| Lihatlah Wajah Orang Tua yang Didakwa Merogol Cucunya 10 Tahun di Kandang Lembu Posted: 10 Feb 2011 05:35 AM PST Walaupun wajahnya di"blur"kan, namun usia dan raut wajahnya boleh anda jangkakan. Berita lanjut tentang kes ini akan disiarkan esok pagi.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
| Bekas Pembantu Nor Mohamed Yakcop Didakwa Ubah Wang Haram. Wang Siapa? Posted: 10 Feb 2011 02:12 AM PST Saya petik: [MK] Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.
Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi. Tidak bekerja
Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.
Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.
"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya
Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.
Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.
Nor Mohamed, yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.
Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan.
 | | Nor Mohamed Yakcop |
P/s: Tidak rasa pelikkah? Bagaimana pembantu Menteri ini boleh menyimpan wang tunai sehingga RM2 juta. Wang siapa???
|
| Berita Baik untuk Orang yang Gemar BOTAK & MEMBOTAKKAN Kepala Posted: 09 Feb 2011 05:31 PM PST Berita Agensi melaporkan seorang penduduk di New York mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.
Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.
Dalam klip tersebut, seorang lelaki yang kelihatan menggigil menguji topi keledar tersebut. Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya.
P/s: Tergugatlah kedai gunting rambut selepas ini! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
|
| Kerajaan BN Taja Penerbitan "My Balik Pulau"? Antiklimaks! Posted: 09 Feb 2011 04:40 PM PST
Saya petik: [SH] GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008 yang menaja risalah 'My Balik Pulau'.
Menurutnya, risalah itu ditaja oleh Kerajaan Negeri lama dan juga jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan BN. Ia tiada kaitan langsung dengan Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat sekarang.
"Saya dapati kerajaan dulu yang luluskan risalah itu pada tahun 2007 iaitu sebelum PR ambil alih. Saya difahamkan risalah itu diterbitkan pada 2010 selepas dana mencukupi," katanya.
Guan Eng berkata, apabila isu ini tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri PR, sudah jelas terbukti ini adalah tindakan daripada kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dulu.
Beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak khususnya pro-Kerajaan Pusat dan orang UMNO yang menghebohkan pelbagai fitnah terhadap Kerajaan Negeri PR bahawa 'Hina Melayu, Lupa Sejarah'.
"Kerajaan Negeri selama ini banyak bersabar dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Mohamad Farid Saad. Namun tindakan beliau kali ini adalah melampau.
:"Disebabkan itu, walaupun isu melibatkan 10 orang bukan Melayu dan hanya seorang Melayu, dia akan tuduh Kerajaan Negeri menganiaya orang Melayu, padahal ia sebenarnya melibatkan isu sosial sahaja," katanya.
Guan Eng berkata, sehingga hari ini, Farid tidak meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau.
"Oleh itu, Kerajaan Negeri akan bincang perkara ini dalam mesyuarat Exco esok (hari ini) untuk tindakan selanjutnya kerana perkara ini bukan melibatkan imej seorang individu malah ia melibatkan imej sebuah Kerajaan Negeri," katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa Muhamad Farid mendakwa risalah tersebut diedarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk mengaburi mata rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti penduduk Melayu.
Berikutan itu, Guan Eng memberi tempoh seminggu kepada beliau untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka atas sikap perkauman dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.
P/s: TERPEKIK, TERLOLONG, MERACAU, SASAU sehingga mengacau orang, mengacau-bilaukan keadaan, mensasaukan orang yang mudah terpedaya...rupa-rupanya terbongkar bahawa risalah itu didakwa ditaja oleh Kerajaan BN. Sekarang siapa pula yang menghina Melayu? Bila mahu berdemo di depan rumah Koh Tsu Koon? Antiklimaks!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan