Isnin, 7 Februari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kristian Mesir LINDUNGI Muslim Mesir Tunaikan Solat.

Posted: 07 Feb 2011 04:50 AM PST

Saya jumpa gambar ini dalam satu kiriman di laman forum antarabangsa. Menurut keterangan gambar, penganut Kristian didakwa melindungi orang Islam yang sedang menunaikan solat di sekitar kawasan demonstrasi anti-Mubarak.

Menarik!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

TERKAYA di Dunia?

Posted: 07 Feb 2011 03:00 AM PST


Saya petik:
[Kosmo] KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar. 

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Cara PENYAMUN Tibai Duit Rakyat: 'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

Posted: 07 Feb 2011 12:53 AM PST


Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama, lapor Malaysia Kini.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

P/s: Ingat berapa komisen beli 2 buah kapal kadang-kadang boleh selam, kadang-kadang tidak boleh selam? Siapa yang dapat komisen RM setengah bilion? Ingat cerita pembelian 12 buah Eurocopter EC-725 yang berjaya dibongkarkan oleh pemimpin PR? Harga yang mahu dibayar Kerajaan BN sekitar RM1.67 bilion. Ironinya, Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah, iaitu RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar helikopter itu dengan harga RM193 juta.

Kali ini lihatlah pula harga kapal peronda yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pertahanan. Harganya dikatakan 870 kali mahal daripada harga yang ditawarkan oleh negara lain. Bayangkan, New Zealand dapat membeli 30 buah kapal peronda itu dengan wang sebanyak RM6 bilion sedangkan Malaysia hanya dapat 6 buah. Ini bukan kerja BODOH, ini kerja mahu TIBAI duit rakyat. Siapa pula celaka lahanat yang dapat duit itu?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Pas Tidak Mahu Bertanding di Merlimau?

Posted: 06 Feb 2011 11:52 PM PST


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

"Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum," kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.
Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.
"Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding," kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.
Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.
Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

"Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding," katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.
PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul.

P/s: Jangan bagi BN kemenangan moral untuk menghadapi PRU-13.  Lawan tetap lawan!



Orang Malaysia CURI 725 000 Kondom. Mahu Bikin Pesta Seks?

Posted: 06 Feb 2011 08:10 PM PST



Berita Agensi melaporkan kejadian kecurian 85 000 kotak kondom milik sebuah syarikat pengeluar kondom yang beroperasi di Malaysia.

Sagami Rubber Industries Co, salah sebuah syarikat pengeluar kondom terbesar di Jepun mengeluarkan kenyataan rasmi pada Khamis lalu yang menyatakan bahawa kotak-kotak yang berisi 725 ribu kondom telah dicuri ketika dalam perjalanan dari kilang ke pelabuhan. Kondom-kondom itu sepatutnya dihantar ke Jepun.

Syarikat itu mengganggap kejadian pada 26 Januari itu sebagai sesuatu yang "malang" dan menyatakan bahawa kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku terhadap syarikat itu. Nilai kondom yang dicuri itu sekitar RM4.4 juta atau 121 juta Yen.

P/s: Siapa yang mahu bikin pesta seks terbesar di dunia? Kalau tidak buat apa rompak lori yang membawa kondom! Macam-macam!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Cerita Hangat Di Balik Kes Khalwat Ini...Kantoi Sedang Ber"Doggy"

Posted: 06 Feb 2011 05:30 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

"Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya," katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

"Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

"Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya," katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. "Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

"Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini...- Idris Musa, Muhd Izawan Baharin dan Muhammad Apendy Issahak

KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.

Yang di atas ialah laporan media arus perdana tentang kes tersebut, namun di blog, tersebar pula sepucuk surat yang memerihalkan kes khalwat ini. Lelaki yang ditangkap dengan isteri orang itu dikatakan Ketua Cawangan UMCO dan Pengerusi Rukun Tetangga dan bekerja sebagai Pekerja Am Rendah di sebuah universiti. Selebihnya sila baca surat di bawah ini yang didakwa ditulis sendiri oleh suami wanita terbabit:

Klik untuk besarkan imej.


Gambar wanita tersebut - Sumber: Bujang Susah

Angkara Nafsu, Lelaki 53 Tahun Kena 15 Tahun Penjara

Posted: 06 Feb 2011 04:25 PM PST


Saya petik:
[Kosmo] KOTA BHARU – Angkara nafsu, seorang bapa kepada tujuh anak dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol seorang wanita lembam sehingga mangsa melahirkan anak lelaki kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut selepas Mokhtar Hassan, 53, didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Berdang, Jeli pada April 2006.
Mengikut pertuduhan, kejadian pada waktu pagi itu hanya disedari seorang kakak mangsa beberapa bulan kemudian selepas melihat perut adiknya semakin membesar akibat mengandung sebelum melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari 2007. Bayi itu kemudian disahkan anak tertuduh.

Berikutan itu, Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan...-Khairi

P/s: Anda tahu maksud "lembam"? Bagi yang tidak tahu, "lembam" bermaksud lembap, lambat, lemah, lembik, lempam. Orang yang dikategorikan "lembam" lazimnya bersikap kebudak-budakan walaupun sudah berusia dewasa, tidak mampu mengurus diri, dan mudah dimanipulasi oleh pihak lain.

 

Tiada ulasan: