Kerabu Bersuara ® |
- Syabas! YB Husam Dan Pimpinan Exco Kelantan Tutup Mulut Busuk Tok Pa!
- DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi
- Sekarang Umno Sedar Mereka Pembangkang Di Selangor
- DUN Pelabuhan Klang: Teng cabar permohonan Badrul
- Gerakan rakyat Mesir boleh merebak ke Malaysia- Anwar
- Kes Hasbie serlah Umno terlibat aktiviti wang haram
- Mahathir seolah-olah akui Malaysia negara polis- Suhaimi Said
- Putrajaya salur sekolah RM2.4b di sebalik spekulasi PRU13
- Bekas setiausaha politik menteri dituduh miliki wang haram RM2.31 juta
- Ops Lalang: Mustahil Mahathir ikut telunjuk polis
- Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Merlimau
- Gelombang Merah hanya gimik politik Umno, kata PAS Kelantan
- Topi keledar cukur rambut dalam tempoh 20 saat
- Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam
- Mati selepas punggung disuntik
- Kekasih Vietnam mati berpeluk
- Nik Abduh Ganti Nik Aziz
- Petunjuk dari kebangkitan di Mesir
- Tolonglah, jangan "1Malaysia" lagi!
- Keputusan Semua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
- 200 lelaki ditangkap sedang berparti homoseksual di Bahrain
- PRK Cerminan PRU?
- Merlimau: Gelanggang dakwah ke-15
| Syabas! YB Husam Dan Pimpinan Exco Kelantan Tutup Mulut Busuk Tok Pa! Posted: 10 Feb 2011 07:15 AM PST Berita gembira peniaga kecil Kelantan esok Harakahdaily KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB. Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok. Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta. Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun. Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun. "Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam. Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan. "Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam. Low Yat Kelantan Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma. "Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia. "Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam. Tanah Arked Uda Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu. Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang. "Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja. "Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam. Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka. "Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi Posted: 10 Feb 2011 06:40 AM PST Harakahdaily IPOH, 10 Feb: DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya. Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini. "Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu. Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sekarang Umno Sedar Mereka Pembangkang Di Selangor Posted: 10 Feb 2011 05:30 AM PST Pembangkang Selangor Persoal Tugas Kecil Khusrin KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pembangkang di Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, yang dianggap sebagai "hanya tugas kecil". Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata tindakan itu menghairankan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Negeri. "Kami pun hairan dan mengejutkan mengapa Menteri Besar boleh berikan hanya tugas kecil sahaja kepada beliau, sedangkan tanah ini biasanya dijaga oleh Pejabat Tanah yang ada pegawai daerah. "Jadi mengapa Mohamad Khusrin nak memantau kes-kes itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini. Mohamad Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai merendahkan martabat pegawai-pegawai negeri Selangor jika beliau tidak ada kepercayaan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru itu. Minggu lepas, Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Khusrin di pejabatnya dan telah mengarahkan beliau untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah. Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah. -- BERNAMA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| DUN Pelabuhan Klang: Teng cabar permohonan Badrul Posted: 10 Feb 2011 05:00 AM PST Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 10 Feb – Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang atas alasan beliau mempunyai imuniti sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Teng juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Penyandang kerusi itu, Badrul Hisham Abdullah yang mempertahankan beliau masih merupakan wakil rakyat kerusi itu menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif," kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini. Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker. Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan mahkamah. Oleh itu kata beliau, keputusannya sebagai Speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng. "Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah," kata beliau sambil menambah, kes dibawa Badrul tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa. Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan Badrul. Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil. Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR. Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari. Isnin lalu, Badrul mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu. Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham. Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Hisham pada 24 Januari lalu. Badrul Hisham memfailkan permohonan injunksi itu berikutan keputusan Chang Khim mengisytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong dengan alasan beliau gagal hadir sidang DUN selama enam bulan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gerakan rakyat Mesir boleh merebak ke Malaysia- Anwar Posted: 10 Feb 2011 04:30 AM PST Keadilan Daily KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim. Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar. Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam. "Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara," kata Anwar. Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit. Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam. Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain. Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini. Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu. (Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kes Hasbie serlah Umno terlibat aktiviti wang haram Posted: 10 Feb 2011 04:00 AM PST Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop, menunjukkan individu yang rapat dengan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terlibat dalam aktiviti wang haram. Bercakap kepada KeadilanDaily.com, bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Malaysia, Mohd Nazree Yunus juga tidak menolak kemungkinan satu persatu kes berprofil tinggi melibatkan wang haram, mula memenuhi fail mahkamah. "Saya tidak menolak jika tertuduh terlibat sama kerana Hasbie memegang jawatan Setiausaha Politik pada 2008 ketika Nor Mohamed adalah Menteri Kewangan Kedua," katanya. Hasbie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Butterworth atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, setahun selepas ditemui bersama RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula dan membenarkan Hasbie diikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin. Jika bersalah, Hasbie boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya. Baru-baru ini, Global Financial Integrity (GFI) mendedahkan berlaku pengaliran wang haram negara RM888 bilion antara 2000 hingga 2009 Mengulas lanjut, Nazree sambil meminta proses perundangan dilakukan secara telus, bimbang proses pendakwaan berprofil tinggi individu tertentu yang lazimnya mengambil masa panjang, terlepas dari hukuman. "Bukan hari ini sahaja kita dengar ada kes berprofil tinggi melibatkan kroni Umno, tetapi banyak kes seumpama itu dilepaskan dari tuduhan seperti rasuah dan penipuan. "Saya bimbang proses pendakwaan tidak dapat diteruskan kerana tiada keterangan saksi yang mungkin disabotaj. Contohnya, kes melibatkan Tan Sri Kasitah Gaddam, Tan Sri Eric Chia Eng Hock dan beberapa orang lagi. "Kita mahukan keadilan, bukannya pesalah dibebaskan tanpa mengenakan apa-apa tindakan yang setimpal terhadap mereka," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Mahathir seolah-olah akui Malaysia negara polis- Suhaimi Said Posted: 10 Feb 2011 03:42 AM PST Fadli KUALA LUMPUR: Suhaimi Said, salah seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu Operasi Lalang 1987 menyangkal dakwaan Tun Mahathir yang mengatakan beliau tidak pernah mengarahkan polis melakukan operasi tersebut. Suhaimi, yang kini merupakan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN mempersoalkan motif Mahathir menyalahkan pihak polis sedangkan selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Mahathir sepatutnya bertanggungjawab. "Kalau betul dia tak setuju, kenapa selepas 60 hari ditahan pada tahun 1987, kami tidak dibebaskan pada masa itu ? Kenapa dia tandatangan arahan penahanan selama dua tahun tersebut ?" soal Suhaimi yang ditahan dua kali di bawah ISA iaitu pada tahun 1985 dan 1987 sewaktu Operasi Lalang. Menurut Suhaimi, kenyataan Mahathir tidak terlibat memberi arahan kepada polis untuk melakukan Ops Lalang, seolah memberi gambaran dan mengakui Malaysia ketika itu berada di bawah kuasa polis. "Institusi polis, akta ISA semuanya di bawah tanggungjawab Menteri Dalam Negeri. Kalau Mahathir kata dia tak pernah bersetuju, itu pengakuan yang tidak jujur," kata Suhaimi. Ops Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 menyebabkan seramai 106 individu, majoriti ahli politik pembangkang ditahan dan 49 daripadanya disambung penahanan selama dua tahun di bawah ISA. Ia dilakukan kerajaan kononnya bagi mengelakkan tercetus rusuhan berikutan ucapan berbaur perkauman yang dikeluarkan ahli-ahli politik. Namun pembangkang menafikan ia sebagai taktik Mahathir memangsakan ahli-ahli politik pembangkang berikutan krisis kepimpinan Umno yang memperlihatkan pertembungan antara regu Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah- Musa Hitam waktu itu. Ini kerana ramai pimpinan tertinggi Umno-BN yang mengeluarkan kata-kata perkauman tidak ditahan pada masa tersebut. Antaranya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda Umno yang menyeru orang Melayu di Kampung Baru supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina. Selain itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya sekotak mancis api.Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina. Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, 'Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad' sebelum ini mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza. Namun, polis bertegas meneruskan operasi itu sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan supaya mereka tidak ditangkap. Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang turut ditahan dalam operasi itu, semalam tampil membuat penafian Mahathir pernah menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum tangkapan dibuat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Putrajaya salur sekolah RM2.4b di sebalik spekulasi PRU13 Posted: 10 Feb 2011 01:30 AM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal PUTRAJAYA, 10 Feb — Pentadbiran Najib memperuntukkan RM2.492 bilion bagi sekolah dan jabatan pelajaran di seluruh negara — dilihat langkah terbaru menarik sokongan kakitangan awam dan ibu bapa menjelang pilihan raya umum dijangkakan tahun ini. Bantuan kewangan itu akan disalurkan kepada 16 jabatan pendidikan negeri, tujuh bahagian Kementerian Pelajaran, termasuk unit pendidikan Islam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jabatan Pendidikan Sarawak menerima dana terbanyak, berjumlah RM394 juta manakala Jabatan Pendidikan di Putrajaya mendapat jumlah paling sedikit. Difahamkan tujuan bantuan kewangan itu adalah untuk menunjukkan keikhlasan kerajaan "merapatkan jurang antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar, mereka yang miskin dan golongan berada." Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, turut mengumumkan rancangan kerajaan untuk memberi ganjaran kepada pengetua dan guru yang cemerlang, yang telah berjaya mengatasi sasaran Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA). Seramai 924 pengetua sekolah telah disenaraipendekkan dan akan mendapat RM7,500 setiap seorang. Lima peratus guru daripada sekolah dipimpin pengetua-pengetua terbabit, yang menunjukkan perkhidmatan yang baik akan menerima RM1,800 setiap seorang dan guru-guru lain akan menerima RM900 setiap seorang. "Ganjaran kewangan berdasarkan prestasi adalah sesuatu yang baru, yang mana tidak pernah dilihat dalam sejarah perkhidmatan awam kita," katanya. "Tetapi kami merasakan ini adalah tawaran yang baru," kata Muhyiddin pagi ini. Pakatan Rakyat (PR) dan juga Barisan Nasional (BN) terus berlumba-lumba menyenaraikan insentif-insentif masing-masing dalam kempen mereka menarik sokongan pengundi khususnya pengundi muda dan sokongan sokongan kakitangn awam ketika spekulasi meningkat bahawa pilihan raya kemungkinan akan dipanggil tahun ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bekas setiausaha politik menteri dituduh miliki wang haram RM2.31 juta Posted: 10 Feb 2011 01:08 AM PST BUTTERWORTH, 10 Feb – Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas. Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin. Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi. Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga. Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri. "Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya. – Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ops Lalang: Mustahil Mahathir ikut telunjuk polis Posted: 09 Feb 2011 10:31 PM PST Fadli KUALA LUMPUR: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Dr Nasir Hashim menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut telunjuk polis sewaktu Operasi Lalang 1987. Dr Nasir, yang turut ditahan selama 15 bulan di bawah ISA dalam operasi itu menambah, jika Mahathir tidak setuju dengan penahanan itu beliau pasti tidak akan menandatangani arahan penahanan lanjutan selama dua tahun terhadap mereka yang ditangkap. "Isu tersebut juga mendapat perhatian ramai di peringkat nasional pada masa itu. Jadi, mustahil untuk Mahathir langsung tidak terlibat dalam operasi tersebut," tambahnya lagi yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia. Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mempertahankan Mahathir dan mendakwa bekas Perdana menteri itu tidak bertanggungjawab ke atas operasi tersebut. Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan. Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim. Menurut Dr Nasir, bukti paling jelas Mahathir sebenarnya merestui penahanan di bawah ISA dalam Ops Lalang adalah kewujudan satu badan penilai yang perlu mendapat kelulusan Mahathir untuk membebaskan tahanan. Badan ini menurutnya, membuat pemeriksaan samada mereka yang ditahan sudah 'insaf', atau 'pulih' dan 'selamat' untuk dibebaskan Mengulas lanjut, Dr Nasir berkata operasi itu dilakukan ketika Umno berdepan krisis yang parah akibat pertembungan dua kumpulan dalam Umno antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Justeru itu, katanya, Mahathir menggunakan strategi politik licik untuk memangsakan ahli politik pembangkang demi mencapai matlamat politiknya. "Mahathir diktator yang menguasai segala-galanya. Kalau kacau bilau politik berlaku, mustahil dia tidak terlibat sama untuk menenangkan suasana," katanya. Dr Nasir menganggap Mahathir mengalami gangguan psikologi kerana berterusan menafikan kesalahan lampau yang pernah dilakukannya. "Dia ada gangguan psikologi. Dia berada dalam keadaan total denial dengan masa lampaunya," kata Dr Nasir. Sementara itu, Penasihat Dap, Lim Kit Siang berkata Dr Mahatahir sepatutnya tidak mempersalahkan polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang memandangkan beliau pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri. Menurut Lim, Mahathir bukan sahaja tidak menghalang penahanan seramai 106 orang terbabit, malah mengguna kuasanya di bawah seksyen 8 Akta ISA mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun membabitkan 49 individu. Lim juga berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas dengan menyatakan mereka yang ditahan cuba untuk mencetuskan rusuhan kaum. Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Nik Aziz, Anwar dan Kit Siang di Merlimau Posted: 09 Feb 2011 09:30 PM PST Ahmad Danial JASIN, 10 Feb: Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri. Beliau berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau jam 11.00 pagi. Katanya, Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama. Tambahnya, pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim Kit Siang. "Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Hj Ibrahim Abdullah," tambahnya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau, pagi ini. Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gelombang Merah hanya gimik politik Umno, kata PAS Kelantan Posted: 09 Feb 2011 09:08 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 10 Feb — PAS Kelantan menyifatkan langkah Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah di negeri itu sebagai "gimik politik" menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Bagi kita ini satu gimik politik Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dengan hasrat mahu menampakkan mereka mempunyai slogan baru untuk menghadapi PAS di Kelantan. "Rakyat di Kelantan tidak akan terpengaruh dengan gimik politik ini, malah kita percaya pengundi terutamanya pengundi muda tidak akan terpedaya dengan slogan terbaru Umno ini," kata Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Malah beliau percaya langkah terbaru Umno Kelantan itu tidak akan memberikan kesan terhadap sokongan pengundi kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Rakyat Kelantan boleh menilai serta buat penilaian dengan baik, mereka boleh buat keputusan tepat dengan memilih PAS dan kita lihat sehingga kini mereka masih memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah negeri ini. "Ia tidak akan memberi kesan untuk mempengaruhi pengundi di sini," kata Mohd Zaki. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, PAS tidak hipokrit seperti Umno yang hanya mendekati pengundi setiap kali pilihan raya akan diadakan. "Pengundi terutamanya pengundi muda akan tetap bersama kita, mereka akan tetap bersama kita daripada pergi kepada Umno. "Kita sudah mendekati mereka sudah lama, kita konsisten dan kita bukan hanya seperti Umno yang bergerak setiap empat tahun sekali," katanya. Awal minggu ini Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja. Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya. Menurut Mustapa, BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November lepas. Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, BN berjaya mengurangkan majoriti 1,352 undi yang diraih PAS pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65 undi dan pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November tahun lepas, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 1,190 undi berbanding 646 undi pada 2008. Mustapa berkata keputusan pada dua pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan golongan muda di Kelantan mahukan satu perubahan. Beliau percaya golongan muda kini sudah berpihak kepada BN kerana mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membawa pelbagai perubahan yang diperlukan bagi merubah landskap Kelantan menjadi sebuah negeri berdaya saing daripada aspek ekonomi. Tambah Mohd Zaki, dua pilihan raya kecil di Kelantan itu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa pengundi muda telah kembali kepada Umno. "Bagi kita pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan petunjuk kerana bila ada pilihan raya kecil Umno-BN dengan semua jentera akan turun dengan menawarkan pelbagai janji kepada rakyat. "Dengan janji macam-macam kepada rakyat, ini adalah cara kempen Umno-BN kalau ada pilihan raya kecil yang kita akan tolak walapupun mereka menang," katanya. Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelanatan Abdul Fatah Harun pula berkata parti Islam itu tidak bimbang terhadap usaha terbaru Umno Kelantan untuk merampas negeri itu. "Kita tidak gentar untuk hadapi taktik terbaru Umno ini, bila Umno gunakan cara berdepan macam ini PAS tidak akan kalah. "PAS hanya akan kalah bila Umno guna gerakan senyap, strategi yang bercanggah dengan Islam dan amalan demokrasi," katanya. Beliau juga yakin pengundi di Kelantan tidak akan mudah terpengaruh dengan strategi Umno Kelantan itu. Bagaimanapun, Adun Bukit Tuku itu berkata, PAS Kelantan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan Kelantan. "Sudah pasti... kita akan tetap pertahankan Kelantan, kalau Umno guna strategi ini kita juga ada strategi kita sendiri. "Kalau Umno kuat, kita akan pastikan PAS Kelantan lebih kuat daripada Umno kerana kita tidak mahu menang disebabkan kelemahan orang lain," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Topi keledar cukur rambut dalam tempoh 20 saat Posted: 09 Feb 2011 08:30 PM PST ![]() NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam. Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur. Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris. Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil. Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam Posted: 09 Feb 2011 08:00 PM PST ![]() GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung. LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu. Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah. Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala. Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam. Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet. Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan. Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti. Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan. "Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin. Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas. Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Mati selepas punggung disuntik Posted: 09 Feb 2011 07:30 PM PST ![]() SEBUAH van polis bergerak dari Hotel Hampton Inn di Philadelphia kelmarin. PHILADELPHIA - Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin. Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn. Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung. Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan. Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul. Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin. Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan. Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut. Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. - Agensi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 09 Feb 2011 07:00 PM PST Oleh NOR SHAFAWATI YUP dan FIRDAUS HASSAN berita@kosmo.com.my PUCHONG – Sepasukan anggota bomba yang menyertai satu operasi memadamkan kebakaran di sebuah kilang membuat sofa tergamam apabila menemui empat mangsa rentung termasuk sepasang kekasih yang mati berpelukan semalam. Kejadian menyayat hati pada pukul 1 pagi di Taman Perindustrian Kinrara, Bandar Kinrara itu mengorbankan Ma Van Ma, 26, Bao Van Kien, 28, dan seorang wanita, Ngo Yen Tai Nhung, 35. Kesemua mereka merupakan warga Vietnam. Seorang lagi yang rentung ialah lelaki tempatan, B. Prabu, 21. Kesemua mangsa yang merupakan pekerja kilang berkenaan hangus hampir 98 peratus. Difahamkan, ketika kejadian terdapat tujuh pekerja yang sedang tidur di pelantar besi di bahagian atas bangunan satu setengah tingkat itu. Bagaimanapun, tiga daripada mereka termasuk dua wanita dapat menyelamatkan diri melalui pintu bilik stor. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 09 Feb 2011 06:30 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar MENJELANG pilihan raya ke-13 nanti banyak orang memperkatakan soal transformasi dan pembaharuan politik yang akan berlaku atau perlu dilakukan oleh parti-parti politik. Transformasi dan pembaharuan itu diperlukan bagi menyuburkan parti politik dengan tujuan untuk mendapat perhatian dan penilaian baru oleh rakyat. Pembaharuan atau perubahan juga perlu untuk mengelakkan berlaku rasa cemuh dan loya oleh rakyat. Misalnya terlalu lama seseorang menjadi wakil rakyat juga memberi kesan tidak baik kepada pembangunan parti dan kerajaan. Kandati wakil itu baik dan tidak melakukan kesalahan fatal, namun beliau tetap ada memiliki kesalahan dan kecacatan tertentu. Yang pastinya mereka akan kemandulan modal dan idea untuk membangunkan rakyat dan kawasan. Kelamaan itu akan ditafsirkan sebagai satu ketidakbagusan. Tokoh seperti ini perlu diganti dengan wajah baru untuk mengelakkan parti bermasalah atau dikatakan ketandusan pemimpin. Meletakkan muka yang sama sudah diketahui sejauh mana kemampuan dan kelemahannya boleh menjadi liabaliti kepada parti. Dalam konteks Kelantan, menjelang pilihan raya ke-13 saya tidak mahu bercakap mengenai kedudukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya kecualikan dari membahaskan mengenai kedudukan beliau atas kapasiti sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan dan juga selaku MB Kelantan. Biarlah diserahkan kepada Pas sendiri untuk menimbang dan memutuskannya. Lagi pun juga sebelum ini saya sudah memberi isyarat dan bayangan mengenai masa depan beliau selaku MB. Sudah bergantang saya disumpah oleh pentaksubnya seperti mana pentaksub Abdul Hadi hemburkan kepada saya bila saya menyentuh 'kemaksuman' presiden Pas itu. Di sini apa yang saya hendak perkatakan mengenai siapakah yang akan mengganti Nik Aziz dalam keluarganya sebagai penerus kepada jihadnya. Tidak dapat tidak, sebagai mujahid Nik Aziz mesti ada cita-cita agar perjuangannya diteruskan oleh generasinya. Sebagai seorang penyayang kepada siasah, pastilah beliau mahukan baqanya juga menyayangi siasah. Apa lagi siasah telah meletakkan darjah dan martabat serta menjadi sejarah tersendiri buat Nik Aziz dan keluarganya apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz mempunyai 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. Beberapa orang anaknya menjadi sebutan dan dikenali kerana penglibatan dalam berbagai aktviti termasuk politik. Antara anak lelakinya ialah Nik Omar, dikenali sebagai seorang pendidik. Beliau banyak terlibat dalam dunia pendidikan dan seorang pengendali sekolah (dunia pendidikan) yang berjaya. Seorang lagi Nik Adli. Beliau juga terlibat dalam dunia pendidikan. Seorang yang mengejutkan serta memberi markah tinggi kepada keluarga Nik Aziz apabila Nik Adli pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI). Dalam konteks orang politik ditahan di bawah akta ini satu keistimewaan. Seorang lagi ialah Nik Abduh. Di antara dua tadi Nik Abduh yang terlibat secara langsung dalam politik. Beliau juga menaruh minat mendalam dalam dunia politik. Perwatakan dan gerak gerinya menunjukkan kecenderungan itu. Waktu ini beliau adalah Exco Pemuda Pas Malaysia. Sebelum ini pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan. Percubaannya dua tahun lepas untuk melonjak diri sebagai ketua pemuda Pas Kelantan dalam mencetak kejayaan politik beliau tewas. Selain bergerak sebagai ahli politik, Nik Abduh juga seorang pendakwah dan ahli perniagaan berjaya. Beliau sering diundang menyampai kuliah dan berceramah di masjid atau surau di seluruh Malaysia termasuk ke Sabah dan Sarawak. Kesempatan ini menjadikan Nik Abduh dikenali berbanding dengan anak Nik Aziz yang lain termasuk Nik Abdul Rahim dan Nik Asri. Kebolehan ini juga menampilkan diri sebagai ahli politik muda berhemah di Kelantan. Wajah ini ditambah lagi dengan sesekali beliau tampil pada keramaian parti. Atau pada tunjuk perasaan menentang kezaliman Yahudi dan Amerika. Suaranya di dalam blog dan pandangan politik terbuka dan berpandangan jauh serta menjadi kontroversi. Situasi ini menjadikan beliau dilihat ada kredibiliti tersendiri dan sedang diperhati umum. Kenyataan dan ulasan politik khasnya berbelit dengan ayahya juga ditunggui ramai. Memang tepat kalau Nik Aziz ingin ada baqanya menerus perjuangan dalam bidang politik, dan puteranya itu ialah Nik Abduh. Selain mempunyai keulitan itu, Nik Abduh sendiri ada mirip wajah Nik Aziz. Beliau juga memiliki sifat tawaduk dan zuhud sama seperti ayahnya. Anak butir. Tetapi itu bukan hujahnya, alasan tepat ialah kerana kebolehan dan wibawa serta benih politik yang cambah dalamnya sendiri. Dalam tilikan saya kalau Tok Guru ingin mewasiatkan perjuangannya dari kalangan keluargnya Nik Abduh dirasakan penerima wasiat paling layak. Untuk itu Tok Guru Nik Aziz sudah boleh merintiskan masa untuk Nik Abduh. Rasanya ia tidak susah kerana Nik Abduh ada aura dan kebolehannya sendiri dan jika hendak diukurkan dengan penglibatannya Nik Abduh sudah sampai peringkat sarjana muda dalam politik. Usianya pun sudah mencecah 40 tahun. Tidak timbul kalau beliau menempel di sebalik wajah Tok Guru seperti mana kebanyakan wakil rakyat Pas lain yang berebut untuk meletakkan gambar bersama Nik Aziz. Tidak ada salahnya juga kalau Mursyidul Am itu memberi peluang kepada anaknya itu. Untuk tujuan ini Nik Abduh boleh diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beliau boleh belajar mencari pengalaman bagaimana menjadi seorang wakil rakyat. Suasana hari ini dengan kondisi menjadi wakil rakyat berbeza. Wakil rakyat akan menguji sejauh mana kemampuan, kepimpinan dan ketahanan jiwa Nik Abduh. Kalau Nik Abduh hendak diperlimaukan, kerusi paling sesuai ialah Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi itu adalah kerusi asal Nik Aziz. Kalau Nik Abduh diletakan bertanding di sini ia akan menuruti jejak Nik Aziz. Nik Aziz dulu pun belajar politik dan menjadi wakil rakyat menerusi kerusi berkenaan. Beliau diletakkan bertanding dalam usia 36 tahun dalam pilihan raya kecil itu. Selepas tiga penggal di Parlimen baru beliau dibawa turun ke negeri seterus menjadi MB. Mungkin terlalu awal untuk meramal perjalanan Nik Abduh akan menyerupai ekspedisi politik ayahnya. Tetapi kalau ia dirancang dan dibuka peluang ia tidak mustahil akan menjadi realiti. Sama-sama boleh diperhatikan di kala Abduh mencecah 60 tahun iaini 20 tahun dari sekarang Nik Abduh jangan terkejut kalau Menteri Besar Kelantan pada masa itu adalah Nik Abduh? Untuk melaksanakan ini Tok Guru tidak perlu merasa kekok dan malu untuk berbuat demikian. Seperti menjadi kelaziman pula penjawat dalam politik disambung oleh anak dan waris. Tugas sebagai wakil rakyat diteruskan oleh zuriat masing-masaing. Beberapa wakil rakyat di Kelantan kini menyambung tugas ayah mereka. Di mana ada yang menjadi jawatan itu sebagai warisan turun temurun macam mewarisi resipi 'ubat kuat'. Mohd Amar Nik Abdullah mewarisi kerusi (Panchor) itu dari ayahnya Nik Abdullah Arshad. Dr Mohd Fadzli Hassan, mengambil kerusi itu dari ayahnya Hassan Mohammad di Kemuning. Begitu juga dengan Abdul Fatah Haron mengambil kerusi Bukit Tuku (Lemal) itu dari ayahanya, Haron Sulong. Manakala Nasaruddin Daud pula mewarisi kerjaya politik dari ayahnya Tok Guru Haji Daud Yusuf yang menang dua penggal di Tumpat Barat (Pengkalan Kubur). Saya percaya dan yakin selepas ini, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Rahim Abdullah atau Omar Mohammad atau Abdul Fatah Haron akan meletak anak masing-masing untuk meneruskan tugas dan mengambil tanggungjawab jihad? Kalau yang mana tidak ada anak besar berminat dalam politik akan diambil sepupu atau anak saudara masing-masing. Makanya kalau Nik Aziz memberi laluan kepada Abduh bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai penerus jihadnya ia tidak akan dipertikaikan oleh sesiapa melainkan oleh orang Umno yang akan mengatakan Nik Aziz memilih roni walhal Umno sudah lama berbuat demikian. msomelayu.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Petunjuk dari kebangkitan di Mesir Posted: 09 Feb 2011 06:00 PM PST Oleh Mujahid Yusof Saya tidak berapa perasan mulanya berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia. Ketika saya berada di Melaka pada 15 January lalu saya bertemu dengan seorang guru lelaki dari Mesir yang mengajar di Sekolah Islam Ar Rahmah Solok Gaung. Isterinya orang Malaysia dari Terengganu. Sebenarnya pagi itu setelah kuliah Subuh di Bukit Katil saya diajak oleh Hj Mat Diah pengasas sekolah untuk meninjau-ninjau perkembangan pembangunan sekolah sambil mempelawa sarapan pagi di rumahnya. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan sekolah Ar Rahmah kerana anak-anak saya adalah bekas penuntut di situ dari sekolah rendah lagi. Semasa bertemu dengan lelaki Arab dari Mesir itu beliau kelihatan gembira kerana saya boleh bertutor Bahasa Arab , antara respon awal pertemuan tersebut ialah dia menceritakan dengan penuh semangat tentang kebangkita rakyat di Tunisia hanya kerana seorang penganggur yang berijazah telah membakar dirinya kerana kecewa dengan sistem korup pemerintahan Ben Ali di Tunis. Katanya lagi dalam bahasa arab pekatnya, Mesir sedang menanti saat kebangkitan dalam masa beberapa hari menurut apa yang didapatinya dari jaringan Internet. Sememangnya pagi itu dalam dada akhbar terpampang berita kejatuhan Ben Ali yang bersiap sedia untuk meninggalkan Tunisia. Selang beberapa hari berita tentang kebangkitan Mesir pula menyusul dan hari ini, kebangkitan dua negara Arab di benua Afrika Utara itu menguasai ruang pemberitaan seluruh dunia. Tidak kurang peristiwa kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia membawa mesej berambus kepada pemimpin kuku besi lain di negara Arab sehingga isyaratnya menggetarkan pemimpin-pemimpin diktator sampai ke tulang sum-sum mereka. DEMOKRASI UNTUK SIAPA? Pengamatan saya kepada perkembangan negara Arab Afrika Utara bukanlah hari ini sahaja, seblum itu saya mengikutinya sejak 80an apabila usaha untuk membawa demokrasi bermula di Algeria dan Tunisia. Malangnya usaha mengadakan pilihanraya bebas peringkat perbandaran dan parlimen bukan membuka demokrasi tetapi menjadi alasan untuk menutup pintu kebebasan. Alasannya cukup tidak munasabah, iaitu kerana FIS (Front Islamic Salvation) dan Parti An Nahdah (Awakening Party) menang besar dalam pilihanraya tersebut! Sepatutnya kemenangan secara demokratik yang belum pernah dirasai sebelum ini diraikan dengan bunga dan tarian kemenangan, namun pada ketika itu kemenangan disambut dengan kereta kebal dan muncung M16 dihalakan kepada pemenangnya. Rakyat menjadi keliru, apakah ini yang mereka mahu ataukah kekal dalam keadaan tiada kebebasan. Algeria dan Tunisia menjadi huru-hara. demokrasi dirompak semula oleh bandit penguasa demi 'memelihara keamanan.' Hasilnya amatlah memilukan kepada siapa sahaja yang rindukan kebebasan kerana pertumpahan darah berlaku sebagai reaksi pencabulan demokrasi dan pemimpin besar seperti Dr Abbas Madani, Dr Mahfuz Nahnah dipenjara manakala di Tunisia Dr Rashid Al Ghanoushi di buang negeri dan menjadi pelarian selama 22 tahun di UK. Apakah semua ini harga kebebasan? Barat menjadi bisu dengan kemenangan puak Islam secara demokratik malah Perancis yang menjadi kiblat Tunisia dan Aljeria membiarkan bandit-bandit pemerintah menyiksa rakyat yang mahukan kebebasan. Akhirnya keganasan puak menjadi norma kehidupan dan puak Islam selagi lagi disalahkan. Memang sukar untuk Gerakan Islam bergerak dalam permainan Barat, kerana akan berada dalam dilema. Apabila menyertai demokrasi dan menang Gerakan Islam akan dinafikan haknya kerana bimbang negara akan jadi huru-hara. Apabila tiada demokrasi, penindasan diteruskan kononnya untuk menghapuskan teroris dan radikal yang menggugat keselamatan negara! Mesir sudah lama menderita kerana undang-undang darurat dilaksanakan sejak 1967. Undang-undang kejam itu berterusan hingga kini di atas alasan memerangi keganasan . Apa yang berlaku ialah memerangi Gerakan Islam yang mahukan sedikit ruang untuk bernafas dan Gerakan Sivil yang mahukan suara mereka diiktirafi. Perjalanan sukar demokrasi di negara Arab membingungkan dunia sehingga kita tidak dapat elak untuk bertanya demokrasi untuk siapa sebenarnya? AZAM RAKYAT Azam tidak dapat dijual beli dengan harta dan wang ringgit, ia juga tidak dapat dilemahkan dengan kezaliman diktator, apatah lagi azam itu digabungkan dengan kuasa rakyat. Formula Azam+Rakyat melahirkan satu dentuman yang kuat kepada diktator sehingga melutut ia tanda kalah dalam kehinaan. Apa yang disaksikan di Tunisia dan Mesir adalah kebangkitan rakyat berbentuk azam yang tidak dapat dihalang lagi. Al Jazeera mensifatkannya sebagai tembok ketakutan yang telah diruntuhkan! Seorang yang menyaksikan hari kebangkitan di Mesir mensifatkan "buat pertama kali dalam sejarah, bilangan kami (rakyat) melebihi bilangan polis rusuhan dan mereka tidak dapat menghalang kami lagi" Pada 25 Jan 2011 Dataran Kebebasan atau Tahrir Square menjadi tumpuan di mana beribu-ribu rakyat Mesir turun untuk berkumpul sehingga 26 Jan dan seterusnya Tahrir menampung perhimpunan hampir sejuta umat bagi menyampaikan satu mesej "Berambus Mubarak" "Cukuplah 30 tahun". Azam mereka tinggi sehingga mereka berjanji tidak akan berganjak selagi Mubarak tidak undur. Perhimpunan itu member tekanan kepada Mubarak lalu beliau cuba mengambil tindakan-tindakan yang diharapkan dapat menenangkan rakyat namun malang bagi Mubarak setiap rancangannya tidak memberi kesan kepada rakyat untuk meneruskan protes. Walaupun Mubarak memberi janji untuk tidak bertanding lagi jawatan Presiden dan berjanji untuk letak jawatan pada bulan September, seorang wanita mengatakan "kami telah memberikannya 30 tahun dan sekarang dia ada hati meminta kami lagi 6 bulan!" Pengumuman Mubarak disambut dengan cacian dan cemuhan oleh rakyat yang berhimpun di Tahrir Square. Azam mereka umpama gunung berapi yang tidak henti-hentii memuntahkan laharnya. KEBANGKITAN NASIONAL Kalau dahulu yang berkumpul hanya di sekitar beratus orang sahaja kali ini perkumpulan tidak lebih dari puluhan ribu manusia. Kalau dahulu perhimpunan hanya melibatkan kumpulan tertentu yang mendesak sesuatu, seperti perhimpunan Ikhwan, tetapi kini semua jenis manusia berkumpul tanpa mengira usia tua atau muda, kumpulan politik atau orang biasa, lelaki dan wanita. Perhimpunan berbagai bentuk latarbelakang ini menghimpun berbagai spektrum pemikiran dari gerakan sivil, gerakan Islam dan golongan liberal. Kali ini ia bukan kebangkitan Ikhwanul Muslimin seperti lazimnya malah rakyat yang berhimpun menafikan Ikhwan yang menjadi dalang utamanya, mereka mengatakan ini adalah Kebangkitan Semua, Kami Cintakan Mesir, Kami Benci Pengkhianat. Lazimnya kedengaran dalam perhimpunan Gerakan Islam memprotes dengan slogan "Hidup Islam", "Hancur Taghut" atau mereka melaungkan "Daulah,Daulah Islamiyah!" Tapi seruan itu tidak kedengaran malah bendera dan panji Ikhwan juga tidak kelihatan. Aura suasana ialah kebangkitan nasional di mana bendera Mesir diarak dan dikibarkan, slogan "hidup Mesir" "kami mempertahankan maruah Mesir" seolah-olah menenggelamkan selama ini slogan Islam yang menguasai jalanraya di kota Kaherah dan kota-kota besar yang lain di Mesir. Apa maknanya semua ini? Para penganalisis menyebutnya sebagai 'unprecented in the history of modern Egypt'. Mereka menamakannya sebagai Kebangkitan Rakyat bersifat Nasional yang bosan dengan kengkangan dan kawalan ketat kepada naluri kebebasan rakyat Mesir. KEBANGKITAN PRO DEMOKRASI Kedengaran dalam semua komentar istilah pro-demokrasi malah kebangkitan kedua hari ini 8hb Jan digelar sebagai perhimpunan pro- demokrasi. Istilah-istilah ini ada implikasinya bahawa ia kebangkitan kebebasan dari pengawalan ketat media, kebebasan bersuara, pilihanraya yang penuh penipuan dan keganasan polis. Perasaan dan naluri mempertahankan maruah diri dan kemuliaan negara bercampuraduk dalam semangat kebangkitan menentang pemimpin yang dilihat sebagai kuku besi dan pentingkan diri dan kroninya. Kebangkitan ini umpama kebangkitan rakyat ketika jatuhnya regim komunis di Eropah Timur yang tertindas dalam negara polis dan cengkaman pemimpin. Malah kezaliman selama 30 tahun pemerintahan Mubarak menjemput semua golongan termasuk Liberal Sekular, Golongan Kiri dan Golongan Nassariyin. Semuanya menamakan diri mereka pro demokrasi dengan satu matlamat untuk menggulingkan Mubarak. Malah ada teori yang mengatakan golongan Islamis dari Ikhwan lambat bertindak apabila seruan 25 Jan dihebahkan melalui jaringan sosial, Ikhwan tidak respons tetapi setelah beberapa hari golongan pro demokrasi berjaya mengumpulkan orang ramai, barulah Ikhwan menguasai keadaan. Walaupun demikian tidak dapat dielakkan tanggapan bahawa sememangnya Ikhwan sudah sekian lama menentang kezaliman regim dan tidak pelik ia mendapat kejutan bahawa perjuangannya turut disertai oleh penentang senyap selama ini dari arus pemikiran yang lain. SUASANA ALIRAN PEMIKIRAN MESIR Uniknya Mesir ialah ia mempunyai populasi yang besar sebanyak 79 juta penduduk dan menyumbang kepada tenaga intelektual dan buruh kasar di kebanyakkan negara kaya Arab di Teluk. Ia sebuah negara moden walaupun Al Azhar merupakan Universiti Islam tertua dunia. Mesir juga adalah pusat intelektual dalam dunia Arab kerana sikap keterbukaannya menerima pandangan-pandangan dari berbagai aliran walaupun tertutup dari sudut aktiviti politiknya. Mesir juga terkenal sikap sekularnya yang pekat dan terang-terang menyebut bahawa agama dan negara tidak boleh bercampur aduk. Pertembungan pemikiran juga hebat belaku di Mesir sejak awal kurun ke 20 lagi. Pandangan Sheikh Mohammad Abduh dan anak muridnya Syeikh Rashid Redha mendapat tempat yang tinggi dalam kajian pemikiran politik Islam modern. Begitu juga pandangan yang dianggap sesat oleh fatwa Azhar oleh Syeikh Ali Abdul Razziq yang mengatakan tiada pemerintahan dalam Islam. Pandangan Liberal Barat Dr. Taha Husin yang kagum dengan Barat menambahkan lagi rencam dan ragam aliran pemikiran di Mesir. Paling menarik ialah Mesir adalah tempat lahir Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al Banna pada tahun 1928 yang kini menpunyai pengaruh dan pengikut seluruh dunia. Kalau di sini kita berdebat tentang Islam Liberal dan Islam Fundamental, mahupun polemik Terrorism, maka sumber inteleknya dalam kita berhujah datang dari pemuka-pemuka yang disebut di atas dari Mesir. Begitulah hebatnya sumbangan aliran pemikiran yang berpunca dari Mesir. Walaupun selama ini golongan Sekular Liberal dianggap pro Mubarak dan regim kerana bersetuju dengan sikap Liberal agama yang diamalkan oleh Kerajaan Mesir. Apatah lagi regim Mesir sejak Gamal Abdul Nasir senantiasa menjadikan golongan Islamis dari Ikhwan sebagai alasan mengancam keselamatan nasional. Pertembungan selama ini adalah antara puak Islam dan regim sedangkan golongan lain tidak berani memilih sokongan dan mengambil sikap berdiam diri. Mode pertembungan yang dibentuk selama ini kini telah berubah apabila golongan selain Islamis kini telah membuat pilihan untuk menentang regim Mubarak , soalnya sekarang bagaimana Ikhwan menyesuaikan dirinya dengan permainan yang berbeza kin? Apakah terkalihnya golongan selain Islamis menentang Mubarak satu keistemewaan bagi Ikhwan ataukah Ikhwan terpaksa berhadapan pula dengan golongan-golongan ini? MENASIONALKAN GOLONGAN ISLAM Pertembungan selama ini bukanlah sangat pertembungan pemikiran, walaupun Mubarak cuba menghidupkan sentimen bahayanya puak Islam jika menguasai negara. Tetapi lebih besar daripada itu ia tentang kezaliman, menyekat kebebasan, keganan polis, salah guna aparatus pemerintah untuk kepentingan kroni dan rasuah yang berleluasa. Semua pihak sudah muak dengan semua gejala ini sehingga mereka tidak lagi mengambil kira perbezaan pemikiran sebagai halangan, malah sanggup berganding bahu merentasi aliran pemikiran menuntut berakhirnya regim diktator ini. Ikhwan kini berhadapan dengan bentuk baru politik, walaupun bagi sesetengah pihak mereka masih skeptikal terhadap Ikhwan untuk mengisi ruang kosong ini setelah 83 tahun berjuang di bumi Mesir tetapi tidak ada mana pihak menafikan perjuangan konsisten dan tersusun Ikhwan. Pilihan yang ada bagi Ikhwan dan golongan Islam untuk menyertai kebangkitan ini ialah dengan menasionalkan diri mereka menjadi sebahagian daripada lanskap baru politik. Mesej kebangkitan amat jelas bahawa rakyat Mesir tidak peduli siapa yang akan mengisi ruang setelah pemergian Mubarak dan konco-konconya, yang penting mereka mahukan pembelaan dan tercapai hasrat mahukan ruang kebebasan dan demokrasi. Ia bukan lagi soal format dan bentuk apa negara yang mahu dibentuk setelah Mubarak, Mesir akan kekal Republik cumanya isi dan intipatinya mestilah berbeza dari dulu untuk memberi makna kepada kebangkitan rakyat Mesir yang sudah masuk hari yang ke 12. ERTI MENASIONALKAN GERAKAN ISLAM Jambatan yang menyambong antara idealism perjuangan Gerakan Islam dan denyutan nadi kebangkitan rakyat ialah sifat nasionalistiknya yang menjadikan ia dekat di hati bangsa yang tempatnya beroperasi. Gerakan Islam yang selama ini ditindas oleh regim di dunia Arab senantiasa melihat kerajaan dengan penuh prejudis kerana kezaliman yang berlaku ke atas mereka. Penulisan yang lahir dari penindasan ini kadangkali memisahkan Gerakan Islam dengan bangsanya. Bukan salah Gerakan Islam kerana mereka memerlukan kekuatan idealismnya untuk bertahan dalam suasana ini, tetapi kini aturcara permainannya berubah dengan berubahnya sedikit ruang bernafas dalam demokrasi yang ada. Apatah lagi kebangkitan tuntutan demokrasi hari ini di Mesir menuntut Gerakan Islam di sana melihat dirinya sebagai pemain utama dan bukan lagi sebagai golongan yang tertindas! Apakah kadar kepercayaan rakyat berbagai latarbelakang dan ideologi yang disandarkan kepada Gerakan Islam? Ini bukan soal Gerakan Islam mahu dirinya dibela tetapi lebih penting ialah kini dia berperanan membela untuk mewujudkan suasana keterbukaan untuk rakyat dan bangsanya. Jikalau bertanya kepada saya kadar kepercayaan itu, jawapannya ialah karakter nasionalistiknya yang menjadi gam penambat antara idealis alamiyahnya dengan realiti kerangka bangsanya. Hanya dengan cara ini Gerakan Islam akan mendapat sokongan padu dri berbagai aliran secular mahupun liberal. Mereka mungkin berbeza pandangan tetapi ikatan nasionalistik mereka akan menjadi penambat untuk melihat isu besar yang boleh mereka garap bersama. MUBARAK AKAN PERTAHAN Hari-hari berikutnya di Mesir tidak akan melalui jalan mudah, apatah lagi Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir sebagai tanda pengorbanan yang dia berikan selama ini kepada negaranya. Mubarak bukan calang orang, dia menaiki tangga kekuasaan mengikut susunan kenaikan pangkat. Nasib menyebelahinya apabila dilantik Naib Presiden kepada Anwar Sadat dan semasa pembunuhan Anwar Sadat pada tahun 1981, bintang Hosni Mubarak terus bersinar sehinggalah 30 tahun kemudian. Hari ini rakyat Mesir mengatakan cukuplah dan berambus dari sini. Bukan mudah untuk pemimpin seperti Mubarak untuk menyerah kalah, setakat ini tentera belum menunjukkan reaksi agresif menentang penunjuk perasaan, keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya. Kedua , Hosni tidak akan melepaskan peluang untuk menimbulkan huru hara berskala besar dengan menjadikan Ikhwan sebagai sasarannya untuk menaikkan sentimen kemarahan rakyat dan memberi amaran bahayanya puak Islam akan mengambil alih negara. Namun momentum rakyat minggu kedua nampaknya tidak surut dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan apa juga mainan dan taktik regim Mubarak yang terdesak. Walaupun Jumaat lalu Ikhwan berunding dnegan Omar Sulaiman, Naib Presiden yang ditiadakan jawatannya sejak 30 tahun yang lalu, namun ketegasan supaya syarat asas Mubarak letak jawatan dulu sebelum rundingan menyebabkan tiada apa yang baru dalam usaha perundingan terakhir ini. Tetapi apa yang menarik ialah Ikhwan yang selama ini dianggap pertubuhan haram menjadi kumpulan pertama diajak berunding oleh regim Mubarak. KEUTAMAAN DAN HALATUJU Apa yang lebih penting sekarang ialah menjayakan misi penunjuk perasaan iaitu menggulingkan dahulu Mubarak. Kedua, kebangkitan rakyat mesti tidak dicemari dengan perpecahan sesama golongan penentang Regim kerana kerapuhan ini memberi ruang kepada regim untuk terus menguasai keadaan. Ketiga, keseluruhan rakyat Mesir mesti diyakinkan bahawa kebangkitan ini adalah untuk mereka dan bukan kepentingan mana-mana kumpulan mahupun Ikhwan sendiri dan akhirnya satu bentuk konsensus kepada siapakah yang mewakili penentangan ini adalah penting supaya kebangkitan rakyat ini tidak tersasar dari tujuan asalnya. Namun apa yang lebih utama ialah melakarkan halatuju pasca kejatuhan Mubarak, apa akan terjadi, bagaimanakah peta baru yang akan dilakarkan kea rah demokrasi berpilihanraya, demokrasi berparlimen, kebebasan media, pemulihan institusi kepolisian, pelan memerangi rasuah dan lebih penting ialah pembelaan terhadap kemiskinan yang menular di Mesir. Keseimbangan antara pemulihan dan kesan jangkamasa transformasi kepada perubahan regim melibatkan kepedulian berbagai aspek antaranya keselamatan, pemulihan ekonomi, trauma kebebasan setelah dikongkong begitu lama dan peranan kepimpinan transformasi bagi memudahcarakan transisi ini. Sehingga kestabilan benar-benar muncul , Mesir mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. Dan sementara penganalisis dan penulis membuat andaian-andaian apa akan terjadi kepada Mesir, jangan hendaknya kita lupa negara kita Malaysia juga perlu kebangkitan rakyat kerana simpton penyakitnya lebih kurang sama sahaja, bayangkan jika beratus ribu keluar ke jalanraya melaungkan "Undur, undur, undur BN, maju, maju, maju PR" apakah agaknya reaksi regim BN? ------------------------------------------------------------------------- Dr Mujahid Yosof adalah anggota Parlimen Parit Buntar. Beliau merupakan anak bekas Mursyidul Am pertama PAS, Tuan Haji Yusof Rawa. Mujahid adalah AJK PAS Pusat yang mempengerusikan Lajnah Hubungan Antara Kaum. Ijazah pertama beliau di Universiti Al Azhar di Mesir, Master di UPM dan PhD di Universiti Malaya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tolonglah, jangan "1Malaysia" lagi! Posted: 09 Feb 2011 05:30 PM PST Oleh Chang Teck Peng Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan. Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak. Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan. Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang. Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020". Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja. Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian. Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan. Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya. Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance. Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi. Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini. Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding. Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding. Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan. Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan? Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"? Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut? Najib gagal merungkaikan 1Malaysia Prestasi Najib yang tidak terserlah dalam kerjaya politiknya menonjolkan lagi kekosongan "1Malaysia". Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani pernah menulis dalam kertas kerjanya pada tahun 2009: "Apabila orang bertanyakan beliau (Najib) maksud konsep '1Malaysia', Najib gagal merungkaikannya dengan jelas. Beliau tidak mampu untuk mengaitkan konsep '1Malaysia'-nya dengan matlamat partinya untuk kerajaan yang bersatu. '1Malaysia' Najib tidak lain tidak bukan kelicinan pada bibir (slick concoction) mereka yang diupah dengan gaji yang tinggi." *1 Malah, dalam tulisan yang sama, Mohd Azizuddin Mohd Sani memetik artikel tulisan M.Bakri Musa - biarpun ditulis dengan berlapik, tetapi cukup untuk mendedahkan Najib yang sebenarnya. "Ketika saya melayari laman Mahathir, Lim Kit Siang mahupun Anwar, saya tahu bahawa nada dan corak tulisan itu mencerminkan penulis sendiri. Namun, laman 1Malaysia.com tidak membuatkan saya untuk rasa sedemikian. Ia seolah-olah pandangan pihak ketiga, dan bukannya pandangan personal. Tujuan utama blogging adalah untuk meluahkan pandangan personal. Sesungguhnya, saya tidak mengharapkan Najib untuk menulis teks ucapannya sendiri. Beliau mempunyai hal yang penting untuk diuruskan, misalnya mentadbir negara ini. Namun, saya berharap beliau boleh memimpin penulis ucapannya, membaca teks muktamad-nya, dan menyunting jika perlu, supaya teks tersebut benar-benar mewakilinya, malah kelihatan seolah-olah tulisannya. Beliau perlu memahat sesuatu untuk dirinya." Walau bagaimanapun, tiada pertikaian bahawa "1Malaysia" adalah ideologi dominan yang cuba diwujudkan Najib. Hubungan "hegemoni" yang diutarakan ahli falsafah Itali, Antonio Gramsci adalah hubungan pedagogic. Selain sekolah, sebagai medan penting untuk pedagogic (mengasuh), media, persatuan agama, malah nama bangunan dan lorong turut dipergunakan golongan pemerintah untuk bukan sahaja membuktikan, malah mengekalkan pendominasiannya. Jika dilihat kepada slogan 1Malaysia, semua media tradisional tidak jemu-jemu untuk mengulangi propaganda, malah "Klinik 1Malaysia", "Kem 1Malaysia", "Pertandingan Lumba Kereta 1Malaysia" dan aktiviti yang pelbagai, dianjurkan untuk memahat "1Malaysia" ke dalam ingatan. Malah, pertubuhan sosial dan parti politik akan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan slogan ini ke dalam kenyataan media mereka. Ia seolah-olah doktrin - cukup jelas cubaan untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai wacana hegemoni. PR menyumbang untuk kejayaan Najib Sungguhpun kosong dan cetek, namun cubaan Najib untuk menjadikan "1Malaysia" sebagai hegemoninya telah berjaya separuhnya. Walaupun retorik yang tidak bermakna, tetapi berjaya memberi ilusi bahawa senario politik kesamarataan kaum akan menjelma dengan kemunculan Najib. Selain penguasaan jentera negara dan alat propaganda oleh kerajaan BN/Najib untuk menjayakan 1Malaysia, Pakatan Rakyat turut menyumbang tanpa disedari. PR gagal mengetengahkan wacana alternatif untuk menangkis "1Malaysia", sehingga "1Malaysia" tidak tertanding. Pembentukan hegemoni tidak berjaya hanya dalam tempoh sehari dua, tetapi "revolusi yang berlanjutan". Wacana alternatif perlu wujud untuk mencabar hegemoni dalam medan pergelutan ideologi, supaya wacana hegemoni boleh dileraikan. Ketiadaan pesaing memberi kemenangan percuma kepada "1Malaysia". Namun, apa yang harus menjadi muhasabah pemimpin PR adalah, mereka sering menyumbang untuk kejayaan Najib tanpa disedari. Sejak "1Malaysia" diketengahkan, ramai ahli politik PR, dari pemimpin akar umbi yang tidak berjawatan hinggalah ADUN mahupun ahli parlimen - malah Lim Kit Siang yang sudah puluhan tahun berkecimpung dalam politik - sering menyebut ayat "mengingkari semangat 1Malaysia", dalam kenyataannya yang mengkritik penyelewangan dan kelemahan kerajaan BN. Misalnya, pada 12 Mei 2010, ketika Lim Kit Siang (gambar kiri) menyelar perhimpunan "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berlangsung pada keesokannya; ketika Lim Kit Siang mengkritik dasar kerajaan untuk menghalang penubuhan persatuan agama selain Islam di sekolah pada 26 Julai; ketika Lim Kit Siang mengecam Utusan Malaysia pada 20 Ogos, yang melaporkan bahawa nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang ketika doa khutbah Jumaat dibacakan - semuanya menyelitkan ayat "membelakangi prinsip 1Malaysia" dalam kenyataannya. Mereka menganggap itu sindiran terhadap Najib ketika berkata sedemikian. Pada hakikatnya, ia sebaliknya mengiktiraf keabsahan "1Malaysia" dan integriti Najib. Ketika ahli politik PR menyelar kesilapan kerajaan BN dengan "mengingkari semangat/dasar/prinsip 1Malaysia", mereka sebaliknya mengasingkan kesilapan ini daripada Najib. Ia menyampaikan mesej bahawa, Najib/"1Malaysia" adalah sesuatu yang betul/baik, cuma menteri kabinet, dan pegawai kerajaan tidak mematuhi/melaksanakan dasar Najib yang baik. Dengan kata lain, segala-gala kesilapan ini bukan kesalahan Najib - walaupun sebagai ketua kerajaan, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Najib sebenarnya harus memikul tanggungjawab terhadap segala kesilapan kerajaan. Bagaimana wacana hegemoni ini boleh gagal, apabila ahli politik veteran seperti Lim Kit Siang pun mendukung "1Malaysia" oleh Najib? Jadi, tolonglah, PR dan NGO yang sedar, jangan "1Malaysia" di sana sini lagi! *1: Mohd Sani, M. A. (2009). The Emergence of New Politics in Malaysia: From Consociational to Deliberative Democracy. Taiwan Journal of Democracy, 5 (2): 97-125. *Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 28 Januari 2011. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Keputusan Semua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Posted: 09 Feb 2011 05:00 PM PST
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 200 lelaki ditangkap sedang berparti homoseksual di Bahrain Posted: 09 Feb 2011 04:30 PM PST MANAMA 10 Feb. – Kira-kira 200 lelaki yang sedang berparti homoseksual ditangkap pihak berkuasa Bahrain, semalam. Pegawai di Kementerian Dalam Negeri berkata, kumpulan tersebut ditangkap atas kesalahan melakukan aktiviti tidak bermoral. Polis telah menyerbu sebuah dewan di bandar kecil Muharraq yang penuh dengan lelaki berpakaian seperti wanita sambil menikmati minuman keras. Negara-negara Teluk mengharamkan kegiatan homoseksual kerana ia mencabuli ajaran Islam. Lelaki homoseksual yang ditangkap akan dikenakan hukuman penjara. - REUTERS | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 09 Feb 2011 04:00 PM PST Oleh Muhammad Hafizuddin Pemimpin merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk memikul amanah yang telah dibebankan agar menjadi ketua atau orang yang bertanggungjawab ke atas golongan bawahannya. Rasulullah S.A.W telah bersabda:"Setiap daripada kamu adalah PENJAGA, dan setiap daripada kamu BERTANGGUNGJAWAB ke atas yang DIJAGA" Tahun ini memperlihatkan dua pemilihan kepimpinan di dua peringkat besar yang boleh dikatakan sebagai golongan pemacu negara. Kedua-duanya bakal menjadi perhatian dan liputan luas oleh media rasmi mahupun media tidak rasmi. Pilihanraya Kampus (PRK) dan Pilihanraya Umum (PRU) tahun ini bakal menggegarkan pentas politik tanah air. Bulan Februari menjadi sasaran mahasiswa. Beberapa kampus telah mengumumkan tarikh PRK akan berlangsung pada bulan ini. Jentera mahasiswa juga telah berada di garisan perlumbaan, hanya menantikan saat wisel ditiupkan. Pro-Mahasiswa mahupun Pro-Aspirasi akan mempersembahkan kehebatan masing-masing. Milik siapakah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pada tahun ini? Pemilihan kerajaan mahasiswa ini menjadi ukuran kepada pengaruh dan kepercayaan terhadap kumpulan mahasiswa yang bertanding. Benar atau tidak, Pro-Mahasiswa tetap akan dilabel sebagai Pro-PR dan Pro-Aspirasi terus dilabel sebagai Pro-BN. Jikalau tahun lepas menyaksikan kemenangan yang besar kepada Pro-Aspirasi di beberapa buah kampus, begitulah yang terjadi di dalam Kerajaan Malaysia. Tidak dapat dinafikan juga, beberapa buah universiti yang dilabelkan sebagai Pusat Pengajian Islam atau Akademi Pengajian Islam Terbesar menjadi kubu utama untuk kemenangan Pro-Mahasiswa. Bulan Mei, Jun dan Julai menjadi persoalan. Beberapa ahli politik tanah air yang terkenal mensasarkan PRU akan berlaku pada pertengahan tahun ini. Ini bermaksud, sejurus beberapa bulan selepas PRK, pemilihan pemimpin untuk negara tercinta bakal menyusul. Pastinya pelbagai strategi dan perancangan dicaturkan di segenap peringkat parti-parti politik Malaysia. Mahasiswa dilihat sebagai golongan perubah yang besar dan dipercayai rakyat pada PRU beberapa tahun yang lepas mengakibatkan berlakunya Tsunami Politik tanah air. Hal tersebut menyebabkan mahasiswa disekat secara besar-besaran. Gari AUKU digunakan untuk memenjarakan mahasiswa daripada berpolitik. Rentetan daripada itu, beberapa tahun ini senapang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilihat berkesan. Mahasiswa diselami trauma dan takut untuk beraksi dalam politik kepartian. Anak muda terpelajar ini disia-siakan di universiti masing-masing. Namun, dunia cepat berubah. AUKU hanyalah AUKU. Keberanian dan kecerdikan mahasiswa mesti diiktiraf. PRK yang akan menjenguk hanya dalam beberapa minggu ini menjadi kayu ukur. Mahasiswa tidak perlu terikat dengan idea politik pihak-pihak tertentu, tetapi mahasiswa perlu menerima politik. Politik kampus mahupun politik negara. Persoalan di sini, adakah bulan lompat ini akan meneruskan lompatannya ke pertengahan tahun? Apakah pergerakan politik anak muda intelek bernama mahasiswa ini akan menjadi cerminan kepada orientasi politik negara? Masyarakat yang bijak mampu membaca cerita-cerita politik ini. Justeru, mahasiswa hari ini mestilah lebih berhikmah dan matang dalam mengatur perencanaan politik kampus. Tidak perlu terlalu agresif jika bukan di tempatnya dan jangan sekali-kali membiarkan kepala kita dipijak. Pastinya, kumpulan hanyalah jenama, produklah akan merealisasikan kehebatan jenama tersebut. Agenda yang perlu dijelaskan, mahasiswa pembawa agenda Islam melalui gerakan mahasiswa bukan berjuang untuk agenda mahasiswa semata-mata. WE UNITE FOR ISLAM Muhammad Hafizuddin Bin Muhamed Noor Mahasiswa UIAM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Merlimau: Gelanggang dakwah ke-15 Posted: 09 Feb 2011 03:30 PM PST Oleh Majdan Dagang Pilihan Raya Kecil (PRK) telah berlalu dan Umno berjaya mempertahankan kerusi mereka. PAS kalah dari segi angka, namun hakikat sebenar perjuangan dakwah Islam dianggap berjaya. Harus diingat, PAS bukan sekadar parti politik yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan, tetapi juga sebagai jemaah yang memikul tanggungjawab dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam. Hal ini memang jelas diketahui dan didokongi oleh pimpinan, ahli dan penyokong yang faham akan perjuangan PAS. Oleh sebab itu lah parti Islam ini menyertai pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak belum merdeka lagi walaupun sedar bahawa pertandingan tersebut tidak memihak kepada mereka. PRK Dun Tenang, Johor misalnya, walalupun sedar bahawa PAS memasuki gelanggang untuk "kalah", namun atas dasar dakwah parti itu tetap memberikan cabaran. Terbukti, walaupun kalah dari segi undi, isu calon PAS yang enggan bersalam dengan lelaki ajnabi (kemudiannya calon memakai sarung tangan) telah menyerlahkan sikap hipokrit Umno dalam menyampaikan kefahaman Islam. Umno bukan sahaja tidak menyampaikan etika Islam kepada rakan-rakan bukan Islam bahkan gagal menyatakan perihal Islam yang sebenar kepada ahlinya yang mengaku beragama Islam. PAS kini bukan sahaja berjaya mentarbiah kebanyakan ahlinya tentang Islam yang syumul bahkan kini berjaya menyampaikan pula penerangan tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islamnya. Dalam isu bersalam tangan, rakan-rakan bukan Islam yang bersama-sama PAS telah memberi penerangan tentang adab dan budaya agama Islam kepada orang ramai dan meminta mereka menghormati pendirian Islam tentang isu tersebut. Bukankah ini salah satu kejayaan PAS dalam menerangkan Islam? Kini, PRK Dun Merlimau, Melaka sekali lagi memberi peluang kepada PAS untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat dan menyampaikan dakwah Islam. Peluang sebegini luas hanya datang setiap PRU dan PRK. Hakikat dakwah inilah yang tidak ada dalam Umno dan mereka tentunya berasa hairan kenapa PAS bersusah payah bertanding untuk "kalah". Umno juga tidak akan faham kenapa ahli-ahli PAS berjuang dan terus berjuang walaupun sedar mereka berada dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi kewangan, logistik, pentadbiran dan segalanya. Umno perlu sedar bahawa PAS bukan berjuang untuk wang, harta dan pangkat, bukan juga demi individu tertentu atau pemimpin tertentu, tetapi ahlinya berjuang untuk Islam. Suatu kisah ketika tentera Islam mempertahankan Baitul Muqaddas yang dikepung oleh tentera King Richards the Lionheart. Salahudin al-Ayubi telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memusnahkan "kereta kebal" musuh yang digunakan untuk menembusi benteng pertahanan Baitul Muqaddas. Salah seorang, juruteranya berjaya mencipta sejenis alat yang dapat membakar dan seterusnya memusnahkan "kereta kebal" tersebut. Apabila ditanyakan kepada jurutera tersebut apakah hadiah yang dimahukan, dia menjawab dengan tegas, "Ucapan terima kasih pun saya tak perlu, inikan pula hadiah. Saya berjuang bukan untuk tuan, tetapi untuk Allah." Semoga, semangat itu dapat diteruskan pula di Merlimau nanti. Mengikut rekod pilihan raya yang lepas-lepas, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir daripada Umno-BN menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi – menyaksikan kekurangan hampir 3,000 undi berbanding PRU 11 pada tahun 2004. Ketika itu Mohamad Hidhir mendapat 6,332 undi menewaskan calon PKR iaitu Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi. Jayathas mendapat 1,245 undi. PRK ini nanti bakal memberi peluang kepada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos untuk memilih wakil baru mereka di Dun Melaka. Angka tersebut berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. Di Melaka Umno mempunyai 18 kerusi di Dun, empat kerusi MCA, satu kerusi MIC dan DAP pula lima mendapat kerusi. Sehingga kini PAS masih menantikan anak sulungnya di Melaka setelah kesemua negeri di Semenanjung mempunyai wakil PAS. Sehingga kini, telah 14 PRK telah berlangsung selepas badai tsunami Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 yang lalu. Daripada siri PRK tersebut Pakatan Rakyat (PR) menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Bukit Selambau. Manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Batu Sapi, Bagan Pinang dan Tenang. Apakah akan berlaku kejutan di Merlimau pada kali ini? Walaupun secara logiknya, Umno boleh menang walaupun dalam keadaan mata terpejam, namun tidak ada siapa yang tahu kuasa Allah. PAS telah memperoleh anak sulungnya di Johor pada PRU 11 pada 2004 apabila Dr Ramli menang tanpa bertanding akibat calon Umno tersilap mengisi borang. Tugas PAS hanyalah turun gelanggang untuk bertarung, urusan kalah dan menang terserah kepada Allah SWT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan