Khamis, 10 Februari 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mai Malaysia, kau selamat......

Posted: 10 Feb 2011 04:37 AM PST

Bekas Anggota Parlimen, Jim Devine telah didapati bersalah atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu oleh Mahkamah Southwark Crown.

Berusia 57 tahun, beliau menyerahkan tuntutan invois palsu untuk kerja-kerja membersih dan mencetak, sebanyak £8,385.

Beliau didapati bersalah keatas dua tuduhan memalsukan perakaunan dan dibebaskan daripada satu dakwaan yang lain berkaitan kerja untuk membersih yang dianggarkan bernilai hingga £360.

Bekas backbencher , yang memegang kerusi Livingston, adalah MP pertama yang diadili atas kes tuntutan palsu.

Al-Husseyn : Berhijrahlah ke Malaysia, tentunya kau akan lebih selamat kerana apa yang kau songlap itu hanyalah sekadar tahi gigi bapak-bapak lanun yang berkeliaran di Malaysia ini….

Isa Samad terus membadak!

Posted: 09 Feb 2011 08:58 PM PST

Tanpa ada sedikit perasaan segan silu, dan masih mahu terus bersikap 'pekak badak', Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ; malah sebaliknya beliau mempersoalkan kredibiliti pihak yng mengkritiknya itu.

"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.

Isa mengulas dakwaan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof dan Ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam bahawa pelantikannya menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Al-Husseyn : Setelah diteliti rekod khidmat Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof dan juga Ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengkritik perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda, maka adalah didapati bahawa prestasi mereka berdua ini tidaklah sehebat mana pun.

Mereka tidak ada rekod rasuah sebagaimana Isa Samad yang terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005;

Sumber : (Bernama)

Jom mandi bersama Beruang Kutub!

Posted: 09 Feb 2011 04:17 PM PST


Gambar luar biasa - Beruang Kutub sedang berkubang dalam air bersama anak dan dua kanak-kanak telah dikeluarkan untuk membantu mengurangkan perburuan binatang besar. Sangat mengerikan dan mencemaskan.Kelihatan adalah seolah-olah mengundang bencana yang dahsyat , yang boleh terjadi bila-bila masa saja dalam sekelip mata...

Namun kita tidak perlu bimbangkan hal tersebut.Sebenarnya gambar tersebut hanyalah illusi optikal yang di reka khas di Habitat Cochrane Polar Bear, Kanada; sebuah resort percutian Kanada di mana anak-anak digalakkan untuk berenang dengan predator tanah terbesar di dunia.

Mereka dipisahkan oleh sekeping kaca setebal 25cm-(10in-) yang dipasang oleh bos di Cochrane Polar Bear Habitat berhampiran Ontario.

Tiada ulasan: