Sabtu, 19 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Jangan Mimpi Mahu Rampas Negeri Pakatan

Posted: 19 Feb 2011 12:00 AM PST


Alor Setar, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -harakahdaily



Ribuan banjiri himpunan Pemuda PAS di Kedah

Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayun dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan. -mk


Bob Lokman Sertai PAS

Posted: 18 Feb 2011 10:52 PM PST

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja" -detikdaily

Isu Tanah Bakal Jatuhkan BN Terengganu

Posted: 18 Feb 2011 10:12 PM PST

PAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

"Rakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.

"Ke mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?," soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.

"Berbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk," jelasnya.

Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.

"Orang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai," katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut. -FMT

Tipu Suami Pergi Kursus Jumpa Kekasih Warga Bangla

Posted: 18 Feb 2011 08:30 PM PST

Kulim: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin. Gambar hiasan

Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

"Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

"Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

"Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas," katanya.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali. -hm

Hidangan Air Mani Kuda Di Pesta Makanan New Zealand

Posted: 18 Feb 2011 07:30 PM PST

Wellington: New Zealand yang dikenali sebagai destinasi sukan ekstrem seperti terjunan bungee dan luncur salji kini mengubah haluan kepada hidangan makanan apabila menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik.

Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng.

"Sajian air mani kuda dapat memberi anda kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu," ujar penternak kuda lumba di Christchurch, Lindsay Kerslake. - AFP


Horse semen on the menu at N.Z. food festival

Long renowned for pioneering extreme sports such as bungee-jumping and heli-skiing, New Zealanders are now pushing culinary boundaries by serving up shots of horse semen to iron-stomached food lovers.

The equine delicacy will be on the menu at the annual Wildfoods Festival in the South Island town of Hokitika next month, along with other gastronomic delights such as raw scorpions, chocolate-covered beetles and deep-fried grubs.

"The idea is you'll have as much zizz as a stallion for a week afterwards," Christchurch racehorse breeder Lindsay Kerslake, who came up with the semen surprise, told Fairfax Media.

He said the shots being sold at this year's festival on March 12 would taste like a milkshake and be washed down with an energy drink chaser.

Organiser Mike Keenan said he expected many festival patrons would sample the shots as a dare, and he was prepared to put his own stomach on the line.

"Yeah, I'll give it a go," he told AFP.

Keenan said the festival began 22 years ago as a way of allowing city slickers to "get out of their comfort zone" and sample bush tucker.

While much of the fare such as venison and wild boar is relatively unchallenging for mainstream tastes, Keenan said organisers liked to spice up the menu with more unusual offerings.

In the past, these have included rams' testicles and bulls' penises, although Keenan admitted Kerslake may have set a new benchmark.

"He thought these flavoured horse semen shots would be something different," Keenan said. "He working on a number of flavours, from vanilla, right through to strawberry and chocolate.


Warga Mesir Berhimpun Kenang Pejuang Reformasi

Posted: 18 Feb 2011 07:00 PM PST

Kaherah: Ribuan bendera dikibar di Dataran Tahrir, semalam, bagi meraikan kejatuhan Hosni Mubarak serta memberi tekanan berterusan kepada junta tentera Mesir.

Jumlah itu dijangka terus bertambah apabila warga Kaherah selesai menunaikan solat Jumaat.

Pada masa sama, sebuah pancaragam tentera yang lengkap beruniform memainkan lagu patriotik bagi meraikan orang ramai.

Aktivis reformasi menyeru orang ramai menyertai perarakan besar-besaran di dataran itu bagi memperingati penunjuk perasan yang syahid dalam memperjuangkan pembaharuan.

Ia juga memberi tekanan kepada junta tentera membebaskan ramai lagi tahanan politik di penjara Mesir.

Kumpulan penggerak reformasi Mesir, Gabungan Pemuda Revolusi, berkata rakyat Mesir perlu berhimpun bagi mengenang pejuang 'kebebasan, maruah dan keadilan.' Sekurang-kurangnya 365 orang maut dan 5,500 cedera dalam kebangkitan rakyat Mesir menggulingkan Hosni baru-baru ini. - AFP

Bapa Didakwa Bunuh Bayi Berusia 10 Hari

Posted: 18 Feb 2011 05:30 PM PST

Kuala Lumpur: Seorang bapa yang didakwa menanam bayi perempuannya berumur 10 hari di belakang rumahnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh bayinya itu, minggu lalu.

IRINGI...pegawai polis bersama dua anggota mengiringi Muhammad Rafiq (dua dari kiri) yang dituduh membunuh anak di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Tertuduh, Muhammad Rafiq Suresh Abdullah, 37, hanya mengangguk ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Rafiq Suresh yang tidak bekerja didakwa membunuh bayi perempuan berumur 10 hari di rumahnya No 1, Jalan Kepong Batu 6 3/4, Jinjang, pada jam 11 pagi sehingga 6 petang, 13 Februari 2011.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Abu Hassan Ramli dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes. Harian Metro, pada 14 Februari lalu, melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara.

Kejadian jam 1.45 tengah hari itu disedari jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.

Sementara itu, menurut sumber, bayi itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an ditahan. -hm

Waspada: Pemuda Gila Seks Ambil Gambar Remaja Perempuan Guna Handfon

Posted: 18 Feb 2011 04:35 PM PST

Telok Datok - Ibu bapa dinasihatkan supaya mengawasi anak mereka terutama pada waktu petang berikutan terdapat aduan berkenaan seorang remaja lelaki berusia sekitar 20-an yang menaiki motosikal jenis Honda EX-5, sering mengambil gambar anak perempuan menggunakan telefon bimbit.

Ketua Unit Skim Rondaan Sukarela (SRS), Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Telok Datok, Zawalajam Mashod berkata, pada hujung tahun lalu, suspek pernah ditahan pihak SRS kerana mengambil gambar sekumpulan remaja perempuan.

Menurutnya, kini difahamkan sekali lagi remaja berkenaan menunjuk serta menyuruh remaja perempuan memegang kemaluannya sehingga menyebabkan kerisauan kepada ibu bapa penjaga.

"Dalam pada itu, suspek juga sering menghampiri mangsa atas alasan hendak bertanya alamat yang ada di dalam telefon bimbit tetapi apa yang tertera di skrin telefon bimbit miliknya ialah gambar lucah.

"Kebiasaannya suspek akan melakukan perbuatan tersebut di kawasan lorong yang kecil, bagaimanapun sehingga hari ini keluarga mangsa yang terlibat tidak membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Zawalajam berkata, ibu bapa dinasihatkan membuat melaporkan segera kepada polis sekiranya perkara berkenaan berlaku kepada anak mereka.

"Kita tidak mahu aktiviti tidak sopan berkenaan berleluasa di taman berkenaan sehingga menyebabkan kebanyakan remaja perempuan berasa takut," katanya. -SH

PRK Kerdau Serentak Dengan Merlimau, Ujian Berat Untuk PAS

Posted: 18 Feb 2011 02:50 PM PST

Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac

Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.

Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi.

Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.

SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini.

Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. -TMI

Ulasan GB

Pengumuman SPR untuk melaksanakan Pilihanraya Kecil Kerdau serentak dengan Merlimau merupakan satu ujian berat yang dihadapi oleh PAS.

Semua pemimpin dan ahli PAS perlu bangun dari tidur.

Tuan Ibrahim Tuan Man diharap dapat menyerahkan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya bagi DUN Merlimau kepada pemimpin yang lain - samada kepada Timbalan Presiden Ust Nasaruddin Md Isa atau kepada Naib Presiden Mahfuz Omar atau kepada Ketua Penerangan, Ust Idris Ahmad.

Ini adalah untuk membolehkan Tuan Ibrahim menumpukan perhatian di PRK DUN Kerdau.

Samada beliau terpilih sebagai calon di DUN Kerdau adalah persoalan yang lain, tetapi tumpuan beliau di DUN berkenaan adalah lebih utama berbanding di Merlimau.

Jabatan Pilihanraya PAS hendaklah menyusun strategi dengan betul bagi kedua-dua pilihanraya kecil ini.

Masa untuk bekerja ialah SEKARANG!

ADUN Ponteng Kekal, Perlembagaan Tercampak Ke Longkang

Posted: 18 Feb 2011 06:52 AM PST

Mahkamah: Badrul Hisham masih ADUN Pelabuhan Klang

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang, dan membatalkan pengisytiharan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.

Teng mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.

Gambar kanan: Hakim Zaleha Yusof.

Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.

Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said. -mk

Ulasan GB

Perlembagaan dengan jelas mencatatkan berikut:


Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970


Kita lihat pencabulan doktrin pengasingan kuasa jelas berlaku pada hari ini.

Di dalam kes Speaker Perak, Sivakumar vs Ganesan, Hakim telah menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. Bahkan lebih malang, Panel tiga hakim itu juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Kes ini sebenarnya dirayu dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Di mahkamah tinggi, Hakim Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Di dalam kes Gobind Singh betapa kuasanya peruntukkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan ini yang turut boleh dimana Gobind Singh Deo yang memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen selama setahun diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen. Keputusan Parlimen ditegaskannya tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tiba-tiba hari ini hakim Zaleha Yusof dengan terang-terangan mencabuli Perlembagaan. Yang dapat dilihat daripada kesemua kes yang dibentangkan di atas ialah apabila ada kes yang melibatkan kepentingan UMNO, maka mahkamah akan memihak pada UMNO.

[Bergambar] Empat Terbunuh Di Bahrain, Perlumbaan Formula 1 Mungkin Batal

Posted: 18 Feb 2011 06:00 AM PST

Manama: Polis antirusuhan menyerbu Dataran Mutiara yang menjadi kubu penunjuk perasaan antikerajaan awal pagi semalam, sambil melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata.

Ekoran keganasan itu, kata saksi dan pembangkang, empat orang awam maut.

Menurut mereka, kadar kecederaan akibat serbuan mengejut polis kira-kira jam 3 pagi itu mencecah 95 peratus.

Saksi berkata polis menyerbu kawasan lapang itu menyebabkan ratusan penunjuk perasaan yang bermalam di bawah khemah lari bertempiaran.

Mereka kemudian terus diburu ketika helikopter polis berlegar-legar di udara.

Di Hospital Salmaniya, petugas sibuk mengendalikan mangsa cedera dibawa ambulans dan kereta persendirian sehingga tiga jam selepas serbuan bermula.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka tidak ada pilihan selain menyerbu penunjuk perasaan berkenaan.

"Tindakan dibuat selepas semua peluang berdialog gagal," katanya. - AFP


GP Bahrain Terancam Batal

GP Bahrain yang merupakan pembuka tirai bagi perlumabaan Formula 1 musim 2011 kini terancam batal kerana terjadinya rusuhan di negara teluk tersebut.

Hal ini dinyatakan oleh pengurus F1, Bernie Ecclestone semalam. "Kami akan membuat keputusan pada Selasa atau Rabu minggu depan," kata Ecclestone. GP Bahrain menurut jadual akan berlangsung pada 13 Mac ini.

"Bila situasi seperti hari ini, tentu saja perlumbaan terpaksa dibatalkan," kata Ecclestone. "Jika situasi belum juga pulih Rabu akan datang ini, tentu saja kami akan membatalkan."

Ecclestone mengaku telah berbincang dengan putera mahkota Bahrain pada hari semalam untuk mengetahui perkembangan terakhir di sana. "Jika anda merancang pergi ke sana, lebih baik batalkan segera," lanjutnya.

Kerusuhan yang terjadi di Bahrain seminggu kebelakangan telah menyebabkan empat terbunuh. Ia berlaku setelah polis menyerbu para penunjuk perasaan yang berada di lapangan di pusat kota Manama.















Mahathir Perlu Buktikan Kata-katanya: Sahut Pelawaan NGO Mansuh ISA

Posted: 18 Feb 2011 05:08 AM PST

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

"Pasukan polis perlukan reformasi segera. Walaupun terdapat saranan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2005 untuk mengurang dan memantau kuasa polis, sehingga ini saranan itu kekal begitu saja.

"Satu-satunya sebab polis menyalahgunakan kuasa kerana kerajaan gagal melaksanakan sistem pemantauan semak dan imbang untuk keseluruhan pasukan polis di Malaysia
," kata Nalini.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir semalam, Nalini berkata pendedahan Dr Mahathir semalam menimbulkan banyak persoalan berbangkit.

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September?

"Apa yang menggerakkan Dr Mahathir mencadangkan pemansuhan ISA? Adakah polis terlalu berkuasa untuk menghalang arahan perdana menteri?" soal Nalini. -mk


Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

"Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

"Di Teluk Guantanamo, terdapat 500 tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan dan mereka juga turut diseksa.

"Mereka yang mengkritik ISA tidak pernah menjadi perdana menteri, sebab itu mereka tidak tahu," jelas bekas perdana menteri itu.

Beliau juga menjelaskan tidak mempunyai kuasa menghalang penangkapan pemimpin pembangkang kerana ia adalah kehendak polis.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

Minggu lalu Dr Mahathir berhadapan dengan kritikan Kit Siang dan beberapa pemimpin yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1987.

Misalnya, sambil mendakwa Dr Mahathir memilih untuk menjadi "mangsa amnesia" tiga tahun lalu, Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar "berusaha keras" untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan "mengejutkan" dengan pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah ISA kelmarin, Kit Siang berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi "mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik" ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan "saya tidak boleh ingat".

Dr Mahathir memilih untuk berkata "saya tidak boleh ingat" bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

"Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?" kata beliau.

"(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau ada berjanji kepada barisan pembangkang bahawa mereka tidak akan ditahan tetapi polis memutuskan untuk menahan mereka.
Kenyataan itu dibuat dalam buku terbaru "Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad" tulisan Tom Plate. -TMI


Ulasan GB

Ini peluang untuk Tun Dr Mahathir untuk buktikan beliau tidak hipokrit. Jika sungguh bagai dikata bahawa beliau mahu memansuhkan ISA, beliau boleh turut serta di dalam kempen pemansuhan ISA yang dianjurkan oleh badan NGO.

Jika Mahathir boleh menyertai demo-demo anjuran PERKASA sebelum ini, maka apa yang menghalang beliau untuk menghadiri kempen anjuran SUARAM?

Seandainya tidak, maka ternyata beliau adalah hipokrit darjah tertinggi.

Penyelia Kilang Mati Ditetak Tiga Lelaki

Posted: 18 Feb 2011 03:52 AM PST

Rawang: Seorang penyelia kilang yang mahu menikmati sarapan pagi di sebuah restoran ditetak lebih 10 kali hingga mati berhampiran Jalan R2/2, Taman Pelangi di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian 6.15 pagi itu mangsa, M Paraguna, 32, baru sahaja keluar dari kereta Wira merah untuk ke restoran yang tidak sampai 20 meter dari kawasan parkir itu pabila dia diserang.

"Tiba-tiba mangsa diserang bertubi-tubi tiga lelaki yang memakai topeng dan bersenjatakan parang dan ditetak di bahagian tengkuk, tangan dan kaki sebelum mangsa mati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah Perodua Kancil sebelum orang ramai menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis mendapati terdapat lebih 10 tetakan pada badan mangsa namun tiada parang atau cap jari ditemui berhampiran.

"Polis menolak motif kejadian sebagai samun kerana tiada sebarang barang peribadi mangsa hilang dan tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan adalah sebagai membalas dendam," katanya.

Beliau berkata, polis percaya suspek telah lama memerhatikan gerak-geri mangsa sebelum nekad bertindak menyerang.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan seperti biasa singgah di restoran itu bagi menikmati sarapan pagi.

"Memang itulah rutin dia sebelum pergi kerja. Dia akan singgah di restoran itu untuk makan dan kemudian ke tempat kerja," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Batang Kali mempunyai dua orang anak, seorang perempuan berusia empat tahun dan lelaki berusia empat bulan. - BERNAMA

[Bergambar] Sarang Mat Gian Diserbu

Posted: 18 Feb 2011 03:00 AM PST

Maran – Sekumpulan 33 penagih dadah tegar yang sedang asyik melepaskan gian lari lintang pukang selepas lokasi mereka yang digelar 'sarang hutan' digempur sepasukan polis di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 10 di sini semalam.

Menariknya, walaupun dalam keadaan khayal, mereka masih berhasrat untuk melarikan diri dengan menunggang motosikal masing-masing tanpa menyedari seramai 22 anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang sedang menanti mereka dengan perangkap.

Polis telah merentang tali di laluan motosikal untuk mengelakkan penagih yang berusia di antara 20 dan 50 tahun itu meloloskan diri. Operasi 'Ops Tapis' tersebut berlangsung selama sembilan jam bermula pukul 5 pagi.

Bagaimanapun, terdapat segelintir penagih cuba melarikan diri ke dalam semak walaupun telah terjatuh dari motosikal.

Ada di antara penagih yang ditahan memberikan alasan pergi ke ladang sawit itu kerana ingin melepaskan hajat atau hendak memeriksa ladang. -kosmo

Gambar ehsan Bernama








Tiada ulasan: