Isnin, 7 Februari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MB Selangor terima Khusrin SUK baru, beri tugasan pertama

Posted: 07 Feb 2011 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri – sekali gus dilihat mengakhiri kemelut berlarutan lebih sebulan.

Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan rasmi di pejabat Menteri Besar di Tingkat 21 Bangunan SUK di sini, pukul 5 petang tadi.

Khalid berkata pertemuan itu diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.

"Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut apa-apa tentang majlis angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Kenyataan itu berkata pada pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Khusrin agar memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

"Menteri Besar telah memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik," katanya.

Khalid juga menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Khusrin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu, yang pengumumannya dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan 27 Disember.

Kenyataan itu menambah, Menteri Besar turut mengarahkan Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

"Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri, yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008," kata kenyataan itu.

Pada 27 Januari lalu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan sulung dengan Khusrin hari ini dan ia akan disusuli dengan sidang akhbar bersama bagi menjelaskan kedudukan SUK yang pelantikannya selama ini tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun hanya kenyataan media dikeluarkan petang ini.

Pelantikan itu membawa kepada krisis perlembagaan termasuk usaha kerajaan negeri meminda Artikel 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar dalam urusan melantik tiga jawatan tertinggi negeri iaitu SUK, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri.

Usaha itu gagal kerana tidak cukup undi majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Khalid bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri akan tetap dengan usahanya untuk meminda perlembagaan negeri bagi memasukkan semula peruntukan tersebut, yang dipinda ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada 1993.

DUN Merlimau: Pakatan setuju letak calon, PAS tetap tanding

Posted: 07 Feb 2011 04:12 AM PST

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.

"Tidak benar, tidak benar," kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau.

"Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar," katanya.

Anwar menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan sokongan keseluruhan jentera PR membantu persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengenai calonnya, Hadi yang turut menghadiri sidang media itu berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

"Kami akan menyenarai pendek nama kemudian," kata beliau lagi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Video: Ulasan TG Nik Aziz Berkaitan Isu Debat

Posted: 07 Feb 2011 03:30 AM PST

Shahrizat Jalil tempah tiket awal ke Merlimau, Melaka

Posted: 07 Feb 2011 03:00 AM PST

Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.

Politik tidak mengenal letih dan penat. Shahrizat nampaknya menempah tiket awal untuk geng-geng wanitanya agar ahli-ahli wanita nampak beliau berjuang bematian-matian untuk wanita. (mStar Online)

Begitulah struktur UMNO yang terlalu banyak geng, geng bahagian, geng Pemuda, geng wanita dan geng puteri. Kerana terlalu banyak geng inilah UMNO terdedah kepada boikot memboikot jika ahli geng mereka tidak dipilih sebagai calun. Kadang-kadang apabila terlalu taksub dengan geng mereka leka bahawa kesemua mereka itu adalah geng UMNO. Begitu juga sebaliknya jika mereka terlupa mereka berada di dalam geng Barisan Nasional.

Berbalik dengan cadangan Shahrizat, mungkin Shahrizat perlu ingat bahawa dua perkara penting yang calun PAS gagal memenangi pengundi Cina di Tenang ialah kerana calun PAS Normala Sudirman tidak boleh besalaman dengan bukan muhrim dan pembentukan Negara Islam jika PAS menang.

Kedua-dua isu ini dimainkan secara cerdik oleh Pesiden MCA Chua Soi Lek supaya rakan-rakannya dalam Barisan Nasional, UMNO khasnya tidak terguris kerana dalam masa yang sama UMNO sedang berusaha keras untuk memenangi pengundi kaum Melayu dan Islam.

Sebaliknya jika BN meletak calun wanita di Merlimau bagaimana pula Presiden MCA hendak memutar belitkan isu ini kepada masyarakat Cina yang terdiri dari 21.11% pengundi di Merlimau, Melaka?

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/02/shahrizat-jalil-tempah-tiket-awal-ke.html

Isu SUK: Khalid sahkan temu Khusrin hari ini

Posted: 07 Feb 2011 02:33 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


SHAH ALAM, 7 Feb — Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertemu dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi hari ini untuk mengadakan perbincangan berhubung pelantikan beliau sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor.

"Ya, ya, saya akan bertemu beliau (Khusrin) lewat hari... pejabat saya akan menyediakan pemberita dengan maklumat lanjut," kata Menteri Besar Selangor kepada pemberita hari ini.

Terdahulu pegawai-pegawai kerajaan memberitahu The Malaysian Insider bahawa Khalid tidak memberi apa-apa arahan berhubung pertemuan dengan Khusrin yang dijadual untuk diadakan hari ini.

Ketika ditemui, Khusrin enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya rasa tidak wajar bagi saya untuk kata apa-apa. Saya tidak mahu berita datang daripada saya... lebih baik jika Menteri Besar sendiri yang berkata," kata bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ini.

Semasa dihubungi The Malaysian Insider semalam, Khusrin berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Menteri Besar berhubung pertemuan yang dijadual untuk diadakan hari ini.

Khalid mengumumkan langkah kerajaan negeri itu pada 27 Januari lalu - tiga hari selepas Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khas meminda perlembagaan negeri, tetapi gagal.

Sebaliknya, Khusrin berkata hanya mengetahui yang Khalid mahu bertemu dengannya bagi membincangkan status kedudukan beliau selaku setiausaha kerajaan negeri melalui media.

Pada 27 Januari lalu, Khalid berkata beliau juga akan mengadakan sidang akhbar bersama Khusrin bagi menjelaskan kedudukan setiausaha kerajaan negeri yang pelantikannya selama ini tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Khalid tidak menerangkan butiran mengenai pertemuan itu termasuk soal majlis mengangkat sumpah simpan rahsia untuk Khusrin bagi membolehkan beliau melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Pelantikan Khusrin diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

Pelantikan itu membawa kepada krisis perlembagaan termasuk usaha kerajaan negeri meminda Artikel 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar dalam urusan melantik tiga jawatan tertinggi negeri iaitu SUK, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri.

Bagaimanapun usaha itu gagal kerana tidak cukup undi majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Khalid bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri akan tetap dengan usahanya untuk meminda perlembagaan negeri bagi memasukkan semula peruntukan tersebut.

Hansard S'wak: Lagi ucapan ADUN Pakatan 'lesap'

Posted: 07 Feb 2011 02:27 AM PST

Hazlan Zakaria


Lagi ADUN Sarawak mendakwa perbahasan mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak dipadamkan di Hansard - cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.

NONEKali ini, yang menjadi mangsa adalah ADUN Meradong dari DAP, Ting Fui Tze yang mendakwa ucapannya sepanjang 13 perenggan hilang begitu sahaja.

Semalam, Ketua DAP Sarawak yang juga ahli parlimen Sibu, MP Wong Ho Leng melalui pesanan Tweet berkata ucapan ADUN Pending, Violet Yong bukannya satu-satunya yang turut lesap di Hansard.

Menurut Wong, 13 perenggan ucapan Ting yang lesap itu adalah berkisar ke atas speaker DUN, Datuk Awang Asfia Nasar dan Menteri Kewangan Kedua Wong Soon Koh.

Sebelum ini, Violet Yong berang kerana ucapannya yang menyentuh tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri, Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari Hansard.

Dihubungi oleh Malaysiakini, Ting berkata bahawa 13 perenggan ucapannya yang dibuat ketika jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Sarawak bersidang, tidak direkodkan, atau lebih tepatnya, "dihapuskan" dari Hansard.

Pendakwaan ke atas Shuhaimi bermotif politik- Peguam

Posted: 06 Feb 2011 10:30 PM PST

Fadli

SHAH ALAM: Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dikenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan di mahkamah hari ini bermotifkan politik semata-mata.

Peguam, Amir Hamzah Arshad berkata, beliau mempersoalkan tindakan mahkamah itu kerana terdapat banyak lagi laporan polis terhadap individu lain yang dikatakan membuat kenyataan berunsur hasutan yang masih tidak disiasat sehingga kini.

"Pertuduhan ini patut tidak dibawa langsung ke mahkamah kerana ia bersifat politik memandangkan ada banyak lagi laporan terhadap kenyataan berbaur hasutan lain (yang tidak diberi perhatian).

Menurutnya lagi, beliau juga kesal kerana jaminan ke atas Shuhaimi pada awalnya ditetapkan pendakwaraya pada RM20,000 sedangkan peruntukan akta menetapkan RM5,000 sahaja.

"Jaminan pada awalnya juga ditetapkan pada RM20,000 sedangkan peruntukan akta hanyalah RM5,000," kata Amir Hamzah.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di bawah Akta Hasutan yang dikenakan ke atasnya. Mahkamah menetapkan kes tersebut akan didengar semula 28 Mac depan.Pengumuman dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifa Taha.

Turut mengiringi Shuhaimi di mahkamah pagi ini adalah pimpinan KEADILAN yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Azmin Ali; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; serta Pengarah Biro Guaman, Latheefa Koya.

Selain itu ratusan penyokong Shuhaimi berkumpul di mahkamah di sini seawal jam 8 pagi lagi memberi sokongan moral kepada Adun berkenaan.

Shuhaimi di hadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berhubung satu artikel yang ditulis di dalam blognya yang mengkritik cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jika sabit kesalahan Shuhaimi berhadapan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Isu Politik Kelantan: Gelombang Hijau Sedia Bertembung Dengan Gelombang Merah!

Posted: 06 Feb 2011 09:45 PM PST

PAS menyifatkan kempen Gelombang Merah yang digerakkan Umno Kelantan untuk menarik sokongan 400,000 orang muda hanyalah angan-angan Mat Jenin kerana golongan itu adalah "generasi yang sedar dan bermaklumat."

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharu"Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah," kata ketua penerangannya Idris Ahmad (kiri).

Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kempen bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pemuda Umno negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang.

Berikut kenyataan penuh Idris:

PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka antipenindasan, diskriminasi dan penyelewengan.

Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah.

Seramai 400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri.

Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Mereka tidak dapat menerima pengkhianatan kerajaan pusat yang tidak iktiraf kerajaan rakyat di Kelantan. Tindakan kerajaan pusat yang menyekat 118 projek sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991, merampas hak royalti minyak satu lagi bukti penyelewengan konsep federalisme.

Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, pada hal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan.

Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun.

PAS hendak menasihat Datuk Seri Mustafa Mohamed, lebih baik beliau ambil perhatian negeri-negeri di bawah BN dahulu seperti Sabah dan Sarawak.

Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN. Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

Umno janganlah jadi tikus membaiki labu.

kami pemuda islam akan menyokong penuh dan tidak mudah memberi kelantan ke tangan si maha zalim! pergi jauh tok pa!

Mangsa ragut mati selepas beberapa hari koma

Posted: 06 Feb 2011 09:30 PM PST

PETALING JAYA, 7 Feb - Mangsa ragut, Zabedah Abas, 45, meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu akibat terjatuh motosikal selepas diragut di Taman Sri Manja.

Mangsa meninggalkan empat anak yang berusia antara 12 dan 21 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, pemilik kedai makan itu dikatakan dalam perjalanan ke kedainya di Taman Medan dengan menunggang motosikal.

Menurut anak sulungnya, Nur Azura Azlan, 21, kebiasaannya ibunya ke kedai bersama dua adik kembarnya.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, ibunya berseorangan dan turut membawa bersama beg sandang serta beg pinggang.

"Dua lelaki bermotosikal mendekatinya dan cuba merampas beg daripada ibu menyebabkan dia terjatuh.

"Kedua-dua peragut itu kemudian berpatah balik untuk mengambil beg tetapi gagal kerana orang ramai berada di tempat kejadian cuba membantu," katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Menurutnya, ibunya sempat mengucap dua kali sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.

Nur Azura, pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bergegas pulang selepas mengetahui kejadian tersebut.

Anak kedua mangsa, Nur Azlin Azlan, 20, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan berhubung kejadian ragut menimpa ibunya itu sebaik tersedar daripada mimpi

Zabedah yang koma sejak Khamis lalu terpaksa dibedah kerana pendarahan teruk di bahagian kepala.

Gambar Sekitar Solat Hajat Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 06 Feb 2011 09:15 PM PST

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs252.snc6/180036_500146282591_358919387591_6791012_1950265_n.jpg

Gambar Sekitar Solat Hajat Untuk Rakyat Malaysia di Mesir 4 Feb 2011

Revolusi Timur Tengah

Posted: 06 Feb 2011 09:00 PM PST

Oleh Amin Iskandar

Selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia menghalau presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, mata dunia kini bertumpu ke Mprotest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur protesters fist 1esir.

Ini berikutan dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir mendesak Hosni Mubarak yang memerintah negara "firaun" itu semenjak tahun 1981 berundur daripada tampuk kekuasaan. Hosni Mubarak menaiki takhta sebagai presiden Mesir selepas pendahulunya Anwar El Sadat dibunuh.

Kemenangan rakyat Tunisia memberikan semangat kepada rakyat Mesir untuk melakukan perkara yang sama. Terdapat analisa yang mengatakan bahawa jika tumbangnya regim Hosni Mubarak, negara-negara Timur Tengah yang lain akan berhadapan dengan perkara yang sama.

Umum mengetahui bahawa di Timur Tengah, kebanyakkan negara-negara Arab di perintah oleh diktator dan raja yang telah lama berkuasa.

Sudah pasti Israel adalah antara negara yang paling bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir kerana regim Hosni Mubarak merupakan sekutu terkuat Israel di Timur Tengah.

Regim Mubarak telah menutup internet daripada digunakan di negara tersebut. Akan tetapi maklumat tentang perkembangan terkini di Mesir tetap dapat di kongsi di seluruh dunia. Solidariti masyarakat antarabangsa merealisasikan perkara ini.

NONELaman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.

Selain daripada menutup penggunaan internet di Mesir, regim Mubarak turut menahan wartawan antarabangsa. Berberapa orang wartawan Al-Jazeera antara yang ditahan. Kamera video mereka turut di rampas.

Rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama gelombang dunia di laman Facebook dan Twitter untuk menyokong gelombang kebangkitan di Mesir. Tidak kurang juga ahli keluarga di Malaysia yang bimbang dengan keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Diberitakan terdapat lebih kurang 11, 300 orang pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay akan berlepas ke Mesir bersama dengan sepasukan lima orang yang akan menilai situasi dan keperluan untuk memindahkan rakyat Malaysia dari negara tersebut.

Dari penilaian tersebut, mereka akan memutuskan sama ada rakyat Malaysia akan dipindahkan ke negara yang berdekatan seperti Arab Saudi dan Libya ataupun dibawa pulang terus ke Malaysia.

Mampukah revolusi tumbangkan Mubarak?

Mesir mempunyai sejarah pernah berlakunya revolusi. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin oleh tentera telah berjaya menamatkan riwayat sistem monarki di negara tersebut.

Jadi tidak mustahil revolusi kali ini akan berjaya menamatkan riwayat pemerintahan Hosni Mubarak. Sehingga saat artikel ini di tulis, Hosni Mubarak masih lagi berdegil tidak mahu turun dari takhta.

Perangai Hosni Mubarak pada ketika ini tidak ubah seperti perangai Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto di saat-saat akhir kekuasaan. Degil dan tidak mahu melayan tuntutan rakyat jelata.

NONEShah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto kesemuanya menggunakan tentera untuk mempertahankan regim. Akan tetapi gelombang kebangkitan rakyat akhirnya menyebabkan golongan tentera berpecah dua kepada yang menyokong regim dan menyokong rakyat.

Asakan yang kuat dari rakyat dan perpecahan golongan tenteralah yang menyebabkan berlakunya revolusi rakyat. Sama seperti di Mesir, akan tiba masanya nanti apabila golongan tentera berpecah dan sebahagiannya bersama rakyat untuk melawan regim.

Kebangkitan rakyat di Mesir telah menyaksikan darah bersimbah ke bumi. Setakat ini lebih dari 125 nyawa demonstran telah melayang. Kematian para demonstran tidak melemahkan semangat demonstran untuk terus berjuang.

Malahan kematian para perajurit revolusi telah menaikkan semangat rakyat Mesir untuk berjuang bagi memastikan "firaun" zaman moden, Hosni Mubarak dapat ditumbangkan.

Berapa lama lagikah Hosni Mubarak mampu bertahan? Apakah yang dibisikkan oleh penasihat-penasihat yang paling beliau percayai? Tidak adakah penasihat yang berani mengatakan "sekarang telah tiba masanya bagi anda berundur"?

Domino di Timur Tengah?

Pada ketika rakyat Mesir terus menerus berjuang melawan pemerintah Hosni Mubarak, pemerintah dan Raja di negara-negara Timur Tengah yang lain berada di dalam kebimbangan.

Mungkin ada yang mula menghantar harta dan wang simpanan mereka ke luar negara. Mereka pasti sedar bahawa tiada kerajaan atau pemerintahan yang mampu kekal selamanya.

Apakah "Teori Domino" bakal berlaku di Timur Tengah? Yang paling menarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.

barack obama visits egyptHari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?

Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.

Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.

Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi! M/kini

Demo anti-Mubarak: Polis kunjungi rumah SU PSM

Posted: 06 Feb 2011 08:30 PM PST

Ekoran penyertaannya dalam perhimpunan antipresiden Mesir Hosni Mubarak di pada 4 Februari lalu, polis mengunjungi rumah setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan di Kajang bagi merakamkan keterangannya.

Bagaimanapun, kunjungan empat anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Cheras itu tidak disenangi Arutchelvan yang kemudiannya membuat laporan polis mendakwa tindakan itu sebagai satu bentuk gangguan, salah guna kuasa dan mala-fide.

suaram forum on police 260910 arutchelvan"Arutchelvan menolak memberikan sebarang kenyataan kepada polis kerana Notis 111 Kanun Acara Jenayah tidak menetapkan tarikh dan masa beliau perlu melakukannya.

"Beliau (Arutchelvam) mengabaikan notis yang tidak sempurna itu dan menyifatkannya sebagai gangguan dan ugutan kepada pihak yang terlibat menjayakan demonstasi pada hari tersebut," demikian menurut kenyataan daripada ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, polis turut mengugut akan mendapatkan waran tangkap sekiranya Arutchelvan enggan memberikan kenyataan semalam.

Arutchelvan membuat aduannya pada jam 9 malam tadi di balai polis Kajang berhubung perkara itu.

Mengulas kunjungan ke rumah Arutchelvan itu, PSM juga mendakwa, kelihatannya Malaysia bimbang dengan penyertaan ramai orang dalam perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir walaupun dianjurkan pada hari cuti.

"Nampak seperti mereka sekarang mahu membangkitkan rasa takut dan cuba menghentikan mobilisasi dalam isu ini," kata kenyataan itu lagi.

"Perdana menteri memperingatkan rakyat Malaysia untuk belajar daripada Mesir berhubung berlakunya kekacauan jika terjadinya demonstrasi, tetapi belum menyatakan sokongan terhadap desakan supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan."

Adun Sri Muda mengaku tidak salah tuduhan hasutan

Posted: 06 Feb 2011 07:48 PM PST

Oleh Boo Su-Lyn

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/february/07/f7adunsrimuda.jpg


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya pada 12 Januari. — Foto Bernama

SHAH ALAM, 7 Feb — Adun Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang dibawa terhadapnya pagi ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 42, berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

PANAS! SKANDAL PUTERI , ‘FROM CALIFORNIA WITH LOVE’

Posted: 06 Feb 2011 07:15 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhluHVafqWQGaNjCxbeK-FFPkLjWC7vt2zZUgaNLTszSGOZa5MoAp3gDHG0Ry74X5Kh8RezZAl54SbkOrfSnylF3XppygpQ_WePxxBmMuDseUPr8fd3Tue2rSl0EciD7wk4ncx7TSQUumHa/s320/nursih.jpg

Saudara Pengarang,

JIKA benar dakwaan Abbas Ahmad yang mengatakan bahawa Pemangku Penolong Pegawai Daerah Semporna, Nursih Nusuri menjalinkan 'Cinta Terlarang' dengan Ketua Puteri UMNO Semporna, merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Haji Kalipunya; saya mencabar agar Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin agar memecat Zakiah yang telah menconteng arang ke muka Puteri UMNO.

Sebagai Ahli Puteri UMNO Semporna, saya dihujani dengan pelbagai soalan kerana Ketua Puteri kami terjebak dengan Skandal Seks dengan suami orang sedangkan beliau adalah Pegawai Insolvensi dan pasangannya seorang Pegawai Kerajaan, ekoran isu ini dibicarakan secara terbuka di laman web sosial, facebook.

Sehubungan itu, kami mencabar Zakiah Kalipunya, agar menyaman Abbas Ahmad dan Sabahkini.net jika berita yang dipaparkan langsung tidak berasas; namun jika benar, beliau hendaklah meletakkan jawatan.

Betapa malunya Ahli Puteri UMNO Sabah yang beragama Islam tetapi berkelakuan seperti haiwan kerana sebelum ini ada yang menggugurkan kandungan sehingga meninggal dunia di Jakarta; ada yang berskandal dengan Adun dan Pembantu Menteri; ada yang menggoda suami orang sehingga suami terpaksa menceraikan isterinya untuk bernikah dengan Ketua Puteri UMNO; malah ada Mantan Ketua Puteri UMNO terjebak dengan Skandal Seks sejenis.

Zakiah 'California' iaitu gelaran untuk bapanya, 'Kalipunya', tidak lagi layak memimpin Puteri UMNO Semporna dan UMNO Sabah kerana telah mencemar imej Puteri UMNO dan menjadi perosak rumah tangga orang!

Salam Hormat,

AHLI PUTERI ISLAM

http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=6148%3Askandal-puteri--from-california-with-love&catid=66%3Asurat-pembaca&Itemid=72

Kebangkitan Rakyat Mesir dan Wawasan Politik UMNO

Posted: 06 Feb 2011 07:00 PM PST

Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, "Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?" Dan pasti juga tertanya lagi, "Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?" Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, "Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!".

Maka, bagi otak UMNO yang tidak memahami persoalan keadilan, menentang rasuah serta salah guna kuasa, apa yang sedang berlaku pasti sesuatu yang tidak dapat mereka fahami. Akhirnya pasti dirumuskan, "Ini mesti kerja 'penderhaka' dan sebagainya". Rakyat yang baik tidak mungkin menentang kerajaannya walau zalim mana sekalipun.

Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, otak UMNO ini telah dididik untuk melihat dunia ini secara mudah. Nombor Satu soal kaum dan bangsa. Nombor Dua soal taat dan setia kepada pemimpin. Nombor Tiga bersyukur kepada pemimpin ke atas segala pemberian yang diperolehi. Kalau sedikit, itu soal rezeki yang ditentukan Allah. Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, tambah mereka lagi.

Di Mesir, kaum dan bangsanya satu. Semuanya Arab. Kalau dikaji dari agihan kekayaan tempatan, 100% milik Arab kerana semuanya Arab. Dari sudut kepimpinan pula, Arab juga! Dari segi rasuah, biarlah yang rasuah itu, rezki mereka, jangan kita dengki dan jangan kita cemburu. Berdosa. Lagipun, penerimanya pun Arab juga maka apalah masalahnya?

Oleh itu, otak mereka tidak mampu memahami apa yang sedang berlaku. Mengapa ya, tertanya-tanya orang UMNO diantara satu sama lain. Apa yang rakyat Mesir ini hendak?

Ada yang secara bergurau menghantar SMS kepada saya, 'Pemuda UMNO mendesak rakyat Arab Mesir bersatu. Takut-takut sekiranya berpecah, maka Cina akan ambil alih kuasa dan jadikan Mesir seperti Singapura!' Saya tergelak apabila menerima SMS tersebut dan terus di saya hantar ke twitter kerana saya tahu bahawa sebenarnya, itulah pemikiran politik orang UMNO, termasuk para Pemudanya.

Begitu juga apabila disebut bahawa Mubarak mengaut harta Negara dan memiliki asset peribadi bernilai hampir USD 30 Billion, maka sudah hampir pasti reaksi pemuda PAS dan pemuda UMNO akan berbeza. Pemuda PAS akan menyerang Mubarak dan membidasnya kerana melalui amalan rasuah dan kronisma Berjaya mengkayakan diri sambil rakyat Mesir dibiar terus miskin. Pemuda UMNO pula sebaliknya akan membincang dan memerah otak sambil menyusun strategi bagaimana hendak jadi kroni Mubarak supaya mendapat manfaat dari hartanya! Kena jadi Arabkah kita? Soal seorang Pemuda UMNO kepada seorang rakannya yang turut kebingungan.

Persoalan keadilan, kebenaran, menentang penindasan dan kezaliman semua itu hanya retorik politik bagi UMNO. Tiada makna. Ianya ungkapan-ungkapan Pembangkang. Dan oleh kerana itu, mereka terngangga melihat apa yang berlaku di Mesir. Namun, hakikatnya rakyat Mesir sememangnya ditindas dan dizalimi selama ini. Pemimpin-pemimpin Negara membolot kekayaan Negara dan rakyat kebanyakan dibiarkan dalam kemiskinan. Siapa yang pernah ke Mesir memahami apa yang saya maksudkan.

Sekiranya datang individu-individu yang menuntut keadilan demi rakyat, menuntut supaya kekayaan Negara diagihkan dengan cara yang lebih adil, mereka-mereka ini akan ditangkap dan dipenjarakan. Dalam penjara mereka akan diseksa dan ada yang dibunuh. Apa yang baru bermula di Malaysia telah lama diamalkan di Mesir.

Oleh itu, saya sanjung keberanian rakyat Mesir dan menyokong usaha mereka untuk mendatangkan perubahan kepada yang lebih baik. Hosni Mubarak, sekiranya mengasihi Negara dan rakyatnya lebih dari dirinya sendiri, harus berundur dengan baik. Cara bagaimana, saya yakin rakyat Mesir lebih mengetahuinya. Biarlah mereka berbincang dan menentukan cara mereka.

Namun, apa yang jelas, setelah melangkah kedepan dengan berani, mereka tidak boleh berundur. Maka amat benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir, "Sekiranya kami berundur dalam keadaan Mubarak masih berkuasa, dia akan tentukan setiap seorang dari kami ditahan dan dibunuh. Kami tahu, kami pernah laluinya sebelum ini".

Oleh yang demikian, sama sama kita doakan semoga perubahan itu akan berlaku dan Hosni Mubarak tidak akan terus mengkhianati Negara dan rakyatnya lagi. Sebaliknya akan berundur secara terhormat supaya rakyat Mesir dapat bernafas dan hidup bebas dari cengkamannya.

Begitu juga, supaya ummat Islam di Malaysia, akan dapat membebaskan diri mereka dari corak politik sempit dan 'pemikiran terhad' seperti persoalan kaum dan kedudukan; serta mampu menghargai persoalan politik yang lebih utama seperti persoalan memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menolak dan menentang kezaliman. Hanya dengan itu akan ummat Islam dan bangsa Malaysia menjadi ummat dan bangsa yang bermaruah dan disegani dunia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kontraktor sampah diberi amaran – MPSJ

Posted: 06 Feb 2011 06:47 PM PST

SUBANG JAYA, 7 Feb – Amaran tegas diberikan kepada semua kontraktor agar menjalankan tugas mereka dengan baik dalam tempoh masa berbaki sehingga hujung bulan ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikshan

Menurut Adnan, tender terbuka bagi kerja-kerja mengangkat sampah dan juga membersihkan kawasan, kini dalam proses.

"Kami harap dapat melantik kontraktor untuk kerja-kerja itu menjelang Mac nanti. Proses sudah dibuat, cuma apa yang ingin diperkatakan adalah dari aspek lain implikasi daripada proses tender sebut harga, " katanya.

Namun apa yang dikesalkan menurut beliau, meskipun pihaknya belum menawarkan surat tawaran kepada kontraktor, namun ada segelintir yang sudah tidak mahu melaksanakan tugas seperti dijadualkan mungkin kerana sudah mendapat maklumat mereka tidak berpeluang menyambung kerja itu.

"Apa yang diperhatikan kontraktor ada masa sebulan untuk kerja dengan Alam Flora. Namun saya difahamkan, ada sesetengah kontraktor yang sudah menunjukkan kemalasan bekerja selepas merasakan mereka tidak dapat tender baru setelah tamat kontrak lama," katanya.

Beliau menegaskan bahawa kontraktor harus melangsaikan tanggungjawab hingga akhir Februari ini.

"Berhubung permohonan tender itu saya hendak katakan yang minta bukannya sedikit. Jadi ia soal rezeki masing-masing. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tidak dapat maknanya tiada rezeki.

"Bagaimanapun, sekiranya ada yang berjaya, tetapi pernah menim- bulkan masalah kepada pihak kami, saya hendak cadangkan supaya mereka itu tidak dilantik," katanya pada satu sidang media yang diadakan di ibu pejabatnya di sini.

Mehnah zaman fitnah

Posted: 06 Feb 2011 06:45 PM PST

www.hasanhusaini.com

Zaman ini tak bersempadan lagi. Segalanya telus, terus menerus tanpa hijab. Andai dulu, untuk berhubung dengan rakan yang berada ribuan kilometer, kita hanya mampu mengirim surat yang akan berbalas sebulan kemudian. Maka kini kita sudah mampu melihat dan bercakap dengannya melalui YM dan sidang video.

Alhamdulillah. Segalanya mudah kepada kita.

Begitulah ibu saya diyakinkan tentang dekatnya anak lelakinya untuk disantuni, meski jasad saya telah berada ribuan kilometer di tanah arab.

Pakai pula topi hitam untuk melihat keburukanya pula. Jangan hanya dipandang pada sudut positif sahaja, kita akan tenggelam dalam arus ketidakpedulian terhadap ancaman yang juga datang berpakej dengan manfaat tadi.

Sekitar awal 2000, gelombang 'kerosakan' bermula dengan chatting. Cybercafe menjadi tumpuan anak-anak muda bersembang melalui maya. Implikasinya cukup mengejutkan. Malah ada yang akhirnya dinodai hasil dari chatting tersebut. Kerosakan dari teknologi yang sama.

Selepas itu, timbul pula masalah pornografi. Serangan ini cepat menular ke sekolah-sekolah yang secara tidak langsung membantu ke arah kebejatan ini apabila menyediakan kemudahan komputer berinternet tanpa kawalan kepada para pelajar.

Namun, harus diingati bahwa, bukan hanya pemuda dan remaja sahaja yang tenggelam dalam arus pornografi bahkan juga para 'petua' yang rata-ratanya berpangkat ayah dan ibu malah datuk.

Sekali lagi gelombang kerosakan melanda dari teknologi yang sama.

Kini, hampir genap 10 tahun negara ini melalui zaman Millenium. Segala peralatan yang tersedia cukup canggih dan memudahakan para pengguna.

Saya kini kerap berurusniaga hanya dengan bebutang keyboard IPHONE . Mudah dan cepat. Jarang sekali ke ATM untuk mengepam not-not merah malah hijau. Segalanya hampir boleh dicapai hanya menggerakkan hujung jari.

Akhbar digital semakin meluas kepenggunaannya. Blog dan laman web tumbuh melata bagai cendawan lepas hujan. Facebook bagaikan tidak boleh dipisahkan dari rutin seharian.

ISMAIL KAMUS

Andai dulu, gelombang kerosakan kecanggihan ICT ini hanya jelas kepada mereka yang 'kurang baik'. Tidak lagi kini. Gelombang itu juga telah menghidu orang-orang baik, ustaz-ustaz, orang agama, politik dan sebagainya. Cuma konteksnya mungkin berbeza.

September 2009 yang lalu, saya menerima lebih 50 sms dan lebih 70 email. Berita kematian Us Ismail Kamus, penceramah terkenal di Malaysia. Sewaktu sms pertama bertandang, saya menyemak internet, mencari-cari pengesahan berita tersebut. Akhirnya terjumpa kenyataan keluarga Us Ismail Kamus yang menafikan perkara tersebut seawal tengah hari 27 September 2009.

Namun, berita itu tetap tersebar sehingga ke tengah hari 28 September 2009 dan ada juga yang bersudaha untuk menyebarkannya melalui saluran radio.

Dan hakikat yang sedih untuk diterima ialah, mereka 'orang baik-baik'.

Letih untuk memperbaiki semula keadaan itu. Reply menanyak keabsahan, supaya si penghantar lebih beringat-ingat dan mengajar mereka tentang 'minda mengkaji dan menyelidik', bukan minda makan suap.

KISAH MESIR

Mesir dilanda kebankitan rakyat. Tunjuk perasaan diadakan di mana-mana. Alhamdulillah, ummat ini sudah ramai yang mahu cakna. Bukan lagi layu dan lena. Mereka bangkit bertanyakan khabar dan mencari berita. Lebih bagus, mereka berkongsi berita dan cerita.

Ya, baik andai berita itu betul dan tepat. Sebaliknya, andai berita itu samar dan palsu, keburukan pasti akan lebih banyak dari kebaikan.

Kecaknaan dan kesudian untuk menyebarkan berita perlu dikembarkan dengan proses selidik dan kaji.

Itu baru kecil jika dibandingkan dengan penyalahgunaan QALAM yang amat berleluasa sekarang ini.

Perompak maya, perogol maya, penipu maya, penculik maya malah pembunuh maya.

Belum disenaraikan lagi fitnah dan propangan yang memecahbelahkan umat.

Candu itu telah tersebar, jangan pula kita yang menjadi pengedar!

Maka hari ini, minda kita harus berubah untuk mendepani arus zaman yang kian mencabar. Minda harus berada dalam kelas pertama. Minda itu adala minda mengkaji dan menyelidik. Minda yang sentiasa berfikir dan meneliti. Bukan minda jahiliyyah yang hanya menerima apa yang disuap.

Bukankah firman Allah sentiasa mengajak kita mengkaji, menyelidik dan berfikir...?

Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa hati dan perHATIan, sukar sekali. Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi SAW.

"Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)". [Hadith riwayat Ahmad]

PESAN KEPADA WARTAWAN

Kerja sebagai wartawan mengundang glamour. Semakin panas isu yang dimainkan, makin laku akhbar dan tabloid akan terjual. Namun, jangan lupa akan kepanasan isu itu akan berkadar langsung dengan panasnya api neraka, andai ada yang tidak betul dan tidak kena.

Tulisan, pada saya lebih berbahaya dari kalam lidah. Tulisan biasanya kekal, modah disalin dan didokumenkan. Kekal dalam peradaban. Tulisan yang baik, kekal dalam rahmat dan berkat. Tulisan yang buruk, kekal dalam caci dan laknat. Sang penulis akan diganjar Allah. Baik dan buruk, tunggu dan tanggunglah.

TAQWA DI MEDIA

Penulis bertaqwa dengan menulis yang betul dan hak. Pembaca bertaqwa dengan meneliti dan menapis, bukan asal baca dan telan. Bukankah Allah berpesan supaya ditabayyun berita yang datang dari sang fasiq?

Dan bukankah Rasulullah juga berpesan dengan satu pesanan yang tidak harus kita lupakan?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya". (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan nanti terjebak pada kejahatan lisan yang diterjemahkan oleh tangan, pada menyatakan perkara yang sia-sia, apatah lagi yang mengundang dosa.

"Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan kamu amat membenci perlakuan itu?"

Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

Di alam internet, teknologi dan ICT yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.Hanya iman yang menjadi pagar dan sempadannya, Islam yang menjadi passportnya.

Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, hati berasa gundah dengan kebinasaan yang datang beriringan. Bertaqwalah kepada Allah, wahai penulis, wahai pembaca…

Demi generasi masa depan, ubahlah minda kita. Ubahlah tindakan kita. Ubah juga kerajaan Malaysia.

Mahathir ‘pujuk’ Umno Johor bantu pulih projek jambatan bengkok

Posted: 06 Feb 2011 06:32 PM PST

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 7 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan Umno Johor hujung minggu lalu dalam usaha menghidupkan semula idea membina "jambatan bengkok" bagi menggantikan Tambak Johor.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah memanggil satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Umno bahagian di mana Dr Mahathir telah meminta akar umbi memberi tekanan ke atas kerajaan pusat supaya meneruskan projek tersebut.

Pentadbiran Najib yang telah pun menekankan beliau mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura kemungkinan tidak akan meneruskan projek itu tanpa persetujuan bersama republik tersebut.

"Respons tidak begitu ghairah," kata seorang pemimpin bahagian yang menghadiri pertemuan itu kepada The Malaysian Insider.

Beberapa pemimpin negeri juga tidak menghadiri pertemuan tersebut termasuk Ahli Parlimen Johor Baru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan rakan sejawatannya dari Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Idea itu dilontarkan oleh Dr Mahathir ketika di peringkat akhir kepimpinannnya tetapi dibatalkan oleh pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembinaan jambatan itu yang mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil berlayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau.

Selepas bersara Dr Mahathir telah beberapa kali membangkitkan semula idea tersebut.

Pada Mei lalu misalnya, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau.

Beliau berkali-kali menegaskan pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura kerana keseluruhan jambatan itu terletak dalam wilayah Malaysia.

"Itu adalah hak kita kerana kita mahu membinanya (jambatan bengkok) di dalam wilayah kita," katanya.

Pembinaan jambatan lurus memerlukan persetujuan Singapura, tetapi beliau tetap berkeyakinan bahawa republik itu akan mempersetujui pembinaannya kerana ia adalah sesuatu yang baik.

Dr Mahathir berkata semasa menjadi perdana menteri, beliau pernah berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus menggantikan Tambak Johor tetapi menghentikan rundingan itu selepas dua tahun menunggu jawapan daripada republik tersebut.

Hanya selepas itu katanya, beliau mencadangkan pembinaan jambatan bengkok yang tidak memerlukan persetujuan Singapura.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, projek pembinaan jambatan bengkok itu dihentikan apabila Abdullah mahu terus berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus.

Dr Mahathir yang masih berpengaruh di kalangan Umno meskipun telah bersara pada 2003 tersinggung apabila Abdullah membatalkan projek tersebut dan terus mengenakan tekanan agar pentadbiran semasa meneruskan idea itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak yang berhasrat untuk memulihkan hubungan dua hala dengan Singapura enggan membincangkan cadangan tersebut.

Sebaliknya perdana menteri berhasrat untuk membincangkan jambatan ketiga menghubungkan republik itu.

Najib juga telah menyelesaikan isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad lama berlarutan tahun lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nur Jazlan juga mengesahkan pertemuan itu ada berlangsung tetapi beliau tidak menghadirinya kerana berada di Kuala Lumpur.

"Secara peribadi, saya tidak melihat bagaimana jambatan bengkok itu adalah sesuatu yang lebih baik," katanya.

Berdasarkan keputusan sehingga Julai lalu, pentadbiran Najib tiada hasrat untuk memulihkan idea jambatan bengkok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, kerajaan masih kekal dengan keputusan dicapai pentadbiran Abdullah sebelum ini.

Dr Mahathir juga mahu Najib meneruskan idea itu memandangkan perkara juga telah disentuh oleh Sultan Johor akhir Jun lalu.

"Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan Tambak Johor.

"Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak Tambak Johor diganti dengan jambatan.

"Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," kata Dr Mahathir dalam tulisan blognya awal Julai lalu.

Pemuda Melaka tekad tawan Merlimau

Posted: 06 Feb 2011 06:25 PM PST

Ahmad Danial

JASIN, 7 Feb: Pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertekad untuk menawan Merlimau pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu yang dijadualkan pada 6 Mac ini.

Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek pada Himpunan Pemuda PAS Melaka sempena PRK Dun Merlimau yang berlangsung di Madrasah As-Solihin, Merlimau di sini semalam.

"Pemuda Negeri Melaka akan berjuang habis-habisan bagi menggempur BN dan menerangkan kepada rakyat akan kepentingan mereka mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, insya Allah.

"Sudah sampai masanya PAS menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang nyata gagal mentadbir dan menjaga kepentingan umat Islam di Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dalam ucapannya menggesa pemuda supaya bekerja kuat bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini.

"Pemuda mesti turun ke segenap ceruk berjumpa dengan pengundi agar risalah Islam ini dapat disampaikan kepada mereka.

"Umat Islam Melaka mesti diselamatkan dari cengkaman dan kezaliman Umno yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun di Melaka ini.

"Insya Allah, PAS mesti menang supaya suara kita dapat berkemundang di Dun Melaka bagi memberi peringatan dan nasihat kepada Umno," tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.

Dalam ucapannya Azman mengingatkan ahli pemuda PAS Melaka supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana cabaran amat getir kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN.

"Pemuda Pusat seperti biasa akan mengarahkan seluruh jentera pemuda seluruh negara bagi membantu calon PAS di Merlimau, kita tidak akan undur dan akan terus mara walau apapun dugaan yang datang," kata Azman penuh semangat.

Azman diberi penghormatan menyampaikan bendera PAS kepada semua Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan sebagai simbolik bermulanya gerak kerja pemuda di Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seluruh pimpinan PAS negeri dan pemuda negeri.

Program tersebut turut diserikan dengan lagu-lagu nasyid penuh semangat daripada Azhan Atan.

Tiada ulasan: