Isnin, 28 Februari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BABI..

Posted: 27 Feb 2011 08:19 PM PST


Semoga Allah SWT melaknati babi-babi ini...

Umno Patut Malu Cakap Isu Melayu

Posted: 27 Feb 2011 08:16 PM PST

JASIN 28 FEB: Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno di negara ini harus merasa malu kerana bercakap tentang isu Melayu walhal mereka yang membuatkan masyarakat Melayu di negara ini hidup melarat.

"Mereka kena ambil cermin menyuluh kembali muka mereka siapa yang menjadikan Melayu di negara ini merempat," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Umno selama ini menjadikan isu Melayu untuk meraih sokongan Melayu di negara ini kerana menyedari bahawa kaum itu adalah tonggak kekuatan politik di negara ini.


Malah Umno juga parti yang bertanggungjawab mengatakan bahawa Melayu berada dalam keadaan bahaya sejak pilihan raya umum 2008.

Tambahnya, pemimpin Umno sedar pada hari ini yang menyokong mereka ialah Melayu subsidi dan Melayu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sedangkan Melayu bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat sudah tidak menyokong Umno.

Menurutnya, satu lagi golongan orang Melayu yang menjadi 'simpanan tetap' Umno dan stok penimbal ialah peneroka Felda.

"Sebab itu apabila masalah Felda dibongkar dalam media mengenai susut aliran tunai dalam masa 5 tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai Felda telah menimbulkan kemurkaan pemimpin Umno," katanya.

Katanya, mereka marah kerana bangkai gajah sudah tidak dapat lagi disembunyikan, dengan kewangan yang ada pada Felda pada tahun 2004, RM4.08 bilion telah susut kepada RM1.35 bilion iaitu merosot sebanyak RM2.73 bilion.

Bagaimanapun, ujarnya tidak dinafikan bahawa Melayu adalah kaum pribumi di negara ini dan semua pihak mengakui hal itu.

Tambahnya, atas kesedaran ini semasa kemerdekaan negara semua kaum telah menerima hakikat tersebut.

"Sebab itu Pakatan Rakyat (PR) menggariskan akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," ujarnya.

Selain itu, ujarnya PR juga melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Menurutnya lagi, PR sebulat suara juga bersetuju untuk mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau berkata, atas asas itulah Pakatan Rakyat menerima ketetapan bersama, kerana ia merupakan perkara asas dalam pembentukan sebuah negara yang akan diperjuangkan Pakatan Rakyat. - tvs

Ali Ketam Ketua Menteri Untuk Orang Umno Sahaja

Posted: 27 Feb 2011 07:38 PM PST

KM Melaka: Ok bagi utamakan penyokong BN

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.

"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.

threats, gratitude and goodies in Merlimau"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah," kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.

Namun, beliau menjelaskan falsafah pegangannya itu tidak membabitkan golongan miskin dan yang memerlukan kerana mendakwa kerajaan negeri pimpinannya tidak mendiskriminasi berdasarkan kecondongan politik rakyat.


"Apabila memabbitkan rumah kos rendah atau agihan makanan, kita tidak diskriminasi... Umno ikhlas (memberi bantuan) dan Allah membantu mereka yang membantu orang lain.

"Rakyat akan sokong orang yang menolong mereka," katanya hari ini.

threats, gratitude and goodies in MerlimauMalam semalam, Mohd Ali pada ceramahnya di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau berkata beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Beliau juga mengingatkan penduduk bukan Islam bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengazetkan sebidang tanah untuk dibina sebuah kuil dan mereka seharusnya berterimakasih kepadanya.

merlimau 270211 dondang sayang at rumah penghulu mat natarDitanya mengapa BN mengungkitkan soal itu, Mohd Ali berkata, apabila budi ditaburkan, mereka yang menerimanya wajar berterima kasih.

"Adalah menjadikan tanggung jawab kerajaan dan hak rakyat untuk dijaga dan apabila ibu bapa menolong kita, kita patut ucapkan terima kasih," katanya.

PRK Merlimau - Kesian Wanita Umno, Sumbangan Mereka Langsung Tidak Dihargai

Posted: 27 Feb 2011 07:18 PM PST

SEREMBAN – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berharap rajuk dan kekecewaan Ketua Wanita UMNO bahagian Jasin, Zaleha Bujang tidak berpanjangan.

Ini berikutan pemimpin wanita itu kecewa selepas tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Menurutnya, Zaleha tidak perlu mengikut emosi, sebaliknya perlu bersama-sama jentera parti dengan berusaha keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kali ini.

"Saya melihat kenyataan Zaleha sebelum ini agak emosi dan tidak wajar dikeluarkan daripada seorang pemimpin yang berpengaruh. Saya faham apa yang dimaksudkan tetapi dia perlu akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.


"Nasihat saya, ketepikan perasaan emosi itu sebaliknya kita bergerak dan berganding bahu bersama-sama jentera parti yang lain bagi memastikan DUN Merlimau ini terus dipimpin BN," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Norhayati berkata, perasaan penuh harapan agar diri dicalonkan mungkin menjadi faktor utama Zaleha melahirkan rasa kekecewaan.

"Kita harus berfikir secara rasional dan kolektif demi kepentingan parti kerana keputusan pucuk pimpinan adalah mengambil kira kepentingan parti dan semua pihak.

PRK Merlimau - Ali Ketam Berfatwa Lagi

Posted: 27 Feb 2011 06:18 PM PST

PAS usah mimpi boleh rampas Merlimau, kata Ali Rustam

JASIN, 28 Feb — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, jelas Ketua Menteri Melaka, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

"Tapi tak akan tiba-tiba, BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada PAS tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, PAS datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap PAS yang fitnah macam ini?" kata beliau.


"PAS ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap... macam kita buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Macam Eye On Malaysia, saya kata swasta yang buat yang baru ini tapi dia kata kerajaan buat, bukankah ini bohong? Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu," kata Mohd Ali kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, beliau juga menyifatkan PAS sebagai "terdesak" apabila menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil parti itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

"Saya tengok PAS ini dia dah kira terdesak betul, tak akan tiba-tiba orang nak bagi dia undi... apa jasa dia di sini (Merlimau)? Di Kelantan pun tak boleh tadbir. Dia tuduh kita jahiliah tapi sembahyang di masjid kita.

"Jadi orang Melaka tahu dia (PAS) cakap fitnah, saya tak fikir orang Melaka atau Merlimau akan beri sokongan yang banyak, sikit-sikit undi dia dapatlah tapi bukan banyak," katanya.

Bob Lokman salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

"Kita maju tapi PAS kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. PAS apa jasa? Tak akan orang tiba-tiba nak bagi jasa pada PAS?

"Lepas itu asyik mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyaklah... jangan harap nak dapat undi percuma," tegas Mohd Ali.

Pengerusi Umno Melaka itu itu berkeyakinan BN akan memperoleh lebih 50 peratus undi Cina bagi membantu mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan 6 Mac.

"Saya yakin kita akan dapat undi tambahan daripada pengundi (Cina) di DUN Merlimau, nampak daripada reaksi dan respons yang baik daripada mereka. Saya fikir kita boleh dapat lebih daripada 50 peratus (undi Cina) kalau tengok keadaan sekarang yang mana mereka semua OK, gembira dan tiada tekanan.

"Bagaimanapun saya minta jentera juga tidak terlalu yakin, kita kena kerja, Saya janji majoriti lebih dari yang lepas, berapa sasaran saya tak sebut asalkan lebih kita akan berpuas hati," katanya.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Beliau berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.

Kata Halim, PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India.

Mengenai tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap kerajaan pimpinannya termasuk pembinaan lapangan terbang Batu Berendam dan sistem monorel di sepanjang Sungai Melaka, Mohd Ali berkata parti Islam itu sebenarnya tidak mempunyai isu untuk menyerang BN.

"PAS cakaplah apa yang dia nak cakap... dia parti pembohong dan suka cakap fitnah... PAS tak faham ekonomi, kita ada monorel tepi sungai... pelancong pun sudah 10 juta orang, monorel pun kita buat duit juga. Mula-mula dulu (ketika dilancarkan) ada patah sikit, monorel itu kita beli murah dari China.

"Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli.

"Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel," tegas beliau.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Pilihanraya Olok-Olok - Bukti Gelabahnya Umno Perak

Posted: 27 Feb 2011 06:08 AM PST

Umno akan mengadakan pemilihan olok-olok di peringkat cawangan dan bahagian pada tahun ini sebagai persediaan memastikan proses pemilihan yang akan diadakan mengikut pindaan perlembagaan parti pada perhimpunan agung khas 2009 lalu berjalan lancar apabila dilaksanakan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun tarikh pemilihan sebenar belum ditetapkan, persediaan perlu dibuat supaya pelaksanaannya nanti tidak menimbulkan sebarang masalah.

Katanya Umno telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau pemilihan olok-olok yang akan diadakan di peringkat bahagian dan cawangan.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serentak Cawangan-Cawangan Umno Perak di sini hari ini, beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu mendapat restu Majlis Tertinggi (MT).

"Ia juga bertujuan memastikan persiapan pemilihan dalam parti nanti berjalan dengan lancar ... mana-mana bahagian yang boleh buat pemilihan seperti itu kerana bukan semua bahagian boleh buat, kalau tak buat tahun ni pun tak apa kerana kita tidak tahu bila pemilihan dalam parti akan diadakan.

Beliau berkata langkah itu diambil kerana Umno tidak mahu keadaan yang berlaku seperti dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini turut terjadi kepada Umno.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pimpinan parti melihat insiden seperti yang berlaku di Timur Tengah baru-baru ini sebagai iktibar untuk melakukan transformasi demi kepentingan rakyat.

Katanya pendekatan yang dilaksanakan terhadap golongan muda melalui penggunaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter menunjukkan para pemimpin parti sentiasa mengikut keadaan dan tuntutan semasa.

"Cara untuk bergerak bergantung kepada pendekatan yang mungkin di luar kotak yang mana rakyat kita dahulukan dan pengundi tentukan nasib kita akan membawa — manfaat kepada parti dan masa depan negara menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13," katanya. — Bernama

Tiada ulasan: