Jumaat, 18 Februari 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Datuk Dr. Suhaimi Wan Daud keluar Umno sertai PKR

Posted: 18 Feb 2011 01:43 AM PST

PASPB

Kempen: Anak muda tidak 'makan' mi segera

KETEREH: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.

"Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi 'termakan' kempen pembangunan mi segera Umno BN.

"Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat," katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

"Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN," katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan 'kemiskinan bandar' termasuk pemandu teksi.

"Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi," tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

PR bersama 'kuasa ketiga' bersatu hadapi BN

Posted: 18 Feb 2011 01:37 AM PST

NONEPASPB

Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.

Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.

Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.

Penduduk Jeli membenci Mustapa Mohamed?

Posted: 18 Feb 2011 01:28 AM PST

WarkahDaily

Sebelum ini, kalau dari kalangan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) inilah kononnya yang paling bersih dan bagus. Tapi bagi penduduk yang diwakilinya, Jeli, semua itu tidak diendahkan bahkan semakin membenci kerana beliau adalah Umno.

Buktinya, hanya 36 orang sahaja penduduk Jeli yang sayangkan Tok Pa tapi yang lain semua membenci ahli parlimennya itu.

Pasti puak-puak Umno yang bodoh akan bertanya, habis kenapa Tok Pa boleh terpilih sebagai ahli parlimen Jeli?

Kalau nak tahu, baca kat bawah tu...Tok Pa adalah salah seorang wakil rakyat undi Pos. Hahaha...memang memalukan..ada hati pulak nak adakan 'rancangan realiti Gelombang Merah'...Piiraaah!

Harakahdaily – Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

"Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa," katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

"Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar," katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

"Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli," katanya. Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah.

Seandainya undi Melayu kembali ke pangkuan BN...

Posted: 18 Feb 2011 01:22 AM PST

Lim Yew Chien

Keputusan PRK Tenang secara jelas menunjukkan undi Melayu kembali ke Barisan Nasional. Namun, adakah keputusan ini cukup untuk dijadikan sebagai petanda bagi seluruh negara? Mungkin tidak. Tenang pada asalnya adalah kubu BN, dan terletak di Johor, negeri yang merupakan kubu paling kukuh bagi UMNO. Secara perbandingannya, PAS mungkin belum bertapak di kawasan itu selama ini.

Lebih-lebih lagi, ia adalah satu pilihan raya kecil. BN menumpukan segala sumber untuk menyerang satu kawasan yang memang dikuasai jaringan tempatannya. Tambahan pula, terdapat kawasan FELDA yang menjadi gedung undi BN. Oleh itu, bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN merangkul kebanyakan undi Melayu.

Sesungguhnya, seandainya PRK Tenang sekadar "kes terasing" antara pilihan raya kecil yang lalu, maka ia tidak begitu jelas sebagai petanda untuk menunjukkan pola di mana undi Melayu telah kembali ke pangkuan BN. Namun, seandainya pengalaman PRK lalu menunjukkan pola undi Melayu kembali ke BN, maka PRK Tenang mungkin menjadi satu lagi kes yang mengesahkan pola ini.

Undi Melayu mempengaruhi kawasan campuran

Pola undi Melayu di Semenanjung Malaysia tidak semestinya sama di mana-mana saja. Perbezaan antara bandar-desa, kedudukan geografi, pengaruh parti politik di tempatan, faktor tempatannya dan sebagainya, bakal mempengaruhi pola tersebut. Namun, ketika kenyataan "undi Melayu kembali ke BN" dibangkitkan, ia sebenarnya merujuk kepada keputusan PRU ke-12.

Untuk penduduk di Semenanjung, tsunami politik pada 8 Mac 2008 adalah hasil daripada gelombang ketidakpuasan dari seluruh negara. Jelas, undi Cina memihak kepada parti politik yang kemudiannya membentuk PR. Namun demikian, di bawah sistem pilihan raya kita, tidak banyak kawasan pengundian yang berubah keputusannya hanya perubahan pola pengundian Cina. Pada kebanyakan masanya, undi Cina mungkin hanya berperanan untuk meningkatkan undi majoriti di sesetengah kawasan.

Antara yang istimewa dengan PRU ke-12 adalah, kawasan campuran yang dahulunya dimenangi BN dengan mudah, kini jatuh ke tangan PR. Pola pengundian yang berubah di kawasan campuran bukan hanya dijuruskan undi Cina, tetapi undi Melayu yang juga berperanan penting. Seandainya undi Melayu kembali ke BN, maka kawasan campuran yang asalnya dimenangi PR, atau lebih tepat, kawasan pengundian di "pinggiran" dengan margin yang tipis - akan menjadi genting (untuk PR).

Risiko kembalinya politik lama

Seandainya PR tewas di "kawasan pinggiran" ini, maka 8 Mac 2008 adalah fenomena yang muncul hanya sekelip mata dalam sejarah. Politik lama "sebelum 8 Mac" akan kembali menjelma. Maka, BN pasti akan menggunakan "suara rakyat" untuk menekan suara bantahan (misalnya mengetatkan akta zalim yang menyekat kebebasan bersuara); malah mungkin menggunakan majoriti dua pertiga dalam parlimen untuk mengukuhkan kuasa selama-lamanya, di samping meleraikan kuasa pembangkang.

Analisa sedemikian sememangnya pesimis, namun bukan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh mereka yang berprihatin terhadap politik tanahair. Kuncinya, apakah perkembangan seterusnya.

Walaupun perjumpaan antara Najib dengan wakil rakyat BN, dan Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, tidak semestinya mengisyaratkan bahawa langkah pilihan raya umum semakin hampir, namun apa yang pasti, ia menunjukkan bahawa Najib sedang berada dalam peringkat persediaan untuk PRU akan datang.

3 kategori pengundi Melayu

Pada hakikatnya, pengundi Melayu yang menolak BN dalam PRU ke-12 mungkin boleh terbahagi kepada tiga kategori: Pertama, pengundi muda yang mendahagakan politik baru; Kedua, pegundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, berubah-ubah dasarnya, dan kepimpinan yang tidak terserlah; Ketiga, mereka yang tidak mendapat sumber dalam UMNO, atau mereka yang mahu menjatuhkan sekta Abdullah untuk mengolak selangkah ke atas tangga dalam UMNO.

Setelah Abdullah Ahmad Badawi berundur, pengundi kategori kedua hilang alasan untuk terus menyokong PR. Pengundi kategori ketiga pula, mungkin telah menyesal sebaik sahaja keputusan PRU ke-12 diumumkan. Mereka mungkin menyesal kerana "hukuman yang dijatuhkan" terlalu berat sehingga UMNO kehilangan kuasa di Selangor yang kaya dengan sumber, malah menggugat kuasa kerajaan persekutuan. Projek mega yang digerakkan Najib menandakan lebih banyak sumber yang bakal diagihkan kepada anggota dalam parti. Oleh itu, kembalinya sokongan kepada BN dari pengundi kategori ketiga kelihatan sudah menjadi satu kemestian.

Pengundi muda kategori pertama masih tidak jelas kecenderungannya. Sebahagian pengundi dalam kategori ini mungkin telah menjadi, dan akan terus menjadi asas sokongan PR. Namun, mereka yang menaruh harapan tinggi terhadap politik baru juga mungkin lebih mudah kecewa terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR (terutamanya PKR), dan berputus asa untuk menyokong PR.

Namun pengundi kategori ini tetap harapan terakhir untuk PR. Seandainya PR tidak mahu ranap sepenuhnya dalam PRU akan datang, maka PR perlu menumpukan tenaganya untuk menjangkau pengundi kategori ini (pengundi muda Melayu) - selain kedua-dua parti pembangkang yang lama, PAS dan DAP yang perlu mengukuhkan asas sokongan masing-masing. Apa yang menarik, gerak geri BN baru-baru ini turut menyasarkan pengundi kategori ini.

*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Pilihan Raya Kampus: PR mendesak untuk sistem yang adil

Posted: 18 Feb 2011 01:15 AM PST

MERDEKA REVIEW

Kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam Kampus.

Sekatan dan halangan sebegini rupa yang terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah dihentikan. Sebaliknya, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) harus telus, adil dan tidak campur tangan dalam pilihanraya kampus di semua universiti.

Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan kembali pelaksanaan cadangan supaya para mahasiswa sendiri mengendalikan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Segala sistem yang meragukan harus dimansuhkan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip-prinsip demokrasi, khususnya pilihanraya yang bebas dan adil. Mahasiswa dan mahasiswi berhak mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan.

Sehubungan dengan itu, kami menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi:

1. Menghormati autonomi mahasiswa dalam keterlibatan mahasiswa di lapangan masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

2. Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 DeklarasiUniversal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia iaitu mahasiswa juga warganegara Malaysia.

3. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

4. Memastikan ketelusan dalam proses Pilihanraya Kampus bagi kesemua kampus di Malaysia, dan bukan sahaja bagi dua (2) kampus yang dibangkitkan di sini, termasuklah memberi ruang sepenuhnya untuk mana-mana mahasiswa untuk bertanding dalam pilihanraya kampus.

5. Memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen di dalam Pilihanraya Kampus dengan bebas dan adil.

6. Memanjangkan masa berkempen dari tiga hari kepada tujuh hari bagi memberikan ruang dan masa yang panjang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa

Disokong oleh:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)
Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)
Dr.Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)
Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan)
Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat)
Siti Aishah Shaik Ismail (Ketua Srikandi Keadilan)

KERAJAAN BN SABAH TOLAK TUAH

Posted: 18 Feb 2011 01:11 AM PST

Oleh: SURIATI MAHMUD

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Sabah disifatkan sebagai menolak tuah dan terus menyebabkan bahagian utara Sabah yang berpotensi menarik pelancong sebagai kawasan yang terus mundur untuk melestarikan agenda mereka menjadikan rakyat Sabah miskin dan terus bergantung kepada ehsan BN.

"Kudat sepatutnya boleh maju dengan cepat jika Patung Dewi Laut Mazu dibenarkan didirikan di atas tapak yang telah disiapkan tanpa sebarang campurtangan politik," ujar Johani Abdul Halim yang menyifatkan campurtangan kerajaan negeri Sabah mencabul kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan menghina agama Islam yang syumul.
Menurut Johani, beliau baru kembali daripada Kudat dan sedih dengan kekejaman Kerajaan BN Sabah yang munafik kerana menghalang pembinaan patung Dewi Laut Mazu yang mempunyai pelbagai fungsi; terutama untuk menarik pelancong ke Kudat.

Cadangan Kerajaan Negeri untuk membina Patung Mazu kedua di Pantai Bak Bak sebagai cadangan orang yang tidak masuk akal kerana pelancong tidak akan singgah ke Kudat sebagaimana sebelum ini selepas mereke melawat Simpang Mengayau.

"Cadangan Mantan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat untuk membina patung Mazu sewajarnya disambut oleh seluruh warga Sabah untuk membuktikan bahawa tidak berlaku penindasan agama dan rakyat Sabah hidup secara harmoni tanpa mengambil kira asal keturunan dan fahaman agama; sekaligus melenyapkan tafsiran barat bahawa Islam adalah teroris," ujar Johani yang juga Ketua Cabang PKR Silam.

Tegas Johani, jika 20 % daripada 200 juta penganut Mazu dunia menziarahi Kudat maka Kudat akan lebih maju daripada Langkawi dan Kota Kinabalu.

"Sekurang-kurangnya Kudat akan dibanjiri pelancong secara tetap dua kali setahun iaitu pada 23 Mac dan 9 September kerana dua hari besar ini merupakan hari kebesaran untuk penganut Mazu. Dengan ini Kudat akan membangun secara mendadak dan ekonomi Kudat yang lembap akan pulih serta merta," ujar Johani yang menggesa agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak terlalu keras kepala dan menunjukkan sifat munafiknya melakukan kekejaman terhadap penganut agama lain.

Kini tibalah masanya kata Johani, warga Tiong Hua mentaati ajaran nenek moyang mereka dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri dalam pilihanraya umum akan datang untuk menghentikan kezaliman daripada berlarutan.

"Untuk apa kita cakap banyak kerana BN tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Tiong Hua sehingga terpaksa meminta izin untuk mendirikan rumah ibadah sekalipun di atas tanah persendirian, berbanding BN membina pusat maksiat secara wewenang," tegas Johani yang merancang untuk menawan Kudat daripada BN pada pilihanraya umum akan datang.

PATUNG MAZU Vs PATUNG MA SULU?

Posted: 18 Feb 2011 01:06 AM PST

FREESABAHKINI.

BARU-BARU ini saya berpeluang melawat tapak Patung Mazu di Kudat yang menjadi kontroversi selama ini kerana kejahilan pemimpin Sabah, terutama Ketua Menteri Sabah tentang agama Islam sekalipun menantunya, Datuk Haji Ariffin Ariff lulusan Universiti Al-Azhar.

Alangkah malunya saya sebagai seorang Islam apabila melihat komponen patung Mazu dijemur di atas tanah seperti nelayan menjemur ikan masin semata-mata kerana Musa Aman tidak membenarkan ianya dipasang dan terus menghina Tuhan penganut Mazu dengan mengulangi tawaran 'Firaun' agar lokasinya dipindahkan ke tempat yang lebih jauh daripada Masjid Assyikirin.

Saya malu kerana melihat Tuhan orang lain dihina Musa Aman yang bertuhankan 'Wang' tetapi mengaku beragama Islam sehingga memaksa Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa kepada penganut agama lain; tidak ubah seperti mengharamkan Kaum Tiong Hua makan khinzir.

Jika di Kelantan yang digelar 'Serambi Mekah' mempunyai Patung Buddha yang terbesar, kenapa Musa Aman mengamalkan hukum rimba seperti yang diamalkan arwah bapanya di 'Pushtun' yang berserban besar kerana otaknya kecil dengan melarang Patung Mazu didirikan di tapak yang asal?

Tidak pasti apa yang ada dalam kepala Musa Aman yang sudah merasakan dirinya kebal kerana menanti masa untuk menjadi TYT dan diberi gelaran Tun sebagai syarat untuk berundur; melainkan melakukan kekejaman kepada penganut agama lain sehingga mereka memandang serong ajaran dan fahaman agama Musa Pushtun yang mengaku beragama Islam sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis.

Majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah melainkan Haji Harun yang dijanjikan jawatan Ketua Daerah yang menjadi dalang mencipta plot palsu bantahan umat Islam tetapi berperangai lebih ganas daripada Musa Aman kerana mempunyai Skandal dengan isteri orang.

Saya juga berkesempatan melawat Pantai Bak Bak yang diluluskan sebagai Tapak Mazu yang akan dibina oleh Kumpulan Sari Tan dan 'penjilat pant*t' Musa Aman, Datuk Albert Lim sebagai mempersendakan Tuhan penganut Mazu kerana mengadap Laut Sulu dan bukannya Mazu yang dibina Tan Sri Chong Kah Kiat yang membelakangi laut Sulu sebaliknya menghadap Laut China Selatan.

Sehubungan itu, sukacita saya menamakan Patung yang akan didirikan Chong Kah Kiat sebagai 'Mazu', manakala Patung yang akan didirikan kroni Musa Aman sebagai 'Ma Sulu' kerana menghadap Laut Sulu!

POLIS TIDAK WAJAR TUTUP KES AKJAN

Posted: 18 Feb 2011 01:03 AM PST

SABAH KINI

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Kementerian Dalam Negeri, untuk menyegerakan siasatan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan bekas tahanan ISA, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu baru-baru ini.

Presiden PKR, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail memaklumkan bahawa perkara sebegini memerlukan tindakan segera kerana ianya melibatkan isu Kedaulatan nasional dan masalah keselamatan Negara.

"Kes ini sepatutnya dan seharusnya tidak di tutup kerana ianya seakan menggambarkan sistem dwistandard oleh Kerajaan Malaysia.

"Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya bertolak ansur mengenai kedaulatan nasional dan keselamatan tetapi mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin jika Akjan telah melanggar undang-undang," beliau berkata dalam satu kenyataan, di sini.

Dr Wan Azizah mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang berada di Sabah baru-baru ini, dimana Datuk Wira Abu Seman menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat Akjan sama ada dia melanggar undang-undang dan menyebabkan satu ancaman keselamatan bagi negara.

Abu Seman dipetik sebagai berkata bahawa isu kewarganegaraan (Akjan) tidak timbul seperti mana Kementerian Dalam Negeri difahamkan

"Dia mempunyai kewarganegaraan Malaysia, makanya dia rakyat Malaysia." Dia berkata.

Sebagai respon, Dr Wan Azizah menyatakan, ianya kedengaran sangat ganjil di mana Akjan dikatakan memiliki dua kerakyatan. Bagaimana seseorang boleh menjadi warganegara Malaysia dan pada masa yang sama dilantik sebagai Sultan Sulu di belakang seperti Likas, Sabah?

"Rakyat Sabah dan semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran berhubung dengan perkara ini," kata Dato' Seri Wan Azizah, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Presiden PKR Sabah.

"Tambahan pula, sepertimana yang di lapurkan dalam buku tulisan Mutalib M.D. (IC Palsu) Akjan dikatakan sebagai seseorang memegang IC palsu. Malah perkara ini merupakan suatu perkara umum di kalangan rakyat Malaysia dan pihak berkuasa di Sabah.

"Jika itu benar, kes ini memerlukan siasatan lebih dalam. Jangan melangkau sesuatu yang sememangnya sudah dalam tangan. Dalam situasi ini, Kementerian Dalam Negeri seharusnya mengambil tindakan serius serta menyelidiki perkara itu dan memaklumkan kepada umum akan hasil siasatan," beliau menegaskan lagi.

Dr Wan Azizah menyatakan bahawa mungkin Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Hussein bergurau dengan mengatakan bahawa Projek IC tidak pernah wujud.

"Projek IC adalah merupakan suatu istilah lazim di Malaysia terutamanya di Sabah. Malah ada pendatang tanpa izin secara terang menyatakan mereka memperolehi kad pengenalan melalui Projek IC."

"Jadi, apakah Menteri ini cuba untuk bermain si buta dan bodoh dalam menangani masalah sedemikian ?" beliau bertanya lagi.

Web Portal Sabahkini.net melaporkan bahawa beliau telah melantik dirinya sendiri sebagai 'Kerajaan Sementara Sultan Sulu' kerana Akjan di katakan sebagai salah seorang keturunan warisan Sultan Sulu, Sultan Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim

Ini adalah merupakan tuntutan ketiga yang telah di buat oleh beberapa kumpulan-kumpulan lain yang bersaingan dalam tempoh dua bulan.

'Perdana Menteri' Kerajaan sementara, Datu Albi Ahmad Julkarnain mengumumkan bahawa Akjan telah di lantik sebagai pemerintah yang ke 33 Kesultanan Sulu dalam satu istiadat yang diadakan pada 2 Februari 2011 selepas upacara mengangkat sumpah taat setianya dalam satu upacara persendirian di Kg Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Pro-M UIAM menang 13 kerusi tanpa bertanding

Posted: 18 Feb 2011 01:02 AM PST

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda – yang juga pengetua Kolej Ali – di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan – bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) – kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan – iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Kerajaan Negeri sedia tanggung Teoh Beng Hock

Posted: 18 Feb 2011 12:57 AM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor bersedia menanggung perbelanjaan pakar Patologi tersohor dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bagi membolehkan beliau mengikuti prosiding mendiang Teoh Beng Hock.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Dr Pornthip sebelum ini tidak tersenarai sebagai seorang saksi dalam kes Siasatan Suruhanjaya Diraja kematian mendiang Teoh Beng Hock, bagaimanapun kerajaan negeri berpendapat beliau berhak dipanggil semula dalam memberikan pandangan beliau untuk membantu menyelesaikan kes tersebut.

"Kerajaan Negeri bersedia untuk membiayai tambang dan juga urusan Dr Pornthip untuk mengikuti Suruhanjaya Diraja mendiang Teoh Beng Hock," katanya.

Difahamkan senarai nama saksi dalam Suruhanjaya itu ditentukan Jabatan Peguam Negara.

Jabatan Peguam Negara membuang nama Dr Pornthip sebagai salah seorang saksi dalam inkues Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan untuk kegunaan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock.

Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Beng Hock serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.

Suruhanjaya itu ditubuh berikutan bantahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pengahkiaman terbuka oleh Inkues Beng Hock yang memutuskan pembantu politik itu tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Teoh Beng Hock, 30, Setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Beng Hock berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.

Siasatan dalaman Presiden NUJ, 21 Feb

Posted: 18 Feb 2011 12:55 AM PST

SELANGOR KINI

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari

KUALA LUMPUR – Siasatan dalaman ke atas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari ditetapkan 21 Februari depan.

Portal Malaysiakini melaporkan, Hata dimaklumkan perkara tersebut oleh exconya baru-baru ini.

"Saya akan hadir," Hata dipetik sebagai berkata apabila ditanya sama ada beliau akan hadir atau tidak pada prosiding tersebut.

Sebelum ini, siasatan dalaman itu telah tergendala sebanyak tiga kali.

Pada 25 Januari lalu, ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Utusan di Cheras untuk prosiding itu, Hata terpaksa melencong ke di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana mengalami sakit dada. Beliau ditahan di wad beberapa hari.

Sementara pada 9 Februari lalu, tarikh baru yang ditetapkan Utusan, beliau sekali lagi tidak dapat hadir kerana perlu menjalani rawatan susulan yang dinasihatkan doktor sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali.

"Jadi, saya tak bolehlah nak ikut masa (yang diberikan) Utusan. Kesihatan saya lebih penting," jelasnya.

Menurut Hata, beliau tetapi mahu melantik setiausaha NUJ V Anbalagan bagi mewakilinya walaupun isu kesesuaiannya dibangkitkan oleh pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim.

"Memang boleh wakil NUJ pusat wakili anggotanya. Sudah ada banyak kes tidak menjadi masalah," katanya.

Pada 17 Februari lalu ketika prosiding pertama kali, Mohd Basir setelah 20 minit, menangguhkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

Anbalagan wartawan di New Straits Times mendakwa majikan Hata tidak menjalankan prosedur itu dengan sempurna.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ dengan keanggotaan 1,300 wartawan, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'.

Pandangan dan kritikannya seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[TERKINI] Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2011

Posted: 18 Feb 2011 12:51 AM PST

Staff Berita Semasa

robert kuok [TERKINI] Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2011

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.

Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.

Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.

  1. Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
  3. Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
  10. Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion

Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:

  • Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
  • Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
  • Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.

Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.

Pelajar Sekolah Dibuli

Posted: 18 Feb 2011 12:12 AM PST

Staff Berita Semasa



kes buli di sekolah211 [Video] Pelajar Sekolah Dibuli
Hari ini, kami ada video menarik yang ingin kami kongsikan dengan anda iaitu video pelajar sekolah berbangsa India yang dibuli oleh pelajar bangsa melayu.

Kalau nak diikutkan, budaya rasis pelajar melayu terhadap kaum lain telah lama bersarang dalam institusi pendidikan.Cuma, pendeddahan mengenainya sahaja yang tida meluas.Yang banyak kita dengar, kes buli pelajar sekolah akibat perasan tidak puash hati di antara "junior" dan "senior". Ada juga yang sampai melibatkan kematian.

Adakah perkara ini hanya bersifat kes terpencil bagi pihak sekolah? Perkara seperti ini telah wujud berpuluh tahun dahulu.Dan sekiranya pelajar-pelajar sekolah ini tidak diterapkan nilai-nilai harmoni dalam memelihara keutuhan persahabatan di anatra kaum-kaum lain di Malaysia, nescaya ianya bakal menjadi virus dalam ketegangan kaum suatu hari nanti.

Selepas ini, video ini juga pastinya menjadi mainan serta isu politik, yang akhirnya membuatkan situasi politik menjadi lebih celaru. Ini yang kami risaukan. Pasal Interlok pun belum habis, timbul pula video-video sebegini. Penerapan jatidiri dalam setiap pelajar sekolah untuk memelihara keharmonian kaum semakin lama semakin dipinggirkan. Fundementalnya ada, cuma pelaksanaannya semakin kurang berkesan.

Kepada siapa kita nak salahkan? Mak dan ayah? Guru? Kementerian pendidikan? Masing-masing akan tunding jari di antara satu sama lain.Episod yang sama berulang.Cuma pembawa wataknya sahaja yang berubah.Sampai bila? Kami sendiri tidak pasti.Bagi kami, ianya satu isu sosial yang besar dan perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. Ini merupakan satu isu yang baik untuk dibincang bersama.

SPR Bertemu Parti Politik Sarawak Esok

Posted: 17 Feb 2011 08:56 PM PST

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan menjelang pilihan raya negeri itu.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada Bernama.

Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan raya negeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada Ahad ini, SPR akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di mana mesyuarat akan diadakan di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu.

"Selain mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," kata Wan Ahmad.

Fitnah 2 : Tumpuan Pada DNA Lelaki Misteri (Kemaskini)

Posted: 17 Feb 2011 08:54 PM PST

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel "DNA Y" yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini.

LAPORAN LANGSUNG DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR JALAN DUTA

11.30 pagi : Perbicaraan ditangguhkan sehingga jam 3 petang ini.

10.50 pagi : Mahkamah berehat selama 30 minit untuk membolehkan pihak pembela meneliti bahan bukti.

10.40 pagi : Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5.

10.30 pagi : Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik.

Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya.

Ini meskipun sebelum ini, Seah mendakwa tiga jurutera dipanggil untuk penyelenggaraan peralatan analisis genetik itu.

10.10 pagi : Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki - Saiful, "Lelaki Y" dan seorang lagi yang tidak dikenali.

10.00 pagi : Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh.

9.40 pagi : Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti.

Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.35 pagi : Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti.

Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9 pagi : Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Kes Fitnah 2 : 10 DNA Pada Tubuh Saiful, Kata Dr Seah

Posted: 17 Feb 2011 08:51 PM PST

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

"Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.

Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.

Justeru, Karpal meminta mahkamah menolak laporan Elektropherogram yang dibentangkan semalam berdasarkan keterangan Dr Seah

Dr Seah turut mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA laporan tersebut dengan kapas pengesat DNA milik Saiful.

Seorang lagi peguambela Ram Karpal berjaya menimbulkan keraguan umum apabila soalan beliau mendapati Dr Seah tidak arif dalam penggunaan perisian Gene Mapper.

Perisian ini digunakan untuk mendapatkan keputusan laporan elektrophenograf yang dibentangkan semalam.

Perbicaraan bersambung jam tiga petang ini.

BN Pahang kemuka empat nama untuk DUN Kerdau

Posted: 17 Feb 2011 08:48 PM PST

BERNAMA

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang telah mencadangkan empat nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Pengerusi BN Pahang, berkata semua mereka adalah bakal calon yang boleh menang, bertepatan dengan kehendak Perdana Menteri sebelum ini.
"Disebabkan kerusi itu selama ini ditandingi Umno, keempat-empat nama itu adalah daripada UMNO," katanya selepas menghadiri majlis makan malam anjuran sebuah syarikat di sini malam tadi.
Ditanya sama ada faktor kesihatan diambil kira dalam pemilihan itu, Adnan berkata : "Kalau sihat tetapi orang tidak suka, kita tidak akan pilih, kita pilih calon yang disukai orang."

Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi.

Adnan berkata, BN akan menggunakan pendekatan yang disukai orang ramai bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil itu nanti.

"Penduduk Kerdau ini terdiri daripada orang yang matang dan tidak mudah diracuni fikiran," katanya.

Kerdau: Siapa pengganti Zaharuddin?

Posted: 17 Feb 2011 04:20 PM PST

BERNAMA

Sebaik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau diisytiharkan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Sabtu lepas, gendang pilihan raya sudah mula dipalu meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil berkenaan.

Jentera pilihan raya BN dan PAS mula bergerak dan soal siapa calonnya menjadi tajuk perbincangan di semua peringkat di kawasan DUN itu.

azlanDUN Kerdau terletak di kawasan parlimen Kuala Krau, dua lagi DUN ialah Jenderak dan Jengka.

Mesyuarat khas bahagian Umno Kuala Krau turut diadakan pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, semua 28 cawangan Umno di bahagian berkenaan telah diarah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil itu nanti.

Pada hari ini, satu mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Pahang yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob turut diadakan di Yayasan Pahang secara tertutup.

Difahamkan mesyuarat berkenaan turut membincangkan persiapan dan senarai calon BN untuk pilihan raya kecil itu nanti.

Menurut sumber, Umno bahagian Kuala Krau dikatakan telah menyerahkan senarai tujuh nama calon untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Nama yang disenaraikan itu ialah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, setiausaha Umno bahagian Kuaa Krau, Abdul Razak Ahmad yang juga seorang peguam, ketua Pemuda Umno bahagian Rodzuan Zaaba (usahawan).

Calon lain ialah ketua Wanita Umno bahagian Kuala Krau, Norehan Abu Bakar (Pegawai Kemas), anggota jawatankuasa Umno bahagian Hassan Mohd Amin (guru), anggota jawatankuasa Umno bahagian Mohd Hanifa Mohidden Ahli (guru) dan bekas Setiausaha Umno bahagian Mohd Arhan Saluddin (usahawan).

Menurut sumber itu lagi, Umno bahagian Kuala Krau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan siapa yang bakal dicalonkan pada pilihan raya kecil itu nanti.

Sementara itu, PAS Pahang juga telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan politik semasa serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat BN.

Sementara itu, Ismail berkata beliau yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN.

Bagaimanapun, beliau berkata keyakinan itu tidak bermakna semua 28 cawangan yang ada boleh berpeluk tubuh.

"InsyaAllah, kita akan dapat mempertahankan kerusi ini dengan majoriti besar jika semua anggota parti bersatu dan bekerja keras," katanya di Temerloh.

Beliau berkata semua cawangan telah diarahkan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikhnya.

"Apa yang penting, kita mesti mengemaskan jentera sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil. Persediaan awal itu perlu dilakukan bagi memudahkan gerak kerja apabila tarikh pilihan raya kecil itu diumumkan kelak," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut berharap semua cawangan terbabit mengetepikan isu remeh dan menumpukan kepada usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Apa yang penting kita proaktif mengenal pasti, menghubungi dan mendekati para pengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.


Dakwaan atas 2 lelaki Syiah ditangguh

Posted: 17 Feb 2011 04:06 PM PST

Salhan K Ahmad

Pendakwaan ke atas dua orang lelaki di Mahkamah Syariah Gombak Barat yang dijadualkan hari ini berhubung dakwaan melibatkan fahaman Syiah, telah ditangguhkan.

Jurucakap kumpulan Syiah itu, Kamil Zuhairi Abdul Aziz berkata, ia telah ditangguhkan kepada 31 Mac.

Katanya, kedua-dua lelaki tersebut yang hadir di mahkamah itu hari ini, diwakili peguam syarie Datuk Muhammad Burok.

Tambahnya, peguam juga telah mengemukakan bantahan kerana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh penguatkuasa dan bukannya pegawai pendakwa.

Sementara itu, sumber daripada bahagian pendakwaan JAIS memberitahu Malaysiakini, kes itu masih disiasat.

Sehubungan itu, tambahnya, belum ada pendakwa ditetapkan.

Kehadiran pegawai penguatkuasa ke mahkamah pagi tadi bertujuan melanjutkan bon jaminan terhadap lelaki Syiah berkaitan, katanya lagi.

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

Posted: 17 Feb 2011 04:04 PM PST

Hafiz Yatim

Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

NONEBagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.

Ong dapat sokongan Abdul Ghani di Pandan

Posted: 17 Feb 2011 03:54 PM PST

Kuek Ser Keng Kuang

Walaupun kehilangan sokongan dari bahagian partinya sendiri, namun bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mendapat sokongan ketua Umno bahagian Pandan yang digantung serta ketua bahagian Gerakan, dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Pandan yang diwakilinya, dalam pilihanraya umum akan datang.

ong tee keat pandan mp supporters dinner 2Pencalonan Ong dipersoalkan oleh timbalan ketua Umno bahagian Pandan, Iszeham A Hamid, yang kini menjadi pemangku ketua, tetapi ketua bahagian yang digantung, Datuk Abdul Ghani Ismail memberikan sokongan kepada Ong.

"Beliau turun padang. Ia akan menjadi satu kerugian kepada BN jika beliau tidak dicalonkan," kata Abdul Ghani ketika dihubungi semalam.

Abdul Ghani digantung daripada jawatan ketua bahagian selepas beliau didakwa atas tuduhan rasuah. Perbicaraan kes tersebut masih berjalan.

Bagaimanapun, beliau kekal sebagai penyelaras BN Chempaka, iaitu salah satu daripada dua kerusi negeri dalam parlimen Pandan.

"Saya tidak peduli sama ada ianya Umno, MCA atau Gerakan (bertanding kerusi tersebut), asalnya calonnya boleh menang. "Masih ramai yang boleh menerima Ong (sebagai ahli parlimen mereka). Beliau masih mendapat sokongan," katanya.

Beliau membidas pengkritik Ong dengan berkata, "jika anda tidak bekerja dan tidak turun padang, tutup mulut".

Ditanya mengenai saranan Iszeham kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, dengan menawarkan 'penyelesaian' bagi menangani isu calon di Pandan, Abdul Ghani berkata pesara pegawai tentera itu tidak faham akar umbi.

"Apa yang dia tahu? Dia adalah seorang veteran. Ia sangat mudah. Jika Umno boleh buat lebih baik daripada Ong, silakan (untuk mendapatkan kerusi tersebut)."

Abdul Ghani berkata 'penyelesaian' yang disebut itu, hanya merupakan pandangan peribadi Iszeham yang disifatkannya sebagai "syok Sendiri".

SPR umum tarikh p'raya kecil Kerdau Ahad ini

Posted: 17 Feb 2011 03:52 PM PST

BERNAMA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di Kuching Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Wan Ahmad berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN Sabtu lepas.

"Selain daripada mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan raya negeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei.


Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak

Posted: 17 Feb 2011 03:38 PM PST

Abdul Rahim Sabri

Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.

NONEMereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Mereka juga menggoncang pintu pejabat tersebut, menyebabkan engselnya tercabut.

Bagaimanapun, sekumpulan pegawai keselamatan menghalang mereka daripada masuk ke dalam pejabat tersebut.

Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.

Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.

NONESeorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.

Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.

Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.

NONE"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.

Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.

Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.

Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.

um campus election 03

Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.

Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.

Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.

Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.

um campus election 02

Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.

Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.

Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.

NONEMereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.

Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.

Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".

Selain UM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon masing-masing hari ini, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Maklumat perlu eksklusif kepada SPRM

Posted: 17 Feb 2011 03:37 PM PST

Orang ramai kehilangan perlindungan sekiranya membuat aduan yang sama kepada pihak lain.


KUALA LUMPUR: Pemberi maklumat atau orang ramai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan kehilangan perlindungan sekiranya membuat aduan yang sama kepada badan penguatkuasa lain.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil, akta yang mula digunapakai sejak Disember tahun lalu memberi perlindungan menyeluruh kepada identiti pemberi maklumat.

Hadenan turut menasihatkan orang ramai agar memberi maklumat secara terus di mana-mana cawangan SPRM.

"Maklumat perlu eksklusif kepada SPRM, jika seseorang lapor dan hantar salinan laporan kepada Perdana Menteri atau pergi kepada media maka beliau tidak akan mendapat perlindungan tersebut.

"Bila ada maklumat sepatutnya terus melaporkan kepada SPRM. Akta baru ini kami perlu didik orang ramai malah kepada sektor awam juga," katanya yang ditemui dalam sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.

Namun Hadenan enggan mendedahkan angka pemberi maklumat kepada SPRM itu sebaliknya menekankan aspek keselamatan ke atas mereka yang memberi maklumat adalah terjamin.

Penyiasatan yang agresif

Sementara itu, menerusi prestasi keseluruhan badan itu pada tahun 2009/2010 SPRM mencatatkan 900 kes berjaya diisiapkan.

Peningkatan disebabkan penyiasatan yang agresif dan rapi oleh suruhanjaya terbabit.

Pada tahun 2009 sahaja 939 kes telah dibuka manakala berlaku sedikit peningkatan pada 2010 yang mencatatkan 1,220 kes.

"Kebanyakan kes dapat diselesaikan dengan lebih singkat untuk tempoh yang ditetapkan. Malah 78 peratus kes yang dibuka siap kurang dari enam bulan.

"Manakala 225 kes lagi dapat diselesaikan kurang sebulan. Ini kerana ia melibatkan kes-kes mudah yang ada pengakuan dan tertuduh mengaku bersalah, katanya.

Pada 2010 sahaja sebanyak 230 kes berdepan pertuduhan berbanding 2009 hanya membabitkan 43 kes sahaja.

Beliau berkata walaupun berlaku peningkatan bagi tahun 2010, namun corak maklumat yang diterima sama iaitu menerusi surat layang.

Katanya, maklumat yang diterima bagi kedua-dua tahun itu hampir sama iaitu 12,000 aduan dan 30 peratus daripadanya menerusi surat layang.

"Walaupun 30 peratus surat layang kami terima….20 peratus daripadanya ada nilai untuk dibuka. Bukan semua tidak bagus," katanya.

Namun ketika ditanya mengenai pertuduhan kes di mahkamah membabitkan 'jerung-jerung besar' beliau enggan mengulas lanjut mengenai statistik.

Beliau sebaliknya menjelaskan, jika membabitkan pengurusan profesional, ia hanya 45 kes.

"Jerung tak jerung bukan masalah tapi wujud persepsi bahawa yang ditangkap jerung kecil. Itu persepsi lapuk. Laporan kami sahaja membabitkan empat ahli politik," katanya.

Nik Aziz: Tidak percaya kebaikan Islam, Umno sesatkan bangsa

Posted: 17 Feb 2011 03:28 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada "Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa."

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan "Allahu Akbar", maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

"Sementara dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

"Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

"Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat," katanya.

Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz lebih "dalam", tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru kata bekas presiden Umno ini, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi.

Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).

"Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular.

"Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku)," katanya lagi.

Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya "tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat."

"Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid," katanya lagi.

"Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia.

"Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik," katanya.

Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus "sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita."

Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah.

Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat.

"Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?" katanya lagi.

Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang.

"Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita," katanya.

Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama.

"Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat," katanya lagi.

Tiada ulasan: