Isnin, 28 Februari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

Posted: 27 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini Najib `menjual' orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa.

PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, 'I Help U, U Help Me'. Di Merlimau, Najib berkata kepada kaum Cina, 'Gua tolong Lu, Lu tolong Gua'. Hari ini Najib mengulangi cara yang sama di Felda Jengka. Beliau turut menerangkan tentang Islam pada pemikirannya. Najib mendakwa, Islam apa yang PAS perjuangkan? Adakah Islam yang tiada tanah? Adakah Islam yang miskin? Itulah pemikiran Najib terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Benarkah PAS menganggap Islam menolak pembangunan dan Islam menolak kesenangan? Jika benar, mengapa PAS yang lebih kuat berjuang menuntut hak golongan peneroka termasuk hak memiliki tanah? Bukankah PAS yang sering mendedahkan betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu Islam yang tergadai ke tangan kroni-keroni Umno? Tidakkah PAS bersama PR sering menuntut agar rakyat ini terbela, membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan, isu kenaikan gaji dan beberapa isu yang sering menindas rakyat? Adakah ini bukti menunjukkan PAS menganggap Islam mahukan kemunduran dan kesusahan?

Najib sebenarnya takut dengan pendedahan demi pendedahan oleh PAS bersama PR tentang betapa gelojohnya kerajaan Bn yang menindas rakyat. Rakyat sering digula-gulakan dengan habuan yang sedikit, tetapi mereka di atas mengagih-agihkan kekayaan sesama mereka. Buktinya jelas, Najib datang membawa sedikit bekal untuk rakyat ketika adanya pilihanraya, tetapi semasa pulang beliau akan memunggah berganda daripada itu. Di PRK Dun Tenang, pengundi dijamu dengan sedikit habuan, selepas menang Najib umumkan kenaikan harga minyak yang jauh berganda dari yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

Adakah rakyat di Dun Kerdau tidak boleh menjadi lebih cerdik dari sebilangan mereka di Tenang? Mampukah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mengajar Najib bahawa bukan semuaorang-orang Melayu bodoh. Tidak semua orang Melayu lapar sangat kepada pembangunan sehingga lupa kepada amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah. Adakah maruah agama boleh dijual dengan sedikit kesenangan yang sementara?/wfauzdin.blogspot.com

TAKTIK UMNO - `UMNO TUDUH PAS YANG KATA' DAN KEBANGGAAN POSTER LUCAH

Posted: 27 Feb 2011 09:20 AM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

TAKTIK yang digunakan oleh Umno di dalam PRK Dun Kerdau adalah menimbulkan satu isu kununnya `PAS tuduh'. Umno tuduh `PAS kata' itulah taktik yang Umno rasa boleh memburukkan nama PAS di mata para pengundi kununnya PAS memang kaki fitnah.

Sebagai contoh, isu sijil calon Umno iaitu Syed Ibrahim yang Umno tuduh `PAS dakwa bahawa calon Umno itu memiliki sijil Al-Azhar tipu.' Bila masa PAS berkata demikian? Sebutkan mana kenyataan rasmi dari pemimpin PAS yang membuat dakwaan begitu? Jika Umno mahu kutip dari sumber lain yang bukan dari sumber rasmi PAS, itu menandakan Umno buat kerja bodoh.

Pesuruhjaya PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri pelik di mana datangnya tuduhan kununnya PAS pertikaikan sijil calon Umno tersebut. Di petik melalui Harakahdaily, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan PAS dengan isu tersebut. PAS bukan mahu berlawan dengan Sijil, PAS berlawan dengan dasar parti Umno. Saya telah ulas sebelum ini bahawa andainya calon Umno itu adalah `Syeikh Al-Azhar' sekalipun, jika ia menyokong dan menjadi ahli parti sekular yang korup itu, PAS tetap akan menentangnya. Apatah lagi, jika benar beliau bukan berkelulusan Al-Azhar.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat. Mungkin Umno mencedoknya dari media lain yang bukan media rasmi dari PAS. Terpulanglah pada Umno untuk mengarahkan calonnya itu mempamirkan sijil yang beliau miliki ke setiap pelusuk Dun Kerdau. PAS tidak hairan berapa buah lori yang boleh memuatkan Sijil calon Umno tersebut kerana PAS menentang Umno bukan kerana sijil atau orangnya.

Terpulang juga kepada MB Pahang, Adnan Yaakob samada ingin melekatkan sendiri poster aksi lucah beliau di setiap pokok di Dun Kerdau. Mungkin beliau berbangga kerana beliaulah satu-satunya MB berbangsa Melayu dan Islam yang berani melakukan aksi yang budak tadika PASTI pun malu untuk melakukannya. Mungkin poster itu nanti boleh menunjukkan betapa Umno penjaga maruah Melayu dan pejuang Islam yang tulin./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: