini sudah berubah dan berbeza. Gagasan Negara Islam kini perlu dilihat bukan dalam bentuk eksklusif tetapi bersifat inklusif dalam kerangka demokrasi. Kebangkitan rakyat Mesir bersama peranan besar Ikhwanul Muslimin hanya mencerminkan perkembangan pemikiran baru dalam fahaman politik Negara Islam ini. Kalau dahulu, 20 tahun lalu, perjuangan Negara Islam dilihat dalam bentuk penubuhan Republik Islam Iran diikuti pula dengan Sudan menjadi republik Islam serta kemenangan Mujahidin yang mendirikan Negara Islam Afghanistan, kini gagasan itu telah digantikan dengan kedudukan parti Islam dalam kerangka demokrasi. Contoh utama kejayaan peranan parti Islam dalam negara demokrasi kini dilihat di Turki melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (AK). Namun konsep peranan parti Islam dalam demokrasi sebenarnya dipelopori oleh Hizbullah di Lubnan yang kini menguasai negara itu setelah begitu lama berada dalam parlimen dan kerajaan Beirut. Malah di Palestin, ternyata Hamas bersifat lebih demokratik daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan kesediaannya menyertai pilihan raya, dan menang pula. Sementara Sudan pula sudah mengalami pergolakan politik yang hebat dan pelbagai sejak 20 tahun lalu dan kini muncul sebagai negara demokratik dipimpin parti Islam yang bersedia melepaskan Sudan Selatan demi menurut kehendak rakyat di situ. Sementara di Afghanistan pula, Mujahidin yang diwarisi oleh Perikatan Utara pimpinan Jamaati Islami bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat untuk berusaha menjadikan negara itu demokratik dan berfungsi. Malah gagasan demokrasi dalam negara Islam paling jelas berlaku di Iran. Pertembungan antara dua pihak, iaitu apa yang disebut sebagai golongan konservatif dan prodemokrasi adalah proses yang akan menjadilan republik Islam itu sebagai negara demokratik. Justeru apabila berlaku kebangkitan rakyat menuntut demokrasi seperti di Indonesia, peranan parti Islam akan ketara dan menjadi penyumbang kepada kestabilan negara. Adalah suatu yang bertmakna di Indonesia apabila gerakan Reformasi di sana digerakkan oleh tokoh Muhamadiyah, Amien Rais melalui Parti Amanat Nasional (PAN) dan presiden pertama yang dipilih rakyat pula adalah tokoh Nahdhatul Ulama, Abdurrachman Wahid melalui Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Kini parti parti Islam yang dipanggil jalur tengah turut dikukuhkan dengan kekuatan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mengambil inspirasi daripada parti AK Turki. Maka dalam keadaan begini, dapat difahami bagaimana Ikhwanul Muslimin bergerak di Mesir, Yaman dan Jordan. Begitu juga dengan Annahdhah di Tunisia dan pewaris Parti Penyelamat Islam (FIS) di Algeria. Di Malaysia, PAS turut serta dalam amalan demokrasi dan sejak tahun 1990 ia telah meletakkan perjuangan Negara Islam dalam konteks kerangka demokrasi. PAS bersedia berperanan dalam negara demokrasi di bawah pimpinan Tengku Razaleigh pada tahun 1990 dan Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Apabila menerima demokrasi, ia memberi erti bahawa negara merupakan ekspresi politik rakyat dan bukannya milik sesebuah golongan atau parti. Dalam tradisi Islam, seringkali disebut mengenai kehidupan berjemaah dan kesejahteraan ummah. Itulah Negara Islam dalam konteks gagasan demokrasi. |
| Umno Sabah Mahu Sultan Sulu Dipecat Posted: 17 Feb 2011 09:00 PM PST KOTA KINABALU, 17 Feb (Bernama) -- Umno Sabah mengesyorkan ahli perniagaan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'Sultan Sulu Ke-33' baru-baru ini, dipecat daripada parti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. "Umno Sabah telah membuat ketetapan untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno supaya Mohd Akjan dipecat daripada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Musa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri Khamis malam. Mohd Akjan, yang merupakan anggota Umno Bahagian Kota Kinabalu, telah mengisytiharkan dirinya sebagai keturunan Sultan Sulu yang terakhir memerintah, iaitu Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim. Beliau dikatakan telah diisytihar sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Feb lepas, yang dihadiri sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu. -- BERNAMA melayu umno bodohkan melayu umno kahkahkahkah..macam ni nak maju? |
| Dun Merlimau, perkiraan untung nasib PAS di bumi Hang Tuah Posted: 17 Feb 2011 08:30 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Hanya selang beberapa minggu sahaja pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang selesai, negara sekali lagi akan menyaksikan pertarungan satu lagi PRK iaitu di Dun Merlimau, Melaka. Dun Merlimau merupakan kubu kuat Umno-BN sejak ianya mula didaftar sebagai Dun selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994. Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Dato' Mohd Hidhir Abu Hassan yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka akibat sakit jantung. Rakyat di Melaka amnya dan pengundi di Merlimau khasnya sudah mula menerima habuan berupa 'projek mee segera' dan kebanjiran pimpinan utama negara yang sudahpun mula berkempen secara 'tidak rasmi' meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 26 Februari ini. Melaka pernah menyaksikan pilihan raya Kecil sebelum pilihan raya umum 2008 dimana pada tahun 2007 di Dun Machap.Dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) diwakili MCA,Lai Meng Chong yang menang besar ke atas calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi. Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Umno sejak empat pilihan raya umum lalu, namun pastinya PAS selaku wakil Pakatan Rakyat akan menjanjikan tentangan yang sengit. Pada awalnya, kawasan ini mahu ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi Dun Merlimau. Namun, setelah perbincangan antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan, mereka bersetuju mengekalkan PAS yang bertanding di Dun tersebut sebelum ini sebagai mewakili Pakatan Rakyat. PAS pastinya mahu mencapai kemenangan di Dun Merlimau walaupun seperti yang disebut ramai penganalisis politik sebagai suatu yang sukar. Ini kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu terutamanya daripada PAS. Walaupun sejak 12 pilihan raya umum lalu PAS meletakkan calonnya di Melaka, namun PAS tidak pernah berjaya menghantar wakil ke Sidang Dun Melaka. Negeri-negeri jiran yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat Umno sudah berjaya ditembusi PAS dimana di Johor PAS memiliki dua Dun, Sungai Abong dan Maharani, sementara di Negeri Sembilan PAS melahirkan anak sulongnya di Dun Paroi. Di Melaka, PAS telah meletakkan calonna di 13 kerusi Dun dalam pilihan raya umum yang lalu, namun gagal mendapat walaupun satu kerusi. Pembangkang yang berjaya menembusi Dun Melaka hanya DAP yang mana mereka berjaya menawan lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir. Mengikut rekod SPR, dalam PRU-12, PAS diwakili oleh Mejar (b) Jasme Tompang menentang Allahyarham Hidhir dengan majoriti undi lebih 2000. Keadaan Dun Merlimau hampir sama dengan Dun Tenang kerana Umno memiliki kekuatan undi Melayu yang sangat tegar sokongannya kepada mereka. Pada pilihan raya Umum 1995, Dun Merlimau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Semangat 46 dan Umno, dan kemudiannya pada tahun 1999 PAS mewakili Dun Tersebut, namun pada tahun 2004, PAS memberi laluan kepada KeADILan, sementara mengambilnya kembali pada tahun 2008 melalui Jasme. Mengikut rekod, PRU 2008 menyaksikan seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau. Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus kaum India dan baki 0.04 peratus lain-lain kaum. Merlimau yang terletak berhampiran Daerah Jasin adalah sebuah pekan kecil yang juga merupakan sempadan negeri antara Johor dan Melaka. Kawasan Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Ladang Merlimau,Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Merlimau memiliki kependudukan Melayu di perkampungan tradisional yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat Melayu Melaka yang sangat kuat. Sementara kaum-kaum lainnya iaitu kaum Cina tinggal di Pekan Merlimau dan India pula di beberapa estate dan kampung tradisis India yang mundur sejak British meninggalkan Melaka. Sedikit pembangunan yang diterima Merlimau sejak dua pilihan raya umum kebelakangan ini dimana memiliki pusat pendidikan tinggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. Melihat kepada perkembangan pilhan raya umum yang lalu dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, Merlimau bukanlah kawasan yang boleh diletakkan sebagai kawasan yang mudah bagi PAS untuk menang. Namun, pastinya pilihan raya kecil pertama di Melaka sejak 2008 dan pertama juga di Merlimau sejak 1994, bakal menyaksikan perubahan lanskap politik bagi Melaka. Sumber maklumat kedua dan ketiga yang 'jarang' diperolehi masyarakat di Merlimau bakal melimpah di sana bermula 26 Februari ini. Antara isu yang dijangkakan akan menghiasi kempen di Merlimau termasuklah : 1) Sistem Keretapi Aliran Ringan Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010 namun rosak pada hari pelancarannya. 2) Jam bunga di hadapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang. 3) Wang peruntukan setiap Dun ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya Dun ini. 4) Banjir terus berulang melibatkan beberapa tempat seperti Durian Tunggal, Sungai Rambai dan dan lain-lain. Banjir kilat juga terus melanda di banyak tempat di seluruh Melaka. 6) Menipu rakyat dengan status negeri maju di mana OECD sendiri menafikan bahawa mereka mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju. 7) Jumlah anak luar nikah puratanya 2.8 orang sehari dari tahun 2007 hingga 2009 8) Lapangan Terbang yang menelan belanja ratusan juta tetapi tiada pesawat yang beroperasi 9) Melaka ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang didakwa terbabit rasuah semasa pemilihan Umno. 10) Eye On Melaka yang ditutup menyebabkan kerugian puluhan juta wang rakyat. 11) Kegagalan kerajaan dan negeri menguruskan harta wakaf seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2009. 12) Litar Go-Kart di Durian Tunggal yang ditutup kerana tidak berdaya maju sehingga pihak pengurusan gagal membayar sewa 13) Hutang kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009. Semua isu ini pastinya menjadi buah tangan PAS kepada pengundi Merlimau sebagai doktrin agar pengundi membuat perkiraan dalam memilih wakil rakyatnya kali ini. |
| Saibur Liwat Saibur? Bengong Dah Jadinya.. Posted: 17 Feb 2011 08:00 PM PST Liwat II: Tumpuan pada DNA lelaki misteri Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin. Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel "DNA Y" yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan. Di samping itu, satu sampel DNA lain juga telah ditemui. Sampel ini ditemui di salah satu spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful. Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini. Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka menyoal balas Seah hari ini. LAPORAN LANGSUNG 10:52am: Mahkamah berehat selama 30 minit untuk membolehkan pihak pembela meneliti bahan bukti. 10:38am: Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5. 10:31am: Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik. Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya. Ini meskipun sebelum ini, Seah mendakwa tiga jurutera dipanggil untuk penyelenggaraan peralatan analisis genetik itu. 10.08am: Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah. Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, "Lelaki Y" dan seorang lagi yang tidak dikenali. 9.58am: Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik. Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh. 9.39am: Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti. Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula. Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas. 9.32am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh. Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu. 9am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. |
| Politik Rosmah mampu jatuhkan Najib pada PRU-13! Posted: 17 Feb 2011 07:28 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wanita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri. Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini. Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM. Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara. Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau. Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division. Bahagi an tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain. Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan. Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang. Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta. Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib. Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan. Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang. Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam. Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat. Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri. Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar. Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja. "Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," kata Badrul Hisham. Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut. Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan. Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara. Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam? Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara". Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya. Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah. Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya. "Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan. Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN. Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya. |
| PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam Posted: 17 Feb 2011 04:21 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 18 Feb – Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. "Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam. "Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider. Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini. "Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam. "Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan," katanya. Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. "Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. "Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini. Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya." Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut. Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam. "Banyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam. "Jadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik," katanya. Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan. "Politik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam. "Saya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan yang diambil terhadap beliau," katanya. Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat. "Tapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat. "Kalau ada sudah tentu beliau ditangkap," katanya. Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam. "Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam. "Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi. "Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham," katanya. Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini. Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan