Isnin, 7 Februari 2011

Biaqpila

Biaqpila


'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

Posted: 07 Feb 2011 02:00 PM PST

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno jangan risau, DAP ada

Posted: 07 Feb 2011 04:00 AM PST

Kebangkitan rakyat di Mesir terbukti menggelisahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Duduk tak duduk dia kata:
"Don’t think that what is happening there must also happen in Malaysia. We will not allow it to happen here". (lihat The Star hari ini "Don't try Egypt style power grab in Malaysia, says Najib" juga Berita Harian Online hari ini "Usah kaitkan suasana negara lain").Najib patutnya tak perlu gelisah dan tak perlu risau. Sebenarnya diktator Mesir, Hosni Mubarak (kononnya menang pilihan raya dengan lebih 90 peratus undi) tidak bertuah seperti Najib, Umno dan Barisan Nasional (BN). Mubarak tak bertuah seperti Umno kerana Mesir bukan negara berbilang kaum seperti Malaysia. Mesir tak ada orang-orang Cina untuk dijadikan hantu menakut-nakutkan orang Arab. Mesir tak ada DAP. Di negara itu, Kristian Koptik pun tak sama taraf dengan DAP di Malaysia.

Di Malaysia apa nak susah? Tengok orang Melayu berang sikit, cepat-cepat ratib-ratibkan "Cina, Cina, DAP, DAP, Singapura, Singapura". Buang Umno, Cina naik. Buang Umno, DAP agen Singapura naik. Dengan mudah orang Melayu boleh diperdayakan. Boleh kata insya Allah agaknya, kerana DAP, Melayu dan Umno berpisah tiada. Patutnya para pemimpin Umno tidur atas bantal yang bersarungkan lambang DAP kerana parti itu adalah salah satu tangkal azimat mereka untuk terus berkuasa dan menjarah negara ini.

Lebih menguntungkan Umno dan orang banyak tak tau, "DAP agen Singapura" juga diratib-ratibkan oleh pemimpin tertinggi PAS, termasuk ketika bersembang di meja makan rumah orang kenduri. Ratib pemimpin PAS berkenaan dan ratib Umno lebih kurang sama ja.

Sebab itulah saya memberitahu beberapa orang kuat PAS bahawa parti itu sepatutnya buat dulu retreat yang bertajuk "PAS dah jadi macam Umno (dalam banyak perkara)". Buat retreat dengan tajuk tu dulu sebelum buat retreat lain. Tajuk itu dulu yang patut diberi keutamaan. Sia-sia bincang hal lain kalau perkara itu tak dibincangkan.

Untung sungguh Umno kerana DAP ada. Boleh perintah Malaysia sampai dia jemu.

Satu hari nanti Umno pun akan kata macam Mubarak. Wartawan ABC, Christiane Amanpour melaporkan, Mubarak memberitahunya bahawa beliau ""fed up with being president and would like to leave office now, but cannot, he says, for fear that the country would sink into chaos".

Yang mungkin kempunan tak dan nak perintah sampai jemu ialah Najib. Sepatutnya Najib tak kata "Don't try Egypt style power grab in Malaysia". Sepatutnya dia kata, "Awak semua jangan buat kat kawan macam awak semua buat kat Pak Lah".

Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN mungkin tak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang. Jika ramalan orang tua itu betul, mungkin tamat pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib.

Dulu, Umno hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dari kesedapan berkuasa antara lain kerana kegagalan Abdullah memastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga kepada Umno BN dalam pilihan raya umum 8/3/2008. Kalau Najib mengulangi kegagalan Abdullah, dia sepatutnya menghadapi nasib yang sama - melainkan Umno waktu itu berpaut sakan kepada double standard yang sentiasa menjadi tangkal azimatnya untuk berkuasa.

Tak kisah semua itu. Apa pun Umno buat, majoriti orang Melayu akan tetap bagi kuasa kepadanya. Dalam kes Abdullah, dia bukan memerintah sorang-sorang. Dia memerintah bersama-sama Najib dan para pemimpin Umno yang lain. Tak mungkin dia seorang yang salah. Tetapi itulah standard Umno sejak zaman Almarhum Tun Abdul Rahman. Kalau kalah, kalah kerana hang. Kalau menang, menang kerana kita semua.

Collective responsibility tak ada dalam kamus Umno. Yang ada ialah kepentingan diri dan nafsu untuk bertapuk di puncak kuasa.

Woi! Hampa ingat senang ka?! Saya dengar ada Adun Umno yang bayar road-tax sahaja RM25,000 setahun. Bayangkan berapa banyak keretanya. Dan, kalau dia bayar ansuran, berapa banyak ansuran yang diperlu bayar. Kalau Umno tak berkuasa, siapa nak bayar ansuran kereta-kereta mewah tu? Tu belum lagi ansuran hutang bank untuk buat mahligai, itu, ini dan enrah apa lagi.

Sebab itulah, penting sangat Umno terus berkuasa. Bukan sebab Melayu. Alahai, sebut Melayu, Umno patut hantar limau ke setiap rumah pemimpin DAP. Kalau DAP tak ada, orang Cina tak ada, apa lagi auta temberang Umno untuk terus berkuasa?

Tak kisah semua itu. Apa pun Umno buat, majoriti orang Melayu termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS akan tetap mencari jalan supaya Umno terus berkuasa - itulah benda tersembunyi yang ada dalam lamunan kerajaan perpaduan yang banyak orang tak nampak atau buat-buat tak nampak.

Bagi orang-orang Melayu jenis itu, Umno mesti berkuasa sebab DAP ada. Propaganda bahawa "kalau Umno kalah nanti DAP agen Singapura akan berkuasa" sangat mujarab dan laris dalam bongok politik orang-orang Melayu. Kuasa Umno berpaut sakan kepada DAP dan orang-orang Cina.

Lebih malang lagi, Haji Mohamad Nizar Jamaluddin telah memberi justifikasi kepada propaganda Umno itu ketika dia menjadi menjadi Menteri Besar Perak. Free-free ja Umno mendapat senjata tambahan untuk terus berkuasa.


penarikbeca

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UMNO meludah ke langit

Posted: 07 Feb 2011 02:00 AM PST

Oleh Lim Guan Eng

ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad yang meludah ke langit diseru menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman anti-bukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang persalahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang berkaitan pengeluaran Risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan Kerajaan Persekutuan. 
 
ADUN UMNO ini telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu".



ADUN UMNO telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang PR bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya "lupa sejarah, hina Melayu" kerana mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" ini.  Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan.  Sekiranya betul "My Balik Pulau" lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah UMNO dan Kerajaan Persekutuan sendiri. 
 
Apa yang amat keterlaluan ialah ADUN Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat laporan berturut-turut mengecam kerajaan negeri PR yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila UMNO dan kerajaan Persekutuanlah yang  sepatutnya bertanggungjawab.  Malah dalam bahan risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan Kerajaan Persekutuan dan pemimpin UMNO Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri.  Akan tetapi semua jentera media massa UMNO dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri PR kerana terus pinggirkan orang Melayu.
 
Dalam keghairahan membuat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.  Sungguhpun yang "bersalah" adalah UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi terus dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang seolah- olah telah dijadikan tidak ubah seperti kambing hitam UMNO.
 
Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini.  ADUN UMNO Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri PR atas fitnah jahat ini.  Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil.
 
Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil.  Kemungkinan juga perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas permainan perkauman ADUN Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan harmoni baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali.  Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.
 
* Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Maksiat di lebuhraya!!

Posted: 06 Feb 2011 11:29 PM PST

Kerja gila!! Buat projek dalam kereta. Anda tentu dapat bayangkan apa yang mereka lakukan kalau lelaki dan perempuan bersama...

Saya petik:


Kereta dipandu bergerak terhoyong-hayang akibat pemandu hilang tumpuan asyik layan nafsu

[BH] PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.

Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan.

Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.

Aktiviti mereka itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa, yang melakukan rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman berkenaan.

Timbalan Pengerusi SRS, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata pihaknya menemui sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di kawasan itu setiap malam antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, dalam rondaan terbaru kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, pihaknya berjaya mengesan dua pasangan remaja sedang memadu kasih dalam dua kereta berasingan.

"Kegiatan itu dikesan empat anggota SRS yang menunggang dua motosikal lalu mengekori pergerakan kenderaan terbabit. Namun, selepas pasangan itu menyedari diekori, mereka terus memecut laju menghala ke laluan Seremban-Kuala Pilah.

"Kami percaya mereka memilih untuk melakukan kegiatan maksiat itu kerana kawasan berkenaan agak sunyi pada tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan agak kurang melalui lebuh raya itu pada waktu berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya mereka seolah-olah tidak memikirkan kesannya kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan.

Azizul Rahman berkata, pihaknya tidak boleh bertindak menahan kenderaan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi sekadar memantau bagi memastikan imej taman tidak terjejas selain kegiatan itu dapat dibanteras.

"Kami akan terus memantau kegiatan ini supaya pasangan remaja terbabit tidak terus menjadikan kawasan ini sebagai `port' untuk melakukan maksiat demi kepentingan bersama.

“Ini penting kerana sebelum ini pernah berlaku kes yang mana pasangan remaja terbabit hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya.

(Gambar hiasan)


kafesantai


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

JAGA-JAGA MINYAK NAK NAIK HARGA LAGI

Posted: 06 Feb 2011 08:00 PM PST


Jangan Terkejut Beruk Bila Baca Berita Macam Ni..keh!keh!keh!


DEY MACHA!!!
ADA SATU BERITA PELIK...
TAPI JANGAN TERKEJUT BERUK PULAK
PASAI BERUK PUN TAK TERKEJUT DENGAN BERITA NI...
KAH!KAH!KAH!

KERAJAAN BELUM CADANG NAIKKAN HARGA PETROL

SEBELUM NI HANGPA ADA BAGI TAU KA SETIAP KALI MINYAK NAK NAIK HARGA?
JANGAN BUAT LAWAK LA BAI
BELUM CADANG PENAIK HARGA HANGPA NAK BAGITAU
MASA PENAIK HARGA HANGPA TAKNAK BAGITAU

KALAU BELUM PENAIK, HANGPA KATA BELUM CADANG NAIKKAN HARGA
BILA DAH PENAIK,HANGPA KATA HARGA DISELARASKAN
KAH! KAH! KAH!

SEBAB APA TAK NAK PENAIK HARGA?
HANGPA KATA HARGA IKUT PASARAN DUNIA?
ATAU HARGA PETROL IKUT KEPUTUSAN PRK PULAK?
BILA DAH MENANG PRK MERLIMAU BARU NAK PENAIK KOT...
KAH!KAH!KAH!
KEPALA OTAK HANGPA DAH BOLEH BACA LA BAI...
KAH!KAH!KAH!


Kerajaan belum cadang naikkan harga petrol, diesel

BERA - Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekali pun harga minyak mentah dunia kini mencecah ASD$100 setong.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet juga belum berbincang mengenai kenaikan harga bahan tersebut.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.

"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia. Secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.-Bernama


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gelombang Merah, angan-angan Mat Jenin

Posted: 06 Feb 2011 05:00 PM PST


KUALA LUMPUR, 6 Feb: PAS berpendapat hasrat BN merampas semula Kelantan dengan pelancaran Gelombang Merah bagi memikat sejumlah besar anak muda negeri itu sebagai angan-angan Mat Jenin.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata beliau yakin anak muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi sukar menerima BN yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara sejak lebih 50 tahun lalu.

"PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda Kelantan hanya angan-angan mat jenin sahaja.

"Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelancaran projek Gelombang Merah oleh Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Umno mensasarkan 400,000 belia Kelantan akan bersama mereka pada PRU itu nanti.

Strategi tersebut juga dilihat sama sewaktu Gelombang Biru yang dilancar Umno Terengganu pada tahun 2004 untuk merampas kerajaan negeri yang pada waktu itu diterajui PAS.

Kata Idris lagi, orang Kelantan juga sangat sukar untuk menerima Umno BN ekoran beberapa fakta diskriminasi oleh kerajaan pusat ke atas negeri itu.

Ianya termasuklah isu peruntukan kepada kerajaan negeri, isu sekatan 118 projek sejak Rancangan Malaysia ke enam pada tahun 1991dan terbaru isu royalti yang sehingga kini sangat perit dirasai rakyat negeri itu.

"Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, padahal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan.

"Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima Umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Mustapa, agar melihat dahulu negeri-negeri di bawah BN termasuk Sabah dan Sarawak yang masih tinggi kadar kemiskinan.

"Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN.

"Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN. Umno janganlah jadi tikus membaiki labu," nasihatnya.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: