Kelab Greenboc |
- Bas Ekspres Terbakar Di Lebuhraya PLUS, 18 Selamat
- Ali Rustam Akui Monorel Patah Di Hari Pelancarannya
- Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri
- Pencalonan Roslan Ahmad Satu Kesilapan Besar UMNO BN
- 18 Masuk UMNO, Dihebohkan 1,800
- Nak Tawan Sanglang, Radzi Bidas Rais & Yen Yen Bantutkan Usaha BN
- Najib Tak Tahu & Tak Kenal Ikhwanul Muslimin, Ikut Barat Hentam Qaradhawi
- Mayat Dikerat Tiga, Kepala Ditemui Berasingan
- Mahathir ‘Terlupa Makan Ubat’ - TGNA
- Bakar Rumah Kerana Geram
- Guru Masukkan Tangan Dalam Baju Pelajar Perempuan
- [Bergambar & Video] Perjalanan Hidayah Catherine Heseltine
- PRK Merlimau: UMNO BN Amalkan Sistem Dinasti
- Hindraf & Perkasa: Sikap Polis Yang Double Standard Dikecam
- PRK Merlimau: PAS Bertanding Untuk Menang, Bukan Sekadar Uji Kekuatan
- Blogger PR Bertemu Untuk Hadapi Fitnah UMNO BN
- Najib Tiru Jawapan Ghaddafi Untuk Sekat Hindraf
- Pelajar Perempuan Bunuh Diri Angkara Cinta
- Protes Hindraf: 109 Termasuk Uthaya Ditahan
Bas Ekspres Terbakar Di Lebuhraya PLUS, 18 Selamat Posted: 28 Feb 2011 01:00 AM PST Rembau: Enam belas penumpang termasuk dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar menyelamatkan diri apabila kenderaan berkenaan terbakar di Kilometer 224.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, pemandu bas dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebaik mengesan kerosakan pada enjin sebelum mengarahkan semua penumpang dan pemandu gantian turun. Jurucakap polis berkata, bas dua tingkat yang menuju ke Singapura dari ibu negara dan dipandu lelaki berusia 40-an musnah apabila api merebak dengan pantas. "Pemandu segera memberhentikan bas apabila mengesan keadaan enjin di belakang bas yang luar biasa dan seterusnya mendapati ia mula mengeluarkan asap. Api merebak dengan pantas, namun semua 14 penumpang dan dua pemandu terselamat," katanya di sini, semalam. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Rembau, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Yusoff Samad, berkata 23 pegawai dan anggotanya berjaya mengawal api dalam tempoh 10 minit dan padam sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian. -BH |
Ali Rustam Akui Monorel Patah Di Hari Pelancarannya Posted: 28 Feb 2011 12:00 AM PST Tatkala begitu ghairah untuk mengentam PAS, Ketua Menteri Melaka mendedahkan sendiri bhawa monorel yang dipasang di tepi Sungai Melaka "patah" sewaktu di hari pelancarannya. Gambar: Kren terpaksa digunakan untuk keluarkan penumpang yang tersangkut di dalam monorel setelah monorel itu rosak di hari pertama pelancarannya Beliau membuat penjelasan tersebut sewaktu cuba mempertahankan beberapa pembaziran yang telah dilakukannya seperti yang didakwa oleh rakyat di dalam kempen pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau. Beliau berkata monorel berkenaan dibeli murah dari negara Cina dengan alasan kononnya untuk menyokong kaum Cina. Beliau menempelak PAS seperti yang dilaporakan oleh The Malaysian Insider: "Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli. "Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel," tegas beliau. Rakyat ingin memberitahu kepada Ali Rustam bahawa kaum Cina di Malaysia sendiri tak beli barang RM2 kerana mereka tahu barang-barang tersebut tak berkualiti. Cina mengeluarkan barang-barang tersebut secara pukal untuk menampung keperluan penduduk mereka yang terlalu rama (jumlah penduduk negara Cina ialah 1.5 billion), justeru itu mereka pentingkan kuantiti dan bukan kualiti. Tetapi anehnya, di Malaysia ada Ketua Menterinya yang sanggup menggadaikan nyawa orang dengan membeli monorel yang murah semata-mata untuk menunjukkan negerinya gah... dengan adanya monorel. GB sebelum ini pernah mengulas projek pembelian monorel yang membazir tersebut. Petikan:
|
Gambar Lucah, Kempen UMNO BN Bakal Makan Diri Posted: 27 Feb 2011 11:30 PM PST Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen. Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah. Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda. Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal". Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!". 'Barang bagus baru barang naik' Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik". Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan. Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'. Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu. "Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini. "BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya. DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini. -mk |
Pencalonan Roslan Ahmad Satu Kesilapan Besar UMNO BN Posted: 27 Feb 2011 10:22 PM PST Langkah UMNO BN meletakkan Roslan Ahmad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau dilihat oleh ramai sebagai sesuatu yang amat silap dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam. Ini kerana rakyat Merlimau telah "jelak" dan "jelek" dengan keluarga Datuk Ahmad Ithnin seolah-olah Merlimau ini hanya milik keluarga mereka. Ramai berpendapat akan berlaku faktor "protes" terhadap calon BN kerana tidak berpuashati dengan keputusan pucuk pimpnan UMNO yang mengekalkan sistem dinasti di Merlimau. Ahmad Ithnin adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai. Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994. "Tiada orang lain lagi ke?" tempelak seorang pengundi di DUN Merlimau. "Asyik-asyik keluarga Mat Hantu," tambahnya, dengan menyebut nama panggilan Ahmad Ithnin sebagai "Mat Hantu" kerana kebanyakan orang Merlimau mengenali Ahmad Ithnin dengan panggilan sedemikian. Roslan, sepatutnya menolak pencalonnya kerana mengetahui pencalonannya pasti menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan pengundi pembangkang malah pengundi BN sendiri. Masyarakat bukan-Melayu turut "benci" kepada kelompok Mat Hantu yang bagi mereka menyifatkan keluarga tersebut telah berulang-kali jadi wakil rakyat di Merlimau dan hanya mengumpulkan kekayaan untuk kaum keluarga mereka. Sementara itu, corak kempen UMNO BN yang melampau seperti pengedaran gambar-gambar lucah untuk menyerang PAS dilihat bakal menikam UMNO BN sendiri. Ini kerana budaya orang Merlimau tidak semudah itu boleh dipengaruhi dengan dakyah kotor melalui penyebaran gambar-gambar lucah untuk memburukkan calon. Beberapa risalah telah ditaburkan di kawasan pilihanraya DUN Merlimau yang memaparkan beberapa gambar lucah "superimposed" beberapa pemimpin wanita DAP dan PKR disamping wajah TG Nik Aziz yang ditampalkan secara biadab di kemaluan wanita. "Sehina-hina orang Islam tak lakukan kerja sedemikian, tetapi UMNO BN sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan batas-batas agama semata-mata untuk memenuhkan nafsu meluap mereka untuk pertahankan kuasa yang semakin mengecut," kata seorang pemimpin PAS Kawasan Jasin. Sementara itu, laporan dari beberapa pemerhati politik menyatakan tidak mustahil akan berlaku kejutan di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau kali ini akibat kesilapan-kesilapan besar UMNO BN di dalam berkempen. |
18 Masuk UMNO, Dihebohkan 1,800 Posted: 27 Feb 2011 09:27 PM PST Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman. Atau beliau sekadar mahu menutup 300 penyokong Umno yang kecewa dengannya sehingga bertindak meninggalkan Umno di Dun Selising baru-baru ini. Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Ketua Umno sekarang terpaksa mencipta gimik yang keterlaluan bagi mengatasi pencabarnya dalam Umno sendiri. "Sebab itulah cerita yang tidak masuk pun hendak disumbat dalam media massa bagi menggambarkan Umno bahagian ketika di bawahnya sekarang kuat. "Sedangkan Zawawi sedang berdepan dengan situasi agak mencabar apabila beberapa nama besar Umno di Pasir Puteh sedang berusaha menjatuhnya," katanya di sini. Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 1,800 penyokong PAS sertai Umno di Pasir Puteh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini kononnya menyedari mereka ditipu. Malah retorik itu beberapa kali diulang tayang sehingga seorang wanita yang memakai purdah dikenali sebagai Noriah Salleh disebut sebagai ketua muslimat PAS, sedangkan tiada ahli bernama seperti itu di Semerak. Wan Hassan yang juga Adun Semerak berkata, Zawawi terpaksa mencipta pelbagai gimik yang tidak masuk akal untuk menggambarkan kekuatannya sekarang. "Sepatutnya beliau menjawab mengapa 300 penyokong Umno di Dun Selising meninggalkan parti itu baru-baru ini. Ini realiti yang berlaku dan cuba disembunyikan Zawawi. "Di Dun Semerak pula tiga bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan seorang ketua JKKKP Semerak hilang kepercayaan kepada Zawawi kerana sikap begitu ego," katanya. Malah kata beliau ketua Umno Pasir Puteh sekarang didakwa menghalang bukan penyokongnya mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat. Dakwa beliau mana-mana ahli Umno yang didapati menyokong kumpulan lain termasuk bekas ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan bekas ketua pemuda, Rujhan Salleh akan dipinggirkan. |
Nak Tawan Sanglang, Radzi Bidas Rais & Yen Yen Bantutkan Usaha BN Posted: 27 Feb 2011 08:00 PM PST Kecewa menteri tak hadir pesta KANGAR: Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam kesal dua Jemaah Menteri tidak hadir ke Pesta Angin Timur di Sanglang, dekat sini, sekali gus membantutkan usaha Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit yang dikuasai PAS sejak tiga penggal lalu. Bagi Radzi, kedua-dua menteri itu - Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) serta Datuk Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) seharusnya menggunakan landasan itu untuk mendekati rakyat, sekali gus membuktikan hanya UMNO dan BN sebagai parti yang patut dipilih. "Saya kecewa keadaan ini (ketidakhadiran dua menteri kabinet) kerana ia bukan saja menghampakan rakyat Perlis, malah paling utama warga DUN Sanglang yang kini dilihat semakin yakin untuk beralih arah kepada BN, berbanding pembangkang. "Saya harap kedua-dua menteri Kabinet itu mempunyai sebab kukuh untuk tidak hadir ke pesta ini yang dianjurkan bersama kerajaan negeri dan kementerian masing-masing, bukannya kerana memandang 'lekeh' negeri kecil ini," katanya ketika ditemui sempena perasmian Pesta Angin Timur di Bendang, semalam. Pesta selama dua hari bermula kelmarin itu berlangsung di kawasan sawah seluas 7.5 hektar di Kampung Banir Tembus, dekat Sanglang dan setiap hari dianggar dikunjungi tidak kurang daripada 7,000 pengunjung termasuk pelancong. Difahamkan, pesta berkenaan dijadual dirasmikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bersama Rais dan Dr Yen Yen. Bagaimanapun hanya Md Isa yang muncul merasmikan majlis itu, manakala Rais diwakili timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Yen Yen pula diwakili Exco Pelancongan negeri, Ahmad Bakri Ali. Sementara itu, Radzi berkata, Rais dan Dr Yen Yen dilihat tidak serius dalam tugas membantu parti terutama di Perlis dalam usaha memenangi hati rakyat. "Kita sudah sediakan landasan untuk parti mendekati rakyat. Namun, dua menteri yang seharusnya tampil membantu, mensia-siakan peluang terbabit. Saya harap mereka mempunyai penjelasan yang kukuh," katanya. Kerusi DUN Sanglang dikuasai PAS sejak 1999 lalu melalui Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin. Dalam Pilihan Raya Umum lalu, BN bukan saja gagal merampas kerusi terbabit, malah kehilangan satu lagi kerusi iaitu DUN Simpang Empat kepada PAS, walaupun menguasai 13 daripada 15 kerusi DUN dan tiga Parlimen. -BH |
Najib Tak Tahu & Tak Kenal Ikhwanul Muslimin, Ikut Barat Hentam Qaradhawi Posted: 27 Feb 2011 07:00 PM PST Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas. Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem. "Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik "tuduhan liar" yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak. "Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. "(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir," kata Nasharudin. Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya "mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme." "Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi," kata Najib dipetik laman web itu. Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema "penglibatan dan bukan penguasaan" di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir. Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan. "Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya. "Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni," kata Najib dipetik Bernama. -TMI
Ulasan GB Terlalu ketara, Najib ini tak pernah kenal jemaah Islam. Dia tak tahu apa, siapa dan kenapa "ikhwanul-muslimin". Dia kata "(kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya". Ternyata sangat beliau mengutip pandangan barat yang anti-Islam. Sebabnya: Najib merasa dirinya dah cukup pandai. Tak mahu membaca Al-Quran. Tak mahu membaca hal-hal mengenai Islam. Sama dengan mentornya, bekas PM yang bernama Mahathir Mohd. |
Mayat Dikerat Tiga, Kepala Ditemui Berasingan Posted: 27 Feb 2011 06:15 PM PST Ipoh: Mengerikan apabila mayat seorang mangsa pembunuhan yang ditemui tanpa kepala kelmarin, dikerat kepada tiga bahagian dan dimasukkan ke dalam dua beg pakaian sebelum dibuang ke dalam Sungai Kuang. Kepalanya hanya ditemui semalam iaitu 500 meter dari lokasi bahagian badannya ditemui. Bahagian kepala itu ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan berhampiran lokasi penemuan mayat berkenaan sebelum mereka menemuinya di sungai sama berdekatan Taman Bandar Seri Kelebang, jam 5 petang. Kelmarin, beberapa kaki pancing yang memancing di sungai itu berdekatan Kilang Hovid, Batu 8 Jalan Kuala Kangsar, terkejut selepas menemui mayat tanpa kepala dalam keadaan mengerikan dalam dua beg pakaian dengan badan mangsa dikerat tiga bahagian. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berketurunan India berusia lingkungan 40-an. Beliau berkata, pihaknya percaya bahagian kepala yang ditemui itu dipercayai ada kaitan dengan bahagian badan yang ditemui dalam dua beg pakaian sebelum ini. Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dikerat-kerat dan disumbatkan ke dalam dua beg pakaian sementara kepalanya dicampak di lokasi lain. "Mayat yang disumbat ke dalam dua beg dicampak ke dalam sungai ditemui beberapa kaki pancing di sungai berkenaan. Mereka kemudian menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari dua beg pakaian itu. "Mangsa dipercayai sudah dibunuh beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya yang sudah berbau," katanya ketika dihubungi, semalam. Justeru, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan terdekat menghubungi polis bagi membantu siasatan. Azisman berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga terdekat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 05-2451500. -hm |
Mahathir ‘Terlupa Makan Ubat’ - TGNA Posted: 27 Feb 2011 05:15 PM PST Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, sebagai seorang lelaki tua yang tidak lekang daripada mengecamnya. Menteri Besar itu turut menyindir Dr Mahathir yang selalu mengkritiknya sejak kebelakangan ini disebabkan `terlupa makan ubat'. "Dia (Dr Mahathir) orang tua, kita (saya) hormat ke dia. Boleh jadi dia (Dr Mahathir) terlupa makan ubat hari ini," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya, di JKR 10, di sini, semalam. Beliau mengulas apabila ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir yang sejak kebelakangan ini selalu mengkritiknya dengan menganggap Nik Aziz hanya bertujuan ingin memenangi pilihan raya serta pengkhianat Melayu. Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang meminta beliau bersyukur dilahirkan Melayu, Nik Aziz berkata, beliau tidak minta dilahirkan menjadi orang Melayu kerana semuanya ketentuan Tuhan. -BH |
Posted: 27 Feb 2011 04:47 PM PST Kuala Terengganu - Seorang lelaki yang naik angin selepas bertengkar dengan isterinya dipercayai bertindak membakar rumah sendiri sehingga menyebabkan sebuah stor dan bengkel motosikal turut hangus dalam kejadian di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam. Gambar: KEADAAN rumah yang dipercayai sengaja dibakar seorang lelaki yang bergaduh dengan isterinya di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam. Difahamkan, semasa kebakaran pada pukul 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 39 tahun manakala isterinya yang berusia 35 tahun baru bertengkar. Punca pertengkaran itu disebabkan pelbagai masalah rumah tangga pasangan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas melakukan tindakan di luar dugaan tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu menghilangkan diri dan sehingga petang semalam polis masih mencarinya. Menurut beliau, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada si isteri dan semasa kejadian wanita tersebut dan tiga anaknya berada di rumah jirannya. -kosmo |
Guru Masukkan Tangan Dalam Baju Pelajar Perempuan Posted: 27 Feb 2011 04:03 PM PST Kuala Lumpur: Gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu. Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas. Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka. "Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan. "Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan," katanya. Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka. "Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. "Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama," katanya. Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit. "Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi. "Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan," katanya. Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris. "Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya. Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu . Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit. -hm |
[Bergambar & Video] Perjalanan Hidayah Catherine Heseltine Posted: 27 Feb 2011 02:39 PM PST Aadakah aku ingin menjadi seorang Muslim? Lebih-lebih lagi, pada usiaku 16 tahun waktu itu. Tidak sama sekali dan terima kasih sahajalah. Manakan aku sanggup meninggalkan nikmat dunia yang dikecapi selepas ini. "Agamaku adalah minum-minum, berparti sepanjang malam, malah aku selesa dengan teman-temanku yang ada." Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk akal itu Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun di rumahnya. Apatah lagi kehidupannya lebih kepada lingkungan kelas menengah terpelajar menyebabkan agama dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan. Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine, berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya. "Dia mencabar segala prasangka saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang sangat percaya kepada Tuhan dan yang paling saya tidak berkenan, dia juga seorang yang normal atau dia sama seperti pemuda-pemuda seusianya. "Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak langsung minum minuman keras," katanya. Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatnya sering seperti ditampar. Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan. Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin. Setahun kemudian, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed. Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam. Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu? "Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari sisi intelektual, sisi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasannya tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu. "Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya. Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup. Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan. Dalam konteks Catherine, apa yang berpusing di mindanya ialah untuk mendapatkan Syed sebagai suaminya. "Agama ini benar-benar cool. Tapi selama tiga tahun saya menyimpan minat dalam Islam untuk diri sendiri," ujarnya. Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama kuliah. Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam. "Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah kami sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine. Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri. Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi rambutnya. Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, waima ketika berada di rumah, sedang menikmati hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya untuk bercerita tentang Islam. Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat. "Saya juga mahu mereka menghakimi diri saya pertamanya dari sudut kecerdasan dan karakter, bukan pada agama saya. Inilah yang saya maksudkan sebagai syiar," katanya. Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami tetapi bukan atas kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri. Tidak terkecuali juga kalangan teman-temannya termasuk ada yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak, menyalahgunakan dadah dan tidak menggauli lelaki secara bebas. Hal ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi. "Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam. "Lama-kelamaan, saya sebenarnya beralih menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan hubungan kami semakin renggang. "Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin menjauh dan kian terasing. Jodoh kami cuma bertahan selama tujuh tahun. "Selepas berstatus janda, saya pindah ke rumah keluarga. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi bertudung. Sejak itu, dalam situasi ditinggalkan sendirian, menjadikan keyakinan dan keimanan saya semakin kuat. Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya. Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan situasi serta perjuangan rakyat Palestin. "Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu sesuatu yang tidak masuk akal. Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila orang ramai rasa dikepung, ia menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar. "Saya masih sebahagian masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, ia mengambil masa juga untuk saya menyesuaikan dua identiti itu agar serasi berganding," katanya. |
PRK Merlimau: UMNO BN Amalkan Sistem Dinasti Posted: 27 Feb 2011 07:30 AM PST PAS mendakwa BN yang diwakili Umno mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak. Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mendakwa, amalan itu sudah lama dipraktikkan Umno dan dibuktikan dalam pilihan raya kecil Merlimau. "Ini telah lama berlaku dalam Umno. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti. "Orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini," katanya hari ini. Kamaruddin merujuk mengenai pemilihan calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, iaitu anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin. Pandangan berkenaan diperkukuhkan lagi apabila calon berkenaan juga adalah dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan PAS yang meletakkan calon muda, Yuhaizad Abdullah, 38, di Merlimau kerana ia merupakan satu usaha parti itu mengetengahkan pemimpin muda. Beliau menjelaskan, tindakan itu bertujuan untuk memberi peluang pemimpin muda seperti Yuhaizad, menimba pengalaman bertanding. Menurutnya, walaupun muda, beliau yakin Yuhaizad mampu menggalas tanggungjawabnya sekiranya diamanahkan. "PAS berharap pengundi di DUN Merlimau akan memberi peluang kepada beliau apabila tiba hari mengundi nanti. "Kita telah mengemukakan calon yang terbaik, seorang calon yang kuat berdikari yang mampu memberikan yang terbaik kepada pengundi," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menjelaskan, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat berdasarkan merit. Katanya, perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira dan tidak dapat dielakkan malah yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap beliau mengenai potensi calon itu sendiri. |
Hindraf & Perkasa: Sikap Polis Yang Double Standard Dikecam Posted: 27 Feb 2011 07:09 AM PST Rakyat Selangor dari berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis menahan lebih 100 orang menjelang perhimpunan di KLCC yang dirancang oleh beberapa organisasi masyarakat India pada hari ini. Hampir semua yang ditahan terdiri dari masyarakat India dan tindakan ini bakal menyemarakkan kebencian masyarakat India terhadap regim UMNO/BN Najib Razak yang merupakan satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India yang merupakan etnik ketiga tertinggi di Malaysia. Tindakan Polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi Negara. Kerajaan UMNO/Barisan Nasional harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel "Interlok" dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut, sebaliknya kerajaan UMNO/BN memperalatkan pihak Polis dengan menggunakan tindakan "kuku besi" menahan orang ramai terutamanya berketurunan India di beberapa sekatan jalanraya menghala ke pusat belibelah tersebut. Seperti laporan yang dipetik dari Malaysiakini dan beberapa laman web yang lain, kita merakam rasa kesal dengan tindakan pihak polis menahan dan seterusnya menggari pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P. Uthayakumar sebaik saja beliau meninggalkan rumahnya pagi ini. Beberapa lagi pemimpin HRP turut ditahan pihak Polis tanpa sebarang waran tangkap seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. Kita menyelar tindakan "berat sebelah" dan "pilih kasih" yang diamalkan oleh pihak Polis. Pihak Polis tidak melakukan tangkapan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, GAPS dan PERKASA semasa mereka berarak beramai-ramai ke bangunan SUK, Shah Alam dalam isu hangat perlantikan Khusrin sebagai SUK baru-baru ini, sebaliknya dikhabarkan pihak Polis turut mengiringi perarakan tersebut. Beberapa lagi perarakan dan perhimpunan yang diadakan oleh gerombolan UMNO/BN di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor itu bukan sahaja tidak dihalang sebaliknya pihak Polis sekadar membiarkan ianya berjalan tanpa mengambil sebarang tindakan seperti apa yang berlaku hari ini. Apakah pihak Polis mengamalkan dasar "warna kulit", tindakan keras hanya diambil terhadap kaum India sahaja tetapi bersikap "menikus" terhadap orang "Melayu" UMNO? Lantaran itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meminta Hishamuddin Hussein, Menteri dalam Negeri untuk "serta merta" membebaskan P. Utthayakumar serta yang lain-lain tanpa sebarang syarat. Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat. Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan. -MR *Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor. |
PRK Merlimau: PAS Bertanding Untuk Menang, Bukan Sekadar Uji Kekuatan Posted: 27 Feb 2011 06:05 AM PST PAS Melaka menegaskan bahawa keputusan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Merlimau adalah untuk menang, bukannya untuk berlatih atau menguji kekuatan jentera parti itu sebagaimana tuduhan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari berkata PAS dan Pakatan Rakyat bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. "Sebab itu kesungguhan kita, kalau kita lihat kesungguhan Pakatan Rakyat melalui program yang dianjurkan kita memberikan kesungguhan untuk mencapai kemenangan," katanya kepada Malaysiainsider. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali kelmarin yang menasihatkan PAS agar menyerah kalah dan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau jika hanya mahu menjadikannya medan menguji kekuatan menghadapi pilihan raya umum. Tegas Adly, PAS yang kini dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai pilihan raya dengan sasaran untuk menang dan merampas pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN). "Mungkin tidak hari ini, kalau kita lihat di Ijok kita bertanding dalam pilihan raya kecil kita kalah tapi dalam pilihan raya umum kita menang dan sejauh mana kita boleh menang bergantung kepada usaha serta perancangan kita. "PAS bertanding untuk menang, PAS tak bertanding semata-mata untuk bertanding... memang itu usaha kita sejak dari dulu, kalau kita bertanding semata-mata untuk bertanding, maka kita tak perlu nak bertanding dalam pilihan raya kecil. "Tapi disebabkan untuk menang... untuk raih sokongan rakyat... untuk beri kesedaran kepada rakyat kita letak diri untuk berdepan Umno-BN," katanya. Selain itu, beliau juga berkata penentu kepada kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil kawasan itu adalah undi orang Melayu yang merupakan majoriti di Merlimau. "Sokongan undi penentu bagi saya adalah undi masyarakat Melayu jadi penentu kepada kemenangan, kalau ada sedikit perubahan dan anjakan masyarakat Melayu maka saya yakin kita akan capai kemenangan. "Masyarakat Melayu tetap jadi asas kerana menjadi majoriti dan sudah pasti asas penentu kemenangan," katanya. Mengakui sokongan orang bukan Melayu terhadap PAS tidak begitu memberangsangkan, Adly bagaimanapun yakin jumlah itu akan meningkat pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 6 Mac ini. "Kita mempunyai sokongan masyarakat Cina yang agak rendah pada pilihan raya umum 2008 dan kalau kita lihat trend pilihan raya kecil masyarakat Cina masih kekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. "Jadi kita punya keyakinan sokongan masyarakat Cina akan meningkat terutamanya di Merlimau, jadi kita boleh beri lebih tumpuan terutamanya kepada masyarakat Melayu supaya dapat salurkan maklumat kepada mereka," katanya. DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Pecahan pengundi adalah Melayu seramai 6,935 orang (64.9 peratus), Cina seramai 2,218 orang (20.8 peratus), India seramai 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain seramai 16 orang (0.2 peratus). Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS Yuhaizat Abdullah. -TMI |
Blogger PR Bertemu Untuk Hadapi Fitnah UMNO BN Posted: 27 Feb 2011 04:30 AM PST Perhebat guna media baru AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas perlu memperhebatkan penggunaan media baru sebagai medium menangkis tohmahan dilemparkan Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad berkata, ini perlu dilakukan memandangkan media arus perdana, termasuk televisyen ketika ini dilihat sering memberikan laporan berat sebelah. Menurutnya, Pas tidak mampu menandingi media arus perdana dan lantaran itu, perlu menggunakan media baru untuk meneutralkan segala dakyah yang disampaikan BN. "Sebagai contoh isu fitnah. Sekiranya kita dapat memperbetulkan apa yang disebarkan, para pengundi pasti tidak akan kabur atau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. "Sebab itulah kita mengharapkan rakan-rakan media kita akan dapat membantu memperbetulkan situasi yang ada ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa pertemuan dengan bloggers di sebuah restoran terkemuka di sini semalam. Hampir 20 orang blogger, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak, Khalil Idham Lim turut hadir pada pertemuan itu. Menurut Idris, pertemuan bersama blogger ini merupakan satu usaha ke arah membantu PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Pasa masa sama, katanya, ianya juga bertujuan memperkukuhkan media baru PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Di Merlimau sebagai contoh, kesedaran penggunaan Facebook dan Twitter adalah tinggi kerana ianya boleh kita gunakan untuk membantu dalam PRK ini," katanya. Menurut Idris, pada masa, terdapat beberapa usaha pihak kerajaan untuk menyekat media baru, terutama blog. "Kita sudah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan macam-macam undang-undang lagi. "Kalau betul sesuatu blog itu memfitnah, ambillah tindakan terhadap empunya blog berkenaan," katanya. Ulasan GB GB turut hadir di pertemuan di atas yang diadakan di Botanical Garden Cafe Ayer Keroh semalam. |
Najib Tiru Jawapan Ghaddafi Untuk Sekat Hindraf Posted: 27 Feb 2011 03:47 AM PST PM: Hindraf sengaja cari publisiti burukkan Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa. Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif. "Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di Temerloh, hari. Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini. Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa. "Kalau soal masalah kaum India kita sedang ambil tindakan, banyak masalah kaum India telah kita atasi,"katanya. Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya. "Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pula," kata beliau. - Bernama Ulasan GB Jawapan Najib nampaknya sama dengan jawapan Ghaddafi di Mesir yang telah dihentamnya sebelum ini. Ghaddafi menganggap para pemprotes bertujuan mencari publisiti untuk memburukkan dirinya dan Libya, hari ini hal yang sama dilakukan Najib yang menganggap protes Hidraf untuk memburukkan negara supaya kerajaan yang memerintah dilihat sebagai kerajaan yang zalim dan rejim autokratik. Kedua, Najib berkata Hindraf boleh menyerahkan memorandum kepadanya, tak perlu berdemo, tetapi sebelum ini bukan kata memo, sekuntum bunga yang hendak diserahkan oleh seorang anak India kepadanya telah dihalang oleh polis. Apa, tak betul ke Polis Malaysia itu zalim? |
Pelajar Perempuan Bunuh Diri Angkara Cinta Posted: 27 Feb 2011 02:36 AM PST Jelutong – Dipercayai kerana cinta, seorang remaja berusia 17 tahun nekad terjun dari aras 11 pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong malam kelmarin. Lee Li Cheng, 17, yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati di tingkat dua kawasan tempat letak kereta dalam keadaan terlentang serta mengalami pendarahan teruk di seluruh anggota badan termasuk kepala, kaki dan tangan. Seorang penghuni yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa yang juga pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Phortay, di Bagan Jermal sebelum itu dilihat bertengkar dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya sebelum terjun dari aras 11 kediaman itu. "Setelah menyedari mangsa terjun, lelaki itu melarikan diri yang mana sebelum itu, terdengar bunyi dentuman kuat dan membuatkan kami bergegas ke tempat kejadian untuk melihat punca dentuman itu. Kami terkejut kerana bunyi dentuman itu rupanya daripada kesan mangsa terjatuh. "Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dan kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu," katanya kepada media di tempat kejadian kelmarin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya gagal menemui sebarang dokumen diri pada tubuh mangsa selain sekaki payung yang dijumpai di tingkat 11, tempat mangsa terjun. "Mangsa ditemui jirannya kira-kira jam 7.30 malam dan mayat di hantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita sedang mengesan identiti lelaki yang berada bersama mangsa ketika kejadian berlaku. "Keputusan bedah siasat akan diambil untuk menentukan sama ada terdapat perbuatan jenayah terhadap mangsa dan kita akan jalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya. -SH |
Protes Hindraf: 109 Termasuk Uthaya Ditahan Posted: 27 Feb 2011 01:36 AM PST Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan. Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India. Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi. "Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini. Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat. Adalah difahamkan perarakkan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance. Identiti mereka belum diketahui. Setakat jam 10 pagi tadi, dianggarkan tidak kurang 100 orang di beberapa tempat seluruh Kuala Lumpr telah ditankap. Mereka yang dipercayai penyokong Hindraf, khususnya masyarakat keturunan India yang berjalan-jalan sekitar bandaraya dieriksa dan keudiannya ditahan. Menurut orang ramai yang lau lalang, mereka ditahan dan beg mereka digelidah meskipun mereka tiada kaitan dengan perarakan berkenaan. Sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 80 orang dalam beberapa kumpulan kecil antara 10 hingga 30 penyokong HRP dan Hindraf berarak dari Hotel Renaissance menuju ke KLCC, sambil menjerit 'Makkal Sakthi' dan beberapa slogan lain – semua mereka ditangkap di hadapan Hotel Maya. Veeramani, seorang wartawan komuniti yang bermeja-T 'Citizen Journalist' dan juga seorang pemberita dariakhbar Tamil, Makkal Osai, adalah antara merekayang dicekup pagi ini. Turut ditangkap adalah ketua HRP Kedah, Ramu Ramasamy dan seorang lagi pemimpin HRP Pla Pinang. Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat daerah polis Sentul. Jayathas yang pada sebelah bagi membekalkan maklumat kepada wartawan berhubung perarakan hari ini juga dicekup padajam 10 pagi dan telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Jinjang. Di sebalik kekecohan itu, sekupulan peljar yang mewakili Persatuan Pelajar Tamil Malaysia Berjaya mengadakan demonstrasi kecil di Jalan Mayang, off Jalan Ampang, berhampiran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia bagi membantah penggunaan novel Iterlk di sekolah. Mereka kemudiannya bersuraitanpa esiapun ditangkap. Menjelang 10.20 pagi, keadaan sekitar KLCC dilaporkan tenang kembali apabila kebanyakan penyokong HRP dan Hindraf dilaporkan sudah melarikan diri ataupun ditangkap polis. Mereka kemudiannya berkumpul di kuil Kootu Malai Pillayar Temple berhampran stesen bas Pudu dan puluhan peyokong mereka mejerit 'Hindraf Velga!', 'Haramkan Interlok!' dan 'Jangan hina kaum India'. Selepas keletihan menjerit lebih setengah jam sambil mengibarkan sepanduk, kumpulan otu bergerak ke arah ibu pejbat polis kontijen Kuala Lumpur. Mereka termasuk enam anggota berlainan keupayaan (OKU) termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan. Menjelang jam 11.45 pagi, kumpulan itu semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang menyertai mereka dan berarak ke ibu pejabat kontijen itu. Semasa perarakan, beberapa kereta peronda polis dilihat memantau keadaan dan cuba menyuraikan mereka yang berhimpun itu. Setiba di ibu pejabat kontijen Kuala Lumpur, mereka menuntut timbalan ketua polis Kuala Lumpur, Amar Singh membebaskan semua yang ditahan dalam masa sejam. Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya 183 orang ditahan pada rali hari ini. Mereka mengugut jika rakan-rakan mereka tidak dibebaskan, mereka akan berkhemah di luar pejabat polis Pudu. Bagaimanapun pada jam 12.30 tengahari, kebanyakan mereka mula bersurai dan hanya kira-kira 20 orang yang masih menunggu untuk meneruskan protes. Ada yang dipercayai bergerak ke arah ibu pejabat polis daerah jinjang apabila mendapat tahu Uthayakumar ditahan di sana. Meskipun terdapat sekatan jalan menuju ke sana dan dikawal enam anggota polis, menjelang jam 2 petang, jumlah yang memprotes di sana meningkat kepada 60 orang. Pihak polis kemudiannya kelihatan berunding dengan mereka. Sebelum itu, sekumpulan individu yang tidak dikenali menyamar sebagai wartawan Malaysiakini dengan menggunakan tag media palsu. Mereka cuba bergaduh dengan polis di balai Pudu dan mendakwa mereka ditugaskan oleh portal berita ini. Sementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi ini telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu. Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh. Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan. Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas. Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat. -mk |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan