| "Simpati" pada Artis Ini Posted: 18 Feb 2011 10:41 AM PST * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
| Cuba Bayangkan Jika Artis Malaysia yang Menyambut YDP Melaka?!! Posted: 18 Feb 2011 05:14 AM PST
Sudah ada blog yang mengulasnya. Saya petik sedikit, "Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan. Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia. Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara?. Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian. Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?"- Pahang Daily
P/s: Melayu oh Melayu! Namun si dia juga yang dipuja!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
| "ADUN Ponteng" Ini Masih ADUN Pelabuhan Klang. Kasihan Speaker! Posted: 18 Feb 2011 02:09 AM PST Media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham Abdullah masih lagi ADUN Pelabuhan Klang. Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan saman pemula.
Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu. Menurut Speaker DUN Selangor, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang DUN tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.
Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.
Namun, Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Speaker DUN Selangor itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.
Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Manakala SPR pula diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Kamaluddin Md Said.
P/s: Mengejutkan tetapi tidak mengejutkan!
Hebat "wayang perundangan" di Malaysia. Ada masanya kuasa Speaker tidak dapat dipertikaikan, ada masa kuasa Speaker boleh dibantah dan dipertikaikan. Di Perak lain, di Selangor lain.
Tempoh enam bulan itu hanyalah peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan negeri, namun bagi rakyat di DUN terbabit, kegagalan ADUN tersebut menghadiri sidang tanpa sebarang sebab sudah memadai untuk mereka "menuntut" undi yang dipangkah sewaktu PRU yang lalu.
Seperkara lagi, adakah mahkamah cuba memberitahu bahawa Speaker Selangor seorang yang jahil undang-undang/perlembagaan negeri atau seorang penipu?!!!
|
| Kadar INFLASI di Malaysia Membimbangkan Posted: 18 Feb 2011 02:00 AM PST
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.
Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.
"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.
Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.
Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.
P/s: Nasib baik dalam artikel di atas ada diselitkan frasa kegemaran pemimpin dan menteri BN, "kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding..."
|
| Khabar yang Tidak MeNENANGkan UMCO BN: ADUN Tenang Diserang Sakit Jantung Posted: 17 Feb 2011 10:30 PM PST
Saya petik: [Pulakdah] Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis. Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun. Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha. Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung. Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Mohd Azhar Ibrahim 39 tahun merupakan seorang bekas ADO telah meletak jawatan lebih awal dari perkhidmatannya kerana menjadi calon BN pada PRK Tenang yang lalu. Oleh kerana itu dipercayai beliau berkemungkinan tidak dapat wang pencen dari jawatannya itu. Ini kerana sebagai kakitangan perkhidmatan awam, dia perlu bekerja selama 10 tahun bagi melayakkan dia menerima pencen. Tidak mengapalah, sebab beliau pun sudah menang sebagai Adun Tenang. Tapi syarat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen/Adun), beliau perlu menjadi wakil rakyat selama 2 penggal berturut-turut bagi membolehkan dia menerima pencen. Bagi wakil rakyat yang berkhidmat hanya sepenggal, dia tidak layak menerima pencen.  Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Mohd Azhar Ibrahim ini kembali sihat dan dapat berkhidmat kepada masyarakat Labis. Kasihan juga kepada keluarganya. Andai apa-apa berlaku kepada Tok Ai, maka tiadalah pencen terbitan untuk mereka. Penat PRK Tenang tidak hilang lagi, rasanya tak sanggup untuk PRK kali ke-2 di Tenang dalam satu penggal!.
P/s: Semoga segera sembuh dan ambil ikhtibar dengan dugaan yang diberikan Allah.
|
| Tiada "Rahsia" Antara Ariel-Luna Maya-Cut Tari dengan Sebilangan Rakyat Nusantara Posted: 17 Feb 2011 08:00 PM PST Berita Agensi melaporkan lebih tiga juta cakera padat VCD dan DVD lucah termasuk hasil rakaman seks Ariel, Luna Maya dan Cut Tari serta lagu cetak rompak bernilai 9 bilion rupiah (RM3.1 juta) dimusnahkan polis, kelmarin. Wow, bayangkan DVD/VCD yang berjaya dijual, bayangkan juga bilangan klip yang dimuatturunkan di internet. Menurut berita itu, selain rakaman seks selebriti Indonesia itu, cakera padat lucah lain yang dimusnahkan adalah lakonan bintang pornografi Jepun yang dikenali ramai di Indonesia, Maria Ozawa atau Miyabi.
Ariel baru-baru ini dihukum penjara selama tiga tahun dan sejumlah denda kerana rakaman berkenaan. Luna Maya pula dikatakan bertaubat manakala Cut Tari mengakui takut keluar rumah gara-gara rakaman seks tersebut.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, biarpun berjuta keping DVD/VCD dimusnahkan, klip video membabitkan artis ini tetap kekal sehinggalah dunia kiamat. Generasi demi generasi akan menonton rakaman seks tersebut termasuklah anak cucu artis ini pada kemudian hari. Itulah realitinya apabila rakaman seks tersebar di internet, tambah-tambah pula rakaman itu melibatkan artis yang dikenali umum. Jadi, dalam sesetengah hal, tidak salah jika saya katakan tiada "rahsia" antara Ariel-Luna Maya-Cut Tari dengan sebilangan rakyat Nusantara
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
| Surat Terbuka Nurul Izzah Berkaitan dengan Jejantas "Termahal" di Malaysia Posted: 17 Feb 2011 07:00 PM PST Saya petik: Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail Datuk Bandar Kuala Lumpur Tingkat 27, Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,
PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:
1. Merujuk kepada laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010), yang menyatakan, "Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.";
Adakah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk projek tersebut? Dan jikalau ya, megapakah Sunway Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan projek jejantas (fasa kedua) dan adakah tender terbuka dilaksanakan sebelum mereka dipilih?
2. Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 9 Februari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah "menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.";
Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut?
Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.
Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..
"Bersama Menegakkan Keadilan" Sekian. Wassalam.
Yang Berkhidmat, Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai
s.k. Yang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Pejabat Menteri Aras 4, Blok 2, Menara PjH Presint 2 62100 Putrajaya P/s: Semakin jelas, wang rakyat melalui Petronas digunakan untuk membiayai projek ini. Persoalannya, masyarakat bukan berang dengan pembinaan jejantas, tetapi berang kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi. |
| Budak 14 Tahun Merogol Budak 5 Tahun Posted: 17 Feb 2011 05:30 PM PST
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya. Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.
"Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.
"Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan," katanya. Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.- Mohd Firdaus Ibrahim
* Gambar sekadar hiasan. P/s: Adakah patut ibu bapa kanak-kanak malang ini meninggalkannya sendirian di rumah? |
| Ada Dua Spesimen Air Mani di Dubur Saiful? Gang bang? Posted: 17 Feb 2011 04:07 PM PST
Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik "lelaki Y" telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani "lelaki Y" itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful.
Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti "lelaki Y" dalam laporannya.
Katanya, kesan air mani "lelaki Y" turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.
Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani "lelaki Y" tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.
Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, "lelaki Y" dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.
Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik "multiplex polymerase chain".
Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.
"Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.
Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.
Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.
Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.
P/s: Ada lebih daripada satu pemilik air mani di dubur Saiful? Adakah Saiful terlibat dalam parti seks? Kah kah kah! Opsss! Badan belum sihat, tidak boleh ketawa panjang-panjang! Fikir-fikir kembali, pihak pendakwaan/jabatan kimia mempunyai rekod DNA DSAI semasa kes Drama Liwat I. Oleh itu, tiada sebab jabatan tersebut tidak dapat memadankannya dengan spesimen dalam drama kali ini jika air mani yang ditemukan itu benar-benar milik DSAI. Kalau air mani itu tidak sepadan dengan DNA DSAI, air mani siapa pula di dubur Saiful?
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan